|
Harian Metro 12/09/06
Dayang kian cemas
Oleh Nor Akmar Samudin
PELBAGAI perkara tidak dijangka boleh terjadi jika keputusan sesuatu pertandingan dibuat menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS).
Itulah yang berlaku kepada penyanyi Dayang Nurfaizah Awang Dowty (Dayang), 25, apabila turut disenaraikan antara peserta One In A Million (OIAM) yang menerima undian paling rendah pada pusingan Top 4, Jumaat lalu.
Keputusan yang agak mengejutkan itu diumumkan pengacara OIAM, Awaluddin Ashaari dan Marion Caunter sebaik saja rancangan bermula.
Program realiti yang kian mendapat perhatian itu dipancarkan secara langsung menerusi 8TV dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Dayang yang terpaksa berhempas pulas memantapkan persembahannya setiap minggu, turut tertekan dengan kemahuan dan komen juri. Pada minggu lalu Dayang mempersembahkan lagu Gemilang (Jaclyn Victor) dan Dangerously In Love (Beyonce).
Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu hanya ada satu pusingan lagi untuk mengembalikan kepercayaan peminat kepadanya.
Jumaat lalu, Dayang membawakan lagu Button (shit*cat Dolls) dan My Boo (Usher dan Alicia Keys) bersama kumpulan VE.
Nyata Dayang semakin berani dan berkeyakinan menampilkan kelainan setiap kali berada di pentas OIAM. Menerusi lagu Button, juri tetap OIAM, Syafinaz Selamat memuji Dayang yang semakin berani melakukan pergerakan dan lebih relaks.
?agu Button ringkas namun Dayang berjaya mewarnai lagu itu. Tetapi dari segi suara, Dayang boleh menyanyikannya dengan lebih baik lagi,? katanya.
Juri undangan, Zainal Abidin terkejut kerana Dayang yang selama ini kurang menggerakkan tubuh ketika menyanyi, malam itu Dayang berjaya membuktikan mampu menari mengikut rentak lagu.
?aya terkejut kerana anda akhirnya berjaya menggerakkan tubuh (anda),? katanya.
Paul Moss pula mahu Dayang ?elonggarkan? lagi pergerakannya supaya meninggalkan kesan lebih hangat kepada penonton.
Dayang juga begitu serasi dengan VE sewaktu mereka mempersembahkan lagu My Boo. Namun ada ketika Dayang seakan mengabaikan peminatnya yang ada di situ.
Apa pun, komen positif dari tiga juri itu diharap mampu memperbaiki kedudukan Dayang pada Jumaat ini.
Seorang lagi peserta yang mendapat undian rendah, Muhammad Alif Mohd Satar (Alif), 16 berjaya menghiburkan juri dan penonton dengan lagu Footloose (Kenny Loggins).
Bagaimanapun, Alif kekurangan stamina dan perlu memantapkan lagi vokal. Sebagai anak muda yang berdarah panas, Alif sesuai membawakan lagu rancak kerana dia mampu mempersembahkannya dengan baik.
Dalam pada itu, gabungan Alif dengan Reshmonu (Pretty Young Thing/Michael Jackson), hampir menenggelamkan bakat baru itu. Itulah antara kelemahan penyanyi baru apabila berpasangan dengan penyanyi berpengalaman.
Mereka tidak perlu menyaingi orang lama memadai berusaha melakukan sesuatu supaya dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka. Namun dalam keghairahan Alif menari, nada suaranya masih lemah.
Seperti biasa Ahmad Faizal Mohd Tahir (Faizal), 28, menguasai pentas dengan lagu Have A Nice Day (Bon Jovi) dan Bohemian Rhapsody (Queen) duet dengan Deja Voodoo.
Kehebatan bekas anggota kumpulan nasyid Mirwana itu sehingga dipuji bagaikan sebahagian anggota Deja Voodoo. Sejauh manakah peminat menerima kemunculan Faizal dalam arena seni suara?
Adakah kisah rumah tangganya yang dikatakan bergolak bakal mempengaruhi undian untuknya?
Kita tunggu saja Jumaat ini yang bakal menentukan tiga peserta layak ke peringkat akhir OIAM pada 22 September ini.
Sementara itu, Low Sook Yee (Suki), 17, juga dikritik gagal menyanyi dengan baik dan sebutan yang tidak betul. Setiap minggu juga, persembahan Suki tidak banyak berubah. Membosankan, kata Paul Moss.
Bagaimanapun, Suki berjaya membawakan lagu Permata Potong Permata dengan pemilik asal lagu itu, Ella dengan berkesan. Suara Ella dan Suki menjadi ?atu?.
Siapakah yang berjaya menempah tiket ke final, saksikan Top 3 OIAM, Jumaat ini. Berdasarkan jumlah undian pada Jumaat lalu, Alif nampaknya perlu berusaha lebih keras.
Dayang pula diharapkan berlaku sesuatu yang luar biasa kepadanya. Semoga wang hadiah bernilai RM1 juta itu dapat diberikan kepada yang berhak.
[ Last edited by bintang^hati at 12-9-2006 12:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Dayang pula diharapkan berlaku sesuatu yang luar biasa kepadanya. Semoga wang hadiah bernilai RM1 juta itu dapat diberikan kepada yang berhak.
copy & paste
so IN DAYANG ke 32728 sebnyk mungkin...:tq::love::tq: |
|
|
|
|
|
|
|
aku terkedu bile baca tajuknyee... |
|
|
|
|
|
|
|
Ei pls vote utk dayang.Mungkin bende ni berlaku sbb ada orang yang lepas tangan.Diaorang assume fans dayang yang lain dah undi,so sbb tu die tak undi.Plz jgn harapkan org lain untuk mengundi.Kalau stiap org pikir camtu abis la harapan dayang.lagi 2 minggu je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by balay at 12-9-2006 01:32 PM
Ei pls vote utk dayang.Mungkin bende ni berlaku sbb ada orang yang lepas tangan.Diaorang assume fans dayang yang lain dah undi,so sbb tu die tak undi.Plz jgn harapkan org lain untuk mengundi.Kalau ...
itulah yg aku nampak jugak. dayang ada ramai fans. tapi....kalau semua berfikiran mcm tu, habislah dayang. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa lah yg gi vote suki tu..
harap harap dayang menang la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by marul78 at 13-9-2006 06:15 PM
sapa lah yg gi vote suki tu..
harap harap dayang menang la..
harapan dan usaha kena seiring. oleh yang demikian
VOTE IN DAYANG adalah cara yg terbaik. :ah::ah: |
|
|
|
|
|
|
|
eeerrhhh
stress betul daaa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by marul78 at 13-9-2006 06:15 PM
sapa lah yg gi vote suki tu..
harap harap dayang menang la..
orang yg buta mata, dan pekak telinga kot. :lol
jangan marah yek kalau ada fans suki kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mrh pun peduli apa aku |
|
|
|
|
|
|
| |
|