View: 5218|Reply: 6
|
Persiapan Pemancing Cinta
[Copy link]
|
|
Dalam dunia memancing, kita perlu tahu apakah persiapan sebelum pergi memancing. Segala kelengkapan perlu disediakan agar tidak timbul masalah semasa pergi memancing. Persiapan yang perlu dilakukan bukan sekadar mempunyai joran dan umpan yang baik tetapi juga keperluan lain.
Keperluan ini tidak kurang pentingnya sebab tanpa keperluan-keperluan ini ia akan menimbulkan masalah kepada para pemancing. Ini yang dapat membezakan antara pemancing yang berpengalaman dan tidak berpengalaman, antara pemancing berilmu ataupun kurang berilmu. Persediaan fizikal dan mental juga penting dalam memancing. Mari kita lihat apakah peralatan yang diperlukan sebelum kita turun memancing. Peralatan seperti berikut :
a) Peralatan yang paling asas bagi seorang pemancing adalah joran dan mata kail. Tambahan kepada itu adalah umpan, enjin, minyak enjin dan sauh. Enjin, minyak dan sauh diperlukan bagi orang yang ingin memancing di tengah laut dan sungai. Joran, mata kail dan umpan pula berbeza bergantung kepada ikan yang ingin ditangkap.
b) Jaket keselamatan untuk keselamatan terutama pada orang yang tidak tahu berenang.
c) Bekalan makan dan minum. Ini salah satu peralatan terpenting antara yang penting, tanpa peralatan ini kebuluran orang yang pergi memancing.
d) Baju hujan bagi melindungi diri dari hujan.
e) Baju labuh atau bertangan panjang bagi melindungi diri dari panas, gigitan nyamuk dan agas.
f) Topi bagi berteduh daripada panas dan hujan.
g) Ubat-ubatan bagi kecemasan ataupun berasa kurang selesa.
h) Tali bagi tujuan khas.
i) Pisau ataupun parang. Ini penting bagi mempertahankan diri
j) Kain buruk. Walaupun nampak remeh tetapi banyak kegunaannya. Perlu untuk menarik tali pancing yang tersangkut, untuk dibuat lap tangan yang kotor dan banyak lagi.
k) Stokin Panjang bagi mengelakkan gigitan serangga seperti agas dan nyumuk. Ia juga bagi melndungi kaki daripada pancaran terik matahari.
l) Wisel untuk kecemasan (termasuk jika ingin memohon bantuan jika engin rosak)
m) Plastik besar sebagai tempat meletak beg serta barang pancing jika hujan.
n) Polystrin dan air batu. Ini penting sebagai tempat mengisi hasil tangkapan.
o) Lampu suluh, lampu ayam dan ubat nyamuk jika ingin memancing malam.
Ini semuanya perlatan asas bagi memancing. Banyak bukan? Nampak macam mudah sahaja pergi memancing, namun begitu apabila salah satu peralatan tidak disertakan mungkin menimbulkan masalah tertentu. Ini yang orang katakan 揔alau ingin memancing, buat cara hendak memancing. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam................
Informasi yang berguna utk MS.ANON sendiri dan adik2 semua.......... Terutamanya mereka yang mahu dan sedang bercinta .........:love: |
|
|
|
|
|
|
|
hem...
penuh informasi... baik di digest thread ni... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
waahhh.... Informasi yg menarik nihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
waaa ...kasi up ini info........ |
|
|
|
|
|
|
|
nice one.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|