View: 7628|Reply: 26
|
MALAM NISFU SYA'BAN ( Satu Pandangan Ilmiah )
[Copy link]
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
Assalamualaykum..
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Dialah Yang Mencipta ?rasy, langit dan bumi, Dialah jua Pencipta tempat, wujudNya tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Malam nisfu sya?an merupakan malam yang penuh dengan keberkatan dan kemulian kerana ianya merupakan malam yang digalakkan oleh Rasulullah terhadapa umatnya untuk beramal dengan pelbagai amalan soleh serta berpuasa pada siang harinya.
Malam nisfu sya?an juga mempunyai amalan yang harus dan perlu diutamakan, bukan sahaja pada malamnya tetapi jua pada siangnya.
Tetapi disana ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan terutama pembawakan hadis-hadis mengenai malam dan hari nisfu sya?an kerana disana terdapt hadis-hadis yang tidak sepatutnya disandarkan kepada nabi Muhammad.
Begitu juga ada sebahagian yang menganggap bahawa doa pada malam nisfu sya?an mampu menukar takdir ketentuan Allah, padahal dalam aqidah islam: ketentuan Allah tidak sama sekali mampu diubah oleh mana-mana makhlukNya. Maka akan disenaraikan beberapa nota mengenai perkara tersebut
Semoga dari nota dan penerangan ringkas ini dapat meningkatkan lagi ilmu mengenai agama islam kita serta menguatkan
lagi semangat kita dalam memperjuangankan agama Allah. Amin.
1. Malam Nisfu Sya?an
Malam Nisfu Sya?an adalah malam ke 15 di bulan Sya?an mengikut kalendar Islam Hijriah. Ia merupakan malam yang penuh barakah lagi mulia. Sekiranya dihidupkan malamnya dengan melakukan pelbagai amalan ibadat seperti solat, zikir, membaca Al-Quran dan selainnya daripada perkara ibadah maka semua itu merupakan amalan yang baik lagi beroleh pahala. Diriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :-
? Apabila tiba malam nisfu sya?an maka dirikanlah malamnya (dihidupkan dengan amalan ibadah) dan berpuasalah pada siang harinya.? H/R : Ibnu Majah .
2. Amalan Utama Malam Nisfu Sya?an.
Semulia-mulia perkara yang patut dilakukan oleh seorang muslim tatkala tiba malam tersebut adalah bertaqwa kepada Allah sepertimana yang perlu dilakukan pada malam-malam yang lain dan hendaklah ia mengharapkan keredhaan Allah.
Firman Allah yang bermaksud :
? Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu mati melainkan dalam Islam?.
Hendaklah ia mengigati mati yang pasti datang tanpa pengecualian dan ragu-ragu. Justeru itu amalan yang paling utama di malam Nisfu Sya?an ialah bertaqwa kepada Allah. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: ? Dan bawalah olehmu bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah Taqwa?.
3. Awasi Hadith-Hadith Palsu.
Sering kali berlaku pembawakan hadith-hadith palsu ketika menerangkan tentang malam Nisfu Sya?an. Sebagai contoh : Apa yang dikatakan sebagai hadith nabi yang bermaksud :
? Rejab adalah bulan Allah, Sya?an adalah bulanku, Ramadhan adalah bulan umatku.?
Ini adalah hadith yang tidak sepatutnya dinisbahkan kepada nabi kerana ia tidak sahih sama sekali dan tiada asal baginya, begitu juga yang dinyatakan sebagai hadith nabi yang bermaksud :
? Rejab adalah bulan penagampunan, Sya?an bulan selawat ke atas Nabi dan Ramadan bulan Quran; maka berusahalah ke arahnya?.
Ianya juga bukanlah hadith nabi di sisi ulamak hadith. Di antara ulamak hadith yang menyatakan demikian adalah Syeikh Abdullah al-Ghumari di dalam kitab beliau yang berjudul ? Husnul Bayan fi Lailati Nisfi Min Sya?an?.
4. Takdir Allah Tidak Akan Berubah
Perlu diketahui bahawa aqidah Islam adalah ketentuan Allah menyeluruh bagi segala perbuatan dan kata-kata
hambaNya. Tidak akan berlaku sesuata apa pun di alam ini kecuali dengan ketentuan Allah, ilmuNya dan ciptaanNya. Apa yang dikehendaki oleh makhluk tertakluk kepada ketentuan Allah. Semua ini berdasarkan firman Allah yang bemaksud :
? Dan tiap-tiap apa yang kamu kehendaki tidak akan berlaku kecuali apa yang telah ditentukan Allah Tuhan sekelian
alam.?.
Ketentuan Allah juga tidak akan berubah dengan doa orang yang berdoa, sedekah orang yang bersedekah dan nazar orang yang bernazar kerana
? Apa yang ditentukan oleh Allah pasti berlaku dan apa yang tidak ditenukan Allah pasti tidak akan berlaku?- maksud hadith riwayat Abu Daud.
Telah thabit bahawa kekasih Allah sendiri iaitu Rasulullah telah bersabda yang bemaksud :
? Aku telah berdoa kepada Tuhanku empat perkara, diberikan kepadaku tiga sahaja dan tidak diberikan kepadaku satu perkara lagi; aku memohon agar umatku tidak kufur secara beramai-ramai kesemuanya, maka Allah telah memakbulkannya; dan aku memohon agar tidak dibinasakan mereka semua sepertimana dibinasakan umat-umat sebelum mereka, maka Allah telah memakbulkannya; dan aku telah memohon kepada Allah agar tidak didatangkan kepada mereka musuh yang bukan dari kalangan mereka menghancurkan mereka semua, maka Allah telah memakbulkannya; dan yang keempat aku memohon kepada Allah agar tidak berlaku pertelingkahan dan keburukan di antara mereka, maka Allah telah menolak permohonanku itu.?
Hadith riwayat : Al-Hafiz Abdur Rahman bin Abi Hatim.
Di dalam riwayat yang lain Rasuullah telah bersabda
yang bermaksud :
? Allah ta?la telah berfirman kepadaku : ?ahai Muhammad! Sesungguhnya Aku apabila telah menentukan sesuatu maka tidak akan berubah sama sekali.?
Maka kesemua ini adalah dalil juga bukti yang amat jelas bahawa Allah ta?la tidak akan berubah ketentuanNya.
5. Doa Bukan Penongkah Takdir
Doa merupakan asas ibadah di dalam Islam, walaubagaimanapun ini tidak bermakna doa dapat menghalang jauh sekali mengubah takdir Allah sebagaimana tanggapan sesetengah masyarakat kita hari ini terutamanya yang mengamalkan doa-doa yang mengandungi unsur-unsur melawan atau mengubah ketentuan Allah. Dalam menjelaskan hal ini Rasulullah bersabda yang bermaksud: ?
Aku memohon kepada tuhanku tiga perkara lalu diperkenankan bagiku dua perkara dan tidak diperkenankan seperkara lagi. ? Hadith riwayat Muslim dalam Sahih Muslim.
Sekiranya doa dapat menongkah takdir Allah nescaya pastilah kesemua doa kekasihNya akan diperkenankan.
wallahu 'alam.semoga bermanafaat... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Satu perbincangan yang baik. Lebih baik lagi kalau di post di main board. sebab ini boleh dijadikan perbincangan umum.
Tapi sebelum tu saya nak tanya pembuka thread samada nak bincang topik ni dalam scope perbezaan mazhab atau pendapat? setuju atau tidak dipindahkan ke main board? para moderators boleh pindahkan kalau setuju.
wassalam.
[ Last edited by ibnur at 13-9-2006 10:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
assalamu'alaikum
rasa nak join gak thread ni insyallah beri sedikit masa lagi
cuma sblm tu sebagai renungan bersama.......
MILIK SIAPAKAH KELEBIHAN TERSEBUT??
risalah ini disebarkan golongan syiah di masjid2 sekitar kota bharu
kat tempat lain saya tak pasti
mereka menyebarkan risalah2 spt ini bilamana mereka merasakan bhw jalan yg diratakan oleh mereka selama ini sudah sedia dilalui......
jalan tersebut adalah...
menyebarkan luaskan kelebihan2 nisfu syaaban kpd masyarakat umat islam.....
dan kini mereka akan melalui jalan2 tersebut dgn menyebarkan pula "MENGAPAKAH NISFU SYAABAN ITU MEMPUNYAI KELEBIHANNYA"
dan utk pengetahuan semua tidak ada satu hadispun yg shahih berkenaan kelebihan nisfu syaaban!!!
insyaallah kita akan bincangkan kemudian |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sheir'ali at 17-9-2006 11:47 AM
assalamu'alaikum
rasa nak join gak thread ni insyallah beri sedikit masa lagi
cuma sblm tu sebagai renungan bersama.......
MILIK SIAPAKAH KELEBIHAN TERSEBUT??
http://i96.photobucket.com/albu ...
Jawapannya mudah sahaja...
SETIAP MALAM yg Tuhan jadikan, KELEBIHANNYA adalah utk org yg sentiasa menghidupkan malamnya secara istiqomah dengan melakuan solat malam, bermunajat, merintih dgn Tuhannya, wirid, zikir dan amalan2 yg mendekatkan diri kepada Tuhannya.
Mereka ini bukan mencari pahala tetapi mencari keredhaan Tuhan, semata-mata keredhaan Tuhan.
Mereka menghidupkan malam dengan mendekatkan diri kepada Tuhan hanya dengan TUJUAN :
Menghidup dan menyuburkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan.
Merekalah PEMILIK kepada setiap MALAM yg diciptakan Tuhan, Allah meredhai mereka kerana amalan mereka yg ikhlas, maka setiap MALAM adalah KELEBIHAN dan KEISTIMEWAAN utk mereka.
Bukan kepada yg hanya menunggu MALAM2 tertentu utk beribadat sahaja, kerana disegi logiknya kita sendiripun boleh menilai SIAPA yg lebih ikhlas amalannya di antara dua jenis AKHLAK manusia kepada Tuhannya itu.
wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 17-9-2006 01:27 PM
Jawapannya mudah sahaja...
SETIAP MALAM yg Tuhan jadikan, KELEBIHANNYA adalah utk org yg sentiasa menghidupkan malamnya secara istiqomah dengan melakuan solat malam, bermunajat, merintih dgn ...
Bagaimana pulak ada hamba Allah yang membuat DOSA-DOSA pada waktu malam? Dia menghidup amalan hawa nafsu yang tak pernah dihidupkan oleh Rasululah dan umat2nya yang beriman? Ibarat insan yang tiada panduan agama. Tapi dia sering memberi nasihat dan membicarakan bab2 agama?
Adakah ini Nifsu Syaaban atau mengikut hawa nafsu dalam bulan Syaban? |
|
|
|
|
|
|
|
cOriginally posted by abu_syafiq at 13-9-2006 09:34 AM
Assalamualaykum..
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Dialah Yang Mencipta ?rasy, langit dan bumi, Dialah jua Pencipta tempat, wujudNya tanpa memerlukan tempat. Sel ...
? Apabila tiba malam nisfu sya?an maka dirikanlah malamnya (dihidupkan dengan amalan ibadah) dan berpuasalah pada siang harinya.? H/R : Ibnu Majah .
teks hadis diatas riwayat ibnu majah
((191)) باب ما جاء في ليلة النصف من شعبان
1388 - حَدَّثَنَا الحسن بْن علي الخلال. حَدَّثَنَا عَبْدُ الرزاق. أَنْبَأَنَا ابن أبي سبرة، عَن إبراهيم بْن مُحَمَّد، عَن معاوية بْن عَبْد اللّه بْن جعفر، عَن أبيه، عَن علي بْن أبي طالب؛ قَالَ:
- قال رَسُول اللَّهِ صَلَى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسلَّمْ ((إذا كانت ليلة النصف من شعبان، فقوموا ليلها وصوموا نهارها. فإن اللَّه ينزل فيها لغروب الشمس إلى سماء الدنيا. فيقول: ألا من مستغفر لي فأغفر له! ألا من مسترزق فأرزقه! ألا مبتلى فأعافيه! ألا كذا ألا كذا، حتى يطلع الفجر)).
فِي الزَوائِد: إسناده ضعيف، لضعف ابن ابي سبرة، واسمه أبو بكر بْن عَبْد اللّه بْن مُحَمَّد بْن أبي سبررة. قال فيه أحمد بْن حنبل وابن معين: يضع الحديث.
komentar yg diberikn oleh muhd fuad ab baqi slps hadis tersebut:
imam al-hathami berkata dlm majma'uzzawaid sanadnya dhoif krn dhoifnya ibn abi saburah dan namanya abu bakr abdullah b. muhd. b. ibn abi saburah.
imam ahmad dan ibnu ma'in berkata, dia (ibn abi saburah) mereka hadis
hadis ini jg diriwayatkan oleh imam abulqasim al-asbahani dan imam baihaqi melalui dua jalan.
tetapi madar (asas) kpd riwayat2 hadis ini adalah pada ibn abi saburah.
imam al busairi berkata.pd riwayat hadis2 ini ada ibn abi saburah.
ibn hajar mengatakan dlm taqributtahzib: dia sorg yg dituduh sebagai pereka hadis.
krn itu ulamak2 hadis mengatakan bhw hadis ini adalah maudhu'..
wallahua'lam.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sesiapa yg jumpa hadis2 lain berkenaan kelebihan nisfu sya'ban kemukakan utk sama2 kita bincangkan kedudukan hadis tersebut.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
Sumber: Buku solat2 sunat
Diberitakan oleh Muhammad bin Nashir........... dengan lafazh :
Menurut Ali, siapa yang melakukan solat sebanyak seratus raka 'at pada malam Nishfu Sya'ban, pada setiap raka 'at dibacanya Al Fatihah dan Qul Huwallaahu Ahad sepuluh kali, Nabi melanjutkan ucapannya : Hai Ali, barangsiap sahaja hamba yang melakukan solat seperti ini, Allah 'Azza wa Jalla mengabulkan semua hajatnya yang dimintanya pada malam itu".
Menurut riwayat selanjutnya sahabat bertanya : Ya Rasululllah, andaikata Allah telah menjadikannya sebagai orang yang celaka, apakah Allah juga akan menjadikannya orang yang bahagia ? Rasul menjawab : "Demi Allah yang menjadikan dirikul dengan benar. wahai 'Ali. sekaliplln ditulis di lauh mahfuzh bahawa seseorang itu dijadikan sebagai orang yang celaka, maka Allah akan menghapuskan dan dijadikannya orang yang bahagia.
Allah mengutus tujuh puluh ribu malaikat untuk menuliskan kebaikan-kebaikan untuknya dan menghapuskan kejahatannya serta meninggikan derajadnya sampai sampai akhir tahun. Didalam syurga nantinya nantinnya Allah akan menguts tujuh puluh ribu malaikat atau tujuh ratus malaikat untuk membangun kota dan istana serta menanam pohon-pohon yang disediakan untuknya. Sehingga taman ini merupakan hal yang belum pemah dilihat oleh mata, belum pemah didengar oieh telinga dan bclum pemah terlintas dalanl hati para makhluk, demikian juga keadaan taman-taman lainnya. Jika ia mati setelah itu sebelum berubah tahun, berarti ia mati syahid.
Untuk setiap huruf dari Qui Huwallaahu Ahad yang dibaca pada malam itu diberikan Allah kepadanya sembilah puluh bidadari. Setiap bidadari mempunyai pelayan pria dan wanita, tujuh puluh ribu budak laki-laki, tujuh puluh anak-anak muda remaja, tujuh puluh ribu ajudan tujuh puluh ribu pengawal.
Siapa yang membaca Qui Huwallaahu Ahad malam itu, kepadanya dituliskan pahala tujuh puluh orang mati syahid. Solat yang dilakukannya sebelum dan sesudahnya semua diterima oleh Allah. Jika kedua orang tuanya bcrada di dalam ncraka, ia berdoa untuk kepadanya, niiscaya Allah akan mengcluarkan keduanya dari neraka itu, jika keduanya tidak menserikatkan Allah SWT. Setiap orang dari anatara mereka memberi syafa'at untuk tujuh puluh ribu orang lainnya. Ini diucapkan Nabi tiga kali. Selanjutnya Nabi berkata
Demi Allah yang mengutusku dengan haq, sesungguhnya ia tidak meninggal dunia sebelum melihat atau memperlihatkan kepadanya, apa yang telah dijadikan di dalam syurga. Dalam setiap jam, siang dan malam (24 jam) Allah mngutus tujuh puluh ribu malaikat mengucapkan salam, berjabat tangan, dan mendoakannya sampai ditiup sangkakala. Pada hari kiamat nanti ia dikumpulkan bersama orang-orang mulia. Allah menyuruh para malaikat penulis untuk tidak menuliskan kejahatannya, tetapi cukup menuliskan kebaikannya sahaja sampai berganti tahun. Nabi menegaskan : "Siapa yang melakukan solat seperti ini dengan benar-benar mengharapkan hari akhirat, pada malam itu juga Allah menjadikan kebahagiaan untuknya dari sisi-Nya.
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Diberitakan oleh Ibrahim bin Muhammad Al Azjiy dari Ibnu 'Umar dengan lafazh :
Barangsiapa membaca Qui Huwallaahu Ahad seribu kali dalam seratus raka 'at yang dilakukannya dalam malam Nishfu Sya 'ban, maka ia tidak meninggal dunia sehingga Allah mengutus seratus malaikat untuk mengunjunginya pada waktu tidur, guna menyampaikan khabar gembira untuk memperoleh syurga, tiga puluh malaikat mengamankannya dari neraka, tiga puluh malaikat lagi memeliharanya dari kesalahan, dan dua puluh malaikat melindunginya dari tipu daya musuhnya".
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Diriwayatkan oleh Muhammad bin Nashir.............dari Abi Ja'far, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa yang membaca pada malam Nishfu Sya 'ban seribu kali Qul Huwallaahu Ahad, ia tidak akan meninggal dunia sebelum Allah mengutus seratus malaikat untuk mengunjunginya, tiga puluh malaikat menyampaikan khabar gembira akan mem¬peroleh syurga, tiga puluh malaikat untuk mengamankannya dari api neraka, tiga puluh malaikat untuk meluruskannya dari kesalahan dan sepuluh malaikat untuk menuliskan musuh-musuhnya.
wallahua'lam
ps. ada lagi... InsyaAllah nanti I c&p... |
|
|
|
|
|
|
|
Hadith yang diriwayatkan oleh Tirmudziy di dalam "An-Nawadir" dan oleh Thabraniy serta Ibnu Syahin dengan sanad hasan (baik), berasal dari 'Ai'syah r.a. yang menuturkan bahwa Rasulullah s.a.w. pernah menerangkan:
"Para malam nishfu Sya'ban ini Allah mengampuni orang-orang yang mohon ampunan dan merahmati mereka yang mohon rahmat serta menangguhkan (akibat) kedengkian orang2 yang dengki".
wallahua'lam
[ Last edited by fleurzsa at 24-9-2006 08:52 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu do'a malam nishfu Sya'ban yang masyhur, diriwayatkan oleh Abu Syaibah di dalam "Al Mushannif', dan oleh Abud- Dunya di dalam "Ad- Du' a", berasal dari Ibnu Mas' aud r .a.
Ada pula hadith dari Ibnu 'Umar mengatakan: "Seorang hamba Allah yang memanjatkan do'a-do'a itu (do'a nishfu Sya'ban) Allah pasti meluaskah penghidupannya (rezekinya). Ibnu Jarir, Ibnul-Mundzir dan At-Thabraniy meriwayatkan juga Hadith tersebut dengan lafadz tidak jauh berbeza.
Seperti do' a yang antara lain berbunyi: "Ya Allah, jika Engkau telah menyuratkan nasibku ... " . Ada riwayat yg menerangkan, bahwa orang yang memanjatkan do'a tersebut akan diluaskan rezekinya.
wallahua'lam
[ Last edited by fleurzsa at 24-9-2006 08:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber: Buku solat2 sunat
Diberitakan oleh Muhammad bin Nashir........... dengan lafazh :
Menurut Ali, siapa yang melakukan solat sebanyak seratus raka 'at pada malam Nishfu Sya'ban, pada setiap raka 'at dibacanya Al Fatihah dan Qul Huwallaahu Ahad sepuluh kali, Nabi melanjutkan ucapannya : Hai Ali, barangsiap sahaja hamba yang melakukan solat seperti ini, Allah 'Azza wa Jalla mengabulkan semua hajatnya yang dimintanya pada malam itu".
Menurut riwayat selanjutnya sahabat bertanya : Ya Rasululllah, andaikata Allah telah menjadikannya sebagai orang yang celaka, apakah Allah juga akan menjadikannya orang yang bahagia ? Rasul menjawab : "Demi Allah yang menjadikan dirikul dengan benar. wahai 'Ali. sekaliplln ditulis di lauh mahfuzh bahawa seseorang itu dijadikan sebagai orang yang celaka, maka Allah akan menghapuskan dan dijadikannya orang yang bahagia.
Allah mengutus tujuh puluh ribu malaikat untuk menuliskan kebaikan-kebaikan untuknya dan menghapuskan kejahatannya serta meninggikan derajadnya sampai sampai akhir tahun. Didalam syurga nantinya nantinnya Allah akan menguts tujuh puluh ribu malaikat atau tujuh ratus malaikat untuk membangun kota dan istana serta menanam pohon-pohon yang disediakan untuknya. Sehingga taman ini merupakan hal yang belum pemah dilihat oleh mata, belum pemah didengar oieh telinga dan bclum pemah terlintas dalanl hati para makhluk, demikian juga keadaan taman-taman lainnya. Jika ia mati setelah itu sebelum berubah tahun, berarti ia mati syahid.
Untuk setiap huruf dari Qui Huwallaahu Ahad yang dibaca pada malam itu diberikan Allah kepadanya sembilah puluh bidadari. Setiap bidadari mempunyai pelayan pria dan wanita, tujuh puluh ribu budak laki-laki, tujuh puluh anak-anak muda remaja, tujuh puluh ribu ajudan tujuh puluh ribu pengawal.
Siapa yang membaca Qui Huwallaahu Ahad malam itu, kepadanya dituliskan pahala tujuh puluh orang mati syahid. Solat yang dilakukannya sebelum dan sesudahnya semua diterima oleh Allah. Jika kedua orang tuanya bcrada di dalam ncraka, ia berdoa untuk kepadanya, niiscaya Allah akan mengcluarkan keduanya dari neraka itu, jika keduanya tidak menserikatkan Allah SWT. Setiap orang dari anatara mereka memberi syafa'at untuk tujuh puluh ribu orang lainnya. Ini diucapkan Nabi tiga kali. Selanjutnya Nabi berkata
Demi Allah yang mengutusku dengan haq, sesungguhnya ia tidak meninggal dunia sebelum melihat atau memperlihatkan kepadanya, apa yang telah dijadikan di dalam syurga. Dalam setiap jam, siang dan malam (24 jam) Allah mngutus tujuh puluh ribu malaikat mengucapkan salam, berjabat tangan, dan mendoakannya sampai ditiup sangkakala. Pada hari kiamat nanti ia dikumpulkan bersama orang-orang mulia. Allah menyuruh para malaikat penulis untuk tidak menuliskan kejahatannya, tetapi cukup menuliskan kebaikannya sahaja sampai berganti tahun. Nabi menegaskan : "Siapa yang melakukan solat seperti ini dengan benar-benar mengharapkan hari akhirat, pada malam itu juga Allah menjadikan kebahagiaan untuknya dari sisi-Nya.
saya hanya memberikan jawapan ringkas shj krn langsung tidak ada sumber riwayat dlm apa yg dikemukakan diatas:
ianya bercanggah dgn usul dirayatul hadis spt:
2.2.4.3 Tidak bercanggah dengan Al-Quran, hadith mutawaatir atau ijma? qati?.
2.2.4.6 Riwayat itu tidak menjanjikan ganjaran yang besar-besar kerana pekerjaan yang remeh-temeh.
http://www.darulkautsar.com/peng ... untutanmasakini.htm
>>apa yg dikatakan hadis diatas bercanggah dgn al-quran,hadis serta ijma' yg menyebutkan malam yg paling mulia dlm islam adalah mlm yg terdapat dlm bulan yg paling mulia dlm islam iaitu lailatul qadr.
kalau kita lihat kelebihan yg terdapat pd lailatul qadr jauh lagi nak sampai ketahap tersebut!!
dan sebagai peringatan:
sebenarnya mengadakan kelebihan utk nisfu sya'ban ini adalah merupakan tahrif (penyelewengan) terhadap ajaran islam iaitu utk menyelewengkan kelebihan lailatul qadr kpd nisfu sya'ban.dan supaya umat tidak lagi berpaling kpd lailatul qadr dan berpada dgn nisfu sya'ban
>>dan yg kedua adalah cara yg dilakukan golongan syiah supaya aswj akan dapat menerima kelebihan nisfu syaban dan sebenarnya kelebihan itu adalah krn berkait dgn kelahiran imam mahdi mereka sebagaimana dlm post saya sblm ini
Post on 17-9-2006 11:47 AM |
|
|
|
|
|
|
|
Hadith yang diriwayatkan oleh Tirmudziy di dalam "An-Nawadir" dan oleh Thabraniy serta Ibnu Syahin dengan sanad hasan (baik), berasal dari 'Ai'syah r.a. yang menuturkan bahwa Rasulullah s.a.w. pernah menerangkan:
"Para malam nishfu Sya'ban ini Allah mengampuni orang-orang yang mohon ampunan dan merahmati mereka yang mohon rahmat serta menangguhkan (akibat) kedengkian orang2 yang dengki".
wallahua'lam
peringatan: yg dimaksudka tirmudziy disini bukannya imam termizi pengarang kitab sunan termizi tapi hakim termizi pengarang nawadirul usul
hadis ini jg diriwayatkan oleh imam baihaqi, ibnu jauzi
hukum terhdap hadis ini:
hadis ini diriwayatkan melalui tiga toriq (jalan riwayat) dan madarnya (asas riwayat) adalah sulaiman bin abi karimah drd hisyam b. urwah drd ayahnya dr aisyah.
sulamian bin abi karimah org syam..
ibnu adi berkata ttgnya: dho'if dan kebanyakan hadisnya adalah hadis2 mungkar (bertentangan dgn hadis sohih) dan ulama mutaqiddimun tidak menceritakan hadisnya.(ibn adi - alkamil fi dhuafa' urrijal)
ibnu jauzi mengatakan hadis ini tidak sohih
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu do'a malam nishfu Sya'ban yang masyhur, diriwayatkan oleh Abu Syaibah di dalam "Al Mushannif', dan oleh Abud- Dunya di dalam "Ad- Du' a", berasal dari Ibnu Mas' aud r .a.
Ada pula hadith dari Ibnu 'Umar mengatakan: "Seorang hamba Allah yang memanjatkan do'a-do'a itu (do'a nishfu Sya'ban) Allah pasti meluaskah penghidupannya (rezekinya). Ibnu Jarir, Ibnul-Mundzir dan At-Thabraniy meriwayatkan juga Hadith tersebut dengan lafadz tidak jauh berbeza.
Seperti do' a yang antara lain berbunyi: "Ya Allah, jika Engkau telah menyuratkan nasibku ... " . Ada riwayat yg menerangkan, bahwa orang yang memanjatkan do'a tersebut akan diluaskan rezekinya.
wallahua'lam
yg ni saya tak temui lagi
minta tolong kak berikan rujukan lebih lengkap
yg saya temui riwayat ibn umar berkenaan nisfu sya'ban berlainan lafaznya dan melalui riwayat yg lain spt musannaf abd razzak dan apa yg disebutkan oleh suyufhi dlm allaliul (kitab hadis maudhu')
nanti saya cek dlm kitab hadis2 maudhu yg ada dlm simpanan saya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sheir'ali at 26-9-2006 12:26 PM
yg ni saya tak temui lagi
minta tolong kak berikan rujukan lebih lengkap
yg saya temui riwayat ibn umar berkenaan nisfu sya'ban berlainan lafaznya dan melalui riwayat yg lain spt musannaf abd ...
Sorry, tak ada rujukan yg lengkap. Diberitahu bhw beberapa sumber rujukan tlh mengisnadkan sebahagian drp lafaz doa tersebut kpd Umar Ibnul-Khattab ra. Ini bererti doa tersebut sudah terkenal di kalangan para sahabat nabi saw, dan tidak ada yg menyangkalnya.
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian.....begitu lamanya orang-orang Sunni yang telah tertipu dengan hadis-hadis palsu akibat pengaruh syiah dan mujurlah ada puak-puak wahabi yang membersihkan akidah orang-orang sunni tersebut. Semua hadis-hadis nisfu sya'ban palsu-palsu belaka sebab tak pernah terjumpa atau terbaca sebelum ini oleh puak-puak wahabi so kalau tak pernah baca maka adapun hadis-hadis tersebut tak boleh pakai laaahhh. |
|
|
|
|
|
|
c4_im9092 This user has been deleted
|
Bagus juga....nasib baik tak terpengaruh dek pak grave ni.........:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan ASWJ melalui 4 mazhab sudah di iktiraf benar oleh jumhur ulama. Tak perlu lagi mazhab baru seperti wahabi membetulkannya. Jalan wahabi pun banyak dipertikaikan kesahihannya malah lebih sesat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BatuApi at 28-9-2006 09:08 AM
Jalan ASWJ melalui 4 mazhab sudah di iktiraf benar oleh jumhur ulama. Tak perlu lagi mazhab baru seperti wahabi membetulkannya. Jalan wahabi pun banyak dipertikaikan kesahihannya malah lebih sesat.
Siapa pulak IKTIRAF kata jumhur ulamak tu YANG BETUL:stp:
Bnda2 ni kan RELATIF , so jgn mandai2 buat hukum orang tu salah n KITA JE YANG BETUL psl KITA SENDIRI N GOLONGAN KITA SENDIRI YANG CAKAP KITA BETUL
So the main point is, SIAPA YANG MENILAI AND AND DR GOLONGAN MANA YG MENILAI ? So smua jawapan relatif , correct me if i'm wrong:tq: |
|
|
|
|
|
|
| |
|