CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3035|Reply: 0

[Sarawak] Terima kasih, doktor

[Copy link]
Post time 10-10-2021 07:55 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Sarawak khasnya sangat bertuah kerana mempunyai barisan hadapan perubatan yang profesional dan berhati mulia sanggup mengorbankan kepentingan diri demi kesihatan serta kesejahteraan rakyat.



Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian (gambar) berkata selepas 21 bulan negara lebih-lebih ketika Sarawak berdepan ancaman pandemic COVID-19, ramai tidak menyedari kesukaran dihadapi barisan doktor.

Kumpulan profesional itu katanya, telah menghadapi tempoh lebih sukar berbanding sebelum ini menyebabkan mereka mengalami keletihan fizikal dan mental sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Terima kasih banyak-banyak kepada semua petugas barisan hadapan perubatan di atas perkhidmatan yang sungguh luar biasa, berdedikasi, berkorban tidak hanya semasa pandemik COVID-19 tetapi sejak kalian memilih jurusan perubatan.

“Selepas 21 bulan penularan COVID-19, ramai tidak menyedari kumpulan profesional ini telah melatih kita untuk terus berdaya tahan, tidak tidur 24 jam adalah normal bagi mereka,” katanya sempena sambutan Hari Doktor di Malaysia hari ini.

Dr Sim berkata doktor serta rakan sekerja profesional perubatan yang lain akan terus bekerja keras mengatasi wabak COVID-19 dalam tempoh 100 tahun akan datang, yakni akan dialami generasi kita.

Ini bermakna, rakyat akan hidup dengan pandemik COVID-19 dan akan terus bergantung kepada profesional ini, tambahnya.

“Hari ini, marilah kita memberi ‘tabik hormat’ dan meraikan ‘Hari Doktor’ di Malaysia dengan setiap pengamal perubatan profesional kita,” katanya.

credit

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.049176 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list