CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3180|Reply: 3

[Sabah] Lelaki Ambil Pukat Dikhuatiri Lemas Di Sungai Padas

[Copy link]
Post time 10-10-2021 01:33 PM | Show all posts |Read mode


Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Sungai Padas, petang tadi. – Foto BOMBA

TENOM: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai hilang di Sungai Padas, berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Tomani, di sini, hari ini.

Mangsa berusia 25 tahun dikatakan cuba mengambil pukat sebelum disedari hilang kira-kira jam 1 petang.

Penduduk kampung yang menyedari kejadian itu terus menghubungi pihak berkuasa menerusi MERS999 bagi mendapatkan bantuan segera.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.08 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan lima anggota dan pegawai terus dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terbabit.

“Pasukan penyelamat melakukan operasi pencarian secara ‘surface rescue’ menggunakan bot penyelamat Aluminiun sejauh 600 meter.

“Selain itu, operasi pencarian juga menyusuri tebing Sungai Padas sejauh satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas,”’katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, setakat ini mangsa yang dikenali sebagai Zalitun, belum ditemui dan operasi SAR terpaksa ditangguhkan jam 5.37 petang tadi berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

“Operasi SAR akan diteruskan pada hari esok di sekitar kawasan mangsa dilaporkan memukat ikan,”katanya. – AsiaTimes


sabahpost.net/2021/10/10

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 04:20 PM | Show all posts
moga d permudahkan urusan dan moga d jumpai dengan selamat...

kesian ... mencari rezeki ...


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 10-10-2021 04:20 PM
moga d permudahkan urusan dan moga d jumpai dengan selamat...

kesian ... mencari rezeki ...

Makin lama tak jumpa.. Makin tipis harapan selamat kan.. Apa2 pun Harap2 cepat dijumpai.. Dan moga ada keajaiban..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 08:37 AM | Show all posts
ease replied at 10-10-2021 11:40 PM
Makin lama tak jumpa.. Makin tipis harapan selamat kan.. Apa2 pun Harap2 cepat dijumpai.. Dan moga ...
tu la ...

harap ada la tersinggah kat memana ...

makin banyak pula kes hilang masa mencari rezeki kat sungai ... kes kat Sarawak ... masuk hari ni dah hari ke 9 ... pun tak d jumpai lagi... 5 orang lak tu ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.097830 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list