CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16099|Reply: 85

Berita Kematian

[Copy link]
Post time 11-5-2006 03:58 AM | Show all posts |Read mode
memandangkan setiap yg hidup pasti merasai mati...di topic ini insyallah sayer cuber sisipkan berita2 kematian di dalam akbar..semoga memberi pengajaran kpd kita yg masih bernafas:nerd:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2006 03:59 AM | Show all posts
3 maut dirempuh bas
Oleh HERMAN HAMID

KOTA BHARU 10 Mei - Tiga orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh apabila sebuah bas yang dipercayai mengalami kerosakan brek merempuh empat buah kereta dan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, hari ini.

Mereka yang terbunuh dalam kemalangan pukul 10.40 pagi itu ialah penunggang dan pembonceng kedua-dua buah motosikal tersebut termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Ketua Polis Trafik Daerah Kota Baharu, ASP Tan Chai Heng berkata, penunggang motosikal Ruhaizah Mat Nasir, 24, serta pembonceng sebuah lagi motosikal dikenali sebagai Nor Azura Abdullah, 20, bersama anak saudaranya Muhammad Noor Al-Shahnie meninggal dunia di tempat kejadian.

``Ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan parah terutama di kepala dan badan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ruhaizah berasal dari Kampung Chabang Tiga Haji Kassim, Peringat manakala Nor Azura dan Muhammad Noor dari Kampung Telok Panji di sini.

Mangsa yang terselamat pula ialah Rosnani Razak, 24, ibu kepada kanak-kanak tersebut yang juga adik tiri kepada Nor Azira.

``Nor Azura, seorang jurujual di sebuah pasar raya bersama Muhammed Noor membonceng motosikal Modenas Kriss yang ditunggang Rosnani manakala Ruhaizah pula menunggang motosikal Honda EX5 berseorangan.

``Rosnani hanya cedera ringan dan sudah dibenarkan keluar daripada HUSM,'' ujarnya.

Katanya, pemandu dua buah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala dua lagi adalah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan dan tiada sesiapa di dalamnya.

Mengelak

Chai Heng memberitahu, sebelum kejadian, bas tersebut yang tiada membawa penumpang baru sahaja keluar dari depoh syarikat itu untuk mengambil penumpang ke Sabak dan dikatakan gagal memperlahankan kenderaan ketika menghampiri lampu isyarat itu dipercayai akibat kegagalan sistem brek.

``Jarak antara depoh dan persimpangan lampu isyarat itu lebih 100 meter,'' katanya.

Beliau berkata disebabkan itu, pemandu bas tersebut terpaksa mengelak dan melalui bahu jalan sebelah kiri lalu merempuh beberapa gerai makan dan dua buah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan itu.

``Bas itu kemudiannya merempuh pula dua buah kereta dan dua buah motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat menyebabkan motosikal yang dinaiki tiga beranak tersebut terperosok di bawah bas,'' katanya.

Menurut Chai Heng, pemandu bas berumur 40 tahun itu kini ditahan polis apabila menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu sejurus kemalangan itu.

Beliau berkata, polis menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke HUSM untuk bedah siasat dan dituntut oleh keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

Sementara itu, seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Zubaidah berkata, bas tersebut yang dipandu laju tiba-tiba merempuh gerai serta kenderaan terbabit.

``Masa kejadian, kesemua mangsa berada atas motosikal kerana sedang tunggu lampu isyarat,'' katanya yang merupakan pemilik sebuah kedai makan berhampiran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2006 04:01 AM | Show all posts
Raja Gambus meninggal dunia



Fadzil Ahmad.
--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 10 Mei - Raja Gambus Malaysia, Fadzil Ahmad, 65, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini dipercayai akibat keracunan makanan.

Allahyarham dimasukkan ke HKL setelah mengadu sakit perut selepas makan dua cucuk sate pada pukul 2 petang semalam.

Allahyarham yang menghidap penyakit parkinson dibawa ke hospital oleh dua anaknya, Mohd. Farid, 35, dan Mohd. Firdaus, 20.

Menurut Mohd. Firdaus, bapanya mengadu sakit perut sejam selepas makan sate dan sewaktu di hospital, Allahyarham turut mendapat bantuan pernafasan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Datuk Keramat di sini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Zaliah Mohamad, 55, lima orang anak dan tiga orang cucu.

Anak-anak Allahyarham yang lain ialah Mohd. Hafiz, 32, Mohd. Radzi, 31, dan Mohd. Fadzlee, 23.

Pada 1958, Allahyarham menubuhkan kumpulan ghazal Seri Maharani Ghazal.

Allahyarham menghasilkan 14 buah album EP dan 11 LP.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2006 04:06 AM | Show all posts
3 terbunuh bom meletup
BANGKOK 10 Mei - Tiga orang terbunuh sementara sembilan lagi cedera apabila sebutir bom meletup di sebuah kedai minum berdekatan pasar yang sibuk, di wilayah selatan Thailand, di sini hari ini.

Pegawai polis di Pattani, Kolonel Prasert Chansawang berkata, bom itu dipercayai diletakkan di sebuah motosikal berdekatan dan diletupkan menggunakan telefon bimbit ketika sebuah trak tentera berhenti di depan kedai minum tersebut di Pattani.

Prasert berkata, polis percaya bom itu disasarkan kepada pasukan tentera.

Jelasnya, dalam letupan yang berlaku pada pukul 9 pagi itu, (10 pagi waktu Malaysia), enam askar cedera dan tiga yang mati adalah orang awam yang berada di dalam kedai minum tersebut.

Puak pemisah di wilayah Selatan Thailand sering menggunakan telefon bimbit bagi menyebabkan letupan.

Kerajaan telah mengarahkan semua telefon bimbit di daerah berkenaan supaya didaftarkan, malah Thailand turut meminta bantuan negara yang bersempadan seperti Malaysia supaya melarang signal rangkaian telefon melepasi sempadannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2006 09:56 AM | Show all posts
Kul lu nap sin ja likati maut............
setiap yang bernyawa mesti merasai mati......
sudah jelas kepada kita. mati mesti dtg menjemput.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2006 10:44 AM | Show all posts
salam

lepas ni aku pulak kot

atau pun ENGKAU

dah siap dah ke????????????????
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-5-2006 03:25 PM | Show all posts
Saintis, pakar akademik Iraq dibunuh


BAGHDAD: Agensi perisikan Israel, Mossad, membunuh sekurang-kurangnya 530 saintis dan pakar akademik Iraq dengan bantuan tentera penceroboh Amerika Syarikat (AS), lapor Aljazeera.



Skuad pembunuh kejam Israel yang mensasarkan saintis Iraq aktif di negara itu sejak April 2003 tetapi cuma didedahkan pada 14 Jun 2005 oleh Pusat Maklumat Palestin (PMC) yang memetik laporan dikumpulkan oleh Jabatan Negara AS dan diserahkan kepada Presiden George W Bush.

Laporan menyebut, ejen Israel dan asing yang dihantar Mossad dengan kerjasama AS, ke Iraq, membunuh sekurang-kurangnya 350 saintis dan lebih 200 profesor universiti dan tokoh akademik.

Menurut laporan yang dirujuk kepada Bush, ejen Mossad beroperasi di Iraq dengan tujuan memusnahkan saintis nuklear dan biologi negara itu.

Pembunuhan dilakukan selepas AS gagal memujuk saintis berkenaan bekerjasama dengan mereka atau bekerja untuk Washington.

揔omando Israel beroperasi di Iraq selama lebih setahun dengan fokus aktiviti mereka ialah membunuh saintis dan bijak pandai Iraq. Rejim Zionis melancarkan kempen pembunuhan besar-besaran selepas AS gagal menarik sebilangan saintis Iraq untuk bekerjasama dan bekerja di AS.

揃eberapa saintis Iraq dipaksa bekerja di pusat penyelidikan AS, bagaimanapun, majoriti daripada mereka enggan bekerjasama dalam bidang tertentu dan meninggalkan AS untuk ke negara lain,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2006 03:26 PM | Show all posts
Mayat pelajar lemas ditemui


TEMERLOH: Mayat pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, di sini, Nur Azirah Abdul Razak, 14, yang dipercayai tergelincir di Sungai Semantan, dekat Kampung Tanjung Lalang, di sini, Isnin lalu, ditemui tersangkut di dasar sungai itu semalam.



Mayatnya ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian pada jam 8.30 pagi.

Jenazahnya dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, di sini, untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Kampung Paya Luas, di sini, tengah hari semalam.

Operasi mencari dan menyelamat disambung pagi semalam disertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA3) dan beberapa Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Rela.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut menghabiskan kira-kira sejam bagi memantau operasi mencari dan menyelamat mangsa. Baginda turut melawat keluarga mangsa di kampung halamannya di Kampung Paya Luas.

Turut menyertai operasi mencari dan menyelamat ialah Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Sharifuddin Abdul Ghani.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Isnin lalu, Nur Azirah dan seorang lagi rakannya, Norfazliana Azwa Mohd Yusuf, dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Semantan, dekat Kampung Tanjung Lalang sebelum dihanyutkan arus deras.

Bagaimanapun, Norfazliana, 14, yang hampir lemas sempat ditarik oleh penduduk kampung yang kebetulan berada di situ menggunakan tiub tayar kereta.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang mengulang kaji pelajaran bersama sekumpulan pelajar dari sekolah sama di tebing sungai terbabit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2006 04:03 PM | Show all posts
Mangsa dipanah petir dikenal pasti
SANDAKAN 11 Mei - Polis mengenal pasti identiti ketiga-tiga mangsa yang mati akibat disambar petir ketika memancing di laut cetek di Kampung Tinosa Dua dekat sini kelmarin.

Ketiga-tiga mangsa berasal dari Semporna, Sabah dan menetap di sekitar perkampungan setinggan Mangkalinau Laut, Batu 3, Sandakan.

Mereka ialah Saralpati Tompong, 51, dan isterinya Wairah Rajan, 53, serta kanak-kanak lelaki yang bersama mangsa disahkan sebagai cucu pasangan itu, Remi Rumi, 9.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mashud Awang Hamid berkata, mayat mangsa sudahpun dituntut oleh ahli keluarga untuk pengkebumian.

``Ketiga-tiga mangsa dikatakan keluar dari rumah mereka yang terletak di kawasan setinggan Mangkalinau seawal pukul 7.30 pagi untuk memancing ikan di laut berhampiran.

``Keadaan cuaca agak baik pada awal pagi kelmarin sebelum mereka disambar petir sekitar pukul 1 tengah hari dan berikutan kejadian perahu yang dinaiki terdampar di perkampungan Tinosa Dua setengah jam kemudian.

Dalam kejadian tersebut, mangsa ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan terapung dan mempunyai kesan terbakar di sungai itu sebelum dikejarkan ke hospital tetapi disahkan telah mati sebelum itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2006 04:04 PM | Show all posts

JOHOR BAHRU 11 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM256,000 kepada waris pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan jurulatih program tersebut yang meninggal dunia semasa mengikuti program tersebut baru-baru ini.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada ibu bapa pelatih dan ibu bapa jurulatih itu di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, dekat sini hari ini.

Hadir sama pada majlis penyampaian sumbangan itu ialah Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Bapa pelatih PLKN yang terbunuh, Jaafar Ibrahim, 46, ketika ditemui melahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan di atas sumbangan berjumlah RM128,000.

Anak sulung beliau, Allahyarham Haziq, 18, terbunuh setelah terlibat dalam satu pergaduhan dengan rakan pelatihnya di Kem PLKN Agro Tourism, Batu 13, Jalan Kluang-Kahang pada 22 April lalu.

Ditanya mengenai perasaannya ketika menerima sumbangan tersebut, beliau berkata, wang itu akan digunakan sepenuhnya untuk mengerjakan upah haji, kenduri dan amal jariah lain bagi arwah anaknya.

``Duit yang dapat tiada gantinya dengan nyawa anak saya. Kami sekeluarga merindui arwah,'' katanya sambil menahan sebak.

Beliau berkata, hari ini genap 40 hari arwah anaknya meninggal dunia dan keluarganya masih belum dimaklumkan mengenai punca sebenar yang mencetuskan pergaduhan di antara anaknya dengan pelatih yang terlibat.

Sementara itu, ibu kepada jurulatih yang mati lemas di Air Terjun Seri Mahkota, Taman Negara Endau-Rompin pada 11 April lalu, Jakiah Sardi, 45, melahirkan rasa terharu di atas sumbangan yang dihulurkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, Allahyarham anaknya, Gusmuladi Ogusalim, 23, memilih untuk menjadi jurulatih PLKN kerana minatnya yang mendalam terhadap aktiviti lasak.

``Saya dan suami tidak pernah menghalang hasrat arwah untuk menjadi jurulatih dan kami tahu arwah pandai berenang. Memang tidak diduga arwah meninggal kerana lemas,'' katanya.

Katanya, dengan sumbangan yang diterima, mereka sekeluarga akan mengadakan majlis tahlil kerana pada 18 Mei ini, genap 40 hari anak sulungnya itu meninggal dunia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2006 04:08 PM | Show all posts
Mayat di rumah separuh siap

PUCHONG: Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditemui mati dengan kesan jerutan di leher dan kedua-dua tangannya diikat sebelum ditinggalkan di sebuah rumah separuh siap di Kampung Seri Aman di sini, malam tadi.

Mayat yang ditutup mukanya menggunakan beg plastik ditemui kira-kira 10 meter dari sebuah kereta Nissan Sunny oleh seorang penduduk yang juga kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, kira-kira jam 6 petang.

Saksi, Supaat Supian, 51, berkata dia menghidu bau busuk dari sebuah kereta bukan milik penduduk di kawasan berkenaan yang diletakkan berdekatan rumahnya.

揚ada mulanya saya sangka kereta itu milik jiran kerana tidak mungkin ada orang lain meletakkannya di situ. Bagaimanapun sangkaan saya itu nyata meleset sebelum melaporkan perkara itu di balai polis berhampiran.

揔ehadiran sepasukan polis itu menjawab semua persoalan apabila mereka menemui mayat seorang lelaki yang diletakkan di sebuah rumah separuh siap,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2006 04:09 PM | Show all posts
Tahan sakit dalam pelukan Ibu

GUA MUSANG: 揝ambil mendukungnya saya menangis melihat dia terucap-ucap menahan kesakitan. Saya terpaksa berlari kira-kira 50 meter untuk menahan kereta bagi membawanya ke hospital,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2006 04:30 PM | Show all posts
Bayi maut digesel kereta api

GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut selepas kepalanya digesel kereta api penumpang di Kampung Merapoh, Kuala Lipis dekat sini, petang semalam.



Dalam kejadian jam 5 petang itu, Wan Mazitul Sameon Wan Omar, yang parah di kepala meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Gua Musang (HGM), kira-kira jam 6 petang semalam.

Sebelum kejadian, dia dibawa ibunya, Sukartini Ismail, 39, bersama kakaknya, Wan Ainon Safizah, 6, ke sungai belakang rumah mereka untuk mandi dan membasuh pakaian.

Sukartini berkata, ketika dia sibuk membasuh pakaian di tepi sungai terbabit, dua anaknya itu yang baru selesai mandi pada mulanya menunggu berdekatannya.

"Secara tiba-tiba, Ainon sedar adiknya (Mazitul) tiada. Dia tanyakan saya, membuatkan saya terkejut lalu segera bergegas naik ke tebing dan pulang ke rumah kerana menyangka dia pulang ke rumah.

"Kami berusaha mencari Mazitul sekitar rumah tetapi tak jumpa, ketika itu, saya terdengar bunyi hon kereta api yang melalui landasan terletak kira-kira 100 meter dari rumah kami, membuatkan saya curiga.

"Saya meluru ke landasan dan mendapati kereta api itu berhenti. Ketika itu, pemandunya turun meninjau sesuatu. Saya terlihat anak saya terbaring tepi landasan dalam keadaan kepalanya berlumuran darah.

"Saya segera memeluk dan mendukung Mazitul sambil berlari ke tepi jalan raya kira-kira 50 meter dari situ, sebelum menahan kereta dan meminta bantuan pemandunya menghantar anak saya ke hospital," katanya ketika ditemui di HGM, petang semalam.

Kereta api penumpang yang terbabit dalam kemalangan dengan kanak-kanak itu dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat.

Sukartini berkata, dia tidak menyangka Mazitul yang juga anak bongsu daripada lima beradik itu yang sudah pandai berjalan tetapi belum petah bercakap, akan merayau hingga ke landasan kereta api kerana selama ini dia tidak pernah berbuat demikian.

Bapa Mazitul, Wan Omar Wan Yusof, 52, berkata ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana keluar bekerja sebagai buruh dan hanya tiba di rumah selepas isterinya ke hospital bersama anak mereka.

"Sebaik sampai di rumah, jiran beritahu anak saya dilanggar kereta api dan saya bergegas ke hospital. Saya amat sedih mengenang kematian anak saya yang menjadi penghibur kepada kami sekeluarga kerana gelagatnya," katanya yang menerima kejadian terbabit sebagai takdir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2006 04:34 PM | Show all posts
122 maut konflik baru di Somalia

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 122 orang maut dalam pertempuran kumpulan pemberontak dan ekstremis Islam di ibu negara Somalia sejak Ahad lalu biarpun pendamai cuba menghasilkan gencatan senjata bagi meleraikan ketegangan itu.



Majoriti mangsa adalah orang awam tidak berdosa yang terperangkap dalam kejadian berbalas tembakan.

Kelmarin, penduduk Mogadishu terpaksa melarikan diri kerana bimbang pertempuran dua pihak bertelagah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2006 04:36 PM | Show all posts
Tiga korban puting beliung

WESTMINSTER: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 26 kediaman musnah dalam ribut kencang dan puting beliung yang melanda kawasan pedalaman Texas Utara semalaman sejak kelmarin.



Mereka yang mati dikenal pasti sebagai Paul Harris Newsom, 82; isterinya, Mary Ellen, 8 dan Colson Owens, 14 tahun.

Malah seorang mangsa terselamat menyifatkan angin kencang itu amat buruk apabila puting beliung memusnahkan rumah dalam sekelip mata sehingga meragut tiga nyawa terbabit, termasuk seorang remaja, Owens, yang berlindung di bawah tangga rumahnya.

Seramai 10 mangsa yang terselamat dirawat di hospital manakala berpuluh-puluh lain dirawat di tempat kejadian kerana kecederaan ringan.

Sepasang warga tua berumur 80-an - Newson dan Ellen ditemui mati dalam sebuah rumah sementara yang musnah di Westminster, kira-kira 72 kilometer ke timur laut Dallas, kata Marsyal Bomba Collin County, Steve Deffibaugh.

Seorang remaja lelaki 14 tahun maut di kawasan berhampiran, Grayson County selepas sebuah corong runtuh dan menghempap tangga yang menjadi tempat perlindungannya.

揃unyinya seperti ribut biasa tetapi ia jauh lebih buruk daripada itu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2006 07:48 PM | Show all posts
Remaja maut, rakan parah motosikal rempuh ambulans

KOTA BHARU 12 Mei - Seorang remaja lelaki maut manakala rakannya parah apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah ambulans di persimpangan lampu isyarat, Kilometer 6, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa, Kamarul Husin, 20, meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemboncengnya, Mohd. Zulhafiz Ismail, 21, mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (RPZ) II, Kota Bharu.

Kedua-duanya berasal dari Kampung Selising, Pasir Puteh. Mohd. Zulhafiz kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Polis Ahmad Lotfi Khalid berkata, ambulans tersebut yang datang dari arah Hospital Tanah Merah (HTM) sedang menuju ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dengan membawa dua orang pesakit untuk dipindahkan ke sana.

Beliau berkata, motosikal berkenaan pula dari arah Kota Bharu menghala Kuala Krai.

``Kesemua penumpang ambulans berkenaan termasuk empat kakitangan hospital serta dua pesakit tidak mengalami sebarang kecederaan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, beberapa saksi yang melihat kemalangan berkenaan memberitahu, ketika kejadian kesemua kenderaan di persimpangan tersebut memberhentikan kenderaan masing-masing untuk memberikan laluan kepada ambulans berkenaan.

Bagaimanapun sebuah motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa meneruskan perjalanannya dan seterusnya berlanggar dengan ambulans itu.

Melanggar

Perlanggaran itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal terseret beberapa meter dan ambulans itu terhenti selepas melanggar sebuah kereta Proton Iswara di lorong sebelah.

Sementara itu, Pengarah HTM, Dr. Khalid Ibrahim yang ditemui di tempat kejadian berkata, kedua-dua pesakit yang berada di dalam ambulans berkenaan telah dipindahkan ke Hospital RPZ II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Katanya, salah seorang pesakit itu menghidap sakit jantung manakala seorang lagi cedera kerana kemalangan jalan raya dan mereka sekarang dalam keadaan selamat.

``Selain dari pesakit dan seorang pemandu, ambulans berkenaan turut membawa seorang pembantu perubatan, atendan dan juru iring,'' ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2006 07:55 PM | Show all posts
2 maut ribut selatan Manila

MANILA 12 Mei - Dua orang terkorban dalam ribut tropika Chanchu yang turut menyebabkan 6,000 penumpang terkandas dan sebuah feri tenggelam di Filipina hari ini.

Seorang wanita, Army Berjamin mati akibat terkena kejutan elektrik apabila kawat elektrik terputus selepas dihempap pokok kelapa yang tumbang di Manapla, sebuah bandar terpencil kira-kira 460 kilometer ke selatan Manila.

Ia turut mengakibatkan tanah runtuh, menyebabkan kira-kira 6,000 penduduk terkandas di sekurang-kurangnya 12 buah kampung di Leyte Selatan, kata Gabenornya, Rosette Lerias.

Enam buah kampung yang lain diancam banjir apabila paras air melimpah daripada sebatang sungai.

Lerias merayu melalui radio agar penduduk yang tinggal di kawasan tebing sungai supaya segera berpindah.

Sebuah feri yang tiada penumpang, MV Northern Samar, tenggelam selepas dipukul ombak besar ketika sedang ditunda ke sebuah pusat perlindungan di Tabaco, sebuah bandar 320 kilometer ke tenggara Manila.

Tiada siapa cedera dalam kejadian itu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2006 07:56 PM | Show all posts
Lebih 150 maut saluran minyak Nigeria meletup

LAGOS 12 Mei - Lebih 150 orang terkorban dalam kejadian saluran paip minyak meletup di sebuah kampung berhampiran bandar Lagos hari ini. Dianggarkan 150 hingga 200 orang terbunuh dalam letupan ini.

Punca kejadian tidak diumumkan, tetapi ia berlaku beberapa jam selepas kumpulan militan Nigeria mengancam akan memusnahkan loji eskport gas asli bernilai RM48 bilion (AS$13 bilion).

Kumpulan militan yang dikenali sebagai MEND dalam e-melnya kepada Reuters berkata, pihaknya akan melancarkan serangan ke atas loji gas asli, sekali gus menjejaskan penduduk berhampiran dan akan melancarkan tindakan ke atas kemudahan minyak terlebih dahulu.

揔ami akan melakukannya sebagaimana dijanjikan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2006 08:17 PM | Show all posts
Tragedi kerja hari cuti

Oleh Nazarali Saeril
nazarali@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia yang sanggup datang bekerja walaupun pada hari cuti umum sempena Wesak, ditemui mati di sebuah kondominium dalam pembinaan di Jalan Jelatek di sini, pagi semalam.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Iman, 31, dikatakan tidak bekerja semalam tetapi mendaftar namanya untuk bekerja sebelum ditemui mati di tingkat enam kondominium berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Azri Ahmad, berkata: 揝iasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Jawa, Indonesia, mati akibat cedera parah di beberapa bahagian tubuh.

揚olis menemui kesan tikaman di tengkuk, perut dan bahunya menggunakan objek tajam. Bagaimanapun, setakat ini, senjata digunakan untuk membunuh mangsa tidak ditemui di tempat kejadian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2006 08:19 PM | Show all posts
Bakal pengantin terbunuh

Oleh Sulaiman Salleh
sulaiman@hmetro.com.my

KUALA PILAH: Dua lelaki termasuk seorang pemandu lori yang bakal bergelar pengantin terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di Kilometer 4, Jalan Kuala Pilah-Bahau, di sini pagi semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 7.45 pagi itu, C Achutan, 31, yang dijadual melangsungkan perkahwinan Jun ini dan Lee Ngah, 61, dari Ledang Gedes, Bahau mati di tempat kejadian.

Achutan dari Taman Megah, Bahau yang memandu lori dikatakan dalam perjalanan menghantar muatan kelapa sawit dari arah Kuala Pilah ke Bahau tetapi secara tiba-tiba gagal mengawal kenderaan.

Akibatnya, lori yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan hingga menyebabkan kereta itu remuk dan hampir terputus dua.

Seorang ahli keluarga Achutan yang enggan dikenali berkata, mendiang dijadual melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya Jun ini sempena cuti sekolah.

Katanya, persiapan majlis perkahwinan anak sulung dalam keluarga itu sudah hampir siap dan mendiang kerap menunjukkan sikap tidak sabar menunggu detik manis itu.

揔egembiraan Achutan masih menyerlah walaupun dia keluar dari rumah Rabu lalu untuk mengambil kelapa sawit di Semenyih, Selangor sebelum menghantarnya ke sebuah kilang di Bahau pagi tadi (semalam),
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.883103 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list