CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17521|Reply: 63

Makna Kebahagiaan - menurut perspektif anda...

[Copy link]
Post time 2-2-2006 10:31 AM | Show all posts |Read mode
BAHAGIA adalah suatu perkataan yang abstrak. Pengertiannya begitu luas dan relatif. Lantaran itu ramai manusia gagal mencari dan mengejar kebahagiaan. Mereka tidak mengerti apa itu bahagia dan di mana adanya bahagia. Keadaan ini menjadikan pentafsiran bahagia berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.

Semua orang mengejar kebahagiaan dan selalu bertanya bagaimana dapat menghabiskan waktu dengan penuh bahagia. Mengapa saya tidak bahagia? Namun, tidak seorang pun mencapai kebahagiaan. Seorang fakir akan mengatakan bahawa bahagia itu terletak pada kekayaan. Orang sakit pula akan mengatakan bahagia akan dirasai apabila dia sihat. Orang yang terjerumus ke lembah dosa akan mengatakan berhenti daripada melakukan dosa itulah kebahagiaan. Manakala seorang penganjur kemerdekaan pula berpendapat bahawa kemerdekaan dan kecerdasan umat yang dipimpinnya itulah bahagia.

Seorang penyair atau penulis sajak akan bahagia jika hasil karyanya menjadi hafalan orang. Seorang pengarang buku akan bahagia jika bukunya menjadi tatapan dan buah mulut orang.

Zaid bin Tsabit, ahli syair Rasulullah saw mengatakan jika pagi dan petang seseorang itu berjaya membebaskan diri dan dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa daripada gangguan manusia maka ia boleh dianggap seorang yang bahagia.

Orang yang berpegang teguh kepada agama, kebahagiaan ialah meninggalkan perkara yang dilarang, mengikut yang disuruh, menjauhi yang jahat dan mendekati yang baik. Kebahagiaannya adalah mengerjakan suruhan agama semata-mata.

Ibn Khaldun pula berpendapat bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis ketentuan Allah dan berperikemanusiaan. Imam Al Ghazali berpendapat bahagia dan kelazatan sejati ialah apabila kita dapat mengingati Allah. Manakala kesempurnaan bahagia itu bergantung kepada tiga kekuatan, iaitu kekuatan marah, kekuatan syahwat dan kekuatan ilmu. Tetapi kekuatan itu perlu diawasi agar ia tidak terlalu lebih dan tidak tersangat kurang.

Aristotle berpendapat bahagia bukanlah suatu perolehan untuk semua manusia. Corak kebahagiaan yang diperoleh seseorang pula berbeza-beza dan pelbagai ragam mengikut corak dan ragam orang yang mencarinya.

Kadangkala sesuatu yang dipandang bahagia oleh seseorang itu tidak begitu dipentingkan pihak lain. Mengikut pandangan Aristotle, bahagia ialah suatu kesenangan yang dicapai setiap orang mengikut kehendak masing-masing.

Dari keadaan ini dapatlah dikatakan kemahuan manusia yang tidak sama itulah yang menyebabkan kebahagiaan juga tidak dapat disamakan. Sebab itu adalah satu perbuatan yang boleh dianggap keterlaluan sekiranya kita memaksa seseorang supaya berasa bahagia seperti yang kita rasa bahagia.

Aristotle juga pernah berkata hidup bahagia itu ialah apabila seseorang dapat mempergunakan seluruh bakat dan kebolehan yang ada padanya. Apabila kita berjaya mengisikan masa kita dengan kerja yang wajar sama ada bercucuk tanam, mengarang, menyuap makanan kepada bayi dan sebagainya maka kita akan berasa bahagia selepas melaksanakan kerja itu.

Jadi kebahagiaan adalah hasil daripada adanya aktiviti atau usaha seperti disifatkan Aristotle bahawa kebahagiaan itu laksana kemerahan di wajah yang cukup sihat. Seandainya kita menumpukan seluruh perhatian kepada diri kita sahaja maka kita akan menjadi manusia yang mementingkan diri, fanatik dan selalunya berasa tidak puas hati terhadap hidup. Sebab itu lupakanlah diri kita dan isikan waktu dan aktiviti dengan persoalan orang ramai atau curahkan segala daya usaha kita dalam kerja atau kegiatan yang berbentuk kerjasama dengan rakan.

Dengan perkataan lain, angkatkan diri kita daripada lembah nafsu syahwat dan soal titik bengik. Kemudian letakkan diri dengan kerja yang lebih mulia dan luhur. Ketika itulah kita dapat menoleh ke belakang dan mendapati diri kita bahagia.

Sementara itu amalan suka menangguh kerja hendaklah dielakkan. Setiap orang memerlukan masa releks yang banyak dalam mengharungi liku-liku hidup seharian. Mereka juga akan berasa senang apabila hidupnya tidak dikongkong. Mereka akan berasa bebas dan tidak tertekan sekiranya dapat melakukan kerja mengikut suka hati mereka sahaja.

Sebab itu kita sering mendengar ungkapan tunggu dulu, biarkanlah dahulu, esoklah dan pelbagai lagi yang menggambarkan sikap kerja bertangguh dan tiada kesungguhan bekerja di kalangan masyarakat kita.

Sesungguhnya amalan kerja bertangguh tidak harus ada dalam kotak fikiran orang beriman dan yang ingin maju serta mahu mencapai kebahagiaan baik di dunia lebih-lebih lagi di akhirat .

Kerja bertangguh menggambarkan si pelakunya pemalas dan tidak optimis.

Bidalan Melayu banyak menggambarkan akibat yang menimpa seseorang yang suka menangguhkan kerjanya - tidak mementingkan masa. Di antaranya ialah: Kerja bertangguh tak menjadi, bertangguh itu mencuri masa, masa itu emas, masa itu lebih tajam daripada mata pedang dan lain-lain.

Semua bidalan di atas jelas menggambarkan peri pentingnya masa. Allah juga benci kepada orang yang tidak mahu menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Dalam Surah Al Asr Allah berfirman bermaksud:

慏emi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2006 10:34 AM | Show all posts

Reply #1 mysara's post

ceh...mati2 ingat sara yg karang...sampai ke bawah...tipah tertipu, bang....ahaks...

bahagia for me...BILA BISA MEMBUAT SESEORANG KETAWA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2006 10:35 AM | Show all posts

Reply #2 seribulan's post

tgh kering idea... nanti lar.. fresh balik nanti wat karya asli :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by mysara at 2-2-2006 10:35 AM
tgh kering idea... nanti lar.. fresh balik nanti wat karya asli :bgrin:


Don't worry you are on the right path in your spiritual journey.....

sorry, salah tekan button lagiiii

[ Last edited by mysara at 2-2-2006 11:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 10:58 AM | Show all posts
Pengalaman sentuhan......

Sentuhan untuk mencari kebenaran bermula disaat saya menaiki teksi untuk ke hotel dari lapangan terbang Munich pada tahun 1996. Kebetulan bertolak agak lewat dari Dusseldorf kerana cuaca kurang baik.

Dalam perjalanan pemandu teksi mula bertanya usul asal saya dan apa tujuan saya. Kerana leteh saya cuma menjawab ' Ich komme aus Malaysia..' dan tujuan saya kesini saya jawab dengan sinis sahaja iaitu 'I am a seeker'. Tujuan saya menjawab begitu supaya si pemandu taksi itu berhenti bertanya. Tapi saya terkejut bila dia menjawab 'Sir, I am a seeker too'. Saat itu bermulalah perbualan kita tentang falsapah, Jalaluddin Rumi, Sufism dan ilmu mistik. Saya terasa bagai terbangun dari tidur dan sedar berapa cetek pengetahuan kita. Seorang pemandu teksi pun sungguh tinggi ilmunya.

Tujuh purnama berlalu saya menerima poskad dari India dari pemandu tersebut yang mengatakan dia disana untuk tujuan meditation.Sungguh indah kehidupan insan ini berkerja lima bulan diMunich dan selainnya mencari kebenaran diHimalaya. Dia juga mohon maaf kerana disaat pertemuan dulu beliau telah mengambil jalan jauh untuk menghantar saya kerana hendak bersembang lebih lama. NEC (No extra charge ....)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2006 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 2-2-2006 10:40 AM


Don't worry you are on the right path in your spiritual journey.....


masih dalam proses menapak
Reply

Use magic Report

Follow Us
goosepimple This user has been deleted
Post time 2-2-2006 11:44 AM | Show all posts
Berjaya memanfaatkan kehidupan yang telah diberi olehNYA.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 12:07 PM | Show all posts
bahagia ialah perbuatan. setiap perbuatan musti ibadah padaNYA. AQAL musti digerakkan(rancang) untuk perbuatan. Label perbuatan ialah untuk kemudahan. Matahari bahagia untuk tidor di barat dan bangun di timur seperti selalu di rancangNYA..siang dan malam cuma label.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2006 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by goosepimple at 2-2-2006 11:44 AM
Berjaya memanfaatkan kehidupan yang telah diberi olehNYA.


ya.. jika kita dapat menyelaraskan perjalanan hidup kita seperti yg disuruhNya pasti kebahagiaan abadi milik kita
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 12:17 PM | Show all posts
Bagaimana kita mengukur kebahagiaan..? Apa parameternya..? Kebahagiaan yang hakiki tidak dapat dipandang secara fizikal........Samada kebahagiaan secara fizikal ataupun spiritual, hanya individu tersebut merasainya.....
Reply

Use magic Report

goosepimple This user has been deleted
Post time 2-2-2006 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by mysara at 2-2-2006 12:13 PM


ya.. jika kita dapat menyelaraskan perjalanan hidup kita seperti yg disuruhNya pasti kebahagiaan abadi milik kita



Kebahagian yang sebenar ialah apabila ianya  dapat dikongsi bersama makhluk ciptaan Tuhan yang lainnya. Kebahagian bukan hak mutlak kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 12:35 PM | Show all posts
Originally posted by blackpurple at 2-2-2006 12:17 PM
Bagaimana kita mengukur kebahagiaan..? Apa parameternya..? Kebahagiaan yang hakiki tidak dapat dipandang secara fizikal........Samada kebahagiaan secara fizikal ataupun spiritual, hanya individu te ...



i think alat dan fungsi buleh jadik ukuran bahagia. misal kereta. kemudahan bergerak dengan sekian sekian lajunya kecuali kereta oang sakit (ambulan) buleh ler bawak laju2 dalam traffic jam..siap siren untuk lain orang ketepi.

so setiap ciptaan ada fungsinya termasuk dunia ini termasuk manusia , jugak apa manusia cipta macam motokar senjata dan apa pun ..bila tergelincir dari kegunaan itu..nilai bahagia tu menurun macam saham jugak kut. so kita boleh tenguk fungsi dan peranan sebagai pengukur kebahagian..tu yang saya bawak isu bahagia=perbuatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 12:41 PM | Show all posts

Reply #11 goosepimple's post

yeay...gimme five...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 12:52 PM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 2-2-2006 12:35 PM



i think alat dan fungsi buleh jadik ukuran bahagia. misal kereta. kemudahan bergerak dengan sekian sekian lajunya kecuali kereta oang sakit (ambulan) buleh ler bawak laju2 dalam traffic jam.. ...



kebahagiaan itu sebagai satu yang subjektif sebenarnya....... ada yg menilai secara mata kasar dan ada yang sebaliknya....... jika kita melihat aspeks material sebagai parameter kebahagiaan, tak semua golongan berada yang mewah dengan harta semuanya rasa bahagia jika keluarga berpecah belah......

Kebahagiaan dari satu aspeks tetapi sengsara dari aspeks yang lain bukan kebahagiaan yang hakiki...sebab itu kebahagiaan dr perspektif agama adalah lahir dari aspeks yang seimbang dunia dan akhirat.... fizikal dan spiritual....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2006 12:57 PM | Show all posts
kebahagiaan bagi sara ialah :

1.   dapat membahagiakan org2 yg sara sayangi, jika sara 'sakit' sikit pun tak apa, janji mereka bahagia.
2.   syurga dunia yg merangkumi keperluan material yg bermanfaat utk kita, bkn yg menyusahkan kita.
3.   kasih sayang yg merimbun dan terus dipupuk di kalangan ahli keluarga.

yg lenlain sara update nanti
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 04:54 PM | Show all posts
Very very good thread.
Actually aku sedang bahagia sekarang.
Sesiapa yang bahagia dia akan tahu dengan sendirnya dia bahagia.
Bahagia bagi aku ialah state of being, not necessarily state of doing. IMHO, kalau kita attach kebahagiaan kita pada perkara2 tertentu, mungkin sampai bila kita tak bahagia. Notice that bahagia is not a verb.

By the way, I am a seeker too, but what i seek is already there. I am learning to let go of the "cover".

[ Last edited by zentex at 2-2-2006 04:56 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2006 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by mysara at 2-2-2006 12:57 PM
kebahagiaan bagi sara ialah :

1.   dapat membahagiakan org2 yg sara sayangi, jika sara 'sakit' sikit pun tak apa, janji mereka bahagia.
2.   syurga dunia yg merangkumi keperluan material yg ber ...


bagusnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2006 06:54 PM | Show all posts
Originally posted by zentex at 2-2-2006 06:27 PM


bagusnya...


tapi sara tak le selfless sgt.. cuma kpd org yg dikasihi, org2 tua dan OKU :bgrin:
kata mama, sara nih lembut hati sangat :lol
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 03:23 AM | Show all posts
macam mana satu puak manusia disatu sudut dunia boleh bahagia sedangkan mereka tahu ada puak disatu sudut dunia yang lain sedang derita?

macam mana satu negara boleh dakwa negaranya penuh bahagia kerna modernisasinya dan mengatakan negara lain yang langsung tidak moderen jauh kebelakang itu tidak bahagia?

kalau ukuran bahagia ini salah satunya level happiness..jangan terkejut saya baru baca bahwa BOLIVIA sana manusianya jauh lebih tinggi level happiness dari penduduk United Kingdom.

saya meletakkan bahagia pada perbuatan. kalau seorang itu mencuri dan dia bahagia dengan mencuri maka itu ler bahagianya. kalau seoang itu bahagia dengan menangkap pencuri maka itu ler bahagianya keje menangkap pencuri. Manusia secara kelompok kalau tak bergerak..moving..migration susah nak bahagia..the act of moving..movement to me is the core of happiness which lead to a meaningful life. It has to do with my view of being as a system. Any system must have some form of movement. To the highest value kita sebut seni dan budaya(asalnya perbuatan/amalan manusia). So saya lebih interested untuk mengetahui disebalik apa itu bahagia, happiness rather the label itself.

Movement does not have to mean PHYSICAL MOVEMENT. It is the movement in the BRAIN is the most important. Any event that moves us emotionally, physically play strong factor membentuk whoever manusia itu. Kanak2 merasa cukup bahagia kalau di playground, bermain, lompat sana sini gelak ketawa..the world of children mengajar banyak diri saya berkenaan manusia. Kawan saya lumpuh, eksiden patah tulang belakang..bagaimana agaknya dia nak rasai bahagia bagai manusia lain kalau cuma selama hidup dia cuma mampu terbaring saja? Apa yang mampu digerakkannya kecuali MINDAnya? Sekiranya minda itu satu organ macam kaki maka berfikir itu ibarat berjalan, pergerakan, movement. Just move and everything will be approved and all problems will be solved. Masa sentiasa bergerak, setiap sistem apa pun sentiasa bergerak, minda wajar digerakkan baru lojik asal kotor menjadik bersih. ANd that is bahagia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2006 02:17 AM | Show all posts

Reply #19 ajinomotonosuga's post

sara setuju dgn pendapat ini...
nilai bahagia relatif dan berubah2 mengikut persepsi individu.
kadang2 byk org kata org kaya tuh bahagia dan org miskin itu derita,
tapi keadaan mungkin sebaliknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 160421 Replies : 3914
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19365 Replies : 75
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 25984 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71427 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4031 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102502 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4532 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13907 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8111 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.739271 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list