View: 2607|Reply: 13
|
Lelaki Kacak Utk Didampingi.....
[Copy link]
|
Datin_Seri_Eja This user has been deleted
|
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw
bersabda
yang bermaksud:"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf
yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal
dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih
kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat
pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidakakan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya
sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat." "Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang
yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga" Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan
sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah
lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.
wallahua'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terharunye baca, betapa mulianye al-quran tu kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
sbb itu Allah menyeru kita membaca alquran, kerana fadilatnye terlalu besarkan, YA ALLAH!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
untungnye aku dapat pengetahuan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nazlina at 4-8-2006 04:29 PM
sbb itu Allah menyeru kita membaca alquran, kerana fadilatnye terlalu besarkan, YA ALLAH!!!!
Membaca Al-Quran bukan kerana merebut fadilatNya, tapi kerana nak merebut RAHMAT NYA atau keredhaan NYA ! Apa ada pada fadilat?
Tak bagi fadilat pun tak per, janji dapat KEREDHAAN ILLAHI! Syurgalah ganjaranNYA!
[ Last edited by minahrock at 4-8-2006 10:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by minahrock at 4-8-2006 10:44 PM
Membaca Al-Quran bukan kerana merebut fadilatNya, tapi kerana nak merebut RAHMAT NYA atau keredhaan NYA ! Apa ada pada fadilat?
Tak bagi fadilat pun tak per, janji dapat KEREDHAAN ILLAHI! Sy ...
Abis dpt ganjaran syurga tu maksudnya aimkan sesuatu gak kan
Kan bagus kalau buat sesuatu psl fisabillah dan lilllahiitaala , maksudnya x pikir apa2 pun , smua prbuatan hanya krn allah taala , bkn nak syurga atau fadilat or what so ever |
|
|
|
|
|
|
|
pelik tul...tak penah pulaklah terbaca hadith serupa ni. Ada referencenya sesapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Actually, saya pun nak tanya dari mana hadith ni dipetik? |
|
|
|
|
|
|
|
Imbas kembali thread ni.....
Teringat saya akan satu hadis mengenai syafaat Rasulullah selepas hari pengadilan nanti..
Rasulullah akan sujud didepan Allah swt selama yang dikehendaki Allah swt meminta untuk dikeluarkan umat2nya yang berada didalam neraka. Rasulullah akan sujud berulang-ulang kali sehingga kesemua umatnya berada didalam syurga. Sayangnya Rasullah pada umatnya dia sanggup setiap kali sujud walau berapa lama sekalipun...
cari punya cari jumpa juga hadithnya
Hadith Bukhary
Volume 8, Book 76, Number 570:
Narrated Anas:
Allah's Apostle said, "Allah will gather all the people on the Day of Resurrection and they will say, 'Let us request someone to intercede for us with our Lord so that He may relieve us from this place of ours.' Then they will go to Adam and say, 'You are the one whom Allah created with His Own Hands, and breathed in you of His soul, and ordered the angels to prostrate to you; so please intercede for us with our Lord.' Adam will reply, 'I am not fit for this undertaking, and will remember his sin, and will say, 'Go to Noah, the first Apostle sent by Allah' They will go to him and he will say, 'I am not fit for this undertaking', and will remember his sin and say, 'Go to Abraham whom Allah took as a Khalil. They will go to him (and request similarly). He will reply, 'I am not fit for this undertaking,' and will remember his sin and say, 'Go to Moses to whom Allah spoke directly.' They will go to Moses and he will say, 'I am not fit for this undertaking,' and will remember his sin and say, 'Go to Jesus.' They will go to him, and he will say, 'I am not fit for this undertaking, go to Muhammad as Allah has forgiven his past and future sins.' They will come to me and I will ask my Lord's permission, and when I see Him, I will fall down in prostration to Him, and He will leave me in that state as long as (He) Allah will, and then I will be addressed. 'Raise up your head (O Muhammad)! Ask, and your request will be granted, and say, and your saying will be listened to; intercede, and your intercession will be accepted.' Then I will raise my head, and I will glorify and praise my Lord with a saying(i.e. invocation) He will teach me, and then I will intercede, Allah will fix a limit for me (i.e., certain type of people for whom I may intercede), and I will take them out of the (Hell) Fire and let them enter Paradise. Then I will come back (to Allah) and fall in prostration, and will do the same for the third and fourth times till no-one remains in the (Hell) Fire except those whom the Qur'an has imprisoned therein." (The sub-narrator, Qatada used to say at that point, "...those upon whom eternity (in Hell) has been imposed.") (See Hadith No. 3, Vol 6).
[ Last edited by Jukebox at 5-8-2006 07:57 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah kerana ramai kini ramai yang memperkatakan perlunya menghayati Al-Quran. Banyak rujukan boleh dilakukan kini memandangkan banyaknya kemudahan tersedia... maka jangan terleka kerana kebaikkannya adalah untuk kita juga... |
|
|
|
|
|
|
|
menghayati Quran hanya untuk ganjaran nya kah? :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by minahrock at 4-8-2006 10:44 PM
Membaca Al-Quran bukan kerana merebut fadilatNya, tapi kerana nak merebut RAHMAT NYA atau keredhaan NYA ! Apa ada pada fadilat?
Tak bagi fadilat pun tak per, janji dapat KEREDHAAN ILLAHI! Sy ...
Teringat le pulak kisah Rabiatul Adawiyah yang begitu marah sekali kepada syurga dan neraka kerana menurut beliau adalah lebih baik beribadat ikhlas kepada Allah tanpa mengharapkan Syurga dan takutkan neraka... |
|
|
|
|
|
|
|
and will do the same for the third and fourth times till no-one remains in the (Hell) Fire except those whom the Qur'an has imprisoned therein." (The sub-narrator, Qatada used to say at that point, "...those upon whom eternity (in Hell) has been imposed.") (See Hadith No. 3, Vol 6).
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".
yang terbaik sekali ialah kita berusaha mencari dari kita bertanya-tanya sahaja..... terima kasih jukebox.
[ Last edited by ibnur at 5-8-2006 11:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku yg penting pengajaran di sebalik cerita tu...betapa pentingnye memuliakan al-quran...
kalau korang sibuk nak cari sahih ke tak hadith tu sampai bila pun korang takkan nak percaya kisah ni... samalah spt korang nak tau ayam dulu ke telur dulu... sampai bila2 pun tak makan ayam ngan telur... yang penting skang kita tau yg al-quran tu darjatnye sangat tinggi... sbb ni kisah ttg ketinggian al-quran bukan fakta... kalau fakta iya boleh dikaji... |
|
|
|
|
|
|
| |
|