CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6580|Reply: 9

Sewa rumah kepada bukan muslim

[Copy link]
Post time 22-9-2006 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Saya   ada   baca  artikel   dalam  sebuah  website  mengatakan  ia   haram  .....
haram  bagi   muslim  memberi sewa rumah  kepada   bukan  muslim atas  alasan ...
bukan muslim tersebut  melakukan  kerja-kerja  syirik   seperti   meletak  patung sembahan
saya   cari  semula    ...  dah  tak   jumpa   artikel  tersebut ....   
Betul   ker  haram   ?   saya  cuma   nak  mengetahui   jawapan  dan  pendapat  anda  

Sekian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2006 08:46 AM | Show all posts

Reply #1 mahathirGX's post

Ayat ini >>" Kamu dengan ugama kamu, aku dengan ugama aku."


Rasanya tiada masalah dan Islam  tidak diturunkan untuk  menyusahkan umatnya.Dan agama islam juga agama yg. sejahtera .

So, islam tak akan global kalau dihadkan urusan   kepada sesama  muslim shj.

So sbg muslim kita patut menimbangkan  mana yg patut dan tidak.
Bottom line ada pada ayat yg. telah Allah turunkan di atas.

..This is my personal opinion..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by aabu at 23-9-2006 07:46 AM
Ayat ini >>" Kamu dengan ugama kamu, aku dengan ugama aku."


Rasanya tiada masalah dan Islam  tidak diturunkan untuk  menyusahkan umatnya.Dan agama islam juga agama yg. sejahter ...

Memang   kalo  ikut hukum  berdasarkan  Al-Quran .......tadak   ape
tetapi   macam mana   dgn   hukum   fekah   yg  agak  ketat  sikit  ....
terutama   percampuran  di antara bukan  muslim  dan  muslim   ni  ...
sapa2  belajar   fekah  ...boleh  menyatakan  pendapat    dia  ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 01:16 AM | Show all posts
for my opinion ler..kalo sesuatu benda tuu dah ader dlm Al-Quran..buat per nak rujuk kat tempat lain...:cak:

kalo pendapat saya nie salah..tlg betulkan erk..:nyorok:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 11:02 PM | Show all posts
Ini   ler    jawapan  yg    saya  jumpa   kat   website   al-ahkam
http://www.al-ahkam.net/home/ind ... e48991b70445c41fd0e
semutapi
Martabat 4
Martabat 4


Joined: Dec 17, 2002
Posts: 78
Location: Working in Perak
       
Post   Posted: Sep 09, 2003 - 02:10 AM         Reply with quote Back to top
Post subject: Re: Menyewakan rumah kpd non muslim
Salam

Alhamdulillah, kedudukan seseorang yg non-muslim itu sendiri adalah melebihi segala kesalahan yg lain. Dosa2 mereka yg lain telah di'cover' oleh ketidak islaman mereka itu.

Anda tidak dibebankan oleh dosa yg dilakukan mereka.

Kalaupun mereka itu berkahwin adakah perkahwinan mereka sah? Sudah tentu tidak. Samada mereka berkahwin atau tidak segala perbuatan mereka adalah sama saja.

Wallahualam, tunggulah jawapan yg lebih benar dan tepat berserta dalil dari Al Fadhil ustaz kita.

Wassalam

thtl
Panel Feqh
Panel Feqh


Joined: Aug 22, 2001
Posts: 5102
Location: KL/WP/Mal
       
Post   Posted: Sep 10, 2003 - 07:30 PM         Reply with quote Back to top
Post subject: Re: SJ - 2905: Menyewakan rumah kpd non muslim
Wassalam
Jawab:
Umat Islam adalah umat dakwah dan mereka menjadi standard bagi moral manusia. Dalilnya," kamu adalah sebaik-baik umat yg dilahirkan utk manusia, menyuruh kpd yg ma'ruf dan mencegah kpda yg mungkar.." AQ 3:110
Bersekedudukan itu dosa besar dalam Islam dan juga bercanggah dgn susila semua peradaban dan agama. Maka sebagai pemilik rumah, maka kita tidak boleh mengutamakan bisnes dan keuntungan sahaja. Kita juga ada obligasi moral pada manusia. Saranan kami: tolaklah pasangan itu dgn baik. Carilah tenant (penyewa yg baik-baik) samada dari muslim atau non-muslim. WA
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 02:31 AM | Show all posts

salam

Beberapa rujukan berkaitan...

Firman Allah swt,

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam.
[An Nisaa': 140]

Firman Allah swt,

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.
[Ali 'Imran; 28]

Sabda Nabi saw,

sesiapa (di kalangan org2 islam) yg bergaul dgn seorg musyrik dan tinggal bersama2 dgnnya, maka org itu adalah sepertinya (iaitu menjadi spt org musyrik itu)
(HR Abu Daud)

Sabda Nabi saw,

Seseorg itu adalah mengikut (terpengaruh) dgn agama rakannya, maka sesiapa shj di atr kamu hendaklah berhati2 dgn sesiapa yg dijadikan rakannya.
[HR Abu Daud, Al Tarmidhi, al Tayalisi, al Baihaqi, al Quda'i & al Ash'ari]

Firman Allah swt,

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
[al Mumtahanah; 8]

wallahua'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-10-2007 09:19 PM | Show all posts
Ada  lagi  sesiapa    nak   beri  pendapat  lain   tak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 09:57 PM | Show all posts
islam tidak melarang berurusniaga dengan non muslim selagi urusan perniagaan itu tidak melibatkan perkara yang diharamkan
penyewaan rumah kepada non muslim tidak melibatkan perkara yang diharamkan . . . mereka boleh saja menjalankan adat dan agama mereka di rumah mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2007 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by ianho at 26-10-2007 08:57 PM
islam tidak melarang berurusniaga dengan non muslim selagi urusan perniagaan itu tidak melibatkan perkara yang diharamkan
penyewaan rumah kepada non muslim tidak melibatkan perkara yangdiharamkan . . . mereka boleh saja menjalankan adat dan agama mereka dirumah mereka

Contoh   lain   ...   kalo   ko  ada    tanah   ler  ....  sanggup   ker   bagi  sewa       utk  org  wat  tokong  atau  kuil   .....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 03:18 PM | Show all posts

Reply #9 mahathirGX's post

situasi berbeza tentu jawaban berbeza
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.069747 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list