|
Just nak tanya je la .. since sekarang ni, everywhere dah dilanda penyakit sudoku ni ...
are you one of them?
addicted tak?
beli buku utk buat sudoku or just buat yg kat the star tu je or online? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azaleena at 6/29/06 22:11
Just nak tanya je la .. since sekarang ni, everywhere dah dilanda penyakit sudoku ni ...
are you one of them?
addicted tak?
beli buku utk buat sudoku or just buat yg kat the star tu je or on ...
http://www.sudoku.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
sudoku popular kot kat sini sebab buku sudoku bersepah sepah di jual. |
|
|
|
|
|
|
|
APA ITU SUDOKU...
Artikel ini saya pernah post dalm web lain ketika ianya mula-mula popular dulu, sengaja dipost kat sini buat bacaan umum bagi mengetahu sejarah SODUKU ini.
APA ITU SUDOKU....bolehkan kita popularkan ermainan tradisi kita..
SUDOKU - adalah sejenis permainan menguji minda yang berasaskan pengiraan atau Mathematics. Ianya mula diperkenalkan kepada umum sekitar tahun 1780s lagi oleh Leonhard Euler, dari Basle. Ianya bermula apabila beliau menjadi cacat penglihatan di pertengahan umur dan ini menyukarkan beliau untuk bekerja dengan menggunakan buku dan penulisan. Hasil dari pemikiran dan penelitian beliau lalu beliau menghasilkan satu kaedah pemikiran penyelesaian hanya menggunakan minda dan bakat dengan mereka satu permainan berbentuk teka teki\silangkata.
Beliau kemudianya mencipta Grid-based puzzle dan menamakannya dengan nama Latin squares??. Inilah asas permainan yang mirip kepada Sudoku hok ado loni, Bagaimanapun ianya masih tidak dikenali ramai sehinggalah ianya diperkenalkan di Amerika sekitar 1980 dengan dikenali dengan namo permanan meletak angka atau ??umber place game.
Setelah sekian lama, seorang pekerja di salah sebuah majalah silangkata Jepun ternampak akan jenis permainan dan mula merubah dan mengemaskinikan permainan ini berasaskan permainan asal dan menamakan dia Sudoku yang bermaksud Satu Angka- tengok orang Jepun jugak bijak cari peluang.
Permaianan ini amat popular di Jepun dan kemudian merebak ke sebelah Eropah setelah The Times, London mula menerbitkan permainan ini di dalam akhbar mereka pada November lalu.
Dan kini ianya mula merebak ke seluruh dunia dengan pesat dan dengan khabarnya pengeluar Handphone terkini juga kini dilengkapkan dengan Sudoku, malah satu program berbentuk ini juga mula dirancang untuk penyiarannya di kaca TV, hebat sungguh deme ni.
Hari ini terdapat sekurang.kurangnya 5 buah penerbitan Sudoku di Jepun dengan edaran sebanyak 660,000 naskah dan kini dimana-mana sahaja di Jepun dan tempat sy sekarang ni (tempat lain selain dari Jepun dan Eropah saya tak tahu) kita boleh tengok masyarakat mula meminati permainan ini, dimana sahaja samada dalam tube, metro, taman-taman sambil menghirup udara segar atau sambil menemani anak-anak anda bermain dipadang.
Bagi saya permainan ini akan lebih mendekatkan kita kepada Ilmu Matematik, bagi mereka yang dulu tidak berminat dengan subject ini akan dapat merasakan nikmat dan kelaianan dalam permainan uji minda ini. Selain dari itu, kanak-kanak yang didedahkan dengan permainan ini dikatakan akan lebih meminati ilmu matematik dan ini adalah merupakan satu petanda yang positif kepda pertumbuhan minda kanak-kanak. Baik main benda ni daripada main benda ngarut lain tu macam game pokemon ke, game perang dan lain-lain.
Mengikut sebuah laporan di sini yang pernah saya baca, permainan puzzle ini tidak ada tandingannya selepas permainan Cubik Cubes yang telah terjual sebanyak 100 juta unit pada awal 1980 an.
Permainan ini berbentuk kotak empat segi 9 X 9 dengan diisi angka 1 hingga 9.Saya tak tahu permainan dah ada ke tak kat Malaysia. Kalau sesiapa ada maklumat lanjut bolehlah kita pakat2 share sini.
Selain daripada artikel saya ni satu lagi moral yang nak saya tonjolkan ialah elemen penetration, manipulation dan marketing??. Sebagai contoh, walaupun ianya bermula di sebelah Barat namun kebijaksanaan otok org Jepun dan kepakaran mereka meneroka pasaran lebih luas dengan teknologi dan pemasaran yang jitu telah meletakan permainan ini bertaraf dunia dan mula dikenali sebagai permainan Jepun malah lebih dikenali dengan SUDOKU dari nama asal dia.
Persoalannya, Bolehkah kita orang Melayu atau Malaysia memperkenalkan permainan tradisi kita ke arena antarabangsa? Mampukah kita bawa permainan ini ke tahap itu, usahkan antarabangsa ke peringkat Nasional pun kita tak boleh. Memburukan lagi mungkin generasi anak-anak Kita tak tahu apa itu permainan tradisional kita sekadar contoh seperti permainan 'congkak'
Satu lagi sifat dan caro org Jepun buat business ni (penglamam saya masa dok disana) ialah dia buat apa-apa sebagai contoh peralatan eletronic atau apa-apa sahaja kalau masih ingat satu masa dulu TAMAGUCHI ialah untuk pasaran domestic dulu, dengan harga murah, lepas tu apabila dan laku dan popular dia upgrade semula dan jual seluruh dunia dengan lebih canggih. Sy masih ingat masa permainan TAMAGUCHI ni popular dulu, orang Jepun sanggup bangun jam 4 pagi beratur di kedai tempat jual permainan ni, sebab apa sebab semua nak beli kerana bagi mereka seseuatu yang dipandang tinggi dan satu penghormatan kalau mempunyai TAMAGUCHI ni atau apa-apa barang baru yang baru dikeluarkan hasil usaha mereka sendiri. Sy sedighi pun sempat beli 4-5 buah tapi lepas 2 bulan org lain beli dah la.
Kita, terbalik hak sendiri dicebek dok puji hak org lain, jual dalam negeri tak berkualiti tp jual luar negeri lagi canggih, betul tak ?
[ Last edited by SICUREZZA at 1-7-2006 08:59 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
di sekolah-sekolah sudah diperkenalkan sebagai salah-satu aktiviti kelab mathematics..bulan lepas anak saya masuk pertandingan dan menang tempat kelima saja..tempat 1 dan 2 dimenangi oleh murid cina. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azaleena at 30-6-2006 02:11 PM
Just nak tanya je la .. since sekarang ni, everywhere dah dilanda penyakit sudoku ni ...
are you one of them?
addicted tak?
beli buku utk buat sudoku or just buat yg kat the star tu je or on ...
Welll...I'm one of the addicted one. Dah banyak buku beli dan dah habis buat. Recently beli from Reader's Digest punya collection . Punyalah tebal. 1000 sudoku puzzles. Blum habis buat sebab sibuk buat knitting & Crochet baju anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chuckiey at 1-7-2006 06:02 AM
wat yg kat paper je..
ok la tu ... jimat cermat
i pun ari tu, sanggup gi selongkar stor cari old star newspaper kat opis :bgrin:
tapi, i beli gak la 2-3 buku kat mph yg discounted punya ... |
|
|
|
|
|
|
|
Dar,
kat website ni lagi best, boleh track step by step kita betul ke tak ...
http://www.websudoku.com
kira ngelat la sket .. kalau salah, leh betulkan terus :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg addicted sampai beli buku...malam2 sambil tidokan anak aku mesti buat mende ni (rosak la mata aku sebab hanya pakai night lamp).
aku ade beli yg electronic handheld (LCD) punya... kat popular bookstore...tp tak menarik la sebab bila dah buat byk2 tu tak leh nak differentiate yg mana kite isi yg mana mmg given kat situ... lagi best buat pakai pen + pencil... rugi duit aku 50 hinggit! unless nanti2 dorang buat yg color punya baru aku beli lagi kot...
[ Last edited by Delifrance at 2-7-2006 11:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
uhuhu saya memang peminat sudoku!! ke mana2 saya pergi buku sudoku mesti ada dlm beg saya.. saya byk print dkt internet.. bila rasa bosan jer saya buat.. tapi sudoku nie memang addictive.. saya belajar pun sendiri.. Gf saya tgk saya main benda nie, dia pun sama main ahahaha.. nanti nak beli yang electronic punya.. kalau korang nak beli kat giant or carefour ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak beli dkt kedai mahal, korang download jer kat internet and print.. jimat kos!! ^^ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ameer at 3-7-2006 01:30 AM
kalau nak beli dkt kedai mahal, korang download jer kat internet and print.. jimat kos!! ^^
Beli handheld electronic SUDOKU. Macam ala2 game brick game kat pasar malam. Tapi susah nak jumpa, saya beli pun dari www.lelong.com.my
Takyah bazirkan kertas |
|
|
|
|
|
|
|
Guna software je. Buat kat komputer. Tapi kalu selalu buat kat komputer, sesekali wat atas kertas susah lak nk menjadik.. silap aje :bgrin:
Contoh software : Sadman Sudoku <-- yg ni paling besh |
|
|
|
|
|
|
|
main kat online jer..tp dah stop sejak dua tiga menjak nih...best oooo... |
|
|
|
|
|
|
|
- fotostat star yg dulu dulu nye :lol
- main kat http://view.websudoku.com/ (dia leh tolong mane-mane yg patut :lol)
- la nie, the sun free tu pun dioang dah masukkan sudoku dlm nie. syok :clap: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azaleena at 6/29/06 22:11
Just nak tanya je la .. since sekarang ni, everywhere dah dilanda penyakit sudoku ni ...
are you one of them?
addicted tak?
beli buku utk buat sudoku or just buat yg kat the star tu je or on ...
Eden dah beli buku dia - dari level 1 sampai level master. Sampai sekarang buku tu ada bawah katil - tak ada masa sokmo nak buat |
|
|
|
|
|
|
|
saya main kt:
-pda (paling cpt siap) haha
-buku (hb beli) susah wooo
-mag. selalu buat sudoku dulu baru baca mag.
-paper star |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun penah ketagih main sudoku ni...amik kat internet print bnyk2...tiap2 malam sebelum tido mesti nk kena settle kan satu puzzle....skrg ni tak sempat dah....bz memanjang.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pong giler sudoku.
memula dulu aku bengong nak siapkan.
sebab takde panduan.
lama2 dah pandai.. aku beli buku.
aku potostat byk2
online pun aku try.
paper pun ada.
paper cina pun aku gasak gak!
pehtu aku rajin ajar org.
skrg aku malas sket sbb ada hobi lain.
tp kwn2 yg aku ajar tu.. derang plak dah gian.
hehehhe |
|
|
|
|
|
|
| |
|