CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6453|Reply: 14

Pelacur & Zina (merged: tasha86)

[Copy link]
Post time 30-4-2006 12:08 AM | Show all posts |Read mode
Hukuman atas orng yg melacur dan orng yg mencari pelacur berat tak? I ade bbrp org geng yg suka cari pompuan cam ni. Nak tau hukumannya berat cam mane? Tk.  

---------------------------------------------
The Star
Saturday April 29, 2006


Fined for sex with call-girl

By CHAN LI LEEN

IPOH: It was his 20th birthday but lorry driver Wan Mohd Farhan Khairuddin did not get to blow any candles.

Instead, the son of a policeman was slapped with a RM1,000 fine for having sex with an Indonesian prostitute.

Magistrate Teoh Chin Chong also yesterday ordered Wan Mohd Farhan to spend a month in jail if he failed to pay the fine.

Last month, Wan Mohd Farhan had pleaded guilty to having sexual intercourse with 23-year-old Kesy Manda and abetting her in promoting prostitution at 4pm on March 3.

According to several lawyers, this was a rare case as in most cases only those soliciting for immoral purposes were brought to court.  

On March 3, a team of policemen had raided a hotel in Jalan CM Yusuf. When police arrived, an alarm went off at the hotel to warn those involved in prostitution activities.

While others tried to escape, Wan Mohd Farhan was caught in flagrante delicto with Kesy in a room.  

When asked by Teoh why he had sought the services of a prostitute, Wan Mohd Farhan remained silent. He later denied frequenting prostitutes....

[ Last edited by  fleurzsa at 16-7-2006 09:40 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2006 01:56 AM | Show all posts
Nape post kat sini citer ni :stp:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2006 09:17 AM | Show all posts
Cuma nak paham apekah hukuman orgn cam nii dari segi agama?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 02:27 AM | Show all posts
dari segi undang2.. mmg lar denda. even jadi pelacur pun boleh disabitkan kesalahan dan didenda tak kira Islam atau tidak.

tapi dari segi Islam, tau2 sendiri lah apa hukumannya di akhirat nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 09:11 AM | Show all posts
hukumnya amat lah berat
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 05:36 PM | Show all posts
kumpul kredit ker...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2006 09:27 PM | Show all posts

Reply #6 Muntz's post

muntz ko tak jawab lagi pertanyaan dia..bagi aku pertanyaan dia aku takleh jawab..sebab aku tak penah kena semua tu..so aku tak tahu..sorry!
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 07:13 PM | Show all posts
aku pun tak tau aper2 pasal industri pelacuran nie.. jadi aku tak taulah nak judge mereka macam mana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2006 09:49 AM | Show all posts
biasak ah.kat forum ni pun ramai pelacur aper.pelacur cara baru.Ayat jadik group..jumpa2an barang 3/4 kali.bukan susah nak dapat pompuan kat dalam ni.mana yg baru lagi la kacang.aku kat board ni..nyamar.kat board lain nyamar jugak.so aku tau..ah.janjik mission geng2 jantan kitaorg dah ramai dapat budak kat dalam ni.kehkeh..

_BapakAyamIslam_
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 11:34 AM | Show all posts
setahu saya pelacur atau melanggani pelacur sama laa dengan berzina.. maka hukumannya sama laa dengan orang yang berzina...

1) Bagi yang bujang (laki/perempuan) - disebat saratus kali
2) bagi dah berkahwin ( laki/perempuan) - direjam sampai mati..

wallahualam..

kalau salah tolong le tegur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 07:38 PM | Show all posts
Originally posted by aza at 2-5-2006 05:34 PM
setahu saya pelacur atau melanggani pelacur sama laa dengan berzina.. maka hukumannya sama laa dengan orang yang berzina...

1) Bagi yang bujang (laki/perempuan) - disebat saratus kali
2) bagi d ...



:setuju::setuju: aku pun penah dengor camtu gaks...iskk moga kita dijauhkan dari bahana perzinaan dan yg seangkatan dengannya... Nauzubillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2006 11:14 PM | Show all posts
Originally posted by aza at 3-5-2006 11:34 AM
setahu saya pelacur atau melanggani pelacur sama laa dengan berzina.. maka hukumannya sama laa dengan orang yang berzina...

1) Bagi yang bujang (laki/perempuan) - disebat saratus kali
2) bagi d ...

Terima kasih aza.:tq:   Sebat 100 kali? Beratnya.
Reply

Use magic Report

gennosukesama This user has been deleted
Post time 5-5-2006 08:30 AM | Show all posts
Originally posted by aza at 3-5-2006 11:34 AM
setahu saya pelacur atau melanggani pelacur sama laa dengan berzina.. maka hukumannya sama laa dengan orang yang berzina...

1) Bagi yang bujang (laki/perempuan) - disebat saratus kali
2) bagi d ...


bagi bujang..sekali berzina...100 kali sebat. 2 kali..2 ratus. menurut sumber tertentu,  setelah disebat 100 kali akan jadik insaf.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 08:39 AM | Show all posts
Berlaku pada saman saidina usman... ( kalau salah tolong tegur yerk)

dimana anaknya sendir melakukan zina ketika dia berada keadaan mabuk.. maka perempuan itu pun mengadu kepada bapanya iaitu saidina usman... maka dengan rasa marah usman menagkap anaknya dan menyebat anaknya 100 kali... sehingga anaknya menghembuskan nafas terakhir ketika sebatan yang terakhir.. ketika disebat bapanya sering mengingatkan anaknya bahawa ini baru hukum dunia.. belum lagi di akhirat...

lihat.. betapa adilnya pemimpin ketika itu.. kalau sekarang.. anak sendiri buat maksiat.. buleh dok cover lagi... apa nak jadi laaa./... wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 11:44 AM | Show all posts

Zina

Zina merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina, Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus , hatta ,walaupun hanya mendekatinya. Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah:

- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara' (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina , sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya .

- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ?albun salim? (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya , namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab), Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

- Pezina laki-laki berarti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya .

- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit ganas seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata:"Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:

Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fisikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina . Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikant umat.

BEBERAPA PERKARA PENTING YANG PERLU DIPERHATIKAN

Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang , demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang mealkukannya hanya sekali.

- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.

- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.

- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.

- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.

- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.

- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.

- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.


BERTAUBAT

Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ?utus asa? dalam mencari rahmat Allah.

Allah berfirman, mafhumnya:

"Dan orang-orang yang tidak menyembah ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (QS. 25:68-70)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.075718 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list