View: 7740|Reply: 27
|
Perkahwinan antara wanita transeksual dgn lelaki, sah ke tak?
[Copy link]
|
|
Sejak kecil lagi Ishak Zainal Abidin merasakan prubahan ketara pada dirinya. Dia gemar bermain dengan kawan-kawan perempuan serta suka memakai pakaian perempuan. Bukan itu saja, suaranya semakin halus diikuti pergerakan badannya semakin lembut.
Pada usia remaja, perubahan pada dirinya semakin menurus kepada perempuan. Setiap kali bebola matanya terpandang baju kebaya pelbagai warna bergantung di butik-butik terkenal, pasti fikirannya melayang mengimpikan betapa cantik dirinya jika dapat memakainya.
Malah, jika dia menatap wajah seorang lelaki kacak atau bertubuh sasa, pastinya hatinya berdebar-debar.
Namun, apabila menilik dirinya, Ishak hampa dan kecewa. Hasratnya menjadi seorang gadis jelita pastinya tidak kesampaian memandangkan hakikat sebenarnya dia adalah seorang remaja lelaki.
Demi tuntutan naluri kewanitaan, mendesak Ishak melakukan pembedahan menukar jantina seorang lelaki menjadi wanita. Pembedahan itu dilakukan di Hospital Universiti Kuala Lumpur (HU) kira-kira 20 tahun lalu. Selepas itu segala-galanya berubah. Namanya turut ditukar. Kini kad pengenalannya tertera nama Liza binti Zainal Abidin, 57. Dia bukan lagi IShak, nama yang diberi sejak lahir.
Ketika kecil, Ishak lebih dikenali sebagai sebagai Atan membuat secara terbuka kepada PESONA mengenai perubahan hidupnya. Sehubungan itu satu pertemuan diatur di rumah Liza di Kuala Lumpur baru-baru ini.
"Saya mula perasan perubahan pada diri saya ketika berusia sembilan tahun. Waktu itu saya tinggal di Ampang dengan emak saudara, "jelas Liza menceritakan detik-detik perubahan dalam hidupnya.
Tambahnya lagi, sebelum tinggal dengan ibu saudaranya di Kuang, Selangor hingga darjah dua. Manakal di Kuala Lumpur dia belajar di Pasar Road School hingga tamat tingkatan tiga.
Perubahan pada dirinya semakin ketara. Dia mulai tidak gemar lagi berkawan dengan lelaki. Sebaliknya Ishak lebih senang berkawan dengan anak gadis. Begitu juga dengan permainan, dia gemar dengan aktiviti yang digemari kaum wanita.
Selepas berhenti sekolah Ishak membawa diri ke Singapura. Dia ingin mencari pengalaman baru di sana. beberapa tahun disana dia pulang semula ke Kuala Lumpur dengan satui matlamat mencari kerja tetap. Kebetulannya rezekinya murah. Dia diterima bekerja sebagai Pembantu Am Rendah di Hispital Kuala Lumpur (HKL).
Pada usia 18 tahun, lumrahnya seorang remaja lelaki sedang rancak 'mengintai' gadis dijadikan kekasih hati. Namun berbeza dengan Ishak. Dia langsung tidak mempunyai nafsu melihat perempuan. Sebaliknya jantungnya berdegup-degup jika melihat lelaki tampan dan segak.
Justeru itu, dalam curi-curi Ishak mengambil kesempatan memakai pakaian perempuan selepas waktu kerja, terutamanya pada waktu malam. Dia terasa puas serta merasakan dirinya begitu anggun jika berpakaina sebagai wanita.
"Waktu pejabat , saya tetap berpakaian lelaki, tapi selapas itu saya pakai pakaian perempuan pula," cerita Liza.
Ujar Liza lagi, ibu serta adik beradiknya begitu marah dengan perlakuannya. Namun dia terpaksa menerangkan rasa hatinya kerana apa yang berlaku bukan direka-reka tetapi ia berlaku secara semula jadi.
"Saya tidak pinta ia jadi begini. Ia terjadi dengan sendiri sedangkan hakikatnya saya sendiri sukar menerimanya," tegas Liza.
Satu hari pada tahun 1971, Ishak dikejutkan dengan permintaan ibunya yang meminta dia berkahwin dengan gadis pilihan ibunya. Segala urusan perkahwinan termasuk emas kahwin telah ditetapkan.
Ishak yang begitu kecewa dengan permintaan ibunya itu terpaksa berlakon seolah-olah bersetuju dengan rancangan itu. Bagaimanapun pada saat-saat akhir, dia melarikan diri kerana tidak boleh menerima hakikat itu.
Ishak sedar sifatnya lebih kepada seorang perempuan sehingga nafsunya lagsung tidak ada pada seorang perempuan. Dia juga sedar dia tergolong dalam golongan yang sering disebut sebagai mak nyah.
Hari demi hari, hati kecilnya semakin memberontak. Dia terlalu ingin menjadi seperti seorang perempuan yang sentiasa dibelai oleh lelaki. Satu hari dia mendapat maklumat di surat khabar tempatan menyebut pembedahan menukar jantina boleh dilakukan di Malaysia.
Gembira bukan kepalang Ishak membaca berita ini. Dia lantas berpakat dengan rakan karibnya, Rosli yang juga mak nyah pergi mendaftar diri di hospital yang didakwa boleh melakukan penukaran jantina itu.
Usaha menukar jantina itu rupa-rupanya bukan mudah sebagaimana yang disangkakan. Ishak perlu menjalani beberapa proses temuduga terlebih dulu termasuk mengambil sample air liur.
Hasil kajian air liur itu, doktor pakar mendapati hanya Ishak yang layak memandagkan ada lebih hormon wanita di dalam tubuhnya. Manakala Rosli pulang dengan hampa kerana dia mengandungi lebih hormon lelaki.
Jelas Liza lagi, arawatan awalnya dia diberi ubat khas untuk mengubah bentuk fizikal tubuhnya. Beberapa jenis ubat diberikan termasuk ubat mengecilkan kemaluan, mencegah pertumbuhan bulu (misai, janggut, bulu betis), menaikkan buah dada dan beberapa ubat lain.
"Proses untuk tukar jantina itu memakan masa lima tahun. Dalam tempoh itu doktor masih memberi peluan gkepada saya agar mengubah fikiran tidak tukar jantina. Bagaimanapun saya sudah nekad taknak ubah lagi," cerita Liza.
Dalam masa lima tahun pelbagai ujian dilakukan oleh doktor bagi memastikan Ishak benar-benar boleh bersifat seperti wanita apabila dibedah nanti.
Pada 5 Mei 1980, tibalah masa menjalani pembedahan. Sebelum itu, Ishak berpesan kepada doktor, sekiranya dia mati skibat pembedahan itu dia minta pihak hospital menguruskan pengebumiannya.
Bermula pada 10.00 pagi, Ishak mula dibedah beberapa doktor pakar berbangsa Melayu dan Cina. Set kelamin lelaki Ishak yang sudah mengecil kesan memakan ubat khas dipotong sepenuhnya. Kira-kira pukul 3.00 petang brulah selesai pembedahan yang menelan belanja RM8000.00 itu.
Setelah sedar Ishak mendapati bahagian kemaluannya berbungkus diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat. Selama satu bulan 21 hari dia terlantar di dalam wad perempuan hospital itu sebelum dia dibenarkan keluar.
Sepanjang berada disitu, sekali lagi jantinanya diubah suai untuk menghasilkan kemaluan perempuan pula. Selesai kerja-kerja itu Ishak begitu gembira dengan kejayaan pembedahan itu. Dia dengan rasminya menjadi seorang wanita.
Dakwa Liza, dia adalah orang kesembilan melakukan pembedahan menukar jantina di hospital itu. Malah, dia juga adalah orang yang terakhir.
Pihak hospital dan mahkamah mengeluarkan dokumen khas mengesahkan Ishak telah bertukar sebagai perempuan. Sehubungan itu Ishak terpaksa meminda beberapa dokumen penting berkaitan dirinya seperti meukar nama dalam kad pengenalan. Bermula detik itu ishak bertukar Liza dan terus menjalani hidup sebagai wanita. Segala pekerjaan harian juga dilakukan atas 'tiket' seorang wanita. Dia ke tandas wanita dan bersalat dalam kelompok jemaah wanita. Niat salat juga dilakukan sebagai wanita.
Malahan, dia besikap lebih sensitif dari wanita sejati seperti lebih cemburu, terlalu penyayang dan gemar mengemas rumah.
Bagi ibunya pula, selepas mendapat tahu mengenai menukaran jantina tiu begitu marah dengan tindakan Liza. Bagaimanapun dia terpaksa akur dengan kehendak anaknya.
Dendam kesumat dalam hati untuk memiliki teman lelaki sebelum ini perlu diusahakan segera. Liza mula mencari pemuda sesuai yang mampu menjadi teman hidupnya untuk bermadu kasih.
"Dalam pencarian itu, saya berjumpa seorang pemuda Melayu dalam satu majlis di Kuala Lumpur. Pertemuan kami membenih bibit cinta. Dia suka pada saya walaupun dia tahu saya bukan original," cerita Liza lagi.
Tidak lama selepas berkenalan, ternyata lelaki itu bersetuju berkahwin dengannya. Ibu Liza yang diberitahu mengenai hajatnya untuk berkahwin pergi bertanya kepada kadi Kuala Kubu. Dia begitu gembira apabila diberitahu boleh berkahwin dengan pemuda itu mengikut prosedur biasa.
Meskipun begitu Liza dikehendaki hadir ke Hospital Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk mengesahkan jantinanya. Seorang doktor telah memeriksa jantinanya dan melaporkan kepada kadi yang ikut serta ke hospital itu.
Pada 1991 selamatlah Liza diijab kabul dengan pemuda itu di Masjid Kuala Kubu. Bapa saudaranya bertindak sebagai wali yang dinikahkan dengan wali di sana. Apabila selesai majlis itu hiduplah mereka sebagai suami isteri.
Namun perkahwinan mereka hanya bertahan tiga tahun. Suaminya yang lebih muda itu tiba-tiba meninggalkannya dan berkahwin lain dengan perempuan sebenar. Akibatnya Liza dilanda tekanan perasaan hebat memaksa dia memakan ubat untuk mengatasi masaalah itu.
Sejak peristiwa hitam dalam hidupnya. Liza tidak berkahwin lagi. Bagaimanapun perasaan ingin dikasihi oleh lelaki terus membara di sudut hatinya.
Liza bersara daripada HKL pada tahun 1993. Kini dia melakukan beberapa kerja sambilan di Kuala Lumpur demi menampung keperluan hidup harian.
Dalam pada itu Liza sedar apa yang telah dilakukannya selama ini. Dia beserah kepada Allah untuk menentukan nasibnya kelak.
"Apa yang penting kini saya perlu berbuat baik dan beramal sebagai seorang wanita bagi menghabiskan usia ini, "Kata Liza bernada sayu.
bahan:- PESONA magazine (Nov 2000)oleh Mohd Taha Yaacob
.........................................................
Aku nak tanya sesapa yang tahu, perkahwinan orang yg tukar jantina mcm dlm cerita diatas tu sah ke tak?? |
|
|
|
|
|
|
|
astaghafirullahalazim.....
apa kes daa.. camner leh kawen lak tu.. tak kira laa dia dah tukar ker belum ker.. dalam istilah yang sebenar dia adalah LELAKI!!!!! kalau khunsa lain laa...
gila sungguh!! harap2 ALLAH membuka pintu hatinya untuk menerima hakikat bahawa dia sebenarnya ada LELAKI!! macam ner laa dia leh solat ngan wanita.. isk isk isk...
betapa hancurnya umat nabi sekarang ni.. nauzubillah |
|
|
|
|
|
|
|
tak sah sbb dia ttp lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
naik fenin membaca....naik sumbing bijik mata....macam2 hal.. |
|
|
|
|
|
|
bob This user has been deleted
|
Originally posted by meowlin at 10-5-2006 12:25 AM
naik fenin membaca....naik sumbing bijik mata....macam2 hal..
ikut proses lah.
1- tentukan jantina
2- tentukan rukun nikah semuanya betul.
Kalu ok sah. kalau tak okey tak sah malah berdosa. tapi yang dapat menghukum ialah Allah (s). |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by apalancut at 9-5-2006 07:58 PM
tak sah sbb dia ttp lelaki
apa definisi lelaki ? Lelaki kah kalau 'benda' tuh dah tak ada ?
:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Normala17 at 10-5-2006 12:58 AM
apa definisi lelaki ? Lelaki kah kalau 'benda' tuh dah tak ada ?
:stp:
ya.dia masih lelaki.tapi kejantanan dia utk stim dah takde.tak bleh nak menujahkan kohnek dia.
ni aku nak tanya gak.
ada sebuah kerete proton waja.
datang sorang pomen ..dia pegi bukak tayar kete tu.biar tersadai.
so..nak panggey apa .lori?bas?van dua alam? kehkeh?
-Satanic- |
|
|
|
|
|
|
gennosukesama This user has been deleted
|
ya.dia masih lelaki.tapi kejantanan dia utk stim dah takde.tak bleh nak menujahkan kohnek dia.- back-hand
![](static/image/smiley/default/smile.gif)
laki tetap laki. ada benda tu ke takde. kalo lahir laki tetap laki. hukum dia boleh la pikir sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
bila dia lebih byk hormon wanita, patutnya jadi wanita ler.. |
|
|
|
|
|
|
gennosukesama This user has been deleted
|
Originally posted by Muntz at 11-5-2006 10:09 AM
bila dia lebih byk hormon wanita, patutnya jadi wanita ler..
ada ke...camtu. laki tetap laki. tuka sendiri tuh takkira. tiruan tetap tiruan... |
|
|
|
|
|
|
gennosukesama This user has been deleted
|
tapikan Naza Ria kalau buang dia punya logo boleh bertukar jadi Kia... kira Naza jugak ke ? ---kak mala sweet 17.
naza tu ciplak...jadi kita dah maklum tu jenama kia sebenarnya...takk kira tuka perodua pun.
[ Last edited by gennosukesama at 11-5-2006 10:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Normala17 at 10-5-2006 11:56 PM
he he pakar perumpamaan dah bawak keluar satu lagi perumpamaan proton waja pulak dah... ![](static/image/smiley/default/icon_lol.gif)
tapikan Naza Ria kalau buang dia punya logo boleh bertukar jadi Kia... kira Naza jugak ke ? :2l ...
memula ko kategorikan dulu naza tu dlm kategori apa?
keter?bas? lori? mpv?
tetap ko panggey mpv jugakkan..bior le dah buang logo ke..tukar logo ke.ada ko nak panggey bas plak?kehkeh.
pek!pek!ketuk pala dak nih.
[ Last edited by back_hand at 11-5-2006 11:51 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by back_hand at 11-5-2006 11:49 AM
memula ko kategorikan dulu naza tu dlm kategori apa?
keter?bas? lori? mpv?
tetap ko panggey mpv jugakkan..bior le dah buang logo ke..tukar logo ke.ada ko nak panggey bas plak?kehkeh.
pek ...
he he dah jadi sembang pasal keter plak dah. takper.... layan...
pernah dengar tak keter potong ?
dilahirkan satria tapi sambung2 bleh jadi wira ? looks like a wira, runs like a wira, vroom likes a wira ?
pastu orang kata, best nyer keter wira awak nih... so kita nak kata, eh ! taklah, nih satria...
![](static/image/smiley/default/icon_lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
gennosukesama This user has been deleted
|
pastu orang kata, best nyer keter wira awak nih... so kita nak kata, eh ! taklah, nih satria...-- kakmala
kan dan menjawab tuh. dia tetap kata satria. dia tak kata wira.
cam laki gak, tuka jantina, tetap laki walo oang nampak pompuan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gennosukesama at 11-5-2006 12:12 PM
kan dan menjawab tuh. dia tetap kata satria. dia tak kata wira...
are you sure you nak berkeras mengatakan ia Satria ? Kalau kena curi you nak buat polis report you nak kata apa, Satria tapi Wira, or Wira tapi Satria, or Satwira ? :lol
I think tak payahlah guna2 perumpamaan nih... |
|
|
|
|
|
|
gennosukesama This user has been deleted
|
Originally posted by Normala17 at 11-5-2006 12:44 PM
are you sure you nak berkeras mengatakan ia Satria ? Kalau kena curi you nak buat polis report you nak kata apa, Satria tapi Wira, or Wira tapi Satria, or Satwira ? :lol
I think tak payahlah ...
cakap ikut geran la. kalao manusia ikut surat beranak. laki2 ke pompuan.
kenapa tak boleh perumpamaan. bukan semua boleh diterangkan. Ingat, Hanya Allah yang tahu semua. kita ni manusia je. pernah dengar cerita tak, bukan semua yang tak nampak itu tak wujud. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aza at 9-5-2006 01:40 PM
astaghafirullahalazim.....
apa kes daa.. camner leh kawen lak tu.. tak kira laa dia dah tukar ker belum ker.. dalam istilah yang sebenar dia adalah LELAKI!!!!! kalau khunsa lain laa...
gila ...
Dah check dalam kitab2 fekah ker? Kalo tak silap aku ada gak hukum2 pasal golongan khunsa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Normala17 at 11-5-2006 12:06 PM
he he dah jadi sembang pasal keter plak dah. takper.... layan...
pernah dengar tak keter potong ?
dilahirkan satria tapi sambung2 bleh jadi wira ? looks like a wira, runs like a wira, vro ...
layan la jugak...kehkeh
tau pun.
wira or satria ..cuma bentuk.tapi masih dalam kategori KERETA.tukar camna ka..enjin potong ka..tetap dia dikategorikan KERETA.takde org nak panggey BAS KA..BESIKAL..besikal ka.heheh.
Sama gak isu lelaki tukar jantina.potong la kohnek tu.buat la bentuk ciparp ka..tukar nama ka..ubah kat IC ka..org tetap chop dia lelaki.bukan pompuan.halkum tetap terjojol kat leher tuh.bila tua..terserlah lah balik muka lelaki dia.kehkeh. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by back_hand at 11-5-2006 02:10 PM
layan la jugak...kehkeh
tau pun.
wira or satria ..cuma bentuk.tapi masih dalam kategori KERETA.tukar camna ka..enjin potong ka..tetap dia dikategorikan KERETA.takde org nak panggey BAS KA ...
Kalau di mengerjakan Haji, dia tetap perlu memakai pakaian Ihram kan sebagai seorang lelaki kan, abis tu terjojol la tetek dia.....camna nanti jemaah haji lain pandang adakah mendatangkan dosa pada jemaah haji yg lain? |
|
|
|
|
|
|
| |
|