CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3297|Reply: 17

nak share je....

[Copy link]
Post time 19-7-2006 03:39 AM | Show all posts |Read mode
ada orang yg tulis..
hanya nak share ngan korang sumer..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka
berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si
isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
         menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
       abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
         abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
        saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
        lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
        puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 03:49 AM | Show all posts
uhh...touching...:cry:
xde sambungan ke cite nie?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2006 03:55 AM | Show all posts
itu je la ...
tu la kdg org lelaki ni ssh nak bagi sebab...
kalau dah btl cinta tu.....hehehehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 08:49 AM | Show all posts
terharunyer membaca cerita ni di pagi yg indah ini...... hehehe.......... kalau ader lagi cerita2 yg mcm ni, tambah la lagi..........just to get that warm feeling........:love:

moral of the story.... cinta tak perlukan sebb..... cinta suci lahir tanpa dipaksa....cinta hadir dr hati yg tulus.......cinta adalah kurniaan Allah yg patut kita hargai....hehehe.........berfalsampah plak aku pagi2 ni....:pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 12:42 PM | Show all posts
teringat kisah suami isteri menulis apa yg tidak disukai ttg pasangannya tu.. buat aku insaf
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 03:03 PM | Show all posts
Originally posted by MugMerah at 19-7-2006 12:42 PM
teringat kisah suami isteri menulis apa yg tidak disukai ttg pasangannya tu.. buat aku insaf


eh tak tau pasal ni, sesapa ada tlg paste kansekali..plz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2006 03:45 PM | Show all posts

Reply #6 hitamputih's post

alamek.. aku dah penah dengar citer ni.. tapi dah delete ler..
ada lagi satu citer yang pasal a wife tanya husband samada he's willing to die for her..
citer yang tu pon besh.. so sesapa yang masih simpan citer2 tu.. tepek ler
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 02:43 AM | Show all posts

Reply #1 senseha_z's post

Salam ...

Jadi adik2 yang belum bernikah ... Bayangkan nikmatnya berumahtangga ...

Kasih sayang yang tiada sempadan berbanding cinta sebelum kahwin yang tidak tahu kesudahannya ... :ah:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2006 08:25 AM | Show all posts

Reply #8 halimijuliana's post

Betul tu MOD halim....
memang wa sokong betul2 tu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 12:41 AM | Show all posts
taoi yang pasti cinta x perlu di paksa......
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 11:27 AM | Show all posts

Reply #1 senseha_z's post

pernah gak my xbf tanya soklan neh... n tu gak jawapan aku...

tp lepas tu dia jawab... nnt awak xkan perlukan sebab untuk tinggalkan saya...

last... dia yg tinggalkan aku...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 11:38 AM | Show all posts
so sweet
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 12:03 AM | Show all posts
cmne nk cari cinta yg cmtu?

skg ni ssh nk cari cinta yg sejati...


mulut manis tp hati...:@
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 02:37 PM | Show all posts

Reply #8 halimijuliana's post

betul... kalo over sangat sblm ade ikatan ... ilang rasa kemanisan tu di awal perkahwinan.. tak bleh ker wanita jadi kedekut skit dengan lelaki, i mean dari segi topic2 berceritan n sentuhan2 haram tu lagi ler patut dielakkan... tul tak abg limi.. ahahah... bercintan lepas kawin lagi bnyk hikmah n nikmat syurga akhirat kan bang limi kan kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 03:46 PM | Show all posts
dulu2 masa kapel...penah tanya bf...tahap mana dia sayang..
dia cuma cakap dia xtau nak cakap macamana..cuma setiapkali bangun tido...benda ptama dia ingat adalah sy...setiap ape yg dia buat..dia ingat sy....
bila da tua2 nanti...kalo sy da tua xleh jalan..dia nak letak sy dalam bakul kat belakang dia...bawak jalan2....

masa tu jugak....sy nangis....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 10:56 PM | Show all posts

Reply #14 Hana_Hirokawa's post

Betul amat betul dan itu yang abang amalkan sebelum nikah dulu ...

Makluman semua Hana nie baik owangnya ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2007 11:03 PM | Show all posts
Tambah kehangatan dan kesyahduan thread nie ...

Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi - KRU

Jika ku tak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati
Diri mu amat ku cintai

Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada Tuhan
Agar diberi kan bimbingan
Meniti hidup bersendirian

Bila terasa sejuk pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapan ku
Bila terasa rindu pejamkan mata
Kita bersua dalam lena

Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang lepaskanlah ku pergi
Kerna sayang seistimewamu
Berhak untuk di cinta dalam hidup

Sayang tiada apa yang kekal dalam dunia ini
Namun yang pasti
Walaupun ku tiada nanti
Cintaku kan kekal abadi

Ku berharap kau tak akan lupa
Mengirimkan bekalan doa
Kita jumpa lagi di sana nanti
Jika ku tak bangun esok pagi


Syahdu wooo lagu nie ... Meratap hiba abang dengar ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 09:38 AM | Show all posts

Reply #17 halimijuliana's post

syahdunya lagu ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.046283 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list