CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19235|Reply: 32

Orang Utan

[Copy link]
Post time 6-7-2006 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Sepilok


Terhibur gelagat Orang Utan
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar


KEBIASAANNYA tiba waktu makan Orang Utan
akan berkumpul untuk menikmati makanan.

Pusat Pemuliharaan Sepilok di Sabah jadi tumpuan pelancong seluruh dunia untuk melihat habitat pintar bergayut di hutan

PENULIS bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri Orang Utan secara dekat di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sabah ketika lawatan menjejaki haiwan itu di negeri bawah bayu anjuran bersama BOH Malaysia dan Tabung Alam Sedunia (WWF), baru-baru ini.

Lawatan dengan slogan 慛ew Hope For Orang Utan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2006 10:03 PM | Show all posts
nape gambar kuar sabun cap X?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 07:04 AM | Show all posts
aku dah pi dah tpt neh...best gak laa..esp time org kasik dia makan..sumer ramai2 p bkumpul kat tpt mcm para tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 10:53 PM | Show all posts
Okeh dah nampak balik gambar2 tu....


Tak tahan nengok pic nih...mau pening kepala orang tu kena tampar ngan orang utan...sampai berpusing kepala...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 10:55 PM | Show all posts
Originally posted by abby_R at 12-7-2006 07:04 AM
aku dah pi dah tpt neh...best gak laa..esp time org kasik dia makan..sumer ramai2 p bkumpul kat tpt mcm para tu...

camne masuk tempat ni? kena bayar tak?

citer skit pengalaman...:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 10:57 PM | Show all posts
Pandai erk orang utan tu berlakon...orang yg jaga tu lagi le pandai berlakon...real je.. wargh! kah! kah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2006 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by TommyHilfiger at 12-7-2006 10:57 PM
Pandai erk orang utan tu berlakon...orang yg jaga tu lagi le pandai berlakon...real je.. wargh! kah! kah!



:pmuka:::geram: toya hahha
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 06:58 PM | Show all posts
Originally posted by finnie at 12-7-2006 22:55

camne masuk tempat ni? kena bayar tak?

citer skit pengalaman...:tq:

masuk mmg kena byr..tp aku tak tau plak kena byr baper sbb bapak aku yg bayarkan...yg plg aku ingat tu ler yg mcm aku ckp tu..time dia bg makan..best tau...dia panggil2 org utan tu..pastu sumer berkumpul sbb diaorg mcm dah tau time tu mmg time makan dia...time tu tgk ler mmg mcm2 gelagat..biasa laa..org utan ler kata kan..hehehe...yg lain2 aku tak ingat sgt...sbb dah lamer dulu yg aku pi situ tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2007 01:49 PM | Show all posts


Aerial view of Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre




Orang Utan's Action at platform A







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 02:19 PM | Show all posts
tingin nak pegi..jauhnyee...kak dk msti penah gi
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 11:41 PM | Show all posts

Reply #10 ati1402's post

actually .. nak tengok orang utan .. .zoo negara pn ada ... tapi setiap kali aku pegi .. mesti disappointed .. sbb nyer ... time pegi .. around 3 oclock .. mesti dah tutup ape world dalam tu .. tensen tul ...
i guess ... zoo negara still stick to the old dilemma ... dont know to market their advantages
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2007 09:00 AM | Show all posts
Orang utans to go to Indonesia

By JASON LIOH

MALACCA: Four orang utans that were found not to be of a species found in Malaysia have been returned to Indonesia.

Malacca Zoo director Mohd Nawayai Yasak said the four were from the pongo pygmaeus wurmbii species normally found in the forests of Borneo.

  
Last moments: Caretaker Mohd Shamsudin Ghazali carrying Dodi and Linda in Malacca yesterday. Mohd Shamsudin had taken care of the two orang utans for the past seven years, but Dodi and Linda, along with two other orang utans, were scheduled to fly to Jakarta today.

He said the origins of the four, named Mamat, Minah, Dodi and Linda, was discovered after the Wildlife Protection and National Parks Department carried out DNA tests on all 60 orang utans in the country, including in zoos and theme parks.

揑t was found that these four orang utans were different from the other species. There were no details of how they were acquired,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 10:33 PM | Show all posts
i pernah pegang baby orang utan yang baru umur 1 year plus..sangat comel..masa tu duty feeding dekat wildlife sanctuary...huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2007 09:30 AM | Show all posts
RM1.2 juta bina pusat penyelidikan Orang Utan

KUALA LUMPUR 1 Nov.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 01:12 PM | Show all posts
tingin giler nak dukung anak org utan
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2007 12:34 PM | Show all posts
pitt pun sama...
teringin sesgt nk dukung org utan~!!
mesti dorg manja kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2008 04:20 PM | Show all posts
Orang utans to be extinct in 50 years

KOTA KINABALU: Sabah抯 isolated orang utan population in lower Kinabatangan may become extinct in 50 years if no steps are taken urgently to set up wildlife corridor between fragmented forests.

Scientific journal Oryx in its latest publication said although the Kinabatangan population of 1,100 orang utans was more then enough for their survival but many of them were separated into small pockets of less then 250 animals.

It says much more work needs to be carried out to ensure the survival of the orang-utan. It also stresses that that the 損ockets
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 10:46 PM | Show all posts

Balas #17 Syd\ catat

sedihlaa..haiwan selembut ni nak pupus da yeh
50 yrs is such a short time..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 09:19 AM | Show all posts
alahaii lemah lembot jek dorangnihh....kat bukit merah tuh...sebijik taken care like baby human....siap ada nursery...

anak teruna aku sbot orang utan = orang tuan...ntah ape2 jek....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2008 02:15 PM | Show all posts
Mengamati orang utan di Sepilok
14-08-2008 10:20:36 AM

SANDAKAN: Pernahkah anda melihat orang utan dari dekat di habitat semulajadinya? Pengalaman pertama mendekati orang utan mungkin menakutkan tetapi bertukar seronok apabila menyaksikan telatahnya.

Baru-baru ini sekumpulan wartawan yang menyertai rombongan Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan di Sepilok, Sabah, berpeluang mendekati orang utan di luar kurungan.  

Pusat pemuliharaan di kawasan hutan seluas 4,294 hektar ini yang dibuka pada 1964, kini menempatkan lebih 300 orang utan.

Mengikut kajian oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan pada 2004, terdapat kirakira 13,000 orang utan di Sabah, kata pemandu pelancong rombongan itu, Mark Louis Benedict.

Pusat pemuliharaan

Memandangkan habitatnya semakin terancam kerana pembalakan, pusat ini berperanan besar dalam memastikan survival haiwan ini.

Di sini bukan sahaja orang utan yang dipulihara malahan habitatnya.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Laurentius Ambu berkata, pusat ini juga membantu memulihkan orang utan yang menjadi haiwan peliharaan dan mengembalikannya kepada habitat semulajadi apabila masanya sesuai.

Selain itu pusat berkenaan juga berusaha menyelamat dan mengembalikan semula ke dalam hutan anak orang utan yang terpisah daripada ibunya, kata beliau semasa lawatan itu.

Oleh kerana pusat ini terletak di pinggir hutan simpan KabiliSepilok, lebih kurang 25km dari bandar Sandakan, pengunjung juga boleh melihat pelbagai jenis flora seperti pokok bunga, pokok kayu dipterokap dan pokok buahbuahan liar.

Di hutan simpan ini juga terdapat 217 spesies burung, 70 spesies mamalia dan sekurangkurangnya 400 spesies pokok kayu. Pelawat juga berpeluang melihat binatang lain yang dilindungi seperti kelawar, kera, beruang, kucing hutan dan buaya yang hidup bebas di pusat ini.

Sanktuari hidupan liar Sungai Kinabatangan

Rombongan itu juga kemudian ke Sanktuari Hidupan Liar Sungai Kinabatangan untuk mengamati kehidupan orang utan dalam hutan.  

Mereka dibawa menyusuri Sungai Kinabatangan, dengan panjangnya 560km dan sungai kedua terpanjang di Malaysia, untuk menikmati panorama yang indah di keduadua belah tebing.

Sungai ini merupakan aset penting bagi aktiviti pelancongan, yang seterusnya menjana ekonomi penduduk setempat.

Keistimewaan orang utan ini menjadikan Sanktuari Hidupan Liar di Hilir Kinabatangan tidak putusputus dikunjungi pelancong luar mahupun tempatan, kata Mark.

Dikatakan setiap hari purata antara 80 dan 100 pelancong datang ke sanktuari itu sematamata untuk melihat orang utan.

Mereka semuanya mahu melihat dari dekat rupa haiwan ini yang hanya terdapat di Borneo dan Sumatera.

Pada masa yang sama, pelbagai jenis binatang liar lain yang banyak terdapat di kawasan itu juga menarik pelancong untuk terus mengunjungi kawasan itu.     

Khazanah alam terpelihara

Selain orang utan, hutan simpanan seluas 27,000 hektar itu juga dikatakan mempunyai sembilan spesies monyet seperti kera hantu, kongkang, ungka dan beruk.

Selain itu terdapat 106 spesies burung, 40 spesies mamalia dan empat spesies reptilia.
Orang utan bergerak secara berkumpulan dan mudah dilihat kerana gemar bermain di dahan pokok yang berjuntai ke arah sungai.

Pelancong boleh anggap diri mereka bertuah jika berpeluang melihat gajah 'pgmy' yang hanya boleh ditemui di Borneo.

Terdapat lima syarikat pelancongan yang menyediakan kemudahan calet yang dibina di tebing Sungai Kinabatangan yang menawarkan panorama yang menarik untuk pencinta alam semulajadi termasuk Sukau Rainforest Lodge dan Kinabatangan Riverside Lodge.

Pelancong yang datang ke sanktuari ini boleh meninjau kawasan ini sama ada menggunakan bot ataupun treking merentas hutan secara berkumpulan.  

Panorama yang mempersona

Pelancong akan terpesona melihat orang utan sambil menikmati keindahan sungai yang tenang dengan hutan hijau di kiri kanannya.

Sanktuari ini, yang dibuka pada 1984, secara tidak langsung turut memperkenal Kampung Sukau, kata Mark.

Kampung Sukau yang terletak kirakira dua jam perjalanan menaiki kereta dari Sandakan menjadi pintu utama ke Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan.

Pelancong yang telah sampai ke Kampung Sukau hanya perlu berjalan kirakira lima minit untuk sampai ke sanktuari hidupan liar ini.

Dari Kota Kinabalu, pelancong yang berminat ke sanktuari ini boleh menaiki kapal terbang selama 40 minit untuk sampai ke Sandakan ataupun menaiki kereta yang mengambil masa kira-kira lima jam. BERNAMA
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.919849 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list