CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6863|Reply: 28

Cerpen: Laila Majnun

 Close [Copy link]
Post time 20-8-2006 01:46 AM | Show all posts |Read mode
Ni dari koleksi cerpen yang saya ader:
Copyrigt from type_rex.

===========================

揂stagfirullah hal azim!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2006 01:51 AM | Show all posts
Bunyi deringan telefon bimbitnya sekadar di pandang sepi. Sengaja dia tidak mahu menjawab. Malah sms yang diterimanya juga, tidak dibacanya. Pasti dari abang-abangnya yang empat orang tu. "Mak ni memang tak boleh nak simpan rahsia langsung!" Gerutunya geram. Puaslah pula dia hendak menjawab dengan mereka semua.

Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Laila merenung nombor telefon yang tertera di skrin telefonnya. Bukan nombor telefon abangnya. "Hello!" Laila cepat-cepat menjawab. "Hah! Baru sekarang nak jawab? Dah banyak kali abang long call, sekarang baru nak jawab?" Laila menepuk dahinya beberapa kali tatkala mendengar suara keras Ilham di hujung talian. "Alamak! Kantoi!" Dahinya ditepuk lagi. "Bukannya tak nak angkat abang long, tapi tadi Laila dalam toilet. Tengah menunaikan hajat, tak kan masa tu Laila nak jawab pulak" Hanya itu alasan yang dia dapat berikan. Lantaklah! Boleh terima atau tidak alasan itu, dia tidak mahu ambil peduli. Yang penting jangan dia dimarahi.

"Ye lah tu! Banyaklah Laila punya alasan ye! Hah, sekarang ceritakan dengan abang long apa yang dah berlaku?" berkerut-kerut dahinya mendengar soalan Ilham. "Apa pulak yang dah berlaku?" Dia kembali menyoal. "Malam tadi mak call abang long sampai menangis-nangis cerita pasal Laila. Kenapa dengan Laila ni? Kan masih banyak lagi kerja lain yang Laila boleh cari" Mendatar suara Ilham kedengaran di cuping telinganya.

"Ish mak ni, pandai je dia menagih simpati mafia-mafia tu!" Gerutunya geram. Bibirnya digigit beberapa kali. "Errr...abang long, Laila tengah kerja ni. Nanti Laila call balik ye!" Talian telefonnya segera dimatikan. Tidak mahu dia bercerita panjang-panjang. Keputusannya sudah muktamad!

"Jauh menung tu!" Laila tersentak. Kelibat Dato' Fuad yang tiba-tiba berdiri di depannya agak memeranjatkan. Laila kelam kabut berdiri memberi tunduk hormat ke arah Dato' Fuad. "Maafkan saya Dato'. Saya tak perasan Dato' datang tadi" Laila serba salah. Dato' Fuad sekadar ketawa kecil.

"Kemana kita nak pergi ni Dato' ?" Laila sedikit hairan. Kebiasaannya sebelum Dato' Fuad memasuki kereta, pasti arahannya akan dikeluarkan dahulu mengarah Laila ke sesuatu tempat. Kali ini tidak pulak!

"Balik!" Pendek sahaja jawapan yang diberikannya. Laila mengerutkan keningnya beberapa kali. "Apa kena dengan Dato' ni? Sakit ke?" Hatinya berbisik perlahan. Selalunya, selagi jam belum menjengah ke pukul 8 malam dia pasti masih termanggu-manggu di sisi kereta Honda Accord ini, menanti Dato' Fuad yang leka dengan kerja-kerjanya. Tetapi kali ini tidak pula. Baru pukul 12 tengah hari, dah nak balik?

"Awal Dato' balik hari ni? Dato' sakit ke? " Soal Laila. Sudah menjadi perangainya sejak dulu. Selagi dia tidak berpuas hati, selagi itulah dia akan mendapatkan jawapannya. Dato' Fuad menguntum senyum. Lembut! Gadis berambut ikal dan sentiasa bertocang ini, di renung dengan senyuman yang masih terukit di bibir.

Sebenarnya, dia sendiri agak janggal mempunyai seorang driver yang bukan lelaki. Kekok juga
dia dibuatnya pertama kali menaiki kereta yang dipandu oleh Laila. Namun ternyata gadis lincah
dan lasak ini memang mahir dengan kerjanya. Sikapnya yang peramah dan lucu, ternyata begitu
menyenangkan. Dan apa yang pasti kehadiran Laila sekurang-kurangnya dapat menghilangkan
rasa rindunya terhadap arwah Fazuana, anak gadisnya yang meninggal akibat kemalangan
jalan raya 6 tahun yang lalu. Kalau dia masih hidup, rasanya tentu dia juga sebaya Laila.

"Dato;匘ato'匘engar tak apa yang saya tanya tadi?" Laila menyoal lagi. Pelik dia bila Dato' Fuad
hanya mendiamkan dirinya. "Oh, maafkan saya. Saya sihat Cuma hari ni perlu pulang awal. Ada
sedikit majlis yang akan di adakan di rumah saya malam ni. Laila pun jemput datang sekali malam
ni" Ujar Dato' Fuad panjang lebar. Laila menoleh ke belakang memandang Dato' Fuad. "Majlis?
Majlis apa pulak Dato' ?" Dato' Fuad tersengeh melihat reaksi Laila. Gadis ini memang tidak
pernah kenal erti mengalah.

"Anak saya Fiqri yang menetap di London akan balik hari ni. Hampir 10 tahun dia di sana. Akhirnya
pulang juga dia. Err
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2006 02:09 AM | Show all posts
==========
Laila sedikit resah. Orang ramai dan bunyi hinggar binggar di balai ketibaan agak menyesakkannya. Sepanduk yang diberi oleh Dato' Fuad sebentar tadi, disorokkan dibelakang tubuhnya. Mana mungkin dia akan buat semua kerja bodoh tu! Di perhatinya setiap orang yang tiba. Cuba mencari jejaka yang mempunya wajah yang agak seiras dengan wajah Dato' Fuad atau Datin Maimon. Like father like son!

Puas sudah dia menjenguk ke sana ke sini. Di garunya beberapa kali kepalanya yang tidak gatal. Laila tersentak bila bahunya tiba-tiba dicuit dari belakang. Dia melompat ke depan. Nyaris-nyaris bunga silat cekak hendak dibukanya.

"Kenapalah nama saya yang cantik ni awak sorokkan dekat belakang? Mujur juga mata saya ni ada special sikit, boleh nampak benda-benda yang tersorok" Seorang lelaki bertubuh tegap tinggi lampai menguntum senyum ke arahnya. Laila merenung lama-lama wajah lelaki itu. "Encik Fiqri ke?" Soalnya setelah lama terdiam. Fiqri sekadar menganguk.

'Nasib baik saya jumpa jugak dengan Encik Fiqri. Dah puas saya melilau tadi" Ujar Laila lega. Dadanya di urut beberapa kali. "Itulah, sepatutnya sepanduk tu awak kena angkat tinggi-tinggi. Barulah senang saya nak cari." Wajah Laila yang tadi tersenyum manis, mendadak berubah. Panas terasa telinganya mendengar sindiran Fiqri.

Tanpa banyak soal, beg pakaian Fiqri di angkatnya menuju ke kereta. "Eh? Larat ke awak nak angkat ni? " Soal Fiqri hairan. Risau melihat keadaan Laila yang terhincut-hincut mengangkat beg pakaiannya. "Tak apa! Saya dah biasa dengan kerja-keja ni!" Keras jawapan Laila.

"Eh? Kenapa Encik Fiqri duduk dekat depan? Duduk dekat belakanglah!" Laila agak terkejut bila melihat Fiqri tiba-tiba duduk di sebelahnya. "Tak mengapalah. Saya tak biasalah naik kereta orang perempuan yang bawa" Laila mengetap bibirnya. Geram

"Apa nama awak?" Soal Fiqri memecahkan kebisuan antara mereka berdua. "Laila !" Balas Laila pendek. Malas nak melayan kerenah lelaki di sebelahnya. "Oooo...Laila. Saya Majnun!" Balas Fiqri dengan deraian ketawanya. "Lawaklah konon! Dia ni memang nak kena!" Gerutu Laila geram. Sakit hati!. Wajahnya yang memang masam kian bertambah-tambah jadinya. Masam mencuka!

Cuaca yang agak panas terik di ibu kota metropolitan Kuala Lumpur begitu membahang rasanya. Biarpun air-cond telah di buka ke tahap yang maksima, namun tubuhnya masih terasa berbahang. Laila mengipas-ngipas badannya beberapa kali.

Fiqri yang duduk di sebelahnya sekadar menjeling. "10 tahun saya tak balik, dah banyak yang berubahkan?" Soalan Fiqri memecah kebisuan di antara mereka berdua. Laila masih membisu. Matanya tegak memandang jalan yang penuh dengan deretan kereta. Sesekali hon kereta yang tiba-tiba berbunyi memekikikkan telinganya.

"Saya nak singgah cheras sekejap. Jangan balik dulu" Arahan Fiqri itu disambut dengan matanya yang sedikit terbeliak. "Apa? Singgah cheras? Eh? Mana boleh Encik Fiqri. Dato' dengan Datin tengah menunggu tu. Lagipun malam ni ada sedikit majlis untuk Encik Fiqri. Saya rasa lebih baik kita terus balik je!" Suara Laila sedikit keras. Dia bukannya apa, bimbang kalau-kalau nanti dia pula yang disalahkan jika tidak membawa Fiqri balik dengan cepat. Datin Maimon bukannya boleh berkompromi.

Fiqri tergelak kecil melihat reaksi spontan Laila. Wajahnya begitu lucu namun tampak begitu comel. Rambutnya yang panjang & bertocang tampak begitu lembut terbuai-buai mengikut gerak badannya. "Comel, tapi sayang orangnya terlalu lasak dan kasar." Fiqri berbisik perlahan.

"Saya peduli apa semua tu! Saya ni anak boss awak so kiranya saya ni macam boss awak jugalah. So arahan saya awak kena ikut!" Laila tersentak. Arahan keras yang keluar dari mulut Fiqri benar-benar menyesakkannya. "Mana satu aku nak ikut ni? Susah betul kalau semua nak jadi boss ni!" Laila mendengus perlahan

Mata Laila liar memerhati sekeliling. Dia macam pernah datang sahaja ke sini. Di renungnya deretan kilang yang tersusun di kiri & kanan jalan. 揃erhentikan kereta dekat sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2006 12:41 AM | Show all posts
Sambungan

==========

Datin Maimon bukan main lagi melaram. Baju kurungnya berkelip-kelip dipanahi sinaran lampu. Kelihatan seorang gadis cantik di sisinya. Ayu berbaju kebaya songket dengan rambut terurai lembut. 揂ssalamualaikum semua! Ada sedikit pengumuman yang saya nak buat malam ni!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2006 12:45 AM | Show all posts
=================

Laila mengetap bibirnya menahan geram. Pedih benar telinganya disindir sedemikian rupa. Mukanya juga sudah merona merah bila sepanjang hari menjadi bahan ketawa abang-abangnya. 揌uh! Mentang-mentanglah aku sorang je perempuan., korang buli aku ye! Tak pe, tak pe, ada ubi ada batas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2006 10:26 PM | Show all posts
==========

Fiqri cepat-cepat berlari, menahan pintu dengan kedua tangannya. 揑抦 sorry Laila. Really-really sorry. Saya bergurau je tadi. Ok lah! Ikut suka hati awaklah nak panggil saya awak ke, awak-awak ke atau apa-apa saja yang awak suka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-8-2006 01:16 AM | Show all posts
Sambungan

=====================

Fiqri resah menanti. Sms yang diterimanya sekembali dari tempat kerja, bagaikan telah lama dinanti-nanti. 揊iq, It抯 me, Sofia. I rindukan U. I nak jumpa dengan U malam ni. Tunggu I di Restoran Rasa Sayang jam 8.00 malam
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 04:17 PM | Show all posts
:pompom:
menarik la.........:pompom:
:clap::clap::clap:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2006 08:08 PM | Show all posts
Originally posted by purnama at 22-8-2006 04:17 PM
:pompom:
menarik la.........:pompom:
:clap::clap::clap:



Thank purnama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2006 08:09 PM | Show all posts
Sambungan..........

===========
揌ai Laila! Maafkan kakak ya sebab pagi-pagi lagi dah datang dekat sini挃Ujar Sofia lembut. Laila menguntum senyum. Pahit! 揟ak mengapalah kak. Errrr匥akak datang sini nak jumpa dengan Fiqri ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2006 11:20 PM | Show all posts
-------------------------------------
Sambungan
-------------------------------------

Laila menundukkan wajahnya. Terasa dirinya seperti seorang pesalah yang menunggu untuk dibicarakan. Di kelilinginya oleh ke empat-empat orang abangnya, dia menjadi semakin resah. Dia merapatkan sikit duduknya ke sisi Nadia, kakak iparnya. Maisarah, anak saudaranya yang berusia 2 tahun itu dipeluknya erat-erat. Dia sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku sebentar lagi. Bom atom bakal meledak!

揅uba Laila ceritakan dengan kami semua apa sebenarnya yang berlaku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2006 11:26 PM | Show all posts
====================

Sofia tersenyum. Manis! Masih manis macam dulu! 揗aafkan I Fiq coz tak inform U. Mula 杕ula tu memang I nak call tapi I ingat nak bagi U surprise
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2006 12:12 AM | Show all posts
===========
Sambungan
===========

Langkahnya tiba-tiba mati. Rasanya kalau boleh saat itu mahu saja dia berlari menyorokkan dirinya. Fiqri menguntum senyum tatkala kelibat Laila berada di hadapannya. Rindunya!

揂pa awak buat dekat sini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2006 12:14 AM | Show all posts
==============

Pakaiannya yang berselerak di atas katil, kelam kabut dia memasukkan ke dalam beg. Semuanya disumbat sahaja ke dalam beg. Dia perlu cepat kembali ke Kuala Lumpur. Perjalanan ke Kuala Lumpur memakan masa selama 3 jam jadi dia perlu cepat agar sempat sampai sebelum waktu pejabat berakhir. Dia mahu selesaikan segala-galanya dengan cepat sebelum perkara ini sampai ke pengetahuan mama. Bimbang mama akan menambahkan lagi segala kekusutan !

揔enapa awak ni? Dah nak balik ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2006 12:17 AM | Show all posts
==============
Final
==============


["Astagfirullah hal azim! Apa yang Laila buat ni ? Fiqri cuba tengok apa nak jadi dengan isteri kamu ni!" Mak Munah mengucap panjang. Fiqri yang begitu asyik menikmati kemanisan jambu air itu mengalihkan pandangannya. Dia menguntum senyum tatkala matanya terarah ke arah Laila yang terkial-kial cuba memanjat pokok jambu.

"Nakalnya sayang abang ni. Dalam perut tu dah ada baby tau! Tak boleh nak panjat pokok lagi" Ujar Fiqri lembut sambil memeluk erat tubuh Laila dari belakang. Sudah terasa berisi perut Laila di tangannya. Laila sekadar menguntum senyum. Meyerlahkan lesung pipit di kedua pipinya. Dan kali ini Fiqri tak perlu menahan lagi. Pipi berlesung pipit itu di cium lembut. Lama!......]

Cinta Laila Majnun
Terukir indah di dada langit
Mengait bintang menghiasi malam
Mengalun syahdu hembusan sang bayu

Cinta Laila Majnun
Antara mimpi dan kenyataan
Di patah tidak rapuh
Di hempas tidak pecah

Cinta Laila Majnun
Luahan hati seorang perindu
Bicara indah seorang penyair
Nyanyian gemersik alunan suara

Cinta Laila Majnun
Taupan dua hati yang saling merindu
Terikat kemas di sudut tidak terungkai
Biarlah ajal yang memisahkannya


==============


:tq::tq:

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 02:58 AM | Show all posts
SEDAP SGT CITER NI...
BOLE TAK ANTAR KAT EMAIL SY?

chammy_girlz@yahoo.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2006 01:52 PM | Show all posts
sedap sangat....pendek tp berkesan...seronok baca.. puas rasanya....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 10:56 AM | Show all posts
best la ceta ne......tahniah....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 05:26 PM | Show all posts
pergh..
best citer nie wei..
:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 07:41 PM | Show all posts
tahniah... best cite...ni ...tak boring langsung... pandai awak tulis..... kalau ada masa tulis lagi......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.075919 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list