CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23249|Reply: 123

USTAZ ASHAARI MUHAMMAD & JEMAAHNYA (bincangkanlh dgn baik)

[Copy link]
Post time 8-3-2006 05:32 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum wbt

slpas bincang dgn pihak mod (sdri fluerzsa), sy buka thread baru utk kita lanjutkn perbincangan mengenai topik ni. sy harap dptlah kerjasama drp forummers skalian spy perbincangan ni medpt hasil yg bermanfaat.

sy rasa sblum sy teruskan, elok kalau kita yg nak bincangkn pasal ustaz ashaari n jemaahnya (arqam/rufaqa'), kita clarify lbh dulu pendirian kita yg sebenar ttg ini. biar sy mulakan.

pada sy, arqam/ rufaqa' tidaklah salah 100%...sejujurnya, lbih byk perkara2 yg sy setuju ngan arqam berbanding yg x sy setuju. baiklah, sy senaraikn...

MENGHIDUPKAN SUNNAH RASUL DLM CARA BERPAKAIAN, MAKAN, RUMAH TANGGA DSB..........TERSANGAT SETUJU. adalah sukar utk menghidupkn sunnah di akhir zaman sedang mereka berjaya membuktikn mereka mampu...

MEMBANGUNKAN EKONOMI SENDIRI UTK MEMAJUKN JEMAAH & MASYARAKAT SEKITAR...... SANGAT SETUJU. lihatlah ekonomi kita sekarang yg lbih dimonopoli olh....

MEMBENTUK UKHWAH ISLAM YG SGT KUKUH ANTARA AHLI.........SANGAT SETUJU.x byk jemaah yg mampu mengikat ukwah sebegitu erat.

GIGIH BERDAKWAH MENYERU PD MAKRUF, CEGAH MUNKAR......SGT SETUJU...kuntum khoiru ummah...

SEDIAKAN KHIDMAT SOSIAL PD MASYARAKAT, SPT KLINIK, SEKOLAH DSB....SGT SETUJU...

MEMPELBAGAIKAN USLUB DAKWAH (NASYID,MAJALAH,KOMIK, DSB)....SGT SETUJU... (kecuali bab nasyid org prempuan, kurang setuju...)

dan rs sy byk lagi kebaikan klau sy nk senaraikn...sejujurnya, jauh dlm hati sy sgt menyayangi jemaah ni...tapi syg sekali...alangkah baiknya klau hanya perkara2 yg baik ni sj yg sy jumpa dlm arqam...tp syg... wa la talbisul haqqu bil baathila wa taktumul haqq wa antum ta' lamuun....hanya krn beberapa cebisan perkara2 yg rs sy agak meragukan pd sy, sy menahan diri sy utk terlibat dgnnya...

olh sbb itulah sy ajak anda semua, yg pro atau yg contra, spy kita sama2 menilai kembali, dgn hujah masing2, agar dpt kita lihat dgn lbih jelas. apa2pun perlulah diingatkn, kalah atau menang dlm berhujah bukanlah ukuran menentukan yg haq atau bathil, kita nilailah sendri...wallahu a'lam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2006 05:33 PM | Show all posts
baiklah sy mulakan dgn satu persoalan yg sy minta pd yg lbih memahami, agar jelaskan pd sy. krn sy benar2 inginkan kepastian dr anda. semoga kita beroleh manfaat...

persoalan sy:

"MENGAPA USTAZ ASHAARI (AM) PERLU MENDAKWA DIRINYA SEBAGAI PEMUDA BANI TAMIM YG DISEBUTKN OLH NABI MELALUI HADISNYA?" maksud sy apakah tujuan AM berbuat demikian?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2006 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by stormbringer at 9-3-2006 03:37 AM

"God creates the balance...because without the balance everything will fall apart..."

I like this saying by Sidi Omar, because in it lies the key to u ...


storm,

apa yg guru mursyid anda kata itu saya fahami. insyaAllah. Izinkan saya yg kurang ilmu dan iman ini menerangkan bahwa ada beza antara sufi abid dengan sufi pejuang. Kumpulan tarekat seperti tarekat haq yang lain memilih jalan menjadi sufi abid jalan para-para nabi  tetapi sufi pejuang ia mengikut jejak para rasul. Kerana itu mereka memang akan ditimpa ujian, cabaran, sehingga kadang2 dibunuh dan sebagainya.

Abuya sudah menerangkan perkara ini sejelas-jelasnya di dalam kuliah tarbiah beliau sekiranya  anda tidak keberatan carilah kuliah itu dan insyaAllah anda akan fahami kerana anda berada di dalam kepimpinan dan keberkatan guru anda.

bagaimanapun jemaah kepimpinan abuya sekarang sudah diiktiraf oleh enam org wazir yang mewakili setiap tarekat haq yg berlainan. Utk keselamatan, saya tidak akan beritahu apakah tarekat tersebut kerana ahlinya merata di seluruh dunia. Anda boleh terus menghubungi kami. Bagaimanapun, biarlah saya terangkan bahawa pihak yahudi sangat mengetahui hal ini lebih daripada umat islam dan bagaimanapun insyaAllah sama2lah kita berdoa supaya walau sebijakmanapun pihak musuh islam dilkalangan org kafir dan dikalangan org islam sendiri cuba untuk menghalang jemaah ini, kejayaan itu akan diperoleh. Terimakasih kerana guru anda mendoakan jemaah ini.

Terimakasih kerana anda sudi berkongsi info dan TERIMAKASIH KERANA MENDOAKAN JEMAAH ABUYA INI.Saya rasa amat terharu dan izinkan saya sampaikan doa ini kepada abuya jika diberi peluang.

Sekiranya anda memahami lebih dalam maksud kata2 guru anda maka anda akan lihat memang itulah jalan yg telah ditempuh oleh jemaah abuya ini. Guru anda telah melihat dgn kasyaf hal ini. Alhamdulillah.

Wassalam.

[ Last edited by serihartatie at 9-3-2006 11:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2006 11:46 AM | Show all posts
Bagi pendapat saya, jika dilihat kepada zahir, jaamaah Arqam adalah baik sebab outputnya Arqam boleh melahirkan insan2 yang berakhlak kerana hasil dari program tarbiah diaorang, saya tidak pernah menyertai dan tidak ada kawan dari Arqam, jadi saya tidak mahulah mengatakan sesuatu yang mungkin silap jika saya mengatakannya.

Oleh kerana saya telah Join Jammaah tabligh terlebih dahulu, insyaallah saya akan istiqomah terus sampai mati. Didalam jamaah tabligh saya dapati, perjuangannya menepati apa yang dikehendaki oleh Al-Quran dan hadis. Tertib-tertib yang disusun oleh ulamak dahulu dalam kerja2 tabligh didapati sentiasa berada dalam lingkungan Al-Quran dan hadis, dan lagi berjuang bersama jamaah tabligh telah menyebabkan saya merasa amat bertuah, kerana jamaah tabligh perjalanannya terlalu mirip seperti perjuangan nabi SAW dan sahabat2, serta nabi dan rasul dahulukala, bertuah rasa badan. Syukur Alhamdulillah yang tidak terhingga setiap masa dan keadaan. Doakan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2006 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 9-3-2006 11:07 AM
bagaimanapun jemaah kepimpinan abuya sekarang sudah diiktiraf oleh enam org wazir yang mewakili setiap tarekat haq yg berlainan. Utk keselamatan, saya tidak akan beritahu apakah tarekat tersebut kerana ahlinya merata di seluruh dunia


Apa perlu Sheikhul anda mendapat pengiktirafan dari tariqat-tariqat yang lain sedangkan Asaari sendiri begitu yakin hanya tariqat Muhammadiahnya saja yang benar. Anda lupa kah bahawa Asaari pernah menendang keluar pengamal-pengamal Tariqat lain dalam jemaahnya walaupun tariqat tersebut lebih established seperti Naqshabandi dan Syazilliah. Asaari kah sekarang ini dilantik dan dipilih oleh mereka ini sebagai pemimpin Tariqat agong??? Memang hebat Al-Abuya ini!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2006 01:25 PM | Show all posts
Originally posted by stormbringer at 9-3-2006 03:37 AM

Dia telah menyambung, "Oleh kerana kumpulan berpakaian hijau itu telah bermula dahulu dengan cuba mendirikan masyarakat, mereka telah melanggar adab. At-Tauhid hendaklah diperhalusi dan Jalal atau kebesaran Allah hendaklah direalisasikan dahulu sebelum merealisasikan keindahan Allah, yakni sifat JamalNya. Tetapi oleh kerana ketua mereka itu mempunyai hati yang baik, walaupun ilmunya tidak mencukupi kerana tiada dia mahu berguru dengan guru sufi yang tulen, pendidikan mereka akan disempurnakan oleh Allah dengan menzahirkan kepada mereka sifat JalalNya. Mereka akan dikenakan ujian oleh Allah."


Tertarik mawar dgn ulasan guru sdr yg mawar boldkan di atas..

Mawar bukan mempersoalkan kemursyidan tuan guru sdr ttp...dari ulasan mursyid sdr...nampak benar kesimpulan pada jemaah abuya agak menyimpang.

Ini kerana setahu mawar yg dah berapa lama mengikuti jemaah abuya...sudah menjadi hal yg sinonim dlm setiap tarbiah yg abuya beri...beliau sentiasa memperhalusi at-Tauhid...mana mungkin boleh terjun ke masyarakat tanpa asas tauhid yg kukuh.

Dan kaedah pembelajaran tauhid abuya adalah berterusan, sambil berjuang memperbaiki masyarakat, sambil itu memperhalusi tauhid dan syariat...tidak nampakkah sdr bahwa bila berjuang memperbaiki masyarakat dan mengenalkan masyarakat kepada penciptaNya adalah merupakan merealisasikan kebesaran Allah.

Merealisasikan kebesaran Allah bukan hanya berkisar pada ibadah khusus semata2.

Dek kerana semata2 jemaah abuya sebuah tariqat yg berjuang bukan hanya tertumpu pada soal ibadah khusus spt tariqat2 yg melahirkan para abid shj....jadi pada kami kesimpulan yg dibuat oleh mursyid sdr bukanlah sesuatu yg baru kami dengar.

Adik mawar sendiri yg mengangotai suatu tariqat abid juga berpandangan sedemikian di mana tariqat2 abid ini sering melihat kami mengemudiankan persoalan tauhid hingga dikatakan tidak beradab sebagai si salik.

Pandangan spt tuan guru sdr adalah suatu pandangan yg biasa dilahirkan oleh seorang mursyid yg berwatak abid.

Nantilah mawar akan paste semula satu artikel yg pernah sdr Akasyah paste di forum ini berkenaan perbezaan2 antara tariqat abid dan tariqat yg berjuang. Nak kena cari dulu.

[ Last edited by Mawar Merah at 9-3-2006 01:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2006 05:26 PM | Show all posts
Kenapa thread ni mesti dibuka kat bod ni dan bkn sub bod ASWJ, Syiah, Wahabi, Mazhab, etc
Soalannya , so , buat apa diadakan sub bod mazhab2 aka aliran2 pemikiran dlm islam tu kalau semua nak lambakkan semua kat sini :hmm:

Unbelievable..believe it :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2006 04:44 PM | Show all posts
Naper lak masih membenarkan bidaah-bidaah ni menyebarkan fahaman mereka??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2006 11:43 AM | Show all posts
BIOGRAFI ABUYA


Usiaku telah menjangkau enam puluh tahun.

Sepanjang umurku aku telah menempuh hidup berliku-liku.

Cabaran demi cabaran menggugat kehidupanku.

Masam, manis, masin, pahit maung telah aku rasai.

Aku telah menempuh berbagai-bagai zaman.

Satu kali adalah zaman Jepun yang ganas dan kejam.

Dua kali berlaku zaman British yang halus diplomasinya.

Di zaman peralihan ialah Komunis mengganas 10 tahun.

Sudahlah miskin, hidup pula dalam ketakutan.

Setiap hari ada orang yang dibunuhnya.

Ada kenderaan yang dibakarnya.

Balai-balai polis yang diserangnya.




Masa Jepun, papa kedana merata-rata negara.

Sangat mengancam kehidupan termasuk aku dan keluarga.

Ubi keledek sebagai nasi, itulah 'beras Al',

makananku yang biasa di waktu itu.

Adakalanya sehari sekali makan nasi atau pisang.

Itu pun beras yang berdebu dengan kapur dicampur ubi.

Ubi pun payah dicari.

Sagu rumbia, buah getah makanan harianku yang istimewa.

Makan nasi hanya 6 bulan atau setahun sekali.

Pucuk-pucuk kayu, daun kali layau, cendawan kulat setiap hari aku makan.

Pernah satu hari waktu hendak memakan sayur kali layau,

terjumpa seekor lintah di celah daun.

Untungnya di waktu itu ikan-ikan darat senang didapati.

Bahan-bahan hutan mudah dicari.

  Kerana di masa itu bahan-bahan semula jadi,

belum dimusnahkan oleh pembangunan dan kemajuan.

Zaman ini juga harimau, babi, buaya, ular, mengganas di mana-mana.

Kejamnya macamlah Jepun-Jepun yang selalu menzalim orang terutama bangsa Cina.

Hampir setiap hari lembu, kerbau, kambing dibahamnya.

Zaman Jepun pakaian sangatlah susahnya.

Sedikit-sedikit yang ada itu pun amat daifnya.

Kain dan baju seribu tampungan.

Bahkan setengah-setengah orang sudah ada

yang memakai daun-daun lebar yang keras.

Atau kulit kayu yang diselimutkan di badan.

Orang yang mati digulung sahaja dengan tikar mengkuang

kemudian dikuburkan.

Rumah-rumah tempat tinggal rata-rata macam rumah orang asli di hutan sekarang.

Rumahku dan keluargaku semacam rumah mereka juga tidak ada bezanya.

Penyakit mengganas tidak ada orang yang terkecuali daripada serangannya.

Ubat-ubatnya tiada, kecuali ubat tradisi sahaja.

Zat makanan kurang sekali.

Apabila berkudis susah mahu sembuh.

Sering sahaja berulat di dalamnya.

Masjid surau terbiar kambinglah penghuninya.

Di waktu itu orang beragama macam antah di dalam beras.

Seluruh penduduk kampung kalau ada dua atau tiga orang.

Yang sembahyang secara istiqamah sudah dibanggakan.

Di zaman Jepun aku pernah kematian keluarga.

Di dalam masa setahun empat orang, ibu, kakak, adik, pak cik.

Perhubungan sangat sulit dan susah.

Alat-aIat perhubungan sangat payah.

Menyeberang sungai melalui jambatan buluh.

Atau setengah tempat menggunakan rakit buluh.

Berjalan kaki menjadi basahan harian.

Adakalanya berjalan kaki berbelas-belas batu jauhnya.

Berbatu-batu naik kereta lembu sering berlaku.

Naik kereta mungkin satu atau dua tahun sekali, biasanya lori.

Pernah berlaku dua kali di zaman Jepun,

kapal terbang Jepun datang.

Satu kampung penduduk kampung lari ketakutan,

termasuk aku yang masih kecil.

Pernah aku melihat sebuah kapal terbang terbakar di udara,

kemudian jatuh di tempat yang aku tidak tahu.

Beberapa lama kemudian aku tahu.

Sebuah kapal terbang British jatuh ditembak oleh Jepun,

jatuh di Kampung Sawah Raja, Rembau.


Bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 11:45 AM | Show all posts
Sambungan BIOGRAFY ABUYA...

Di zaman permulaan British kehidupan agak lebih baik sedikit.

Namun kebatilan dan kemiskinan merata negara.

Beras sudah ada, tepung seperti biasa.

Tapi masih terbatas dan terhad.

Pakaian sudah dijual merata-rata.

Kebanyakannya kain belacu.

Namun bermewah-mewah belum ada.

Kalaupun ada golongan atasan sahaja.

Itu pun hanya golongan terlalu minoriti.

Pekerjaan sangat terbatas.

Tidak seperti hari ini.

Lumrah pekerjaan orang Melayu ialah mata-mata, askar, cikgu.

Kerani dan kastam satu dua termasuk ayahku.

Perhubungan sudah ada tapi tidak selesa.

Perjalanan satu jam di waktu ini mungkin lima jam di waktu itu.

Di zaman itulah aku dan keluarga naik bas turun bas.

Masanya agak lama juga.

Pergi ke Kelantan di zaman itu dua hari

baru sampai ke Kota Bharu.

Rata-rata orang Melayu masih jahil

dan mundur di dalam pelajaran.

Buta huruf merata negara terutama penduduk desa.

Yang berkelulusan universiti bilangan jari.

Aku adalah termasuk orang yang terkorban

di dalam pelajaran di masa itu.


Bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 11:47 AM | Show all posts
Sambungan BIOGRAFY ABUYA....

Kalau aku ringkaskan sejarah hidupku secara umum.

Dari zaman British hingga ke hari ini lebih kurang begini.

Jalan kaki budayaku, kereta lembu kenderaan istimewaku.

Makan ubi, buah getah, sagu rumbia mengganti nasi makanan utamaku.

Pakaianku bertampung seribu, akulah yang tampung sendiri.

Di waktu masih kecil lagi,

ketika ibu dan bapa tiada di rumah,

aku masak sendiri.

Baju aku basuh sendiri.

Koyak aku jahit sendiri.

Belum bersekolah aku sudah pandai memancing sendiri.

Hasilnya dibawa pulang.

Duduk di gerobok buruk.

Di waktu itu reban ayam sekarang ini adalah lebih cantik dari rumahku.


Kenderaanku silih berganti.

Tidak ada melangkau, ia berlaku secara bertahap-tahap.

Dia berlaku secara meningkat dan berperingkat-peringkat.

Dari berjalan kaki,

kemudian naik basikal hinggalah dapat beberapa orang anak.

Berbasikal adakalanya berpuluh-puluh batu.

Berkaki ayam biasa sahaja di zaman kanak-kanak.

Enak saja tidak pula terasa kaki sakit.

Selepas itu alhamdulillah lega sedikit.

Boleh naik motosikal Honda 65, kemudian Honda 90.

Setelah itu Allah memberi rezeki kereta Helman second hand.

Kemudian Morris Minor second hand juga.

Sesudah itu Holdan second hand pula.

Kemudian sedikit demi sedikit bertambah canggih Kereta Corolla permulaannya.

Berpindah pula kereta Peugeot 404 kemudian 504.

Setelah itu barulah Mercedes.

Selepas itu kenderaanku adalah Pajero.

Kemudian Mercedes MPV (multipurpose van).

Kenderaan awam kemuncaknya adalah kapal terbang.


Bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 11:51 AM | Show all posts
Sambungan BIOGRAFI ABUYA....

Jadi kehidupanku mengalami bermacam-macam dan berbagai-bagai peringkat.

Dari papa-kedana, fakir miskin, senang, kaya biasa.

Yang belum lagi kaya luar biasa.


Di aspek-aspek lain yang teringat elok juga diceritakan.

Disengat ikan sembilang, baung perkara biasa.

Diserang penyengat bermacam-macam jenisnya, sering sahaja.

Digigit lipan dua kali, satu kali disengat kala jengking.

Keling keliak tidak terkira, mungkin puluhan kali.

Dikejar oleh anjing, diburu oleh kera jantan hampir digigitnya.

Digigit lintah, pacat memang tidak boleh dielakkan memang perkara biasa.

Jatuh dari rumah, jatuh dan pokok berlaku juga.

Pernah di rumah orang kenduri, sedang makan serambi rumahnya roboh.

Kuah gulai menyimbahi pakaianku.


Di waktu itu hari pertama aku mengajar sebagai guru kerajaan,

jatuh dari basikal berdarah lutut tidak boleh dilupa.

Kereta masuk gaung, patah kaki lebih-lebih lagi tidak boleh lupakan.

Di waktu kecil beberapa kali lemas di sungai,

mujur dapat diselamatkan atau terselamat.

Dicucuk paku dua kali pun merasa, parutnya masih ada.

Kali kedua gelap mata beberapa ketika.

Aku dipelihara dari satu tangan ke satu tangan.


Dengan ibu dan ayah tidak sempat bermanja.

Berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat jadi budaya.

Berpindah dari rumah setinggan ke rumah setinggan cara menyewa perkara biasa.

Di umur persekolahan, mengangkat air, cari kayu api,

ambil pucuk paku, menyapu laman, tukang masak kerja saya.

Tinggal merata-rata tempat, di kampung dan di bandar.

Pernah tinggal di tengah hutan, di kebun getah,

di sawah padi, di tepi laut, di tepi kubur.


Bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 11:55 AM | Show all posts
Sambungan BIOGRAFI ABUYA....

Di dalam pendidikan banyak sekolah tempat belajar dan mengajar.

Berpindah dari sekolah ke sekolah.

Di dalam perjuangan, Allah takdirkan di dalam persekolahan

lagi sudah ada cita-cita perjuangan.


Keluar sahaja dari sekolah, perjuangan pun bermula.

Berbagai-bagai harakah Islamiah yang aku sertai PAS, Jamiatul Dakwatul Islamiah, Ikhwan dan ABIM.

Namun hati tidak puas.

Semuanya aku tinggalkan.

Aku bangunkan jemaah sendiri, Darul Arqam namanya.

Sempat aku pimpin 28 tahun lamanya.

Di dalam jemaah sendiri, ke luar negeri perkara biasa.

Bahkan tinggal di luar negara berturut-turut 7 tahun lamanya.  

Di dalam jemaah, berbagai-bagai aktiviti dapat dibangunkan.

Hal ini tidak payah diceritakan.

Ramai orang yang faham dan tahu ceritanya.


Ujian-ujian di dalam perjuangan.

Memang banyak yang dirasa.

Tangga rumah dibuang, motosikal dibubuh garam.

Beberapa kali hendak dipukul orang.

Dipanggil ke Jabatan Agama dua kali disoal siasat.

Kerana tidak senang dengan perjuangan yang aku lakukan.

Pernah di waktu malam rumah dikepung polis beberapa kali.

Namun tidak menangkapnya.

Tohmah, fitnah perkara biasa.

Inilah yang paling banyak dilemparkan kepadaku.

Akhir sekali aku ditangkap, diambil di luar negara secara ekstradisi.

Direman dua bulan, kemudian diasingkan di Rawang di bawah akta ISA.

Sekarang sudah memakan masa enam tahun.

Namun belum dibebaskan lagi.

Kalau aku panjang umur.

Entah apa lagilah peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada diriku.

Tuhan sajalah yang tahu.


Untuk Pengetahuan, sajak biografi ini ditulis semasa abuya di dalam tahanan terhad ISA.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 11:58 AM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 20-3-2006 11:51 AM
Sambungan BIOGRAFI ABUYA....

Jadi kehidupanku mengalami bermacam-macam dan berbagai-bagai peringkat.

Dari papa-kedana, fakir miskin, senang, kaya biasa.

Yang belum  ...


Untuk apa semua sajak-sajak ini?...:stp::stp:
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 12:00 PM | Show all posts
Originally posted by kuman at 20-3-2006 11:58 AM


Untuk apa semua sajak-sajak ini?...:stp::stp:


Bukankah ini topik pasal abuya...salahkah biografinya diletak disini....?

Biografi ini sebenarnya menerangkan serba-sedikit siapa itu abuya dan perjuangannya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 12:11 PM | Show all posts
Apakah yang diperjuangkan oleh Abuya, dan apa prinsip-prinsip perjuangannya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2006 01:49 PM | Show all posts
Aku masih berpikir , kenapa perlu ada main bod n sub bod , kalau kat mana2 pun boleh lambakkan isu2 basi ni:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 02:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 08:07 PM | Show all posts
enam puluh dah? erm dah tak lama dah, alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by kuman at 20-3-2006 12:11 PM
Apakah yang diperjuangkan oleh Abuya, dan apa prinsip-prinsip perjuangannya?


Sebagai forumner yg dah lama...harap sdr rajin2la rujuk segala tarbiah abuya, dr situ sdr akan dapat jawaban pada soalan sdr di atas...antaranya tatie post tarbiah spt ini....TUJUAN BERJUANG dan PERJUANGAN ISLAM YG SEBENAR. Itu sebahagian kecil shj....kalau nak lebih detail sila ke website2 rasmi rufaqa...

http://www.rufaqadaily.com...Di sini sila sdr hayati setiap tarbiah abuya terutama di bawah kuliah PERJUANGAN.

Di samping itu sila juga ke http://www.rufaqa.com, insya Allah sdr akan dpt serba sedikit gambaran terhadap persoalan2 sdr.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.236332 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list