CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3742|Reply: 11

perkahwinan di luar malaysia

[Copy link]
Post time 17-7-2006 06:58 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,

Maaf kalau dah ada topik ni, dah try selak-selak, macam tak ada.

Saya nak tanya, seandainya pasangan itu berkahwin di luar malaysia, contohnya mereka yang belajar kat luar negara, dengan tujuan untuk elakkan dosa, lalu berkahwin berwalikan hakim tanpa pengetahuan keluarga, kemudian balik ke malaysia, mereka diminta berkahwin semula oleh keluarga keduanya kerana cuma mereka berdua sahaja yang tahu mereka sudah berkahwin tetapi tidak berani memberitahu perkara sebenar kepada keluarga masing-masing. Keluarga mereka fikir keduanya masih sedang bercinta sahaja. Apakah hukumnya berkahwin semula sedangkan sudah berkahwin? Perlu lafaz talak dulu ke macam mana? Sebab mereka kena menjaga perasaan keluarga terutamanya ayah si perempuan yang sepatutnya mewalikan pernikahan anaknya.

Apakah procedure mereka yang berkahwin di luar negara setelah kembali ke malaysia? Perlu daftar saja ke? Sebab pernah dengar kes di mana pasangan yang bernikah di Indonesia di minta berkahwin semula oleh jabatan agama islam negeri.

Harap yang arif beri penjelasan tentang hukum pernikahan ni, dari sudut agama tu satu hal, dari sudut undang-undang malaysia tu satu hal. Thanks.

[ Last edited by  mimik at 17-7-2006 07:33 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2006 07:11 PM | Show all posts
Originally posted by mimik at 7/17/06 02:58 AM
Assalamualaikum semua,

Maaf kalau dah ada topik ni, dah try selak-selak, macam tak ada.

Saya nak tanya, seandainya pasangan itu berkahwin di luar malaysia, contohnya mereka yang belajar kat ...


interesting question. i was thinking of doing that once too, but well, no luck.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 07:25 PM | Show all posts
Tidak menjadi masalah jika mereka diakad nikahkan sekali lagi, mereka tak perlu buat apa-apa. Benda ni sama saja dgn orang yg mengadap tok kadi  masa nikah, pun kadang-kadang dibuli oleh tok kadi untuk melafazkan nikahnya berkali-kali, sedangkan lafaz pertama dah sah.

Prosedur pendaftaran pernikahan di luar negara, jika tidak melalui kedutaan Malaysia, perlu melalui prosedur pengesahan dahulu. Mereka perlu pergi mendaftar, dan gunakan sijil pernikahan yg diperolehi di luar negara. Untuk kebanyakannya, mereka perlu melalui proses pengesahan sijil pernikahan (often dibuat melalui mahkamah) sebelum didaftarkan. Sekiranya mahkamah mendapati pernikahan mereka sah dari segi syara', mereka boleh terus mendaftar (often with sedikit denda). Jika mahkamah mendapati pernikahan mereka tidak sah dari segi syara', mereka akan diperintahkan berpisah dan kemudiannya dinikahkan semula.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2006 07:38 PM | Show all posts
untuk kes mereka yang bernikah tadi, maksudnya boleh nikah semula tanpa perlu berpisah ke? pisah di sini maksud cerai ke? just pretend nothing happen before, sebab nak jaga perasaan keluarga. means memang dibolehkan ke akad nikah berulang kali, macam orang barat yang buat remarried tu.

dan boleh ke kalau pernikahan yang di luar negara tu tak dimaklumkan pada kerajaan malaysia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2006 07:38 PM | Show all posts
sorry kalau tanya soalan yang sama berulang kali. untuk kepastian je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2006 07:39 PM | Show all posts
Originally posted by BeanDiesel at 17-7-2006 07:11 PM


interesting question. i was thinking of doing that once too, but well, no luck.



apasal lak tak jadi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2006 07:43 PM | Show all posts
Originally posted by mimik at 17-7-2006 07:38 PM
untuk kes mereka yang bernikah tadi, maksudnya boleh nikah semula tanpa perlu berpisah ke? pisah di sini maksud cerai ke? just pretend nothing happen before, sebab nak jaga perasaan keluarga. means ...


As I said before, tak perlu berpisah, tak perlu bercerai. Tak apa kalau dia buat akad nikah 10 kali sekalipun. (tapi kan dah sah, seeloknya tak perlu lah nak akad berkali-kali).

Dari segi undang-undang, pernikahan diluar negara perlu dimaklumkan kepada kedutaan, especially untuk students. Tapi jika tak dimaklumkan, bila balik ke Malaysia perlu didaftarkan dan melalui proses pengesahan seperti yg saya sebut dalam posting kat atas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2006 08:17 PM | Show all posts
kenapa seeloknya tak perlu akad nikah berulang kali? akad nikah berulang kali tak elok ke?

kalau tak laporkan, lepas tu nanti nikah balik kat malaysia, kena denda ke kalau mereka find out? kalau mereka tak find out, tak yah daftar dan melalui proses pengesahan, tak pe kan? lagipun, kan nak akad sekali lagi.

thanks ye sebab sudi explain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2006 08:23 PM | Show all posts
Originally posted by mimik at 17-7-2006 08:17 PM
kenapa seeloknya tak perlu akad nikah berulang kali? akad nikah berulang kali tak elok ke?


Bukanlah begitu.. tapi kalau mampu dilaksanakan, tak perlu lah berahsia dgn mak ayah yg mereka dah bernikah. Tapi kalau dah takut mak ayah tak boleh terima, nak buat mcm mana ye tak.

kalau tak laporkan, lepas tu nanti nikah balik kat malaysia, kena denda ke kalau mereka find out? kalau mereka tak find out, tak yah daftar dan melalui proses pengesahan, tak pe kan? lagipun, kan nak akad sekali lagi.

thanks ye sebab sudi explain.


Kalau dah melalui proses pengesahan dan pendaftaran, tak perlu lah akad nikah lagi. Kalau dah nak akad nikah lagi, tak perlulah susah payah nak fikir lagi pernikahan yg mereka dah buat kat luar negara tu... tutup sebelah mata je lah. Proses pengesahan dan pendaftaran tu hanya perlu jika mereka taknak akad nikah sekali lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2006 08:30 PM | Show all posts
Antique, terima kasih banyak-banyak untuk penjelasan yang diberikan. Lega rasanya baca penjelasan yang diberikan.

Hanya Allah SWT yang dapat membalas.

Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 10:07 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 7/17/06 03:25 AM
Tidak menjadi masalah jika mereka diakad nikahkan sekali lagi, mereka tak perlu buat apa-apa. Benda ni sama saja dgn orang yg mengadap tok kadi  masa nikah, pun kadang-kadang dibuli oleh tok kadi untuk melafazkan nikahnya berkali-kali, sedangkan lafaz pertama dah sah.  


that makes a lot of sense. :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 10:07 PM | Show all posts
Originally posted by mimik at 7/17/06 03:39 AM



apasal lak tak jadi?


takde jodoh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.069968 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list