Sebut jer durian, pasti terlintas di kepala tentang ulas buahnya yang kuning memikat dengan bau yang cukup menyengat.
Kombinasi tekstur yang lembut dengan rasa yang enak membuatkan ramai orang tidak lokek mengeluarkan belanja yang lebih semata-mata mahu menikmati raja segala buah ini setiap kali musimnya tiba.
Adalah sesuatu yang tidak menghairankan bagi sesetengah penggemar durian apabila mereka sanggup memandu jauh ke luar bandar demi menikmati buah yang segar dari dusun.
Tapi kat Borneo ni ... ada beberapa jenis durian yang tak kurang juga menarik kerinduan bagi yang pernah merasa nya ...
Kita mulakan dengan durian isi merah ...
Buah durian ini lain daripada yang lain.
Kulitnya merah, isi nya pun merah. Durian ini banyak terdapat di Borneo seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan. Apa yang menariknya, ada banyak nama durian ini mengikut suku, kaum dan etnik di Borneo.
Antara nama yang popular adalah "Durian Merah" atau "Durian Hantu"
Post time 11-10-2021 07:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kadang saya terfikir jua, Hutan Borneo adalah yg tertua di dunia. Adakah certain species flora dan fauna yg kita hanya dapati di sini adalah in its pure form? Maksud saya begini lah asal tumbuhan haiwan itu sebelum ia berevolusi jadi sub species lain di tempat2 lain.
Post time 11-10-2021 10:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-10-2021 08:41 PM
masih banyak lagi khazanah dalam hutan rimba nun ...yang kita blom teroka abis ...
bunga2 ... orki ...
Of course ini hanya lah persoalan di minda saya sahaja.
Contoh macam ular gergasi di Sarawak yg kadangkala di sangka kayu balak mati tu. FC pernah dengar cerita ada mangsa masuk dalam mulut ular tu yg tengah terbuka sebab ingatkan gua. Rupanya mulut ular.
Saya terfikir adakah ular mcm ni jenis yg hidup dari zaman primitif atau zaman dinasour.
Wishful thinking saya la tu. Sebab dah nama tertua di dunia kan.