CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2992|Reply: 2

[Sarawak] PRN-12 Sarawak pada akhir November 2021?

[Copy link]
Post time 10-10-2021 12:46 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Adakah Pilihan Raya Negeri Sarawak semakin dekat?

Kini pelbagai pihak mulai bercakap dan meramalkan kemungkinan PRN-12 diadakan lebih awal.

Jika mengikut jangkaan awal, ia hanya diadakan selepas berakhirnya perisytiharan Darurat pada 1 Feb 2022.

Tetapi kini, pelbagai petunjuk memperlihatkan kemungkinan PRN-12 untuk merebut 82 kerusi bakal diadakan pada tahun ini, selewat-lewatnya sebelum pertengahan Disember.
Malah, bukan mengejutkan, ia bakal diadakan seawal minggu terakhir November.

Setiausaha Eksekutif PBB Datuk Awang Bujang Awang Antek dipetik berkata, satu jemputan berasingan  telah dikeluarkan kepada semua wakil rakyat GPS untuk menghadiri mesyuarat khas dengan  Pengerusinya yang juga Ketua Menteri  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Mesyuarat khas itu dijadualkan pada jam 8.00 malam Isnin depan di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako, di sini.

Pelbagai pihak meramalkan mesyuarat itu dijangka membincangkan agenda Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12.

Tarikh akhir PRN Sarawak diadakan adalah pada 7 Mei 2016, dengan BN  menang 72 daripada 82 kerusi yang ditandingi.

Selepas BN kalah dalam PRU-12, BN Sarawak keluar daripada BN pusat, lalu menubuhkan GPS pada 12 Jun 2018.

Bernama melaporkan pelancaran rasmi konsep Keluarga Malaysia dijadual diadakan pada 22 Okt di Kuching, yang dikenali sebagai bandar raya perpaduan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

Kehadiran Perdana Menteri melancarkan Keluarga Malaysia di Sarawak dilihat mempunyai signifikan tersendiri, dan dibaca sebagai petanda bahawa PRN-12 akan diadakan dalam waktu terdekat.


sarawakvoice.com/2021/10/08

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 04:08 PM | Show all posts
Tangguh la dulu ...

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap tak usah lah tahun ni. Still under emergency kan utk elak same dominoes effect akibat PRN Sabah tu berulang lagi.

Ia melibatkan pergerakan hampir semua penduduk dewasa Sarawak dlm masa serentak. Better no lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.504658 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list