|
Semangat setia kawan Ziana
Oleh Farihad Shalla Mahmud
MEREKA berdua tiada pertalian darah sebaliknya hubungan yang wujud sekadar ikatan tali persahabatan yang sudah terjalin sejak di bangku sekolah lagi. Sudah namanya bersahabat, apabila salah seorang daripada mereka ditimpa malang, pastinya yang seorang lagi akan tampil untuk membantu.
Inilah situasi yang berlaku di antara penyanyi terkenal Ziana Zain dengan sahabat lamanya, Shareen Banu Ahmad Ali apabila Ziana sanggup berkongsi penderitaan yang dialami Shareen ekoran penyakit obesiti tahap kritikal yang dihidapinya itu. Lebih parah lagi, kesan penyakit itu, Shareen turut mengalami masalah komplikasi lain membabitkan pernafasan dan masalah sendi.
Walaupun kini berada dalam keadaan selesa dan berkedudukan, Ziana tidak pernah lupakan mereka yang hidup dalam kesusahan dan memerlukan bantuan apatah lagi yang menanggung penderitaan itu adalah teman yang sudah dikenali sejak 30 tahun yang lalu.
揨iana mengenalinya sejak berumur tujuh tahun malah kami bersekolah di tempat yang sama dari sekolah rendah sampai tamat tingkatan lima, |
|