CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14914|Reply: 90

METHOD DAKWAH YG BERKESAN ???

[Copy link]
Post time 13-7-2005 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua,

PakMalau teringat satu insiden perbincangan dengan seorang jemaah tabligh tentang METHOD DAKWAH. Method terbaik baginya ialah cara TABLIGH lah, cara lain tidak BERKESAN dan bukan cara SUNNAH. Memandangkan beliau agak taksub dan jauh lebih tua, PakMalau mengiyakan saja pendapatnya utk menjaga hati walaupun PakMalau ada pendapat yg lain.

<<deleted...>>>

[ Last edited by  PakMalau at 27-11-2006 12:24 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2005 07:59 PM | Show all posts
sob sob..... terharu membaca kisah2 pakmalau... tapi dari mula sampai akhir, asyik kisah suka je... tak de duka ke? leh cerita tak yang duka??? seperti ada ahli yang tak sokong pak malau ke.. ada tak yg dengki spt pancitkan tayar beskal roda tiga pak malau ke... "berak" or "kencing" dekat DOR ke...

saya begitu setuju dengan agenda DAKWAH pakmalau.
Reply

Use magic Report

niceghost99 This user has been deleted
Post time 13-7-2005 09:10 PM | Show all posts
Assalamualaikum Pak Malau dan yang lain.

Hmmmm................

Teringat teman bila bermuzakarah dgn Puak Jemaah Tabligh.
Pabila berlaku sesuatu di tempat nya, mereka sering akan berkata begini.

"Sebenar nya......ana yg SALAH. Ana lemah...... Ana tak buat 'kerojer'. "

Maksud di sini, mereka(Jemaah Tabligh) tidak akan menyalahi org lain di dlm apa apa perkara.
Mereka akan menyalahi diri sendiri kerana TIDAK BUAT sesuatu untuk menyelesaikan masaalah di persekitaran nya.

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2005 11:57 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 13-7-2005 11:27 PM:


Itu bukan cerita sedih, cerita biasa je.. cerita duka memang ada, tapi tak elok dicerita details, itu semua asam garam hidup dlm masyarakat kampung... yg dah biasa dgn perangai org kampung tahu ...


Tahniah Pak Malau atas dakwah yang dilakukan ini. Ia boleh juga jadi contoh dalam mempelbagaikan dakwah yang boleh dilaksanakan dengan pelbagai strategi.
Saya taklah sampai tahap pengorbanan yang Pak Malau lakukan ini. Dengan sedikit pengalaman  dakwah tabligh yang saya perolehi saya gunakan untuk dakwah ketika dipanggil untuk menjadi jurulatih outdoor.Saya ada kepakaran dalam aktiviti luar (sijil kayak star 1 sampai star 4 & sea rescue survival) dan kawan-kawan dalam  bidang pendidikan dan kilang-kilang sering menjemput semasa mengadakan kursus-kursus perkhemahan waktu cuti. Ketika inilah saya mengambil sedikit kesempatan berdakwah sambil memberi latihan kepada peserta-peserta kursus. Kalau budak-budak kecil saya ajar mereka amalan-amalan harian dan jika pesertanya tua-tua maka saya beri sedikit motivasi sambil mempengaruhi mereka membenci kemaksiatan dan kemungkaran serta kesesatan. Dalam kepayahan suasana di luar nampaknya lebih berkesan apa yang disampaikan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2005 11:57 PM | Show all posts
Salam,

Dari segi hukum sebahagian besar ulama mengatakan melaksanakan dakwah ialah salah satu drp fardu kifayah ke atas masyarakat Islam.

Firman Allah swt,

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali Imran: 104)

Sesetengah ulama pula mengatakan dakwah itu adalah fardu ain, mengikut kadar keupayaan.

Sabda Nabi saw,

Barang siapa dr kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dgn tangannya, apabila tiada kuasa maka dgn lidahnya, apabila tiada kuasa dgn hatinya dan yg demikian itu adalah selemah2 iman.
(Muslim)

Apa yg I selalu praktikkan, sebagai seorg guru, seboleh2nya menunjukkan contoh yg baik dan menggalakkan kawan2 & pelajar2 berkelakuan baik dan tidak menggalakkan melakukan perkara2 buruk.  

Ini I lakukan kpd semua tanpa mengira bangsa & agama.  Mcm mana I berforum mcm itu la I di luar sini.

Firman Allah swt,

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.
(Ali Imran: 110)

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2005 08:46 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Manarik topik ini, dan ilmiah, diharap topik ini tidak dicemari oleh pertengkaran budak2 rufaka.

Baguslah tu Pakmalau ada fikir untuk memajukan anak bangsa. Jika kita menggunakan tenaga fikiran sendiri banyak perkara yang kreatif dapat kita hasilkan. Menggunakan akal ini memang digalakkan dalam islam. Walaubagaimanapun tenaga fikiran manusia ada batasnya, ianya perlu kepada suluhan ilmu dari Al-quran dan hadis. Sebab itu terlalu yakin dengan akal sendiri tanpa bersandar kepada Dalil2 boleh menjadikan seseorang itu tersasar.

Berfikir sejenak lebih baik dari ibadah sunat 70 tahun kalau tak silap dalam hadis nabi. Hadis ini kalau boleh minta ustaz nazhulus huraikan sedikit kalau ada kesempatan ye ustaz.

Apa yang saya tahu DAKWAH terbahagi kepada empat cabang.
1. DAKWAH UMUMI - SECARA UMUM
2. DAKWAH KHUSUSI - SECARA KHUSUS
3. DAKWAH ISTIMAI - SECARA RAMAI
4. DAKWAH INFRADI - SECARA SENDIRI-SENDIRI.

Dakwah umum dilakukan dari rumah-kerumah, ini adalah tulang belakang dakwah.
Dakwah khusus dilakukan dengan berjumpa dengan org2 yang tertentu.
Dakwah istimai dilakukan dengan membuat majlis dan menjemput org ramai berkumpul
Dakwah infradi dilakukan secara sendiri2 seperti menggunakan internet, majalah, tulisan2 dan nasihat2 kepada kawan2 yang kita jumpa di tepi2 jalan atau dimana-mana. Asalkan mesej yang disampaikan kearah kebaikan ia bolehlah dikategorikan sebagai cabang2 dakwah. Bagaimanapun maksud dakwah yang sebenar ialah menyeru manusia kepada Allah.

Kaedah 4 jenis dakwah diatas semuanya dilakukan oleh baginda SAW. Hari ini kita perlu sedar bahawa kita bukannya umat Abib(hanya ibadah), tetapi kita adalah umat da'i(pendakwah). Tanggungjawab untuk berdakwah( menyeru manusia kepada Allah) yang telah dilakukan oleh rasul2 terdahulu diserahkan kepada umat Nabi SAW. Sebab itu tiada lagi nabi akan lahir selepas Nabi saw. Kemuliaaan umat ini juga adalah disebabkan kerja dakwah, umat2 nabi2 yang terdahulu mereka tidak dibebankan untuk berdakwah, mereka boleh beribadah tanpa berdakwah sebab tugas berdakwah hanya dilakukan oleh rasul2. Jika mereka turut serta berdakwah ia satu kerja yang mulia tapi itu bukan tanggungjawabnya. Bagi umat nabi SAW berdakwah adalah satu tanggungjawab. Seorang ayah akan ditanya diakhirat nanti tentang isteri dan anak2nya. Seorang pemimpin akan ditanya tentang org yang dipimpinnya, dan begitulah seterusnya. Pendekkata kita selalu ada FIKIR bagaimana mahu menyelamatkan mereka dari azab Allah, atau bagaimana untuk membawanya kembali kepada jalan Allah. Bagi org yang berilmu dia kena gunakan ilmunya untuk berdakwah, yang ada kemahiranpun kena berdakwah, pendekkata semua org perlu ambil bahagian.

Dunia ini bukan tempat engkau2 aku2, kita perlu bermasyarakat, tanggungjawab kita kepada masyarakat sentiasa ada. Seperti terhadap jiran, terhadap sahabat dan kawan2, terhadap saudara-mara. Diakhirat nanti barulah engkau2 aku2. Tak ada tanggungjawablagi. Jika kita tak ada ilmu yang banyak, pendiam pula, akhlak pun tak bagus dan berbagai2 masalah tapi ada niat untuk berdakwah bolehlah mendapatkan latihan dari jamaah Tabligh, disana anda akan diajar bagaimana untuk berdakwah dengan CARA nabi yang PURE. Dengan cara nabi ini semua org boleh buat, tak kiralah org tu macammana...kaedah lengkap, tapi nak belajar kena sabar slow-slow dan istiqomah.
Insyaallah bagi azam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2005 11:33 AM | Show all posts
Perlukah seseorg umat Islam itu menyertai mana2 jemaah utk tujuan berdakwah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2005 01:12 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 2005-7-14 11:33 AM:
Perlukah seseorg umat Islam itu menyertai mana2 jemaah utk tujuan berdakwah?


INSYAALLAH JAWAPANNYA, Dakwah terbahagi kepada 4 bahagian yang diatas, jika seseorang tidak mahu menyertai mana2 jamaah untuk tujuan dakwah maka dakwahnya hanya berada dalam cabang yang keempat yaitu dakwah infradi(sendiri-sendiri)

Setiap satu cabang dakwah yang diatas ada kelebihannya yang tersendiri dan ada dalilnya, kerana keempat2 cara tersebut dilakukan oleh Rasulullah. Cabang yang keempat boleh dilakukan secara sendiri-sendiri tetapi 3 cabang yang diatas perlu BERJAMAAH.

Dakwah sendiri2 ibarat setitis air dan dakwah berjamaah umpama lautan.
Dakwah juga perlu dilakukan dikawasan sendiri dan diluarkawasan.

Insyaallah azam..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


niceghost99 This user has been deleted
Post time 14-7-2005 01:39 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer yg satu kiblat dgn ku,

Teringat teman akan satu hadis yg bermaksud:

'Domba yg ketinggalan akan di makan olih serigala"

Tidak banyak orang dapat membuat DAKWAH secara bersendirian.

Perlu kita pelajari Apa itu KONSEP DAKWAH?
Ataupun yg selalu di panggil orang....Apakah yg TERSIRAT di sebalik DAKWAH itu.

Seperti yg di perkatakan olih alim ulamak.
Rasulullah saw pernah bersabda (lebih kurang maksudnya)

"Kalau kelian mahu ILMU, datang lah kpd ku. Kalau kelian mahu IMAN, pergi jauh dari ku"

Banyak org ada ILMU setinggi gunung TETAPI kurang IMAN.

Cakap agama pandai, petah dan berjam jam berpidato TETAPI maksiat di depan mata or dalam ghumah sendiri tak mampu nak benteras.

DAKWAH ini mesti lah bersama dgn:
1. Sabar
2. Fikir
3. Zikir

JANGAN lah komer yakin yg orang akan berIMAN kerana pandai nya komer berpidato.
JANGAN lah komer yakin yg orang akan berIMAN  kerana kelulusan mu.

KOMER hanya lah sebagai MEDIUM ataupun ASBAB ataupun Orang PERANTARAAN sahaja.

ALLAH  swt hanya mahu MEMULIAKAN kamu dgn menjadi PENDAKWAH.
Ia adalah HAK Allah swt untuk memberi TAUFIQ n HIDAYAH NYA kpd sesiapa yg di khendaki.

Dengan BERDAKWAH, seseorg itu akan BERTAMBAH IMAN nya.
Dengan BERDAKWAH, seseorg itu akan BERTAMBAH ILMU nya tentang KEFAHAMAN AGAMA.
Dengan BERDAKWAH juga, seseorg itu akan BERTAMBAH KASIH n SAYANG nya kpd Allah n Rasul.

Kita akan menangis, sedey pabila mielihat manusia TIDAK SOLAT, TIDAK MENUTUP AURAT dan TIDAK MENTAATI PERINTAH ALLAH swt.
Kita akan berfikir akan APAKAH akan terjadi kpd UMAT ISLAM di masa hadapan!
Dan apakah SUMBANGAN kita kpd UMAT SELURUH ALAM?

Wsalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2005 05:04 PM | Show all posts
Kadang-kadang lagu pun boleh memberi pengetahuan dan panduan.

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2005 05:22 PM | Show all posts
teringat aku masa kat kampus dulu...rajin budak2 tabligh ketuk2 pintu bilik nak buat tazkirah...sumer buat diam..yg larik lintang pukang pon ada..yg kene marah pon ada...sian nengoknya.

ader sekali aku tgh makan, pintu aku bukak la..dema datang..ajak makan sekali..menangis dema..aku pelik plak..aku kata la..kenapa menagis depan rezeki..dema kata sepanjang dema jadik tabligh, nihla pertama kali dema dipelawa makan. aku tanya dok kolej mana..dema kata UKC...sian..nakal2 budak UKC nih

bukan senang berdakwah..tapi bila dapat hasilnya...rasa di hati Allah jer tau ramai gak budak2 yg niat tuh dah betul, finishing yg salah. aku pernah tgk, ada la dua couple nih borak2. dtg group lebai2 nih terus maki..aku time tuh tgh lepak2 ngan member letih main takraw. lepas tuh aku tanya la lebai2 tuh..dalam islam kalo nak berdakwah boleh maki2 ker? terdiam deme.. lawak...pada aku..niat nak berdakwah tuh AMAT BAIK. tapi cara kene betul. kalo tak tak berkesan, silap2 terjadi terbalik plak!! wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2005 06:09 PM | Show all posts
tu lah pak malau..best la masjid shah alam..komuniti islam sana buat masjid tuh hidup. ada tadika, librari..kengkadang ada org main bola tampar kat kawasan parking tuh.makmur!
Reply

Use magic Report

Dungeon2 This user has been deleted
Post time 14-7-2005 06:44 PM | Show all posts
bagus bagus

aku nak tambah satu lagi

kita kalau boleh belajar cara mereka berdakwah n tidak perlu condemm mereka
kerana niat di hati mereka pun nak dpt keredaan juga
cos aku pun pernah tengok mcmnana org tabligh berdakwah, bagus n cantik
kalau mereka buat salah kita perbaiki  n try pertingkat mereka lagi

berdakwah byk caranya ,seperti  using math method to solve math problem
ada byk method tp kalau dah byk method kita belajar kan senang nk solve the problem

jgnlah selau condemm  kalau boleh kita fikir cara-cara mcmna nk pertingkat lagi
bukan dgn kita dah dpt idea tu lalu tubuhkan pertubuhan baru nk jatuhkn mereka

kan rosak nilai murni kita

mcmnana kita nk bersatu walhal tuhan kita Allah s.w.t  Al-quran kita sama n pegangan kita
Al quran dan as-sunnah (golongan org anti-hadis aku no komen)
kalau dah tubuhkan apakata bergabung dgn mereka n tingkatkan lagi produktivity
yg terpesong kita baikikan yg sesat kita tunjukkan n yg terlalu taksub tanpa berfikir
(yg ni aku x suka) kita pluskan mereka dgn berfikir which  baik dan buruk

lastly aku xda kena mengena dgn bdk tabligh ataupun bdk al arqam  tapi

aku hanya kena mengena  dgn budak "Yang Bersaksi Bahawa tiada Tuhan Disembah
                                                     Melainkan Allah s.w.t Dan bersaksi Bahawa
                                                     Nabi MUhammad itu adalah PesuruhNya"

Tuhanku hanyalah Allah s.w.t Taala dan peganganku ialah Al-quran dan As-Sunnah

[ Last edited by Dungeon2 on 14-7-2005 at 06:45 PM ]
Reply

Use magic Report

niceghost99 This user has been deleted
Post time 14-7-2005 07:06 PM | Show all posts
Assalamualaikum Dungeon2,

Memang benar kata2 miker.

Di dalam USAHA membangunkan AGAMA di zaman rosaknya umat.
Kita perlu bersatu walaupun CARA/KAEDAH nya berlainan.

Hanya beda nya dgn Jemaah Tabligh, mereka ada PERATURAN yg perlu di ikuti.(yakni mengikut SUNNAH)
Bermula dengan:

1. Diri sendiri
a. pakaian
b. bersugi
c. tidur
d. makan
e. lain lain
2. anak bini/keluarga
3. membaca taklim setiap hari
a. di mesjid/surau
b. di rumah
4. setiap hari 2.5 hours berjumpa dgn org atas dasar AGAMA.
5. mesyuarat/fikir harian
6. mesyuarat mingguan
7. mesyuarat bulanan(markas)
8. gatz/gash/ziarah seminggu sekali di tempat sendiri
9. gatz/gash/ziarah seminggu sekali di tempat berdekatan
10.300 zikir pagi dan petang
11.solat tahajjud
12.solat israk
13.solat doha

Ini adalah ASAS TERTIB yg perlu di lakukan olih setiap Ahli Jemaah Tabligh.
Jemaah Tabligh TIDAK IKUT India.
Hanyasanya, Ulamak India yg mengHIDUPkan semula usaha ke atas AGAMA ini mengikut CARA RASULULLAH saw dan para sahabat r.a.

DAKWAH adalah SERAPANG 2 MATA.
Kalau org di dakwah tak mahu ikut, pendakwah itu sendiri kan SEMAKIN MANTAP IMAN nya.

Insyaallah

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2005 08:27 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 14-7-2005 08:02 PM:


Kadang2 pakai jeans + ikat kepala (nampak rock) senang berkomunikasi dengan mat-mat lepak tepi jalan, tambah pula pandai cakap bahasa diorang, LU GUA, cara gila-gila sikit. Senang nak ajak diorang ke Masjid. BRADER!, KITA TANGKAP MASJID PETANG NIE OK, OK LA... WA CAYA SAMA LU...


ehem2... nak jugak tengok pakmalau macam tue... hehehe, ala2 M. Rajoli! ada sebuah drama yang sebegitu. Berdakwah dengan KASIH SAYANG seperti saranan Pakmalau.

Lagi satu, saya ada mendapat sebuah maklumat yang agak penting. Terdapat sebuah gerakan, yang menggabungkan kesemua gerakan dakwah seperti ABIM, Tabligh, dan lain2... (maaf if tak sebut). Mereka mengeluarkan sebuah artikel yang menerangkan konsep2 yang digabungkan tadi. Antaranya mereka menegur sikap taksub ahli2 dakwah terhadap METHOD dakwah mereka.

Mereka ada memetik hadis "Dalam seratus tahun, akan lahir seorang pembaharu agama" <-- perawinya siapa ye.. ada sesiapa yang ada? ...

Tapi konsep mereka memang bagus. Mereka dianggotai oleh anak-anak muda. Moga-mogaan mereka berjaya... insya'allah...
Reply

Use magic Report

niceghost99 This user has been deleted
Post time 14-7-2005 08:39 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 14-7-2005 20:27:


ehem2... nak jugak tengok pakmalau macam tue... hehehe, ala2 M. Rajoli! ada sebuah drama yang sebegitu. Berdakwah dengan KASIH SAYANG seperti saranan Pakmalau.

Lagi satu, saya ada mend ...


Assalamualaikum pipi,

Ada org bertanya, kenapa tidak berdakwah kat pub, disko, kedai ekor, Sure Heboh or kat AF.?
JAWAPAN:
Orang yg berada di tempat ini TIDAK BERSEDIA untuk mendengar.

Seorg Pendakwah perlu pandai mencari peluang.
Melihat keadaan di sekeliling dan orang ataupun kumpulan yg di target.

Kalau bercakap/berbual dgn org ALIM, begini harus di buat.
Kalau bercakap/berbual dgn Pembesar Pembesar/Berkuasa spt Tok 4, D.O., YB ker per.....ada CARA yg harus di ikuti.
Begitu juga lah dgn bebudak muda, kaki lepak, kutu rock etc.

Pernah teman pergi ke tempat perkampungan Orang Asli yg sudah di pengaruhi olih Pendakwah Kristian yg memberi IMAGE yg TIDAK BAIK terhadap org Islam yg berkopiah, berjubah ini.

So, kita org pergi ke situ dgn pakaian biasa tanpa berkopiah.

TARGET UTAMA kita adalah utk mendekati mereka.

Tetapi JANGAN pulak kita korbankan aurat, solat etc.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2005 08:49 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost99 at 14-7-2005 08:39 PM:


Assalamualaikum pipi,

Ada org bertanya, kenapa tidak berdakwah kat pub, disko, kedai ekor, Sure Heboh or kat AF.?
JAWAPAN:
Orang yg berada di tempat ini TIDAK BERSEDIA untuk mendengar.
...


thx kepada niceghost99... seram gak tengok ghost pandai berkata2... anyway... you are right... :setuju:

kalau kat kedai ekor... mungkin kasi flyer berkaitan judi ke...
Reply

Use magic Report

niceghost99 This user has been deleted
Post time 14-7-2005 09:11 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 14-7-2005 20:52:


Itu yg betul. Kita jangan terlalu RIGID dengan METHOD dalam berdakwah. Ikut keadaan tempat, teknologi, budaya, infra. etc supaya IMPACT berkesan. Kalau tak praktikal berjubah, pakai jeans etc.  ...


Assalamaulaikum Pak Malau n pipi,

Sebab itu KUMAN ada beritahu, DAKWAH ini bolih di bahagi kpd 4 bahagian.
Sama seperti nak mengamalkan SUNNAH juga laa.

Ada SUNNAH yg kita bley amal HANYA di kalangan Ahli Jemaah Tabligh.
Ada SUNNAH yg kita bley amal di kalangan org AWAM.

Ini semuer untuk mengelak daripada FITNAH.
Kerana SUNNAH yg tak pernah di amalkan olih org AWAM di zaman sekarang akan KELIHATAN PELIK.
Yang tidak tahu, akan mengatakan ia adalah ajaran SESAT.

Pepatah ada mengatakan, Kalau hendak mendaki bukit HENDAK lah guna langkah yg pendek dan perlahan lahan.

PERINGATAN:
Iblis/setan menunjukkan 70 ribu cara utk berbuat KEBAJIKKAN.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

niceghost99 This user has been deleted
Post time 14-7-2005 09:26 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 14-7-2005 20:49:


thx kepada niceghost99... seram gak tengok ghost pandai berkata2... anyway... you are right... :setuju:

kalau kat kedai ekor... mungkin kasi flyer berkaitan judi ke...


Assalamualaikum pipi,

Kalau kat kedai ekor..............tak perlu buat haper haper.
Relax jer......(suasana utk berdakwah NIL)

TETAPI perhatikan saja saper yg mengunjungi nya.

Then buat LIST saper yg perlu di ziarahi nanti.
Masukkan nama2 yg mengunjungi kedai ekor td.
Tapi tak perlu bercakap berkenaan ekor bila bertemu dgn dier org.
Buat bodo jer.....
Bukan deme tak tahu BERJUDI tuh HARAM.
Hanya IMAN mereka 'keluar' semasa membeli.
Then baru ler ziarah deme.

Kekadang tidak perlu bersuara or nasihat dier org pun.
Dengan berjubah, berserban dan lalu jer depan kedai ekor.....deme akan malu dan lari jauh jauh. (itu instant/immediate result)

ASAS DAKWAH ialah:
1. Salam
2. Taam
3. Kalam

Ini lah yg di amalkan olih Rasulullah saw pabila di suruh Allah swt menyebarkan Risalah ini.

Bermula lah dgn SALAM.
Sehingga ada Hadis menyuruh kita memberi SALAM kpd orang yg kita kenali dan tidak kenali.
Ini adalah muqadimah pengenalan dgn org yg kita tidak kenal.
Ia juga untuk mengiratkan lagi sillaturrahim sesama Islam.

Yang tuer beri salam kpd yg muder.
Yang berkereta memberi salam kpd yg menaiki mu2.
Yang kaya memberi salam kpd yg miskin.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

niceghost99 This user has been deleted
Post time 14-7-2005 10:01 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 14-7-2005 21:44:
Kadang-kadang bila selalu terikut dengan orang keluar dakwah ni pun bahaya juga, takut jiwa asyik/rindu untuk membuat dakwah hingga tertinggal/terlupa perkara utama yg perlu dibuat (salah sendiri). ...


Assalamualaikum Pak Malau,

He he he he he
Sesungguhnya TERTIB untuk STUDENT lain skit.
Teman idak ler LABELkan ia sebagai BAHAYA.
Hanya student ini hendak lah PANDAI membahagikan masa nya.
Mereka lebey di galakkan berDAKWAH melalui LULUS CEMERLANG di dalam pelajaran mereka.
Hanya biler waktu semester break ataupun cuti....mereka 'keluar'.
Ini untuk mengelakkan dari FITNAH yg Pak Malau katakan td.

Tidak di nafikan mungkin ada segelintir yg TIDAK MENGIKUTI TERTIB yg di berikan.

Actually, NIKMAT IMAN ini....tidak dapat di gambarkan pabila membuat DAKWAH dan melihat KESAN nya kpd masyarakat sekeliling.
Dan perubahan kpd seseorg PENDAKWAH itu hanya bolih di lihat/sedari olih pihak lain.

Seseorg Pendakwah aka Da'i akan mengikut resam PADI.

Waallahua'lam


[ Last edited by niceghost99 on 14-7-2005 at 10:06 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.151419 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list