View: 38641|Reply: 28
|
Himpunan Sajak2 TAUHID & TASAUF oleh Abuya At-Tamimi
[Copy link]
|
|
" Rasa Bertuhan Setiap Waktu "
Kalau setiap detik dan waktu kita rasa bertuhan
Ke mana kita pergi dan berada rasa itu dibawa bersama
Terasa kita dilihat hingga ke lubuk hati kita
Terasa di dengar-Nya hingga gerakan hati kita
Luar dan dalam batin kita diketahui-Nya
Kuasa-Nya tidak pernah lekang pada diri kita
Dia boleh buat apa sahaja dengan kehendak dan kuasa-Nya
Kalau dia berkata: sakit, sakitlah kita
Jika Dia berkata sihat, sihatlah kita
Bila dia berkata nahas, nahaslah kita
Dia berkata patah, patahlah kita
Begitulah seterusnya Dia berkata pandai, pandailah kita
Hiduplah, matilah berlaku pada kita
Tentulah rasa takut dengan Tuhan setiap masa
Apabila takut dengan Tuhan, takut pula dengan dosa
[ Last edited by Mawar Merah at 16-1-2006 05:10 PM ] |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Himpunan Sajak2 Tasauf oleh Abuya
Ingatlah Kematian Dari Nafas Ke Nafas
Ingatlah kematian berlaku dari nafas ke nafas
Berhenti nafas matilah kita
Apabila tarik nafas, tidak boleh mengeluarkannya kematian tiba
Jika mengeluarkan nafas tidak boleh tarik semula matilah kita
Kita hidup bukan sebab kaya
Tidak juga hidup adanya kereta
Juga hidup bukan kerana ada kuasa
Bukan kerana adanya ilmu yang luarbiasa
Hidup kita hanya ditentukan oleh udara
Udara yang Tuhan cipta, penyebab hidup
Tidak ada udara kematian pun tiba dengan izin-Nya
Takutkanlah Allah dari nafas ke nafas
Biarlah kita mati di waktu nafas tiada kita takut dengan-Nya
[ Last edited by Mawar Merah at 16-1-2006 05:12 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
" Percaya Tuhan Tapi Tidak Kenal Tuhan "
Orang yang percaya Tuhan, tidak kenal Tuhan
Tuhan tidak ada erti apa-apa kepadanya
Tuhan bukan tempat rujuk dan harapannya
Masing-masing akan bertawakkal dengan kerajaan
Apabila kerajaan tidak membelanya dia kecewa
Ada yang bersandar dengan kekuatan fizikalnya
Manakala fizikalnya sakit atau zaman tua dia putus asa
Tidak kurang yang bersandar dengan orang kaya yang menolongnya
Apabila orang itu mati dia tidak tahu hendak hidup
Dia mati akal, buntu fikirannya, mati jiwanya
Ada juga yang bertawakkal dengan usahanya
Apabila usahanya gagal, derita jiwanya, gelisah hidupnya
Ada yang bertawakkal dengan ilmu dan kebolehannya
Apabila ilmu dan kebolehannya orang tidak gunakan
Hilang akalnya, tidak tahu bagaimana mahu hidup, terseksa jiwanya
Ada pula yang bertawakkal dengan ibu bapanya
Kerana ibu bapanya kaya, ada harta
Jika kekayaan ibu bapanya sudah tiada dia kecewa mungkin putus asa
Tapi jika mereka-mereka yang bertawakkal dengan selain Allah itu berjaya
Datang sombongnya, angkuhnya sangat ketara
Ramai orang yang tersinggung dibuatnya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
" Rukun Berjiran "
Bersahabat biarlah setia
Perasaan sahabat kenalah dijaga
Kepentingannya utamakan dari diri kita
Begitulah kalau mahu bersahabat dengan sesiapa
Jiran kita anggaplah keluarga
Kerana jiran orang yang terdekat dengan kita
Tengok-menengoklah, bantu-membantulah sesama jiran
Kehormatan jiran kenalah dijaga
Keburukkan jiran jangan dijaja-jaja
Beri-memberilah sesama jiran tetangga
Ketika jiran tidak ada di rumahnya
Rumahnya kenalah kita jaga
Sikap kita jangan sampai mengganggu jiran kita
Begitulah di antara rukun berjiran dengan kita |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
" Kenalilah Tuhan "
Kenalilah Allah Engkau akan cinta kepada-Nya
Kenalilah Dia engkau akan takut kepada-Nya
Kenalilah Tuhan pencipta kita
Kita akan redha ketentuan dari-Nya
Kenalilah Allah, kita akan sabar kerana-Nya
Kenalilah Dia kita akan bersyukur kepada-Nya
Kenalilah Tuhan kita akan berkorban untuk-Nya
Kenalilah Allah, kita akan taat kepada-Nya
Taat kita kepada-Nya itulah keselamatan kita
Kenalilah Dia yang menjaga kita
Bahkan Tuhan menjaga keperluan kita
Kenalilah Allah agar kita perlu kepada-Nya
Tuhan adalah segala-galanya buat kita semua
Kenalilah Tuhan agar hidup mati kita keranaNya
Kita akan merasa bertuhan setiap masa
Kita ada kawan yang setia membela kita
Begitulah rasa kehambaan setiap hamba
Apabila dia kenal sungguh TuhanNya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
" Pujian Milik Tuhan "
Kalau kita dicaci orang
Janganlah marah-marah kepadanya
Terima sahajalah dengan dada yang lapang
Cacat cela memang sifat hamba
Sama ada terang-terangan mahupun tidak nyata
Kalau boleh menerima cercaan orang
Ada harapan boleh membaiki diri kita
Jika orang memuji kita
Janganlah kita menerimanya
Pujian itu bukan hak kita
Ia milik Tuhan semesta
Tuhan sahaja yang layak menerima pujian
Kerana Dia sahajalah yang Maha Sempurna
Bila kita dipuji orang kembalikan sahaja kepadaNya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal Tapi Ilmu Rasa"
Belajar ilmu hisab atau ilmu kedoktoran
Tidak terasa bertuhan, tidaklah hairan
Belajar ilmu yang tersebut dan lain-lain ilmu
tidak terasa bertuhan
Perkara biasa di setiap zaman
Bahkan adakalanya belajar ilmu sekular
Langsung tidak percaya adanya Tuhan yang Maha Esa
Tapi yang lebih aneh
Orang yang belajar ilmu ketuhanan hingga jadi ulama,
tidak rasa bertuhan
Bahkan pakar ilmu tauhid atau ilmu ketuhanan pun tidak bertuhan
Kerana mereka belajar ilmu aqidah dengan akal semata-mata
Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu
Akalnya percaya adanya Tuhan
Jiwanya tidak terasa bertuhan
Di segi ilmu, pakar dengan Tuhan
Di segi jiwa, kosong dari Tuhan
Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan
tidak berlaku atau tidak ada
Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian
Apabila mendapat ujian
Dia tidak dapat kembalikan kepada Tuhan
atau tidak merujuk kepada Tuhan
Akibatnya jiwanya menderita
Menerima ujian itu dia tidak tahan
Akhlaknya kasar, tidak melambangkan orang bertuhan
Kehidupannya tidak mempedulikan masyarakat
Sekalipun boleh memperkatakan Al-Quran
Atas alasan ilmu semata-semata
Padahal ilmu ketuhanan hendaklah dirasa oleh jiwa
Ilmu ketuhanan bukan ilmu akal tapi ilmu rasa
Orang yang percaya Tuhan, hidup macam tidak bertuhan
Orang 'terasa' bertuhan, orang yang takut dengan Tuhan
sekalipun ilmunya kurang
Mereka yang rasa bertuhan menghormati syariat Tuhan
Kerana rasa bertuhan itu
Lantaran itulah rasa bertuhan itu
Kenalah suburkan di dalam setiap jiwa manusia
Tidak cukup setakat akalnya percaya adanya Tuhan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
" Manusia Wira "
Siapakah manusia wira, siapakah manusia luar biasa?!
Apakah manusia yang pandai?
Yang kaya dengan harta?
Mereka yang berkuasa?
Mereka yang handal?
Manusia luarbiasa yang membuat baik kepada orang yang membuat jahat kepadanya
Paling tidak dia doakan kebaikan mereka
Dia bersalah meminta maaf segera
Kekayaan yang diperolehi diagih-agihkan kepada manusia, pemurah namanya
Terutama fakir miskin dan membayarkan hutang mereka
Tamak tidak ada di dalam kamus hidupnya
Kasih sayang terserlah kepada sesiapa sahaja
Pemaafnya tak usah dikira adalah amalannya
Boleh menahan marah atau disembunyikannya
Tawadhuknya jadi budaya
Lemah lembutnya basahan hidupnya
Tidak tahu hasad dengki, tidak pernah menghina
Sangat simpati dengan orang susah
Penderitaan orang lain dia terasa bersalah
Kesenangan orang lain dia tumpang gembira
Inilah dia manusia wira atau luarbiasa
Tapi dia tidak pernah diberi pingat oleh sesiapa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenal Tuhan Dahulu barulah Syariat-Nya
Di dalam ajaran Islam,mengenal Tuhan lebih dahulu adalah perkara yang pertama dan utama
Selepas itu barulah mengenal Tuhan agar hamba-hamba-Nya
Di kalangan manusia cinta kepada-Nya
Pepatah melayu ada berkata: Tidak kenal maka tidak cinta
Percaya sahaja adanya Tuhan tapi tidak kenal Tuhan sudah tentu cinta tidak berbunga
Tidak cinta kepada Tuhan,syariat-Nya tidak orang tidak akan menghormati
Mari kita mengenal Tuhan agar kita cinta kepada-Nya
Tuhan adalah Allah yang mencipta dunia Akhirat dan seluruh isi-Nya
Mencipta manusia bahkan mencipta segala-galanya
Dia adalah Maha Berkuasa,Maha Mengetahui,Maha Melihat,Maha Mendengar,
Maha Berkehendak dan kehendak-Nya tertunai segala-galanya
Tuhan adalah mengadakan dan mentiadakan,mematikan dan menghidupkan
Menghukum sama ada di dunia mahupun di Akhirat
Kerana keadilan-Nya
Tuhan adalah segala-galanya
Dialah yang memberi makan dan minum,
Dialah yang menyakitkan dan menyembuhkan
Dia juga menyenangkan dan menyusahkan,
Memiskinkan dan mengkayakan
Menjatuhkan dan menaikkan seseorang atau sesuatu bangsa
Memberi rahmat dan nikmat,memberi nikmat dan bala bencana
Mendidik, mengasuh, menjaga dan memberi keselamatan
Memberi petunjuk dan menyesatkan sesiapa yang Dia suka
Tapi semuanya berlaku dengan ketentuan dan hukuman-Nya
Siapa yang masuk Neraka adalah dengan keadilan-Nya
Siapa yang masuk syurga adalah dengan rahmat-Nya
Tuhan adalah Zat yang Maha Esa,
Tidak ada bandingan dan tandingan
Tidak ada penyamaan dan penyerupaan
Maha suci daripada penyerupaan dan Maha Suci daripada dapat dilintaskan
Hakikat Zat-Nya Dia sahaja yang mengetahui
Tiada di kalangan makhluk-Nya yang mengetahui
Sekalipun para malaikat yang suci daripada dosa dapat mengetahui
Kuasa atau kudrat-Nya bukan dengan tenaga
Kehendak-Nya bukan dari perasaan-Nya
Tuhan tidak ada perasaan macam manusia
Yang berkuasa dan berkendak adalah Zat-Nya
Begitu juga melihat,mengetahui,mendengar adalah zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu adalah zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu semuanya
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Maha Qahhar dan Jabbar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
" Marilah perjuangkan Tuhan Dan Kasih sayang "
Marilah kita perjuangkan Tuhan
Tuhan telah dilupakan oleh kebanyakkan orang
Perjuangkan semula Tuhan
Hingga Tuhan menjadi kawan di dalam kehidupan
Kita jadikan Tuhan kawan yang setia
Tuhan sangat diperlukan oleh setiap insan
Marilah juga kita perjuangkan kasih sayang dikalangan manusia
Kini kasih sayang telah hilang
Pada hal kasih sayang semua manusia memerlukan
Tidak ada kasih sayang, tidak adalah perpaduan
Tidak ada kasih sayang, hilang satu kekuatan
Tidak ada kasih sayang, mudah sahaja timbul perbalahan
Marilah kita perjuangkan kedua-duanya
Perjuangkan Tuhan dan kasih sayang di dalam kehidupan
Kedua-duanya sangat diperlukan oleh setiap insan
Kehilangan Tuhan dan kasih sayang manusia menderita |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sajak kali ni, mawar sertakan sekali dgn link utk download krn sajak abuya yg ini telah dijadikan nasyid oleh kumpulan Mawaddah (penasyid puteri). Sambil hayati lirik/sajak di bawah boleh sambil dgr nasyid tersebut. Insya Allah nasyid ini antara Killer Song mawaddah.
http://www.megaupload.com/?d=01I250CW
Tunggu utk beberapa saat sebelum butang download muncul, bila dah klik sila save dlm file atau senangnya save kat dekstop je, mudah nak dgr berulang2 kali...
Ok selamat berhibur sambil mendidik jiwa agar lebih hampir dgn Tuhan
"BILA TUHAN DI KENALI"
Kalau Tuhan kita kenali kasih sayang dan perananNya
Kalau Tuhan kita fahami keagungan dan kekuasaan Nya
Kalau Tuhan kita rasakan betapa Dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang sanggup mati kerana Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana Nya
Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan Dia adalah segalanya
Korban kanlah apa sahaja kerana Nya
Cintakan Tuhan cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami Dialah pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana Nya
Kita sanggup buat apa saja demi cinta pada Nya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya
Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan dialah adalah segalanya korbankanlah apa sahaja kerana Nya
Cintakan Tuhan cinta yg abadi cintakan selain Tuhan cinta murahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tujuan Mengenal Tuhan
Mengenal Tuhan tujuannya agar segala usaha dan ibadah
ada tempat tujuan yang hendak disembahkan
Agar segala usaha mengikut dan ibadah tidak disia-siakan
Mengikut syariat itulah disiplin hidup dan syiar-Nya
Sekaligus nampak kelihatan di dalam kehidupan insan,
Ayat-ayat dan tanda-tanda kebesaran Tuhan
Akhlak yang mulia pula itulah dia bunga-bunga yang indah pada diri-diri insan
Dari situlah di dalam pergaulan manusia
Di antara satu sama lain senang menyenangkan
Bahagia membahagiakan,rindu merindui untuk berjumpa
Dari sinilah indahnya pertemuan di dalam pergaulan
Kerana masing-masing di dalam diri membawa bunga
Satu sama lain hibur-menghiburkan
Suka-menyukakan dan mengembirakan
Memanglah tabiat bunga sama ada bunga yang lahir
Mahupun bunga yang maknawi dan rohani
Ia menyukakan,menghiburkan,menyenangkan dan menyejukkan mata dan hati
Kalau bunga diri atau bunga-bunga maknawi dan rohani tidak ada
Pertemuan manusia sesama manusia sangat menjemukan
Bahkan di dalam setengah-setengah hal
Pertemuan itu sangat menakutkan
Akibatnya pertemuan dan pergaulan itu dibuat sebab terpaksa
Tidak bergaul, manusia tidak boleh hidup bersendirian
kerana manusia itu satu sama lain perlu memerlukan
Tapi kerana masing-masing bunga diri sudah tidak ada
Pertemuan dan pergaulan secara terpaksa itu sangat menyakitkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kejayaan Adalah Merendah diri Kepada Tuhan
Cemerlang bukan sekadar kejayaan
Tapi kejayaan itu dapat merendah diri kepada Tuhan
Kejayaan itu dapat diagih-agihkan sesama insan
Ukhwah pun terjalin kasih sayang pun datang
Cemerlang itu bukan sekadar berjaya membangun
Bukan setakat maju disemua bidang
Tapi di dalam kejayaan itu terasa kebesaran Tuhan
Bertambah bersyukur dan bertambah cinta kepada Rabbul Insan
Kecemerlangan itu bukan setakat maju di bidang ilmu
Banyak orang pandai, ramai yang dapat kejayaan
Kejayaan itu bukan untuk cari makan
Bukan untuk glamor dan nama
Lebih-lebih lagi bukan untuk megah dan sombong
Tapi dengan ilmu merendah diri kepada Tuhan
Bertanggungjawab kepada bangsa dan agama dengan ilmu
Tuhan makin dibesarkan dipuji dan dipuja
Dengan kemajuan dan kejayaan kasih sayang bertambah berbunga
Rasa bersama berkerjasama menjadi budaya
Bukan dengan kejayaan mendabik dada dan minta dikenang jasanya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Akhlak Yang Mulia
Senyum adalah sedekah
Sedekah tanpa wang dan harta
Bermesra adalah juga sedekah, tanpa menginfakkan harta benda
Ia boleh membawa persaudaraan dan kasih sayang sesama manusia
Bertolak ansur juga disukai Allah
Berlaku di dalam pergaulan orang sangat suka
Ia boleh menghilangkan perbalahan di dalam pergaulan manusia
Orang senang, orang suka, orang akan mesra
Berlebih kurang orang sangat suka
Orang suka berkawan, orang suka bermesra, orang suka dengar cerita
Di dalam kehidupan sangat diperlukan oleh sesiapa juga
Agar orang sayang dengan kita
Bertegur sapa, beramah mesra, tanya-bertanya orang suka
Orang senang dan suka dengan kita
Orang ingin berkenal dan berjumpa dengan kita
Di masa perantauan, di tempat orang, orang senang menerima kita tetamu mereka
Di mana pergi ringan tulang, mudah menolong orang, orang suka
Orang suka bergaul dengan kita, boleh jadi juga suka berkawan dengan kita
Mudah dan senang orang mengajak ke rumahnya menjadi tetamunya
Sifat-sifat tadi kalau dibawa ke mana-mana orang suka
Ia kita jadikan sebagai budaya di dalam kehidupan kita
Ke mana sahaja kita pergi mudah dapat kawan dan kenalan
Semua sifat-sifat tadi adalah harta manusia di dalam kehidupan mereka
11.3.2004 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allah Sumber Bahagia
Allah Taala adalah sumber bahagia
Ini bukan semua orang yang boleh merasa
Ini hanya dapat dirasa oleh jiwa yang bertaqwa
Berdoa sahaja sudah rasa sedap
Sekalipun belum tentu dikabulkan doa
Bercakap-cakap dan berbisik-bisik dengan Tuhan
Sudah terasa lazatnya
Bermunajat dengan-Nya terasa indahnya
Allah Taala terasa dekat
Tapi tidak berantara dan bercara
Ia terasa ada di mana-mana
Tapi tidak ada di sana
Kita terasa sangat Ia bersama kita
Semuanya tidak bercara
Tuhan dirasakan sangat diperlukan
Masya-Allah indahnya bertuhan
Rahmat-Nya dan kurniaan-Nya seperti dirasakan
Sama ada yang nyata mahupun yang tidak nyata
Setiap detik dia mengurniakan
Allah! Allah! Allah!
Besarnya erti hidup bersama Tuhan
Tuhan adalah hidup mati kita
Tuhan adalah segala-galanya
Jangan lupakan Tuhan!
29.7.1999 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allah Tidak Serupa Dengan Makhluk
Maha Suci Allah Taala ertinya tanpa penyerupaan
Maha Suci Tuhan ertinya tanpa persamaan
Maha Suci Tuhan ertinya tidak dapat dibayangkan
Maha Suci Tuhan ertinya tidak dapat difikirkan
Di atas sifat-sifat-Nya, perbuatan-Nya dengan segala makhluk-makhluk-Nya
Maha Agung Tuhan ertinya seluruh kekuasaan-Nya, kemuliaan-Nya
Kehormatan-Nya, kehebatan-Nya
Kebesaran-Nya, kecantikan-Nya; tidak ada tandingan
Maha Besar Tuhan ertinya tidak ada yang dapat mengatasi Tuhan di dalam semua sifat dan perbuatan-Nya
Maha Kuasa Tuhan ertinya menguasai segala kekuasaan
Bahkan seluruh kekuasaan itu pun Dia yang memberi
Maha Berkehendak Tuhan ertinya segala kejadian yang berlaku dengan kehendak-Nya
Kehendak-Nya lulus, tiada siapa yang boleh menyekat
Kehendak-Nya tidak ada batas
Sebarang kehendak-Nya terjadi, tidak ada yang terbatal
Maha Tinggi Tuhan ertinya di atas-Nya tidak ada tandingan
Bahkan tidak boleh dibayang
Kalau dibayang adalah satu pembohongan
Tidak ada pembohongan yang paling besar selain memperkatakan Zat Tuhan yang bukan-bukan
Walaupun di antara Tuhan dan makhluk-Nya ada yang sama sebutannya
Namun di segi hakikatnya jauh berlainan
Hakikat tidak boleh dibayangkan
Bagaimana hendak dibayangkan kerana tidak ada penyerupaan
Menjelang tidur
15.10.1999
[ Last edited by Mawar Merah at 17-11-2005 09:58 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ciptaan Tuhan Tidak Sia-sia
Salah satu sifat Tuhan apa yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia
Sama ada yang kecil mahupun yang besar
Yang halus mahupun yang kasar
Sama ada mengikut pandangan manusia jijik atau menakutkan
Semuanya berlaku dengan hikmah
Sama ada mengandungi ilmu, didikan mahupun pengajaran
Sekalipun seekor hama yang halus yang berada di tengah belantara ada maksud dari Tuhan
Walaupun seekor kuman di atas gunung yang tinggi di dalam batu pejal ada hikmah yang tersembunyi
Binatang yang merbahaya seperti harimau dan buaya walaupun menakutkan manusia ada pengajaran
Sama ada yang disuka atau yang dibenci oleh manusia ada rahsia dari Tuhan
Bahkan tidak ada makhluk yang Tuhan cipta yang sia-sia
Semuanya ada maksud dan tujuan
Cuma banyak manusia yang tidak tahu hikmah dan rahsianya, didikan dan pengajarannya
Maha Suci Tuhan daripada membuat sesuatu yang sia-sia
Sekalipun pada pandangan manusia perkara itu remeh sahaja
Perlu diingat, pada Tuhan semua perkara sama sahaja
Pandangan Tuhan tidak ada bezanya di antara halus dan kasar
Di antara kecil dan besar
Dan yang jijik dan yang menyenangkan
Walaupun Tuhan tahu perbezaan itu
Dari segi menciptanya sama saja
Dari segi melihat sama juga
Kerana Tuhan bukan melihat dengan mata
Bukan kemampuannya dengan tenaga
Dan Tuhan tidak merasa dengan jiwa dan perasaan
Setiap hikmah dan pengajaran itu Allah wujudkan tidaklah menimbang-nimbang
Menimbang-nimbang adalah dengan akal dan fikiran
Tuhan tidak ada akal dan fikiran
Maha Suci Allah Taala berakal dan berfikiran
Hikmah dan pengajaran itu terjadi adalah dengan kuasa dan ilmu Tuhan yang sedia sempurna
Yang tidak perlu menimbang-nimbang dan memikirkan
Maha Agung Engkau Tuhan
21.8.1999
[ Last edited by Mawar Merah at 17-11-2005 10:02 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keikhlasanku Tercacat
Tuhan! Selama ini Nerakalah yang aku lebih takut dari-Mu!
Juga Syurga lebih kucinta dari-Mu sendiri
Kedua-dua inilah yang mendorongku beribadah
Kerana keduanya jugalah aku menjauhi larangan dan melaksanakan suruhan
Aku rasa aku sudah tidak beradab dengan-Mu Tuhan
Aku beramal ibadah kerana makhluk-Mu
Keikhlasanku terhadap-Mu telah tercacat
Kerja-kerja yang aku buat kerana Syurga dan Neraka
Ketidakberadapan aku terhadap-Mu aku memohon ampun
Kesilapan aku itu aku memohon maaf
Bantulah aku agar amal ibadah yang kubuat kerana-Mu Tuhan
Bukan kerana Syurga atau Neraka
Aku amat takut dan bimbang, jangan-jangan Syurga dan Neraka itu jadi hijab
Sekali lagi aku memohon maaf
Kerana keterlanjuranku
Aku berjanji yang akan datang aku beribadah untuk-Mu
Bukan kerana Syurga dan tidak juga kerana takut Neraka
Cintakan Engkau dan takutkan Engkau adalah lebih utama
Selepas Asar
3.9.99 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berbuatlah lebih dahulu baru bercakap
Berbuatlah lebih dahulu baru bercakap
Kerana buah ilmu itu adalah amalan yang sudah dibuat
Janganlah bercakap dahulu baru berbuat
Lebih-lebih lagi bercakap langsung tidak berbuat
Ilmu yang tidak diamalkan macam senjata tidak digunakan
Ia akan berkarat
Apa ertinya simpan senjata sebanyak-banyaknya tidak digunakan
Ia akan menjadi bebanan
Begitulah ilmu yang banyak tidak diamalkan ia akan jadi beban di
Akhirat
Orang yang berilmu tidak mengamalkan ilmu, masuk Neraka lebih dahulu daripada orang kafir
Ilmu adalah panduan jalan kehidupan
Atau penyuluh jalan kehidupan untuk menuju matlamat
Alangkah anehnya orang yang ada lampu suluh di tangan
Berjalan di waktu malam lampu suluh tidak digunakan
Ertinya walaupun ada lampu di tangan tapi dia masih di dalam bahaya
Berjalan di dalam gelap tidak menggunakan lampu
Padahal lampu ada di tangan
Lampu itu semata-mata hendak ditunjuk kepada orang
Begitulah ahli ilmu yang tidak beramal, padahal ilmu diperkatakan
Itu tentulah semata-mata hendak tunjuk pandai kepada orang ramai
Bermegah-megah dengan ilmu, tidak ghairah beramal.
18.08.2001
- Ust. Hj. Ashaari Muhammad |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BERTIMBANG RASA
Bertimbang rasa salah satu daripada sifat peri kemanusiaan
Bertimbang rasa, menimbang perasaan orang lain berdasarkan perasaan kita
Fitrah manusia adalah sama
Perasaan adalah fitrah manusia
Kalau kita sensitif dengan perasaan manusia, berdasarkan perasaan kita
Kita sangat bertimbang rasa kepada semua manusia
Untuk dapat difaham saya membawa beberapa contoh, berdasarkan perasaan kita
Kita tidak suka orang sombong dengan kita, sepatutnya kita tidak sombong pula dengan manusia, mereka juga tidak suka
Orang bercakap kasar dengan kita, kita tidak suka, logiknya kita tidak suka bercakap kasar dengan mereka
Kita tidak suka orang memerli-merli dan menyindir-nyindir kita, tentulah sepatutnya kita tidak akan lakukan kepada manusia
Orang hasad dengki dengan kita, kita tidak suka, sepatutnya kita tidak suka berhasad dengki dengan sesiapa
Begitu juga kita tidak suka orang menghina kita, kita juga sepatutnya tidak suka menghina orang
Dibawa lagi beberapa contoh di sini
Di waktu kita susah, kita suka ada orang menolongnya, sepatutnya tentulah kita suka pula menolong manusia
Kita suka orang memberi maaf kepada kita, sepatutnya kita juga suka sekali memberi maaf kepada mereka
Perasaan manusia sama
Orang pemurah kepada kita, kita suka, sepatutnya kita suka pemurah dengan manusia
Orang boleh membuat baik kepada manusia lain berdasarkan dorongan perasaan hatinya, kerana perasaan manusia sama
Itulah dia yang dikatakan tinggi perikemanusiaannya
Perlu diingat membuat baik atas dasar perikemanusiaan semata-mata pahalanya tidak ada
Pahala didapati mesti perasaan dan dorongan itu atas dasar iman
Dia membuat kerana perintah Tuhannya yang Maha Esa lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Seseorang itu baik berdasarkan peri kemanusiaan itu adalah baik berdasarkan fitrah semulajadi
Kalau ia tidak ditunjang oleh iman pahalanya tidak ada, di Akhirat masuk Neraka
Oleh itu kebaikan itu biarlah berdasarkan iman bukan berdasarkan perikemanusiaan atau perasaan
Di akhir zaman ini kebaikan atas dasar kemanusiaan pun sudah tidak ada
22.1.2004 Menjelang tidur |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|