|
sesiapa yg ade artikel mengenai jac boleh la post kat sini k
[ Last edited by jac_diehard_fan at 19-9-2007 06:23 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Jac nyanyi macam dah datang 'hantu'!
Oleh Ramli MS
ASSALAMUALAIKUM... Minggu ini saya sengaja nak bercakap mengenai keputusan Anugerah Juara Lagu ke-20 (AJL20) TV3, baru-baru ini. Bukanlah rumah siap, pahat masih berbunyi, tetapi sekadar memberikan pendapat atau penjurian peribadi saya. Kekecewaan itu tidak ada, sebaliknya sekadar nak berkongsi pendapat saya dengan anda.
Malam itu ada yang menampilkan keputusan yang tepat dan ada juga yang meleset keputusannya daripada jangkaan saya. Saya ingin memperkatakan yang meleset dulu. Dua minggu sebelum AJL20 berlangsung, saya langsung tidak menaruh harapan, vokal terbaik berpihak kepada Hazami.
Tapi, selepas saya membuat raptai dengan Hazami, saya merasakan persembahannya memang tersusun walaupun tidak ada apa-apa kelebihan yang akan mendapat perhatian sewaktu malam final. Dengan erti kata lain, persembahan Hazami, sebenarnya biasa saja. Saya masih menaruh harapan kepada dua penyanyi ini untuk memenangi kategori vokal terbaik iaitu Ning Baizura dan Jaclyn Victor.
Tambahan pula, kedua-dua penyanyi berkenaan perlu menyanyikan lagu yang mencabar kebolehan mereka dalam AJL20 kali ini.
Namun pada malam sebenar, Ning sudah membuat kesilapan. Malah kalau saya menjadi juri pada malam berkenaan, saya juga akan memotong markahnya.
Pada tahap nyanyian seperti Ning, dia tidak sepatutnya menyanyi sumbang pada awal-awal lagu Awan Yang Terpilu. Sebagai seorang penyanyi berkaliber, Ning tidak seharusnya membuat kesilapan seperti itu. Bagi saya, di situlah kekalahan Ning. Tapi, kalau dilihat dari penjiwaan (feel) lagu itu, ia memang cukup bagus.
Ning menyumbangkan nada lagu berkenaan dalam peratusan yang banyak. Dia nyanyi sharp.
Kesilapan seperti ini tidak seharusnya berlaku kepada seorang penyanyi seperti Ning. Di dalam pertandingan nyanyian, sumbang memang diharamkan! Jadi, di sinilah kenapa Ning kalah untuk vokal terbaik.
Bagi Jac pula, dia menyanyi macam dah datang 'hantu'! Dia langsung tidak memberi ruang untuk lagu Gemilang bernafas! Mana ada tempat yang kosong dalam lagu itu, dia akan ad-lib.
Kalau saya jadi juri, Jac sebenarnya 'menyibukkan' nyanyian beliau dengan kusut itu. Terlalu banyak ad-lib, melampau!
Apa yang dilakukan Jac itu mengganggu pernafasannya. Di situlah saya melihat kekalahan Jac untuk vokal terbaik. Jadi, di sinilah kelebihan yang ada pada Hazami. Sekalipun dia menyanyi biasa saja, tapi keseluruhannya tersusun. Hazami tak buat kesilapan, tidak ada sumbang, tidak ada flat atau sharp.
Sebutannya semua jelas. Jadi, di situlah kemenangan vokal terbaik berpihak kepada Hazami.
Hazami juga memenangi kategori lagu pop rock terbaik, Kata, itu saya akui. Orang tidak dapat mempertikaikan kemenangan kepada Hazami untuk lagu pop rock terbaik dan vokal terbaik.
Bagi kategori lagu balada terbaik, secara peribadi saya memilih Awan Yang Terpilu daripada Gemilang. Dilihat pada susunan muzik Awan Yang Terpilu dan notasi-notasi yang merangkumi lagu serta liriknya, lagu itu lebih cemerlang di atas kertas! Tapi saya faham, kalau Gemilang dah menang, takkan Awan Yang Terpilu pun nak menang!
Cuma satu saja yang saya kurang setuju, persembahan terbaik. Persembahan terbaik kalau dilihat apa yang hendak dipersembahkan, ia merangkumi skil, tenaga kerja dan kreativiti, barulah anda mendapat persembahan terbaik.
Tenaga kerja bermaksud, peserta yang membuat persembahan itu, mengeluarkan wang sendiri, tidak ditaja oleh sesiapa. Segala keringat dibiayai duit sendiri. Memang, dua, tiga tahun kebelakangan ini, persembahan terbaik dinilai secara SMS.
Saya tidak menyalahkan Mawi sebagai Raja SMS dinobat sebagai persembahan terbaik. Mawi memang cemerlang, terbilang dan gemilang dalam kaedah SMS. Dia juga artis terpopular. Namun, skil sepatutnya tidak dijuri menerusi SMS, sebaliknya menggunakan khidmat juri profesional. Kalau dibiarkan, ia boleh merosakkan prestij Juara Lagu itu sendiri. Kita jumpa lagi minggu depan, insya-Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Jac laris bulan ini
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Sepanjang sambutan Minggu Setiausaha 2006, paling menonjol ialah kehadiran banyak nama baru diberi peluang menjayakan persembahan eksklusif termasuk juara Malaysian Idol musim pertama
JACLYN Victor atau Jac ialah antara barisan penyanyi angkatan baru yang menjadi pilihan untuk menjayakan siri persembahan itu. Empat lokasi dengan lima siri persembahan meletakkan Jac sebagai antara penyanyi baru yang laris sepanjang April ini.
Minggu lalu di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, bintang Malaysian Idol itu melakar sejarah peribadi dalam karier seninya apabila mengadakan persembahan pertama untuk hari istimewa yang diraikan penuh meriah itu.
Akui Jac, dia agak gementar. Malah, penuh merendah diri memberitahu, malam sebelum persembahan, dia termenung memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk memastikan semua tetamu yang hadir berpuas hati.
揃anyak yang saya fikir, baju apa mahu dipakai? Lagu apa yang saya mahu nyanyi? Saya keliru, semuanya saya tak tahu kerana ini adalah pengalaman pertama menjayakan persembahan Hari Setiausaha.
揙kay tak saya begini?, |
|
|
|
|
|
|
|
Magik Aznil, aura Jaclyn
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Pengacara paling popular dan gadis yang menggunakan vokal sebagai senjata dalam dunia seni bakal menceriakan kehidupan gadis sekretari April ini.
HASIL kerja keras mengasah kemampuan, bakat mereka diiktiraf apabila menerima pengiktirafan yang menghadirkan pelbagai bentuk ganjaran iringan lain, umpamanya persembahan eksklusif.
April yang istimewa, bulan khusus untuk meraikan setiausaha juga melimpahkan rezeki yang lumayan kepada anak seni. Antara insan seni yang mengecap nikmat itu ialah dua nama besar dalam bidang pengacaraan dan nyanyian, Aznil Nawawi dan Jaclyn Victor.
Aznil yang baru dinobatkan sebagai Pengacara TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005, 26 Februari lalu, antara selebriti yang cukup sibuk menjelang April ini.
Bakal menjayakan lapan persembahan sempena Bulan Setiausaha, magis dan kreativiti Aznil bergandingan dengan bintang Malaysian Idol dapat disaksikan dalam persembahan di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini.
揑nilah masa untuk kami membuktikan bakat sebagai anak seni serba boleh, |
|
|
|
|
|
|
|
pasal jac, aku teruja beli sotkabar (yang ade artikel pasla Jac ajer ler..) n cd budak2 MI . hebat penangan awek nier... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Keta_Kenari at 13-4-2006 09:06 AM
pasal jac, aku teruja beli sotkabar (yang ade artikel pasla Jac ajer ler..) n cd budak2 MI . hebat penangan awek nier...
yehh... me teruja bile ade artikel pasal jac..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Jaclyn tolak ansur soal harga
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
Jaclyn.
--------------------------------------------------------------------------------
KEJAYAAN yang diraih sebagai Penyanyi Wanita Terbaik pada majlis Anugerah Planet Muzik 2006 (APM) akhir Mac lalu tidak membuatkan Jaclyn Victor lupa diri.
Sebaliknya, Jaclyn atau Jac menganggap kejayaan tersebut sebagai pendorong karier seninya. Dia masih lagi merasakan diri sebagai orang baru dalam dunia seni.
Kata Jac, majlis APM yang membabitkan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia mampu memperkenalkan namanya di luar negara.
揝ebelum ini hanya orang Malaysia dan Singapura yang kenal saya. Di Indonesia, saya pernah buat persembahan, itu pun sekali sahaja... manalah dia orang ingat.
揃ila dipilih sebagai Penyanyi Wanita Terbaik yang turut mempertandingkan artis-artis Indonesia seperti Kris Dayanti, Rossa, Titi DJ dan Audy, saya rasa amat terkejut.
揃agi saya, diundang mengadakan persembahan untuk APM pun sudah menggembirakan. Inikan pula menang, tentulah ia satu berita yang mengejutkan,拻 katanya.
Menurut Jac, pemilihannya itu adalah rezeki. Kalau tidak berjaya di APM pun dia tidak kecewa. Baginya yang lebih penting adalah pendedahan untuk memajukan lagi karier.
Juara Malaysia Idol itu juga menafikan dakwaan yang mengatakan kejayaan itu membuatkan dia mula meletak harga tinggi untuk persembahan.
揝aya tidak pernah demand. Saya boleh bertolak ansur. Selama ini pun saya banyak menjayakan persembahan amal,拻 katanya yang mendapat empat undangan menjayakan persembahan Minggu Setiausaha tahun ini.
Jac yang turut mendapat tujuh pencalonan untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) yang akan diadakan hujung April ini sibuk mengumpul lagu untuk album kedua.
Kata Jac, dia akan mengekalkan corak muzik yang sama seperti album sulung. Buat masa ini syarikat rakaman Sony-BMG sedang memilih lagu-lagu hasil ciptaan komposer tempatan.
揝aya tidak kisah lagu siapa asalkan ia sesuai dengan vokal saya. Dulu masa pembikinan album Gemilang, syarikat rakaman ambil sahaja lagu ciptaan sesiapa sebab mereka tidak dapat tentukan corak persembahan saya. Kali ini komposer mungkin lebih selektif kerana mereka telah tahu lenggok suara saya,拻 katanya yang dijangka memasuki studio pada Mei ini.
Jac yang diundang berlakon sebagai dirinya sendiri dalam filem Susuk arahan Amir Muhammad turut mengulas penglibatannya dalam lakonan.
揝aya tidak ada bakat berlakon. Namun jika diberi peluang berlakon teater muzikal, saya akan pertimbangkan. Pertama kali saya tengok pementasan Cats, terus saya teruja. Saya rasa seronok berlakon teater muzikal berbanding filem,拻 katanya yang bakal mengadakan persembahan Minggu Setiausaha di Hotel Legend, Kuala Lumpur pada 19 dan 20 April ini.
Untuk persembahan itu nanti, Jac akan mendendangkan lapan buah lagu. Kata Jac, dia akan pastikan persembahan yang diberikan berbeza daripada sebelum ini.
Source: Utusan Malaysia
[ Last edited by itikganas at 15-4-2006 04:07 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jac makin ligat kuasai pentas
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
TUJUH tahun lalu di pentas yang sama dia pernah beraksi ligat. Ketika itu, dia tidak punya nama yang besar seperti hari ini. Barangkali pujian yang diterima hanya daripada mereka terbiasa dengan persembahannya.
Tetapi, kemunculan semulanya di pentas kecil Planet Hollywood Kuala Lumpur, baru-baru ini, membawa keadaan cukup berbeza kepada bintang yang satu ini.
Sesuatu yang mungkin dia sendiri tidak pernah membayangkan akan berlaku. Tetapi tuah menyebelahinya apabila menjulang gelaran juara Malaysian Idol. Dan, selepas tujuh tahun, dia kembali beraksi di pentas yang sentiasa hangat dengan persembahan bertenaga pada setiap bulan itu. Lebih istimewa, dia hadir bersama dengan himpunan lagu nyanyiannya sendiri.
Apa lagi yang mahu diperkatakan mengenai gadis lincah ini? Suaranya diketahui umum lantang bertenaga, namun dari segi persembahan Jaclyn masih memerlukan suntikan supaya lebih hidup dan bermaya.
Bermula agak baik dengan lagu, Di Bawah Pohon Asmara, getaran yang terselindung dapat dikesan dari tutur bicaranya. Mungkin Jac sedikit terkesan kerana ia persembahan pertamanya di pentas yang intim selepas hampir dua tahun menjulang gelaran idola Malaysia.
Namun, pengalaman mengatasi segala dan selepas lagu kedua, Cuma Setia, penyanyi berusia 27 tahun itu semakin selesa menyesuaikan diri di pentas.
Lagu ketiga daripada Amerie, One Thing akui Jac amat mengujinya. Awal lagi dia memohon maaf jika tariannya nampak janggal kerana kata Jac: 揝aya tidak boleh menari. Jadi, jangan ketawakan saya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saye tak suke ARTIKEL ni!!!
Jac nyanyi macam dah datang 'hantu'! |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun artikel lama ttp nak post juga nak memeriahkan suasana...hehehe
Gandingan hebat Jaclyn, Anuar
Oleh JULIA ISMAIL [email protected]
SETIAP kalinya sambutan tahun baru, semua orang ternanti-nanti saatnya tibanya detik 12 malam untuk melihat keindahan percikan bunga api dan juga beramai-ramai menyambut kemasukan tahun baru dengan penuh kemeriahan. Bukan sahaja percikan bunga api yang dinantikan, persembahan artis-artis popular juga bagagikan menjadi tradisi di kalangan masyarakat kita.
Ketika inilah, rezeki golongan artis melimpah dengan undangan persembahan di seluruh Malaysia. Persatuan, perbadanan dan juga hotel-hotel pula awal-awal lagi terpaksa menempah artis pilihan mereka sebelum terlambat kerana ia memberi satu kelebihan dalam menarik pengunjung untuk menghadiri majlis atau acara anjuran mereka.
Bagi hotel terkemuka JW Marriott, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini, menjadi satu kebanggaan apabila mereka berjaya menjemput dua artis yang cukup popular dengan vokal yang mantap iaitu Jaclyn Victor dan Anuar Zain.
Sungguh bijak mereka yang mencadangkan agar kedua artis ini digabungkan dalam satu persembahan. Ternyata tetamu yang hadir cukup berpuas hati dengan persembahan di diberikan oleh dua artis ini.
Majlis makan malam yang diadakan agak mewah itu ditonton golongan ahli perniagaan dari dalam dan juga luar negara. Secara tidak langsung persembahan mereka telah menunjukkan kualiti sebenar yang ada pada rakyat Malaysia dan membuktikan bahawa Malaysia sebenarnya mempunyai banyak penyanyi yang boleh berdiri sama tinggi dengan artis luar negara.
JW Marriot juga menghidangkan tetamu mereka makanan lazat serta persembahan yang cukup mempersonakan dan sudah pasti ia akan memberikan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi mangakhiri tahun 2005.
Jaclyn atau Jac yang merupakan pemenang pertama Malaysian Idol dan menjadi antara penyanyi tempatan yang sangat dikagumi kerana kelantangan dan kemerduan suaranya. Tampil dengan persalinan gaun labuh gabungan warna hijau dan merah kelihatan sungguh bergaya dan masih. Dan sudah pasti sikapnya yang gila-gila dan suka berjenaka membuatkan mereka yang hadir berasa cukup selesa ketika menyaksikan persembahannya.
Pada malam itu, Jac mengalunkan enam buah lagu tambahan yang mana salah satunya merupakan permintaan daripada tetamu yang hadir. Bagaimanapun, lima buah lagu nyanyiannya adalah lagu berbahasa Inggeris dan mungkin kerana ingin menyesuaikan dengan tetamu yang majoritinya bukan berbangsa Melayu atau ada sebab-sebab tertentu.
Kelihatan, rata-rata tetamu yang hadir amat teruja dengan persembahan darinya. Kedengaran juga bisikan tetamu mengatakan tujuan sebenar mereka hadir pada malam tersebut adalah untuk menyaksikan sendiri aksi Jac menyanyi dengan pembesar suara yang jauh dari mulutnya.
Ternyata pada malam tersebut, impian hampir separuh separuh daripada tetamu pada Malam Persembahan Sempena Tahun Baru oleh hotel berkenaan tercapai dan ketika itulah Jac menerima tepukan yang gemuruh.
Sememangnya Jac merupakan penyanyi paling berbakat yang dilahirkan melalui satu siri program realiti. Bukan sahaja di Malaysia malah dia juga menerima pengiktirafan dari luar negara dengan menjuarai Shanghai Asia Music Festival yang berlangsung di China hujung tahun lepas.
Selepas Jac mengakhiri persembahannya pada malam tersebut, dia menjemput pula penyanyi kacak yang bersuara merdu iaitu Anuar Zain. Kedengaran jeritan anak-anak muda malah jeritan tersebut juga datang daripada kaum ibu-ibu.
Ternyata, Anuar berjaya mencuri tumpuan pada malam tersebut terutama kepada golongan muda. Seperti Jac, Anuar juga mempunyai keistimewaan suara yang tidak mungkin didapati pada mana-mana artis dalam negara.
Pada malam tersebut, Anuar menyanyikan lima buah lagu dan berbeza dengan Jac, Anuar lebih banyak menyanyikan lagu bahasa Melayu. Penyanyi kacak dan manis dengan senyuman ini sungguh bijak melayan kerenah peminatnya. Walaupun dia sedang menyanyi dia tetapi memenuhi permintaan peminatnya yang ingin bergambar dengannya.
Walaupun Anuar menyanyikan lagu berbahasa Melayu dan ramai antara mereka tidak memahami maksudnya, Anuar tetap mendapat pujian daripada mereka yang menonton persembahannya.
Buktinya, ketika para wartawan sedang menikmati juadah yang dihidangkan, kelihatan seorang lelaki berbangsa Inggeris menghampiri meja dan berkata sesuatu kepada pegawai perhubungan awam Hotel JW Marriot. Sebenarnya tujuan sebenar adalah semata-mata mahu memuji kemerduan suara Anuar Zain walaupun dia tidak memahami apa yang dinyanyikan adik Ziana Zain itu.
Menariknya juga, sebelum mengaakhiri persembahan pada malam itu, Anuar telah menjemput semula Jac ke pentas untuk berduet bersamanya. Mereka berdua menyanyikan lagu Kaulah Segalanya nyanyian Ruth Suhanaya.
Sekali lagi mereka membuatkan penonton terpegun dan tergaman dengan persembahan mereka malah kali ini mereka memberinya secara berganda. Kelantangan suara mereka berdua sungguh mengkagumkan dan lagu yang dipilih juga sangat bersesuaian dengan suara mereka.
Walaupun bayaran yang dikenakan pada tetamu pada malam tersebut agak mahal iaitu RM350++ untuk seorang, namun ia boleh dikatakan berbaloi. Ini menunjukkan usaha JW Marriot menggabungkan dua artis kebanggaan Malaysia ini dalam satu persembahan berjaya menarik ramai tetamu.
SUMBER: © Kosmo 05-01-2006 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anuar, Jac bangkitkan suasana penuh romantis
Oleh Hanisah Selamat
MENYEDARI ramai yang ingin meraikan kehadiran tahun baru secara bersendirian, Hotel JW Marriot Kuala Lumpur merencana majlis makan malam istimewa sambil tetamu dihiburkan dendangan dua penyanyi popular, Anuar Zain dan Jaclyn Victor.
Barangkali bunyinya seakan pelik kerana kebiasaan masyarakat lebih suka beramai-ramai di tempat terbuka sambil menanti detik 12 tengah malam seterusnya menyaksikan pertunjukan bunga api bergemerlapan di dada langit.
Walaupun julung kali diadakan, melihat Dewan Besar Mayang Sari yang mampu memuatkan 300 pengunjung penuh pada malam itu, di hati yakin usaha hotel berkenaan terutama Pengarah Perhubungan Awamnya, Uzma Nawawi mencapai matlamat.
Sambil menikmati hidangan masakan Cina hasil air tangan chef terkemuka Hong Kong, halwa telinga diperdengarkan alunan vokal dua penyanyi terbabit malah cahaya lilin menambah aura romantis.
Masing-masing menyampaikan enam lagu daripada pelbagai era memandangkan tetamu terdiri dari
pelbagai peringkat usia malah kelihatan beberapa warga asing yang bersorak riang mendengar alunan Juara Malaysia Idol 1, Jac menyampaikan Gemilang.
Mengenakan gaun labuh merah jambu diadun dengan hijau firus menyerlahkan susuk langsing gadis berbakat itu. Diiringi empat pemuzik bersama dua penyanyi latar, Jac membuatkan mata tidak berkelip memandangnya.
Selepas Jac yang memulakan persembahan jam 9.30 malam, Anuar pula mengambil alih ruang pentas. Tidak salah jika dikatakan populariti penyanyi ini masih kuat sekali pun ramai bakat baru muncul.
Apabila disebut majlis makan malam, sudah pasti namanya berada di senarai teratas. Bukan hanya disebabkan kelunakan vokalnya, malah kemesraan bersama penonton membuatkannya senang didekati.
Jika di sekitar kawasan Bukit Bintang dipenuhi pelbagai aktiviti hiburan, di dalam dewan juga tidak kurang meriah kerana sama ada Anuar atau pun Jac ditemani penonton yang sporting menyanyi dan menari.
Mungkin, untuk menikmati majlis eksklusif begini pengunjung pasti perlu mengeluarkan sejumlah wang namun kepuasan yang diperoleh sukar digambarkan dengan kata-kata.
Sebagai tuan rumah, Hotel JW Marriot juga tidak lupa menyediakan banyak ganjaran mewah sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan pelanggan yang tidak berbelah bagi.
Antara hadiah cabutan bertuah yang membuatkan tetamu tersenyum lebar ialah tiga telefon Nokia 3G bersama Celcom, Crabtree & Evelynn, Estee Lauder, penginapan di Korea dan Filipina serta pelbagai cenderahati lain.
Di celah-celah lampu malap, kelihatan beberapa selebriti yang turut bergembira menikmati suasana di Mayang Sari. Antaranya, Datin Seri Tiara Jacquelina dan suaminya, Datuk Seri Effendi Norwawi, Maria Farida dan Sharifah Shawati.
Turut hadir orang kuat Hotel JW Marriot, Christian Bock yang menyerahkan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.
SUMBER: © Berita Harian Online 02 JAN 2006 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jaclyn disalut pujian
BARANGKALI lirik Gemilang itu sangat bertepatan untuk menggambarkan keadaan hidup dan dirinya pada ketika ini. Ketika diri disalut dengan pujian dan nama berada di puncak populariti, apakah lagi bait-bait kata yang sesuai untuk menggambarkan tuah yang sedang menyebelahi dirinya?
Segemilang lagu itu sendiri, demikian juga Jaclyn Victor dalam direktori hiburan kita pada hari ini dan bukan sesuatu yang baru untuk diperkatakan.
Tetapi bagi yang empunya diri masih terlalu banyak yang perlu dipelajari, masih terlalu jauh perjalanan yang bakal disinggahi.
揌ari demi hari saya merasakan semakin banyak yang perlu saya pelajari. Semakin banyak kekurangan dalam diri.
揙rang mungkin melihat saya sudah berjaya dalam dunia seni, tetapi untuk diri saya sendiri perjalanan ini masih terlalu jauh dan berliku-liku lagi, |
|
|
|
|
|
|
|
tape..letak jek... tak sume org da baca..kalu ade lagik jgn malu2 letak eh.. |
|
|
|
|
|
|
|
BEST NYE ARTIKEL NI!!!
TRIMA KASIH!!! |
|
|
|
|
|
|
nonoiz42 This user has been deleted
|
dlm star ari ni. jac akan masuk bersama dalam album world cup. lagu gemilang,bestnyer,.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nonoiz42 at 17-5-2006 08:43 AM
dlm star ari ni. jac akan masuk bersama dalam album world cup. lagu gemilang,bestnyer,..
seswaiiiiiii sgt lagu tu hehehe.
|
|
|
|
|
|
|
|
Voice from World Cup
JACLYN Victor (pic) is on a roll. If winning four AIM awards last month wasn't enough, then this hugely likeable pop star, affectionately known as Jac, is scoring more acclaim as easily as Thierry Henry.
What matters is that she is possibly the only Malaysian to feature on an official FIFA World Cup Germany 2006 team list. Not football, but a music list!
Jac is a big part of the 18-track winning team on the Voices from the World Cup compilation that includes her award-winning tune Gemilang.
As a bonus on the Malaysian edition of the compilation (released by Sony BMG today), Jac抯 Gemilang shares company with heavyweight selections from Dido, Oasis, Kelly Clarkson, Elvis Presley, Elton John, Westlife, Mariah Carey, and more.
Made for pop fans and football fanatics, the pop-savvy compilation also features the official World Cup 2006 anthem |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tipahditipu at 17-5-2006 03:40 PM
artikel nih mmg best...:clap:
sape gambar kat avatar n siggy tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Jaclyn Victor bangga berduet dengan Same Same
Oleh ABD. AZIZ ITAR
PENYANYI Jaclyn Victor (Jac) berasa bangga apabila berpeluang merakamkan sebuah lagu duet berjudul Without You bersama kumpulan duo Same Same yang berasal dari Kanada.
Paling membanggakan apabila lagu itu dimuatkan menerusi album terbaru kumpulan itu yang dulunya dikenali sebagai The Moffats.
Without You merupakan antara lagu yang terdapat dalam album terbaru Same Same yang berjudul The Meaning of Happy.
Menurut Jac, album yang akan dipasarkan oleh Sony BMG tidak lama lagi itu akan membantu memperluaskan lagi publisiti tentang dirinya.
揝aya rasa bangga kerana mendapat peluang seperti itu kerana Same Same merupakan artis antarabangsa yang sudah lama popular. Sedangkan saya masih baru dan kecil dalam industri ini, |
|
|
|
|
|
|
| |
|