View: 116851|Reply: 46
|
Nota Kursus Fotografi Yg Bagus!!! (NEWBIE BACA INI DULU!!!)
[Copy link]
|
|
Dok tengah belek belek buku kat library, saya terjumpa satu nota kursus fotografi setebal 1.5 inchi. Tangok tangok ada cop tertulis tarikh pada 05 Jan 1993.
Sudah lebih 10 tahun dah nota ini. Kalau buku komputer memang dah boleh buang ka laut.
Ini adalah maklumat yang menarik saya jumpa didalam nota tersebut.
- Bayaran kursus rm400
- 5 hari
Siap dengan gambar dan jenis jenis kamera dan model yang TERKINI pada masa itu
wow .....................
auchhhh......:gila:
nikon
canon
pentax
minolta
yashica
praktica
olympus
ricoh
fujica
vivitar
miranda
mamiya
topcon
cosina
petri
zenite
carena
kowa
pentax
rollei
bronica
hasselbald
[ Last edited by bimmer_man at 9-9-2006 01:23 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tapi tak ada digital camera ..
juru gambar tak pernah terpikir pun digital camera ..
antara isi kandungan note tersebut:
fotography adalah media bisu yang boleh bercakap walau pun di persembahan pada sekeping kertas
fotography adalah gabungan seni, tekonologi dan sain
cara yang paling berkesan:
1. komposisi yang menarik
2. dedahan dan fokas yang tepat
3. seni cahaya cantik
4. latar depan dan belakan sesuai
5. mood dan efek berkesan
6. cerita menarik dan baru... |
|
|
|
|
|
|
|
lagii nota tersebut...
Kesukaran bercerita ini berlaku kerana peristiwa yang kita saksikan terpaksa diterjemahkan menjadi foto melealui beberapa proses
- lensa boleh mengubah persfextif . meja bersegi emapt boleh menjadi lunjung
- cahaya, kimia dan kaca kanta lensa boleh merubah warna
- komposisi/sudut pengambaran boleh memesungkan cerita sebenarnya. contohnya jika anda berdiri di jalan parlemna memandang ka jalan tun perak, anda akan nampak banuana bank bumputera seperti berkembar dengan bangunana bank uab, pada hal jaraknya jauh
Gambar ahli sukan lompat jauh, kalau jurufoto mengambil gambar sambil berbaring- pelompat itu akan kelihatan seperti lebih tinggi dari stadium..
- gambar panas terik tengahari, di ambil dengan filter biru akan keliahtan seperti malam. Filter oren nampak macam senja.
orang berdiri, diambil gambarnya dengan kamera menungging, orang itu akan jadi pendek dalam gambar. Kalau dongakkan kamera dari bawah, orang itu kan kelihatan tinggi ...
:cak::cak::cak::cak::cak::cak::cak: |
|
|
|
|
|
|
|
bidang bidang fotographi
- umum
- sukan
- jenayah
- fesyen
- hiburan
:pray:
kemajuan yang boleh dicapai melalui bidang fotography
- berniaga
- sinimatographi
- pertunjukan visual odio
-peniklanan
- hobi
- wartawan foto
:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
ciri yang perlu ada pada setiap juru foto
- minat
- bakat
-kriatif
- inisiatif
- berkelulusan akedemic
- pengalaman
- perasaan seni
- suka memerhati
- banyak pengetahuan
- sentiasa suka belajar
- berdisplin |
|
|
|
|
|
|
|
sebab kamera slr di cipta melintang
1. sebabnya kamera slr di cipta melintang berdasarkan mata manusia melintang. Manusia tida kbermata di atas satu di bawah satu. mata manusia kiri satu dan kanan satu
2. kebanyakan gambar melintang. gambar menegak peratusanya kurang dari yang menegak
3. Kebanyakan benda tidak empat persegi tepat. yang lonjong (rectangle) lebih banyak
4. ukurang yang sesuai untuk kamera slr 35mm itu, diukur garis pepanjangnya melintang untuk di sesuaikan ukuran lensa 50 mm standard
5. bila kamera slr di lingtangkan, sesuai dengan paras mata. Bila kamera di paras mata, mudah juru foto mengikuti apa saja peristiwa yang berlaku
6. Bila orang menyebut bidang luas (wide angle), ktia terbayang maksud luas, ialah melintang. kalau kamera slr menggunakan lensa bidang luas mengambil gambar menegak, orang menyebut nya meninggi. Seluas mata memandang tidak sama dengan saujana mata memandang
7. Kamera kamera slr yang di pamerkan di kedai kedai menjual kamera semua nya terletak melintang
8. tidak banyak kemera berformatkan tepat empat segi kecuali
-mamiya lensa kembar (TLR C330 and adiknya c220)
-yashica G 124 (TLR)
- Semua camera Hasselbald
|
|
|
|
|
|
|
|
bila terjumpa article yang bagus, biasanya saya akan summerized atas kertas, supaya mudah faham dan ingat, kali ini saya terus taip atas forum nii.. selain membantu saya faham dan ingat.. boleh gak share benda benda yang menarik dari nota kuno ini
Lagi petikan dari nota kuno ini
Setelah anda halakan kamera anda kepada sebatrang objek, fokus dulu sehinggga jelas
1. tentukan keadaaan rakaman yang hendak dibuat terhadap object itu menegak atau melintang. object yang seharusnya anda ambil menegak tidak guna di ambik melintang.
2. Tentukan setiap inchi film yang yang berada dalam kamera anda itu di gunakan sepenuhnya./ Tidak guna meletakan objek di tepi foto sedangkan lain lain objek tidak, tinggal kosong saja, ini bermakna anda membazirkan film atau negetif
Semasa mefokus dan menyusun objek objek yang hendak anda gambarkan, jangan perhatiankan objek utama sahaja. Perhatikan jgua suasana keliling terutama latar belakangnya. fikirkan semaadea objek objek lain di belakan itu boleh mencantikan atau memburukan.
3. Kompos atau susun objek objek yang heand kita ambil gambarnya itu. Dalam hal penyususnahn in terbahagi kepada dua
satu meyususn objek yang boleh digerakan seperti cawan, jam, gelas, botol. Anda harus kreative menyusunnya. susunlah hingga menarik
bagi objek objek yang tidak boelh di gerakan, anda harus bergerak kekiri atau kanan, atas atau bawah -- dalam sebutan harian hal ini di panggil mencari sudut yang baik.
Sebagai contohnya, rumah kampong kalau boleh masukan beberapa orang kanak kanak sedang bermain, asap orang membakar sampah, ada basikal, jala terjemur, orang tua sedang menyapu atau mengpoek kelaapa atau menyirat jala.
4. Latar belakang dan depan hendaklah sesuai terutamanya gambar warna, kerana warna itu sendiri sudah merumitkan untuk mencari penyesusaian. Malah kalau silap gaya, latar belakang boleh merosakan gambar.
Sebagai contoh, orang yang bersandar pada tiang, akan kelihatan sebagai pokok tumbuh atas kepala bila sudah jadi gambar lebih lebih lagi kalau gambar itu di ambil mengggunakan lampu pancar dalam car pancar lansung tidak lanton.
5. Cahaya juga ada lah satu hal yang paling penting, kerana melalui cahaya ini lah timbulnya seni fotografi. pelajaran hal hal cahaya ini memakan masa lebih dari setahun.
6. Mesej atau cerita foto adalah tugas utama anda ketika mengambil gambar. menceritakan sausana sibuk, mereka berkerja keras atau teruk, wanita itu jelita, jambatan itu merbahya, kesihan melihat kanak kanak itu, wanginya bunga dsb.
fotographi akan menjadi sempurna bila kita tahu mensusuaikan hal hal
a. komposisi
b. latar depan dan belakang
c. ruang udara dan lantai
d. cahaya
e. perspektif bentuk objek
f. mesej
g. warna
h. perbandingan.
:stp::stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Apature
Salah satu alat pengawal cahaya yang di lengkapkan kepada tiap tiap kamera ialah APATUR (aperture). Apatur ini dilekatkan di belakan kaca kanta tadi, bentuknya bulat berlubang di tengah. Lubang ini boleh di besarkan dan di kincupkan.
Sebesar mana lubang apature itu di kembang datau di kincupkan diberi ukuran tertentu saiznya. Size lubang itu di panggil No F:
No F asalnya dari perkataan FOCUL. Focul adalah jarak focus. Jarak focus di kira dari filem yang menunggu dalam kamera dengan tengah tengah pusat kanta yang di belakan sekali pada tiap tiap satu lensa, ketika lensa itu di fokas sejana mata memandang (infinity) bertanda nombor lapan terbaaring pada gelang pemokos lensa.
Saiz saiz lubang apatur itu di besar kecilkan setakuk takuk. Lubang palign besar di paggil f/1, kecil sedikit setakuk lagi f/1.2
seterusnya mengecil f/1.4, f/1.9 ....... f/64
:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
BAgaimana mengira size lubang F
tentu ada kalangan yang bertanya, sebesar manaka saiz lubang lubang F tadi? bagaimana mengiranya?
Kita ambil lensa biasa yang pandangannya sama dengan mata manusia iaitu ukuran 50mm iaitu ukurang standard lense atau master lens
sebagaimana yang ktia tahu lebih awal tadi, 50 mm adalah ukuran antara film dalam kamera degnan tengh tengah pusat kaca kanta lensa yang di belakan sekali ketika lensa itu di fokas infiniti
Kalau kita buka lubang apatur itu sebesar 25mm gari lintang (diameter)nya bermakna lubang itu dua kali ganda baru menjadi 50mm. Lebih jelas 25x2 =50. Jadi lahd dia f/2
Cuba kira f/16. Tentu lah saiz lubang f/16 kitu 16 kali ganda besarnya baru sama dengan 50mm standard lens.
:gila::love::love: |
|
|
|
|
|
|
|
Jarak jelas (deph of field)
Jarak jelas akan menjadi luas
a. bukaan apatur kecil
b. lansa pendik atau bidang luas seperti wide angle
c. objek yang di focus itu jauh
jarak jlas kan menjadi sempit
a. bukaan apatur besar
b. lensa panjang, bidang simpit seperti telephoto atau zoom
c. objek yang di fokas dekat
JARAK JELAS DALAM KONTEK SENI DAN CERITA FOTO
sungguh pun boleh di luas dan si sempitkan, namun dalam hubungan seni foto and pneceritaan ada juga baiknya untuk mencantikkan gambar foto dan cerita.
Katakan anda hendak mengambil gambar sebiji apple yang di letakkan di anara berbagai buaan tempatan, dengan bukaan apature yang besar, tumpuan fokus and kepada apple itu saja. Buah buahan tempatan lain seperti rembutan, manggis, langsat duku akan pudak tetapi kita masih boleh mengenalinya.
:lebai: |
|
|
|
|
|
|
|
sambil baca sambil taip ... sambil baca sambil taip terus dalam forum.....
jadi mudah lah sikit bagi saya nak faham dan ingat ...
tapi typo error tu banyaka laahh sory ..\\
hopefully sikit sebanyak ada menafaatnya untuk kita semua... :ah:
PENGATUP (shutter)
Bila kita tekan butang pelepas shutter, shutter akan tersingka dari kiri ka kanan atau dari bawah ke atas. Masa itu lah rakaman gambar foto berlaku. Shutter akan terkatup semula serta merta sebaik saja rakam selesai.
Bila kita hendak mengambil gambar lagi, kayuh filem, tekan lagi butang pelepas shutter tadi .. beritulah seterusnya.
MASA SHUTTER TERSINGKAP
Semasa shutter tersingkap, cahaya imag dan warna akan berpeuang masuk kedalam kamera, singgah ke perkmukaan filem. BILA SHUTTER TRKATUP SEMULA IMEJ TERTERRAKAM>
Selama mana shutter haru di singkapkan, ianya perlu di beri msa tertentu.
Bermula dari "B" - maknanya bulb -- sebab dulu dulu asal flash di perbuat dari bulb.
Kemudian diikuti dengan 1 saat, 1/2 saat , 1/4 saat, 1/8 saat, 1/15 saat, 1/30 saat, 1/60 saat, 1/125 saat, 1/250 saat, 1/500 saat dan 1/1000 saat.
Kamera SLR keluaran terbaru ada yang boleh di lajukan hingga ke 1/8,000saat dan di perlahankan hingga ke 8 saat.
Nota
Setengah saat pada dail shutter bertulis no 2saja. Suku saat bertulis no 4 sahaja.. bergitu lah seterusnya. Hal ini terpaksa di lakukan kerana dail shutter tidak cukup ruang untuk menulis 1/125 atau 1/1000
Tugas tugas mengatup shutter
1. mengawal cahaya Lama tersingkap, akan banyaklah jumlah cahaya masuk
2. mengawal pegerakan. Terlalu cepat tersingkap dan terkatup semula, akan berkuranglah peluang cahya masuk kedalam kamera.
Hasilnya, objek bergerak akan beku dan kaku imejnya melekat pada filem. Terlalu lama tersingkap objek bergerak akan pudar, kerana filem merkamkan pergerakan imej.
3. mengawa warna objek yang di teraangi oelh cahaya buatan seperti cahaya tungsten, cahaya lampu kalimantan. etc
:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Kombinasi apatur dan pengatup
Satu soalan yang selalu menghatui pemikiran setiap jurufoto, apakah bukaan apatur dan kelajuan shutter yang sesuai untuk mengambil sesuatu..
Jawabnya, bergantung kepada keadaan dan situasi cahaya di mana peristiwa itu berlaku atau satu satu peristiwa itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis jenis shutter
bergantung kepada format kamera
1. shutter daun
di cipta untuk kamera jenis yang tidak boleh ditukar tanggal lensanya. contohynya kamera view, compect dan kemera kembar
2. shutter fokal satah (focul plane).
di cipta untuk kamera yang boleh di tukar tanggal lenasanya SLR |
|
|
|
|
|
|
|
Nilai dedahan (exposure value) EV
Oleh kerana cahaya tidak boleh di sukat dengan gantang, cupak atau baldi dan tidak pula boleh di timbang, maka cara menyukat kita ubah menjadi cara menillai jumlah cahaya itu
Dalam fotograhpi, menilai cahaya, nilai cahaya (exposure value) di tulis
EV sahaja. Cara menilainya:
nilai satu EV
1. object yang di terangi oleh cahaya sebatang liling yang berada sejarak satu kaki. Dalam bahasa fotograhpi 'foot candle'
2. menggunakan lensa 50mm
3. Bukaan f/1.4
4. ASA/ISO 100
5. Kelajuan shutter 1 saat
:ah: |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak masukan nota pasal banyak aktiviti luar .. he he he..
Jenis jenis kamera
Mestipun bergitu banyak jumlah jenis kamera yang kaita nampak, Ianya terbahagi kepoada lima katogri sahaja
1. kamera view
2. kamera range index/padat
3. kamera twin lens ( lensa kembar)
4. single lens reflex (slr)
5. zoom lens reflex (zlr)
KAMERA FOTOGRAPHI KEWARTAWANAN
kamera slr ada lah satu satunya kamera yang amat sesuai untuk kerja kerja kewartanan kerana
a. pemidang tillik separas mata, senang mengikuti sebarang peristiwa yang berlaku, sambil mengintai kita boleh memilih banan bahan yang boleh di jadikan rencana atau beirta.
b. jumlah lensa yang disediakan berbagai ukuran sangat mewah dan banyak jumlahnya
c. berbagai 'mode' disediakan melalui sistem elektronik. Malah obleh di kendalikan secara manual.
:mll: |
|
|
|
|
|
|
|
MODE KAMERA
Mode bermakna cara kamera menjalankan fungsinya. Kamera SLR menyediakan berbagai mode terutamanya yang berfungsi dengan kuasa elektronik.
a. manual. Terpaksa di ubahsuai bukaan apatur/ kelajuan shutter, setiapkali mengambil gambar
b. Shutter priority. Bertanda 'A' pada gelang apatur. Berarti ket set A apda lensa. Kelajuan shutter akan di cari sendiri oleh shutter. Camera yang berfungsi sepenuhnya dengan kuasa eletronik bertanda 'Tv'
c. Apature priority. Tanda 'A' pada dail shutter. Bila kita setkan ke A, lensa akan mencari sendiri bukaan aperturenya. Kamera yang berfungsi sepenuhnya dengan kuasa elektronik di beri tanda Av
d. Program. Bertanda P pada dail shutter. Bila kita setkan ke P, Shutter dan Apature akan mencari bukaan dan kelajuannya. Berdasarkan keadaan chajaya ketika pengambaran di ambil. Anda tidak perlu pening kepala meikirkan shutter dan apature.
e. ' AE" lock. Gunanya untuk mengukur cahaya objek yang membelakankan cahaya terang. Kalau object itu orang, wajahnya akan jadi gelap. Tekan butang AE, pergi rapat dengannya, meter cahaya akan mengukur wajah yang gelap itu. Kekalkan tekanan AE. Lock tadi....
f.Tanda tolak dan campur . menambah cahaya 1 hingg 3 EV putgar jarum dail nya. Cahaya terpakda di tambah atau di kurangkan apabila kita sudah tidak terdaya lagi menggunakan mode yang ada pada kamera kita.
.............................................. |
|
|
|
|
|
|
|
kecacatan dan kelamahan (aberasi) lensa menterjermahkan imej kepada filem ini ada terbahagi:
1. chromatic aberration
sekeping kaca kanta cembung atau cengkung, menerima kemasukan cahaya dengan tumpuan fokas yang berbeza
cahaya putih, selepas meremph kaca kanta ini, akan membawa warna asas, merah, hijau dan biru.
2. sphrecal abberation
cahaya yang masuk kedalam kamera berseraakan
3. coma
sinaran cahaya masuk menyerung dan menyimpang terkeluar dari pusat kanta
4. curventure of field
satah fokas menjadi sesakan akan bentuk piring. Kaca kanta tidak dapat memokas tengah dan tepi satah (plane) dalam masa yang sama
5. Barrel image
6. pincushion image
bagi membetulkan semua penghenerutan, kecacatan , kelemahan diatas, pembuat kaca kanta (optic) berusaha mengatasinya dengan merangkumkan banyak keping kaca kanta. Tidak cukup dengan itu, kaca itu ada pula yang berganding, melekat dua atau tiga kepiing sekali. Tiap tiap keping kat kanta itu di panggil elements. kalau ada kepingan itu bergabung, melekat dua atau tiga di panggil compound.
:ah: |
|
|
|
|
|
|
|
LENSA
-------------
Standard lens
50mm. diukur dari jaraK filem dengan kaca kanta yang di belakang sekali, ketika lens difokas sejana mata memandang. ukurang ini dipanggil lens biasa, lensa standar atau master lensa, sebabnmya ukurang ini saya yang pendangan sama dengan pandangan mata manusia.
----------------------
Bidang luas
untuk memudahkan jurufoto menjalankan tugas di tempat sempit
bermula dari 35mm, 28mm dan 24mm -- lebih luas dari itu dipanggil super wide.
bermula dari 20mm, 17mm,15mm -- ketiga tiga di panggil ultra wide angle. lebih luas dari pandangan itu di pangggil lensa mata ikang
-------------------------
bidang fotojauh (telephoto)
bermula dari ukurang 85 mm, 105 mm dan 135 mm. ketiga tiga di panggil standard telephoto.
Ada telephoto ukurang 200mm, 300mm, 800mm, 1000mm dan 1600mm
--------------------------
lensa luru (zoom)
lensa luru yang biasa terdapat di pasaran
zoom 28-70mm
35- 105mm
35-135mm
70--210mm
28-135mm
50-135mm
80-100mm
ada jugak jenama yang mengeluarkan ukurang yang berbeza.
:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
perkara perkara berkaitan lensa
a. mirror lens
b. lenasa pembetul perspektif
c. lense macro/micro (standard)
d. macrophotography
e. lensa pelembut wajah |
|
|
|
|
|
|
|
Lensa bebas
meskipun setiap kamera mengeluarkan lensa mengikut jenamanya sendiri
canon dengan fd, ed and ef
nikon dengan nikor
minolta dengan md. rokor
olympus dengan ziko
topcon dengan topcor
yashica dengan ML
ricoh dengan rikenon
leica dengan Leitz wetzlar, elmar -r , elmarit -r, summilix -r, summicron
Namun muncul jugak lensa lensa yang tidak mempunyai kamera seperti
Hoya
sigma
temron
tokina
makinin
lsun
vivitar
soligor
brightorn
dan lain lain lagi.
:gila: |
|
|
|
|
|
|
| |
|