View: 27582|Reply: 142
|
Ajaran Sesat Ayah Pin (freshNectar, snipersnake, Gravedigger, leotazz818)
[Copy link]
|
|
Ada sapa2 tahu informasi mengenai agama ini?
[ Last edited by fleurzsa at 8-12-2005 12:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Jangan mudah percaya kepada khabar angin daripada golongan fasik. Jangan tuduh-menuduh sambil memburukkan orang lain kemudian baru nak dakwa. Seseorang belum bersalah selagi belum dibuktikan. |
|
|
|
|
|
|
mawarbiru This user has been deleted
|
Wallahu'alaamm....
Kerajaan langit tu hanya Allah yg Maha Mengetahui shj... (Ajaran Ayah Pin dlm Berita Harian tu... mengenai itu ke? :stp: ) Terlalu taksub agaknye beginilah jadinye... akal fikiran manusia takkan dpt menjangkaui akal DIA... kalau menjangkaui beginilaa jadinye... iskkk... :no: |
|
|
|
|
|
|
|
ler... tuan empunya post nie nak tau jer tentang Ajaran SESAT LAGI MENYESATKAN Ayah Pin.
tu sahaja.. hrmm.... ada tak sesiapa tahu tentang ajaran ini? Nak buat kajian lar... bukannya nak MENGIKUT-IKUT..... dah tahu sesat... jadi... bila ada ilmu.. leh lar nasihat kat orang lain tentang ajaran SESAT LAGI MENYESATKAN nie....
itu sahaja.... |
|
|
|
|
|
|
|
benda dah wujud...nak wujudkan lagi???...
kalaulah Ayah Pin tu hidup zaman blom islam..mungkin dia betul lah...tapi ni??
dah jelas lagi bersuluh!
dlm Star newspaper ari ni byk citer pasal ajaran dia... |
|
|
|
|
|
|
|
cuba cerita sikit macamana ajarannya!..... |
|
|
|
|
|
|
|
ada beberapa agama yg asalnya gabungan drpd agama2 lain.. cthnya; bahai gabungan budha, hindu dan islam.. agama sikh pula drpd hindu dan islam..
tapi ayah pin ni konsep die lg luas.. dia tak menggabungkan amalan agama2... dia suruh org patuh kpd agama masing2.. tp jadikan dia (ayah pin) sbg perantara dengan "kerajaan langit"... |
|
|
|
|
|
|
|
wahh..... gila ayam btul... :D ... ada sesapa lagi yang tahu? ada gambar ke... if ada gambar... meh lar kongsi2... leh kita bincang2... nak pulak ada yg "bekas" pengikut atau masih "pengikut" ajaran ayah pin... sila sila... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sauber at 2005-7-6 08:13 AM:
Jangan mudah percaya kepada khabar angin daripada golongan fasik. Jangan tuduh-menuduh sambil memburukkan orang lain kemudian baru nak dakwa. Seseorang belum bersalah selagi belum dibuktikan.
salah tak salah ini hanya makhamah dunia .
tapi yg jelas dia telah memesongkan Islam .
patutnya hal2 seperti ini telah lama kita benteras. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by palong at 2005-7-7 02:35 PM:
tapi ayah pin ni konsep die lg luas.. dia tak menggabungkan amalan agama2... dia suruh org patuh kpd agama masing2.. tp jadikan dia (ayah pin) sbg perantara dengan "kerajaan langit".....
habis tu dia agama apa? Dlm akhbar kata dia dah isytihar keluar Islam, sebab tu tak boleh ambik tindakan. Sebab tu juga lah ada cdgn dia diISAkan. |
|
|
|
|
|
|
|
akhrinya saudara nahzaluz memetik-metik papan kekunci beliau. Tahniah diucapkan.
rasa2nya... ada VCD Ajarah Ayah Pin yang dijual di pasaran. Pada mulanya tak laku, tapi setelah keluar TV, nampaknya bagaikan pisang panas.. heheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 2005-7-8 01:04 AM:
akhrinya saudara nahzaluz memetik-metik papan kekunci beliau. Tahniah diucapkan.
rasa2nya... ada VCD Ajarah Ayah Pin yang dijual di pasaran. Pada mulanya tak laku, tapi setelah keluar TV, ...
he he curi masa sikit tgh mlm ni ... kerja, jgn tak kerja! :bgrin:
Saya duk kat tganu tapi tak ada maklumat ttg ayahpin. Memang dari dulu lg saya tak ambik tahu. |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Originally posted by dess402 at 7-7-2005 07:07 PM:
salah tak salah ini hanya makhamah dunia .
tapi yg jelas dia telah memesongkan Islam .
patutnya hal2 seperti ini telah lama kita benteras.
Saudara,
Manusia manakah yang boleh memesongkan agama Allah iaitu Islam? Ada dua option sahaja dalam kita beragama, tunduk atau engkar? Dalam kes ayah pin, harap bersikap berhati-hati dalam membuat tuduhan yang boleh membawa kepada fitnah. Apabila media perdana sudah mula mencari salah seseorang sedangkan sebelum ini isu ini bukan satu isu, maka berhati-hatilah. Kita lihat sahaja permainan orang dibelakang isu ini. Tak perlu membuat dosa tanpa kita sedari.
23:1. Beruntunglah orang-orang mukmin,
23:2. Yang dalam solat mereka, mereka merendahkan hati;
23:3. Dan yang daripada percakapan sia-sia, mereka berpaling; |
|
|
|
|
|
|
sailorvenus This user has been deleted
|
AJARAN SESAT: KECELARUAN BERFIKIR
Untuk renungan kita bersama.....................
AQIDAH DAN HUKUM SYARA |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Saudara,
Cuba bandingkan cerita ayah pin ini dalam media perdana dengan cerita dalam link ini
http://www.theedgedaily.com/cms/ ... a-1b11b790-ac95cc79
Sebahagian cerita tersebut ada dibawah; Sila baca keseluruhan cerita tersebut supaya dapat kita melihat daripada semua sudut.
Off The Edge: Pergi langit dengan jasad sekali ke?
Ayah Pin: Dulu tak boleh, dalam diri tu keluar untuk pergi terus. Selepas itu, bila saya berperingkat ke atasan barulah saya boleh pergi dengan jasad sekali. Macam sekolah juga, bila kita meningkat tinggi baru boleh pergi terus.
Macam mana keadaannya bila Ayah nak pergi ke tempat lain, kena bersendirian ke?
Bersendirian. Saya duduk dalam bilik ke, atas bukit ke. Orang lain tak boleh tengok. Diri saya sahaja yang boleh pergi.
Masa umur 10 tahun, ada mimpi ke?
Tak ada mimpi, dia [the angel] direct te璻us. Tak sedar diri tapi boleh cakap. Dia suruh saya boleh menjadi seorang pemimpin manusia dunia ini.
Dari umur 10 tahun ke 30, Ayah buat apa?
Saya berehat. Saya nak cari aktiviti du璶ia. Umur 10 ke 30, saya nak tahu hal ehwal dunia bekerja tu, saya ambil sebagai ilmu praktikal menjalani hidup.
Pernahkah ayah cerita tugasan tu kepada orang lain sebelum tahun 30?
Mestilah orang tak tahu. Masa itu saya pegang rahsia lagi, orang lain tak boleh tahu. Orang yang buat amal sahaja atas diri saya tahu.
Saya sekarang ini bekerja seluruh dunia di bawah rukun langit, tak kira apa bangsa, ugama dan bahasa. Saya akan memberi petunjuk kepada seluruh bangsa dan ugama. Ini kerja saya sekarang, untuk hubungi daripada diri manusia yang buat amal kepada kerajaan langit terus.
Apakah antara kerja yang pernah dibuat Ayah dari tahun 10 hingga 29?
Tak tentu. Berniaga, bekerja dalam hutan sebagai pencari kayu canang, saya bertapa berdiam diri dalam hutan bukit-bukit. Saya satu orang sahaja.
Ayah berapa bini sekarang?
Empat. Dulu satu cerai, satu meninggal. Saya ganti yang lain. Jumlah anak tu tak ingat, dua puluh lebih. Lebih kurang 22.
Ayah boleh cerita tentang laporan tentang Ayah dalam Berita Harian?
Yang dia ambil pun bukan daripada saya.
Menurut laporan itu, Ayah Pin meneruskan ajaran yang dibawa gurunya sebelum itu, iaitu Tarikat Zirulah Hasan Anak Rimau atau nama sebenarnya Hassan Yaakob. Ayah pernah ikut dia?
Saya ikut dia [pada masa 1971]. Dia meminta pertolongan daripada saya untuk masuk zikir dia. Minta saya bekerjasama dengan dia.
Bukan ikut dia. Lepas itu saya keluar. Saya tak jadi sama perjalanan. Dia mencari duit dunia untuk kumpul orang-orang bagi sama dia. Itu saya tak mau.
Itu saya keluar. Prinsip saya lain.
Tanah ini milik siapa?
Orang puan [isteri] saya beli dari nenek dia. Ini dulu milik nenek dia. Sekarang ini tanah ini di atas nama bini saya.
Macam mana ada duit untuk beli tanah?
Tanah ini murah dulu. Macam hutan, macam bukit. Dia pun tak tahu nak jadi macam ni. Ini plan saya untuk membuat kerajaan langit di sini. Tanah ini lebih lima ekar. Boleh kata separuh lebih dah buat bangunan.
Ayah ugama apa?
Saya orang Melayu ni adat resam dalam Perlembagaan; dalam Koran ni tidak ada bangsa Melayu adalah ugama Islam. Tapi adat resam Melayu apabila Melayu, ugama Islam di sisi. Tapi saya diri sendiri tak boleh masuk mana-mana ugama. Saya sendiri, itu daripada hati peribadi saya. Saya tak boleh masuk ugama Islam, Kristian atau Buddha. Kalau saya masuk mana-mana ugama, ia bererti saya berpihak sebelah, serupa kita main politik. Kalau kita duduk dalam Barisan, bererti PAS kita mesti lawan. Kalau kita dalam parti PAS, bererti Barisan kita mesti lawan. Kalau saya masuk mana-mana ugama, bererti hati saya berpihak sebelah. Kalau saya berpihak sebelah, macam mana saya nak pilih manusia? Tak adil sekali.
Apa perhubungan Ayah dengan Tuhan?
Saya dengan Tuhan? Saya tak boleh kata sendiri. Kalau saya kata sendiri, saya menjadi sebagai mengangan. Itu kalau awak mahu tahu apa hubungan saya dengan Tuhan, awak tanya bangsa sendiri. Kalau Cina, tanya Cina, kalau orang putih, tanya orang putih. Tapi hari ini, bukan saya yang kemukakan jawapan ini, orang lain |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Mengapa Ayah nak angkat sumpah untuk kata keluar Islam? Kalau Ayah keluar Islam, Ayah tak perlu angkat sumpah?
Itu untuk mengesah saya keluar Islam kepada kerajaan. Tapi mereka tak terima, hanya rujuk kepada kadi. Sekarang ada surat lagi tunggu saya. Saya sendiri buat, bukan untuk bagi tahu orang. Saya terpaksa jadi begitu kerana semua bangsa ugama merujuk kepada saya semua.
Ayah juga percaya dengan penjelmaan semula?
Tak boleh kata ada penjelmaan dan tidak boleh kata tak ada penjelmaan. Pasal itu menjadi isu bagi manusia yang tidak faham.
Ayah mewakili semua ugama, tapi ugama-ugama ini ada perbezaannya?
Memang beza.
Islam tak percaya penjelmaan? Buddha percaya penjelmaan?
Kalau orang ni hidup ini bijak, dia boleh jelma. Kalau tak bijak, tak boleh jelma.
Apakah pandangan Ayah terhadap Perlembagaan bahawa Melayu mesti jadi Islam?
Itu bukan pandang, bukan munasabah. Perkara ini dalam undang-undang, tak kira bangsa. Koran ni bukan untuk orang Melayu sahaja.
Maka di dalam itu, tiada bangsa mana-mana yang menjadi satu nama yang tetap. Faham tak? Bangsa ni bukan tertakluk kepada penganut. Ia tidak dalam undang-undang satu bangsa jadi Islam. Dalam undang-undang itu, tiada dalam Koran. Ini kalau saya cakap-cakap terang jadi isu. Saya tak boleh begitu terang kerana ia jadi satu masalah. Cuma tak ada dalam Koran atau mana-mana undang-undang. Saya di bawah kuasa Tuhan, maka saya boleh terima apa yang dikehendaki.
Siapa yang menolong Ayah mengurus tempat ini?
Saya di tapak sini sahaja, tugas saya naik langit tu semua. Lepas itu bangunan ini orang lain yang buat, bila ada pertukaran baru tanya saya. Kalau tak boleh buat gini-gini, barulah tanya saya. Ada bidang-bidang masing-masing. Ada ketua seksyen untuk menjaga seksyen lain. Satu manusia untuk buat ni, satu untuk buat lain.
Berapa kosnya tempat ini?
Saya tak tahu. Duitnya tak tahu nak kira sebab kita tidak projek duit kos. Tapi duit tu sentiasa ada. Bangunan ni didirikan gotong-royong. Tak ada kontraktor.
Dari mana datangnya duit tu?
Ada. Saya tak tahu dari mana duit, ia ada. Apa sahaja saya buat, jadi. Masa ada masalah, ayah buat duit ada.
Ayah boleh buat US dollar?
Tak boleh. Mesti ringgit. Tukar nanti orang cakap pula. Mana-mana pihak pun hairan kepada saya. Di mana saya ambil duit bila saya tak kerja. Isu ini tak boleh fikir, tak ada jawapan. Duit tu akan sentiasa ada, saya sendiri pun tak boleh nak jawab. Apa-apa saya nak buat, duit itu ada. Bila saya nak buat, duit itu sentiasa ada dalam poket. Dari mana datang tak tahu.
Duit tu mula-mula muncul di mana, macam atas meja, atas pokok ke?
Tak tahu, saya boleh mengadakan. Macam orang panggil ajaib juga.
Setahu Ayah, mungkinkah ada ketua seksyen kutip duit atas nama Ayah?
Tak ada atas nama saya. Atas nama ketua seksyen, dia ada. Ketua seksyen minta duit, anda suka macam mana nak bantu. Tak ada duit nak buat kerja pun boleh. Nak bagi boleh, tak nak bagi pun kau punya pasal. Tak tentu, kaya miskin pun boleh bantu.
Ayah melihat sendiri sebagai Tuhan atau wakil Tuhan?
Tak sama. Mereka jauh berbeza. Tuhan boleh jatuhkan hukuman. Tuhan ni berlainan de璶gan yang lain. Saya bukan wakil Tuhan. Saya sendiri punya hak mana-mana ugama. Saya tidak boleh mengaku; bergantung kepada masing-masing untuk ketahui.
Adakah lelaki dengan wanita sama rata?
Tiada perbezaan.
Nilainya sama, mutunya sama?
Lain. Lelaki lebih. Kuasa tu lain.
Apa kekurangan perempuan?
Lelaki lebih. Semua dari Tuhan. Kuasa Tuhan dalam manusia, perempuan manusia tu tak boleh jadi Tuhan. Tuhan tu laki-laki. Tuhan tak pernah menjadi perempuan. Tuhan tu jantan.
Kekurangan wanita dari segi daya fikir ke?
Memang kurang sikit. Ada la 80%. Cerdik-cerdik pun 80%. Biasanya kebanyakan 50% pun tak sampai.
Apa berlaku jika hayat Ayah berakhir nanti?
Benda ni saya kalau ikut kertas kerja saya di kerajaan langit, saya akan menyatukan manusia di bumi ni yang berperang atau apa sahaja. Itu wajib untuk saya.
After the end of the interview, Rosli quietly asks us, 揙ff The Edge ini, banyak orang Melayu baca tak? |
|
|
|
|
|
|
Sufism This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Non muslim pun dah nampak isu ini hanyalah satu permainan dan sandiwara semasa
http://www.jeffooi.com/archives/2005/07/noh_oh_no.php#more
Noh, oh no...
It's so incredible.
July 2, the Terengganu religious authority raided the controversial deviationist cult known as "Sky Kingdom" ("Kerajaan Langit"). Twenty one of its followers, including a police inspector and the drummer of a popular rock band, were arrested.
However, sect leader Ariffin Mohamad, 65, better known as Ayah Pin, was missing during the 7 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sauber at 8-7-2005 10:21 AM:
"Saya tidak harus dipersalahkan jika saya tidak ditahan. Saya juga tidak akan meninggalkan kepercayaan yang saya bawa walaupun diharamkan oleh kerajaan."
:hmm: begitu yakin dia dgn kepercayaan dia tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Ajaran Sesat Ayah Pin (freshNectar, snipersnake, Gravedigger, leotazz818)
Pengikut Ayah Pin kawal ketat `Kerajaan Langit'
BESUT 6 Julai - Kehadiran orang luar yang mahu berurusan dengan Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad di perkampungan `Kerajaan Langit' di Batu 13 di sini, kini dikawal ketat oleh para pengikutnya.
Langkah itu diambil sejak kelmarin selepas serbuan anggota-anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan polis ke markas Ayah Pin Sabtu lalu.
Tinjauan di perkampungan itu kira-kira pukul 4 petang ini mendapati persekitarannya sunyi dan beberapa pengikut Ayah Pin kelihatan berlegar di markas yang berlatarbelakangkan taman indah itu.
Malangnya, usaha untuk menemu bual Ayah Pin gagal kerana beliau dikatakan telah keluar dari kawasan itu sejak pagi kerana ada urusan di luar.
Bagaimanapun, Ayah Pin sempat ditemu bual oleh seorang wartawan dari Straits Times Singapura pagi ini.
``Kami terpaksa ambil langkah berhati-hati kali ini ketika berurusan dengan orang luar termasuk para wartawan. Hanya akhbar terpilih saja yang kami terima,'' kata seorang pengikut Ayah Pin yang hanya mahu dikenali sebagai `Pak Soh'.
Lelaki berusia 48 tahun yang menjadi pengikut Ayah Pin sejak 20 tahun lalu berkata, sebelum ini Ayah Pin boleh melayani semua akhbar tetapi dia serik apabila ada akhbar memutarbelitkan kenyataannya.
``Sebenarnya kami ada cara untuk menguji pihak akhbar. Jika peluang pertama diberikan dan mereka gagal melaporkan apa yang sebenarnya Ayah Pin cakap, akhbar itu tidak diberi peluang kali kedua.
``Sebab itu, Ayah Pin lebih senang bercakap kepada akhbar The Star sahaja. Ia tidak menokok tambah apa yang Ayah Pin cakap,'' kata Pak Soh yang berasal dari Bachok, Kelantan, di sebalik pintu pagar besi yang berkunci.
- Utusan
[ Last edited by fleurzsa at 8-12-2005 12:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|