View: 69033|Reply: 44
|
link website, fotopages, blogs yg berkaitan dengan bod!
[Copy link]
|
|
apa kata kalau tukar tajuk kepada:
laman web berkaitan dengan hobi anda.
bukan setakat kraf, malah boleh juga laman web lain spt fotopages yg mempunyai isi berkaitan dengan bod kita. selain itu laman web yang berkaitan dengan:
- jahitan
- tanaman / pergola / landskap
- memancing / menternak ikan : dan binatang2 lain
- dll yg berkaitan.
ct akan sticky kan, tapi pls yea, no borak at all...!sebarang borak akan di delete, plzz yea, topik ni utk memuatkan link sahaja, setiap satu atau banyak link akan di berikan kredit. |
|
|
|
|
|
|
Melur01 This user has been deleted
|
SMOCKING
Flash: http://www.countrybumpkin.com.au
majalah smocking yang begitu detail dalam menjahit smocking dan juga menjahit pakaian kanak-kanak ... kita perlu refer ke issue-issue majalah lama untuk memahirkan dalam jahitan smocking dan jahitan pakaian kanak-kanak... dengan hanya satu issue majalah tidak dapat membantu untuk menjahit keseluruhan pattern smocking yang ada di pasaran...
Flash: http://www.sewbeautifulmag.com/index.html
majalah ini bagus untuk menjahit jahitan classic dan unik... banyak corak-corak yang begitu cantik... majalah ini tidak sesuai untuk yang baru ingin belajar jahitan smocking... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seni & Kraftangan
1-Create Your Style With Swarovski
Kemungkinan untuk berkreatif dengan komponen kristal Swarovski adalah terbatas hanya dengan imaginasi kita. Pelajari pelbagai teknik seperti cara ikatan (kumai), jahitan dan tampalan menggunakan gam untuk menghasilkan barangan perhiasan dan barang kemas berasaskan kristal jenama Swarovski di laman web ini. Arahan terperinci berserta dengan illustrasi terdapat di sini.
2- Step by Step Guide of SW Jewelry Making
Kristal Swarovski adalah nama yang telah lama sinonim dengan kecantikan dan kecemerlangan. Laman ini memaparkan gambar ilustrasi tahap-tahap utama pembuatan barang perhiasan dari Kristal Swarovski. Glosari terma-terma yang biasa digunakan untuk takrifan barangan perhiasan Swarovski juga terdapat di sini.
3- How to Sew a Fabric Towel Topper
Laman ini mengandungi cara cara untuk membuat tuala dapur berpenyangkut fabrik.
4- How to tie a Windsor Knot
Mengikat tali leher mungkin sesuatu yang agak rumit terutama jika anda belum pernah melakukannya. Laman ini menyediakan panduan dan illustrasi mengikat tali leher untuk menghasilkan ikatan tali leher yang di panggil Windsor Knot.
5- Bow Tie Knot
Pemakaian Tali bow atau 'Bow Tie' memberikan gaya yang elegan dan formal kepada pemakainya. Pelajari cara-cara mengikat tali bow di laman web ini.
6- [url=http://handel.pacific.net.id/content/pendidikan/lipat/index.html]Cuba Sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Seni Jahitan
1. Kursus Jahitan: Menjahit Baju Melayu Cekak Musang
Objek pembelajaran ini menerangkan kaedah menjahit baju melayu cekak musang. Selain penerangan yang mudah difahami, foto-foto yang menunjukkan teknik-teknik jahitan baju melayu cekak musang juga dipaparkan. Di akhir pembelajaran, latihan penilaian diberikan untuk menguji kefahaman pelajar.
2. Kursus Jahitan: Menjahit Baju Kurung Tradisional
Objek pembelajaran ini menunjuk cara kaedah menjahit baju kurung tradisional. Langkah-langkah terperinci membuat baju kurung seperti mengukur, membuat pola, menggunting kain dan menjahit ditunjukkan di sini.
3. Dunia Jahitan Anda
Objek pembelajaran ini menerangkan empat jenis jahitan, iaitu jahitan sementara, jahitan penyambung, jahitan pengemas dan jahitan hiasan. Ia juga mendemonstrasikan bagaimana jahitan tersebut dihasilkan. Latihan disediakan untuk menguji pemahaman pelajar.
4. Menyulam: Sulaman Klasik
Laman web ini memaparkan teknik dasar menyulam untuk kategori sulaman klasik seperti tikam jejak, stem, rantai, pagar, dan banyak lagi. Teknik sulaman ini sesuai untuk pola pada kain dicipta sendiri atau pola siap dibeli. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi seni jahitan .....
1. Kursus Jahitan: Blaus
Belajar menjahit baju blaus di sini. Langkah-langkah menjahit baju blaus daripada mengenal bahagian baju serta jenis-jenis kolar dan tangan, mengambil ukuran, merajah pola, mengunting fabrik sehinggalah mencantum bahagian fabrik diterangkan secara terperinci dalam objek pembelajaran ini. Kemahiran asas menjahit adalah perlu untuk menghasilkan baju blaus ini.
2. Kursus Menjahit:Seluar Panjang
Belajar cara menjahit seluar panjang di sini. Objek pembelajaran ini akan menerang satu persatu langkah-langkah menjahit seluar panjang pinggang bengkuk berplit dua ini. Pelajar akan didedahkan dengan rupabentuk bahagian depan dan belakang seluar panjang, senarai peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan seluar tersebut, cara mengambil ukuran badan, cara merajah pola seluar, cara mengunting fabrik dan akhirnya teknik-teknik menjahit seluar tersebut. Pelajar perlu mempunyai kemahiran asas menjahit untuk mengikuti objek pembelajaran itu.
3.Langsir Box Pleat
Belajar cara membuat langsir paten Box Pleat di sini. Dalam objek pembelajaran ini, pelajar akan ditunjukkan bahagian-bahagian langsir, bahan yang diperlukan untuk membuat langsir, cara mengukur dan menganggar fabrik untuk langsir, cara mengunting fabrik dan akhir sekali teknik menjahit langsir paten Box Pleat ini. Kemahiran asas menjahit diperlukan untuk mengikuti pembelajaran ini.
4. Kursus Menjahit: Kusyen Bunga
Dalam pembelajaran menjahit kusyen bunga ini pelajar akan diperkenalkan dengan rupabentuk kusyen bunga. Peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjahit kusyen ini juga dinyatakan. Setelah itu pelajar akan mempelajari cara-cara menjahit kusyen bunga termasuklah cara merajah pola, mengunting fabrik, menanda basi jahitan dan seterusnya cara menjahit kusyen.
5. Kursus Menjahit: Kusyen Segiempat
Belajar cara menjahit kusyen segiempat dalam pembelajaran ini. Pelajar akan diperkenalkan dengan rupabentuk kusyen segiempat ini. Peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjahit kusyen ini juga disenaraikan. Setelah itu pelajar akan mempelajari cara-cara menjahit kusyen segiempat termasuklah cara merajah pola, mengunting dan menyusun fabrik dan menanda basi jahitan. Kemahiran asas menjahit diperlukan untuk menjahit kusyen ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Taman dan Lanskap
1- Tip Penjagaan Lanskap
enjagaan landskap amat penting untuk memastikan landskap terjaga dan cantik sepanjang masa. Terdapat pelbagai informasi dari segi penjagaan dan pemeliharaan landskap, pemindahan pokok bunga, mereka bentuk lanskap, dan membangun lanskap kejur dan lembut dalam laman web ini.
2. No Space Garden
Taman yang kecil memerlukan rekabentuk yang mempunyai kekuatan tersendiri supaya setiap inci ruang dapat digunakan sepenuhnya. Laman web ini menghuraikan satu persatu elemen seperti penggunaan ketinggian ruang, lengkuk, struktur bentuk, penanaman tumbuhan yang menarik perhatian dan skema warna yang sesuai yang perlu digabungkan untuk mendapatkan taman idaman anda.
3. Problem Solving
Kepada anda yang suka berkebun, layari laman web ini untuk mengetahui tentang ancaman haiwan atau serangga perosak, penyakit pokok dan tumbuhan liar atau rumpai. Galeri gambar-gambar haiwan atau serangga perosak dan penyakit yang menyerang tumbuhan, kesan kepada tumbuhan, tanda-tanda tumbuhan diserang dan langkah pencegahan dan pengawalan dan maklumat mengenai rumpai dan cara mengawalnya terdapat disini.
4. Caring For Your Garden
Penjagaan taman termasuklah penyiraman, pembajaan dan pemangkasan pokok dan tumbuhan yang terdapat di dalamnya. Dapatkan panduan penjagaan taman di sini. Peralatan asas dan penggunaannya untuk taman juga dihuraikan disini. |
|
|
|
|
|
|
|
Memancing
Kaki Pancing-petua
aman web ini menyediakan petua berguna yang boleh diamalkan untuk mereka yang suka memancing. Petua mengekalkan ikan yang segar, keadaan cuaca dan petua keselamatan turut disediakan.
bersambung.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Melur01 This user has been deleted
|
SENI JAHITAN
Menjahit Apron
disini ada ditunjukkan dan penerangan bagaimana menggunting sehingga menjahit sehelai apron.
Flash: http://sewing.about.com/library/weekly/aa051801a.htm?nl=1
Paten-paten jahitan
terdapat berbagai jahitan yang diberikan secara percuma on-line...anda boleh mencuba menjahitnya..
Ingatlah bahawa, tak semestinya anda perlu membeli barang-barang jahitan... mungkin anda boleh gunakan kain-kain yang telah digunakan dahulu...seperti kain langsir yang masih elok tapi tak digunakan lagi...boleh dijadikan beg dan sebagainya...
lihatlah link website ini dan ambillah peluang ini untuk mencubanya...
Flash: http://sewing.about.com/od/freeprojects/
[ Last edited by Melur01 at 29-5-2006 02:04 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Melur01 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
aininfarihah This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
aininfarihah This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam-macam ada..
www.marthastewart.com
Recipes, Gardening, Craft, Home Decorating, and the list goes on..
[ Last edited by Ice_Q at 17-1-2007 12:41 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|