|
Ziana dalam drama TV
ZIANA berlakon drama? Itu persoalan pertama yang terdetik dalam hati Kak Tim di saat melihat promosi drama Cermin Pada Bulan di TV3 beberapa minggu lalu.
Dan Sabtu lalu, Kak Tim menanti di depan kaca televisyen, siaran drama itu. Macam tak percaya Ziana dalam drama TV. Kalau tak silap Kak Tim, inilah pertama kali Ziana muncul dalam drama TV.
"Itu pun puas pujuk. Lepas saya beritahu drama tu khas untuk siaran raya, baru dia setuju," cerita pengarah drama tu, Erma Fatima waktu Kak Tim tanya rahsia kejayaannya membawa Ziana ke drama TV.
Di bawah bimbingan Erma, lakonan Ziana sebagai Sophia dalam drama itu nampak lebih natural. Watak seorang gadis liar yang sombong terhadap ibu tirinya tetapi kemudian kembali ke pangkuan keluarga ibu tirinya setelah kekayaannya 'hilang' dalam sekelip mata, dilakonkan Ziana dengan bersahaja.
Memang berbeza penampilannya dalam filem yang selalu bercakap dengan suara tinggi dan terangkat kening.
Tahniahlah kepada Erma kerana berjaya menampilkan lakonan Ziana yang berbeza.
Cuma Kak Tim terkejut bila melihat Azizah Mahzan yang berlakon sebagai wanita kampung yang menjadi ibu tiri Ziana, menguli tepung dengan kukunya yang panjang.
"Eeee Kak Tim perasaan ye? Erma minta maaf pada semua. Sebenarnya Erma pun tak perasan masa shooting tu," begitu kata Erma pada penghujung perbualan.
KAK TIM: Tak kisah kuku panjang asalkan dijaga dengan bersih.
utusan online |
|