CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2430|Reply: 4

[Kelantan] Lebih 200 pesawah padi wangi dakwa rugi hampir RM100,000

[Copy link]
Post time 7-10-2021 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 200 pesawah padi wangi dakwa rugi hampir RM100,000[size=0.8]Oleh Syaherah Mustafa - Oktober 7, 2021 @ 4:03pmbhnews@bh.com.my


Antara ahli Koperasi Padi Wangi Kelantan Berhad yang berdepan masalah pemasaran hasil tanaman padi wangi. - NSTP/SYAHERAH MUSTAFA



KOTA BHARU: Lebih 200 pesawah padi wangi mendakwa kerugian hampir RM100,000 susulan masalah pemasaran hasil tanaman mereka yang semakin meruncing, tahun ini.

Mereka yang juga ahli Koperasi Padi Wangi Kelantan Berhad mengaku buntu selepas masalah itu timbul pada 2019 dan menjadi semakin 'tenat' sejak beberapa bulan lalu apabila jualan hasil tanaman berkenaan dikatakan terus merudum.

Pengerusi Koperasi Padi Wangi Kelantan Berhad, Zailan Awang, mendakwa keadaan itu membabitkan hasil tanaman diusahakan di kira-kira 40 hektar tanah sawah di beberapa daerah, termasuk Pasir Puteh, Machang, Bachok dan Kota Bharu.

"Sebelum ini, kami menjual hasil tanaman kepada sebuah syarikat beras di Kedah. Namun atas beberapa faktor membabitkan agensi yang menguruskan hasil padi, pembelian daripada syarikat itu dihentikan.

"Susulan itu, pesawah padi wangi mula terkontang-kanting mencari sendiri pasaran untuk hasil tanaman mereka. Malah, ada yang sanggup menyewa lori dengan kos mencecah ribuan ringgit, bagi menghantar sendiri beras ke lokasi pihak sudi membelinya.

"Beras wangi juga kini dijual pada harga beras biasa, iaitu RM1,200 untuk satu tan metrik berbanding harga sebenar bernilai RM1,500, sekali gus menyebabkan pengusaha mengalami kerugian," katanya ketika ditemui di Kampung Kadok, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Zailan berkata, pihak koperasi turut mempersoalkan perihal kilang padi di Pasir Puteh yang didakwa siap dibina sejak 2019 tetapi masih tidak beroperasi dan dipercayai terabai begitu saja.

Beliau mendakwa, kilang itu sepatutnya digunakan untuk memproses padi wangi, dan secara tidak langsung dapat melancarkan proses jual beli beras terbabit di Kelantan.

Sementara itu seorang pesawah terbabit, Mohd Shukri Yaakub, 39, terkilan kerana mendakwa tiada pihak tampil membantu mereka sedangkan beras wangi adalah produk tempatan yang boleh menjana ekonomi negara.

"Setahu saya, aduan sudah dibuat kepada pihak berwajib tetapi belum ada penyelesaian. Keadaan ini menyebabkan ada dalam kalangan kami terpaksa beralih kepada tanaman padi biasa untuk mengelak kerugian.

"Saya ialah antara perintis yang terus mengusahakan padi ini kerana yakin akan kualiti beras wangi.

"Namun, kami memerlukan sokongan pelbagai pihak bagi memastikan produk tempatan ini mendapat tempat bukan saja dalam pasaran tempatan tetapi diharap juga boleh menembusi peringkat antarabangsa," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2021 07:38 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanam padi/beras makanan asasi penduduk donia pun blh rugi tak terjual?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik betul... Benda hari2 makan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 09:31 AM | Show all posts
Semoga di mudahkan urusan mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.065323 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list