View: 9301|Reply: 29
|
Sikap & Pemikiran Melayu Moden
[Copy link]
|
|
Salam,
Adakah anda kenal kepada seorang Melayu yg mempunyai pemikiran yg keluar drp kepompong bangsanya?
Mushi Abdullah b. Abdul Kadir (1796-1854)
Gaya pemikiran beliau merupakan satu pemberontakan terhadap tradisi Melayu yg berkiblat kepada dongengan dan khayalan.
Mesej2 yg disampaikan beliau berbau kritis, positif dan progresif dr aspek masyarakat, agama, politik, ekonomi dan moral.
Beliau banyak menimbulkan kontroversi melalui cara kehidupan dan penulisan2 beliau.
Nanti I cerita lagi....
[ Last edited by fleurzsa on 14-5-2005 at 01:32 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm... mcm sema tak kenal je Abdullah Mushi ni...
Dipendekkan citer...
Masa umur 6 thn Abdullah menghidap penyakit buang air berdarah. Setelah sembuh, neneknya tlh membernya kalam, papan loh dan dakwat utk Abdullah belajar menulis.
Abdullah belajar mengaji masa umur 7 thn. Beliau manja dan malas belajar. Masa tinggal ngan neneknya, syik bermain saja.
Apabila ayahnya pulang dr merantau, Abdullah dihantar ke rumah Tok Guru di sebelah siang dan sebelah mlm ayahnya mengajar beliau. Abdullah asyik kena pukul krn tak dpt membaca dan menulis.
Beliau sgt benci kpd guru dan ayahnya.
Krn asyik kena pukul, beliau terus belajar mengaji dan menulis dlm bhs Arab sehingga pandai. Beliau tlh membantu neneknya mengajar kawan2 sebayanya. Beliau mendapat upah apabila kawan2nya minta menulis di papan loh mereka.
Abdullah belajar melukis secara pemerhatian terhdp barang2 dagangan org Cina. Beliau melukis gambar haiwan dan bunga pd layang2 dan menjualnya kpd kawan2.
Okay... bersabar ye adik2 sema... nanti sambung lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas berkhatan Abdullah dihantar oleh ayahnya utk belajar bhs Keling. Semasa belajar bhs Keling itu, bapanya meminta beliau pergi ke masjid dan menulis setiap nama org2 yg keluar masuk ke dlm masjid itu.
Setlh dpt menulis nama org2 tersebut dgn betul, ayahnya membelikan beliau kertas utk belajar menulis Al Quran dan kitab dlm bhs Arab dan bhs Melayu.
Selama 4 thn, Abdullah belajar bhs Hindustan setlh kedatangan org2 Benggala dan Hindustan ke Melaka. Beliau tlh diberi gelaran 'MUNSYI' oleh org2 Benggala dan Hindustan
Abdullah menulis surat pertamanya utk seorg nakhoda. Sejak itu ayahnya tlh memberikan Abdullah alat2 tulisnya. Beliau mendalami lagi bhs Melayu melalui Datuk Sulaiman dan Datuk Astur yg berusia lebih kurang 90 thn.
Kemudian Abdullah belajar pula dgn Mualim Muhyiuddin dan Sayyid Syeikh b Alwi. |
|
|
|
|
|
|
|
Seorg paderi Inggeris iaitu Tuan Milne tlh pergi ke Melaka pd 1828 M. Beliau tlh mengajar kanak2 bhs Inggeris tanpa bayaran. Abdullah mendengar berita tersebut dan berminat utk belajar.
Beliau berjumpa Tuan Milne dan tlh diterima belajar dgn syarat Abdullah mengajarnya bhs Melayu.
Setlh beberapa lama mengajar Tuan Milne, Abdullah mula mengajar bhs Melayu kpd beberapa org Inggeris. Beliau menjadi guru kpd golongan Inggeris dan hubungannya dgn mereka amat rapat.
Namun begitu hubungan baik Abdullah dgn org Inggeris kurang disenangi oleh penduduk tempatan.
Tuan Milne tlh membuka sebuah kolej, Anglo Chinese College, sbg tempat belajar bhs Inggeris dan bhs Melayu.
Selain menjadi guru, Abdullah juga terlibat dlm kerja mengubah beberapa kitab agama Kristian ke dlm bhs Melayu agar mudah difahami pembacanya.
Abdullah tenaga pengajar tunggal berbangsa Melayu dan tlh membuatnya fasih berbhs Inggeris.
Namanya tlh dikenali oleh sebahagian besar org Inggeris di Melaka.
bersambung... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
apa pandangan beliau yg kritis sgt tu:stp:...
apa yg melanggar kepercayaan tu....
clarify cikgu...:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Perkara ini berlaku pd abad ke 18.
Contoh pandangan beliau yg sgt kritis...
Melalui hikayat Abdullah, beliau mengetengahkan unsur2 berbau sinis dan sikap tidak bersetuju dgn pemikiran org Melayu yg malas belajar dan tidak menyayangi bahasa mereka sendiri.
Sikap beginilah pd pendapat Abdullah menjadikan org Melayu tidak berfikiran terbuka dan tiada berdaya saing.
Atr tulisan beliau...
"Adalah suatu hairan, lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal org Melayu ini, belum sedarkan dirinya, ia tinggal dlm kebodohannya itu, oleh sebab tidak mahu belajar bahasanya sendiri, tidak mahu menaruh tempat belajar bahasanya; maka mustahil pd akal adakah org yg tidak belajar itu boleh menjadi pandai sendirinya? Bukankah segala bangsa2 yg lain dlm dunia ini ada belajar bahasanya, melainkan org Melayu?"
Tulisan beliau lagi....
"Maka adalah pd fikiranku, adapun amarah dan dengkinya itu sebab ia bodoh, akulah cerdik, boleh org bodoh itu menjadi guru paderi dan org putih? Dpt tiada org yg pandai juga boleh jadi". |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau juga membuat kesimpulan bhw raja2 Melayu pd zaman itu zalim dan segala perintah raja mesti dipatuhi.
Tulisan beliau...
"Dan lagi, kalau ada berharta dan anak perempuan yg baik2, jikalau berkenan raja, diambilnya juga; tiada boleh ditahankan kehendak raja. Dan, jikalau ditahankan atau tidak diberi, disuruhnya tikam mati2 shj".
Kezaliman raja2 juga dikatakan oleh beliau menjadi faktor kemiskinan org2 Melayu. Raja2 Melayu waktu itu langsung tidak menggalakkan rakyat belajar dan menjadi golongan berilmu. Ini disebabkan raja2 Melayu itu sendiri tidak berpengetahuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengenai melaggar kepercayaan pula...
Beliau mengagumi serta memuji pegawai2 Inggeris yg rajin jika dibandingkan dgn Melayu.
Beliau menulis...
"Maka jikalau kukhabarkan sekelian itu (ttg ilmu2 baru spt kemajuan elektrik) kpd org2 Melayu nescaya ditutup oleh mereka telinganya serta menampar mukaku, katanya, :Terlalu besar bohong".
Abdullah menonjolkan sikap tidak bersetuju terhdp kepercayaan org Melayu. Semua adalah karut dan menghalang kemajuan org2 Melayu.
Dlm adat menjual anak, beliau menulis...
"Bhw ini pun satu adat nenek moyang bodoh, yg tiada ia mengetahui Allah Taala. Adakah sebab dijualkan itu menjadi pjg umurnya; dan jikalau dipelihara oleh ibubapanya menjadi pendek umurnya atau mati? Maka sekali2 jgn kita percaya demikian". |
|
|
|
|
|
|
|
dalam..menilai pemikiran Munsyi Abdullah...
hal ini ada faktor socioeconomic dan sosiobudaya jugak akan mengapa beliau melihat Melayu sebegitu dan saya rasa kena fair on comments kan zaman tu dah mula mengekang akan kebebasan orang Melayu dalam ekonomi dan politik...ini sekitar late 1th and earlly 19th century...lah S'pore pun baru dibuka ...dan adakah beliaau mengkritik orang Inggeris jugak?? ini persoalan yg putaq belit.....
hmm... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..
soal bahasa tu i rasa kita tak boleh bersikap staus quo ..apa pun kemahiran ia satu asset satu anugerah anyway so i tak ada value jufdgement kat situ...soal bahasa tu i tatau apa yg dia bising sangat...sedangkan Negara CHINA komunsi pun depa ada total iimersion in language study dan kana jadi kuasa ekonomi dunia so...depapun ada belajaq BI etc so kita mesti kejar kemahiran jugak...
tapi akan persepsi , bentuk persepsi org Melayu ni i rasa ada betulnya - depa suka lihat negatif, tak open minded mudah percaya pada claim thsi and that kalau datang dari professor mana pun ambik jer ..tak pa usul periksa especially things related to scientific data and medical ni..asd pak UA said " not scientific enough" tak mau siasat bebetul..ini saja pendangan i ..teruskan ....tersukan ... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan fleurzsa........
Saya tambah sket...
Karya beliau merupakan penulisan melayu pertama yang dicetak.
Antara karya-karya beliau yang terkenal
1. Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan (1838)
2. Hikayat Abdullah (1848).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Andiikaput This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
I? I jenis masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang lembu menguak... I bukan seorg modenisasi.
Moden itu adalah pembaharuan...
So Abdullah Mushi ini adalah perintis pembaharuan walau pun beliau tidak dpt membuat pembaharuan secara keseluruhan.
Yg nyata Abdullah Mushi tlh mengemukakan isi pemikiran yg berbeza dgn pengarang2 sebelumnya.
Beliau mengemukakan idea dgn menuliskan secara peribadi, dan sbg penulis moden yg awal, beliau berjaya melepaskan dirinya drp sastera feudal.
Saper yg tetapkan....? Sekumpulan manusia yg mempunyai persetujuan bersama.
Kalo u setuju bhw Abdullah tu moden dlm zamannya, u turut termasuk dalam kump manusia itu.
[ Last edited by fleurzsa on 11-6-2005 at 03:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
Andiikaput This user has been deleted
|
Originally posted by fleurzsa at 11-6-2005 03:33 PM:
I? I jenis masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang lembu menguak... I bukan seorg modenisasi.
Any takrifan atau term yang boleh digunakan bagi golongan macam awak ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Asuhan yg penuh perhatian drp bapanya tlh menjadikan Abdullah kanak2 yg bijak berbanding kanak2 yg lain sezamannya. Ini terbukti apabila kanak2 lain meminta Abdullah menulis di papan loh mereka dan memberi duit atau barang makanan sbg upah krn mereka tidak pandaqi menulis.
Abdullah tidak membantah suruhan bapanya walau pun ada waktunya suruhan itu dirasakan begitu menyeksakannya. Secara tidak langsung menyebabkan dirinya sedar betapa pentingnya pelajaran.
" Adapun ilmu dan kepandaian itu menjadi tangga kpd pangkat kekayaan, dan kekayaan itu membawa kpd kebesaran, maka bahawasanya segala benda yg dijadikan Allah dlm dunia ini masing2 adalah dgn harganya iaitu dpt dinilaikan oleh manusia: melainkan ilmu itulah shj yg tidak ternilai oleh manusia akan harganya".
Abdullah berasa bertuah mempunyai bapa yg mementingkan pelajaran, menjadikannya berpandangan jauh dan berfikiran terbuka. Dia bersyukur krn hidup dlm suasana keluarga yg mementingkan ilmu pengetahuan.
"Maka sekaranglah baharu kurasai manisnya ilmu itu terlebih drp air madu adanya". |
|
|
|
|
|
|
Andiikaput This user has been deleted
|
Originally posted by fleurzsa at 16-6-2005 12:50 AM:
"Maka sekaranglah baharu kurasai manisnya ilmu itu terlebih drp air madu adanya".
Hanya setelah dikongsi atau dimanfaatkan bersama insan sekeliling yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mbhcsf at 2005-5-24 07:31 AM:
hal ini ada faktor socioeconomic dan sosiobudaya jugak akan mengapa beliau melihat Melayu sebegitu dan saya rasa kena fair on comments kan zaman tu dah mula mengekang akan kebebasan orang Melayu ...
intan amat bersetuju dengan da...
pada zaman itu bukan tanah air kita sahaja yang telah dijajah, namun yang paling dahsyat minda kita dijajah dengan jayanya. dan penjajahan itu begitu amat berjaya hingga mampu bertahan hingga ke hari ini.
za,
Apakah juga yang memungkin kan Abdullah berkata demikian.
bagaimana usaha beliau membuka pemikiran bangsa di zamannnya
dan bagaimana tanggapan masyarakat sezaman beliau.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagi saya Abdullah Munsyi hanya suatu artifak sejarah.... pemikirannya tidak menyumbang apa-apa yang besar dan nyata pada perkembangan dan perubahan pemikiran melayu. Dia hanya seorang pengkritik sosial bukan pemikir.
Pemikiran melayu kini, dengan segala kekuatannya, kerencamannya dan kelemahannya, telah jauh meninggalkan Abdullah.
Pemikiran Abdullah juga adalah pemikiran yang terjajah... oleh rasa kagum beliau terhadap orang2 dan budaya Inggeris. Walaupun Inggeris ada aspek kebaikannya tetapi Abdullah tidak melihat Inggeris secara kritikal... khususnya aspek tujuan Inggeris berada di negeri kita.
Abdullah bersubahat dengan Inggeris dalam meneruskan dan memperkuat penjajahan mereka ke atas tanah air kita.
Walaupun begitu saya tak salahkan anda atau menghalang anda semua jika mahu terus bernostalgik dengannya. Teruskanlah.... sekurang-kurang kita boleh berharap `semangat' Abdullah boleh juga meresap ke dalam diri anda. Mungkin ada juga gunanya.... tak banyak sikit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by intan at 5-7-2005 09:09 AM:
intan amat bersetuju dengan da...
pada zaman itu bukan tanah air kita sahaja yang telah dijajah, namun yang paling dahsyat minda kita dijajah dengan jayanya. dan penjajahan itu begitu amat berja ...
Abdullah memang dididik sejak kecil utk mencintai ilmu. Kerana ilmu jugalah beliau berkawan dgn penjajah. Kalo kita semak kisahnya Abdullah bukanlah seorg hartawan walau pun begitu baik dgn penjajah.
Lebih kurang mcm Duriant nyatakan... Abdullah Mushi hanyalah sbg perintis Melayu Moden. Beliau tidak dpt meninggalkan impak kpd masyarakat secara menyeluruh.
Bagaimana pun Abdullah sbg seorg Melayu tlh berjaya melolosi zamannya, melangkah ke zaman moden. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 2005-7-6 07:10 AM:
Abdullah memang dididik sejak kecil utk mencintai ilmu. Kerana ilmu jugalah beliau berkawan dgn penjajah. Kalo kita semak kisahnya Abdullah bukanlah seorg hartawan walau pun begitu baik dgn p ...
Kalau dilihat dari segi kemajuan, Abdullah memang dilihat berjaya maju dari orang lain dalam masyarakat sezamannya kerana ilmu yang diperolehi hasil dari kesedaran awal ayah beliau. nampak jelas sokongan yg beliau perolehi sebelum kesedaran diri itu ujud.
Cuma agak terkilan kerana persepsi negatif beliau terhadap masyarakatnya. Apapun kita bukan berada pada zaman itu dan kita tidak paham budaya, cara pikir dan persepsi masyarakat zaman beliau itu. Namun pasti ada individu yang dahagakan ilmu namun tidak dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan tiada sokongan seperti Abdullah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|