CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6392|Reply: 26

Sekadar renungan pengalaman sembahyang jumaat di Tabung Haji

[Copy link]
Post time 29-9-2006 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum w.b.t,

wak just nak share,

bermulanya azan berkumandang, berbondong-bondong manusia pergi ke tabung haji untuk menunaikan solat jumaat, penghulu segala hari. Apabila ruangan di bawah mulai penuh dan sesak, sebilangannya mengambil keputusan untuk sembahyang di ruangan atas yang juga selesa tetapi hanya berlandaskan lantai.

sejadah dihamparkan, wak sampai dalam pukul 12.45, masih terdapat ruangan kosong di lantai marmar sejuk itu. kerana tidak bawa sejadah, wak hanya mencari mana2 sejadah yang ada sedikit ruangan untuk diselit. Tapi hampa, lantas msg kawan di tempat kerja berdekatan untuk siap sedia membawa sejadah. Terjadi sesuatu kejadian yang amat mencuit atau menyedihkan hati berlaku.

Terdapat 2 orang manusia melayu yang beragama islam, lengkap dengan tali leher,nampak gaya macam orang berada atau berpangkat. Mereka menghamparkan sejadah, tiba pada masa yang dengan mereka 2 orang bangladesh, lengkap dengan uniform tempat mereka mencari rezeki tetapi tidak membawa sejadah pula. Jiran melayu 2 orang buat buat tak nampak, padahal sejadah untuk mereka berdua sudah mencukupi kalau dikongsi. Wak bersangka baik mungkin jiran melayu tidak nampak kehadiran mereka. Khutbah bermula sehingga akhir. qamat berkumandang, tiada tanda tanda mereka ingin berkongsi sejadah dengan bagladesehi tadi, sebaris dengan bagla tadi juga insan yang tidak membawa sejadah dalam 2 orang. Mula lah sembahyang, rapatkan saf, kedua dua melayu saja merenggangkan kaki lebih luas, ah tak boleh jadi, lantas wak memberi mereka sejadah, lantas mereka berempat berkongsi satu sejadah. Orang melay sebelah buat buat terkejut, tapi masih angkuh, tiba tiba seorang lelaki tua yang membawa kain pelekat membentangkan pula kain itu dihadapan mereka. Mereka berdua melayu hanya mampu memandang.

Kesimpulan, manusia berhadapan dengan Allah tidak ada bezanya antara kulit dan kaum. yang membezakan adalah amalan. Bagi wak, tidak ada masalah jika bagla dan insan yang tidak membawa sejadah sembahyang di lantai asalkan bersih, tetapi pada situasi di atas, semangat dua orang melayu beragama islam tersebut amatlah bernafsu nafsi, hal engkau, engkau punya pasal, hal aku, aku punya pasal, tetapi adakah ini yang standard typical melayu zaman sekarang yang masih berada pada kebobrokan pembesar dahulu kala yang mementingkan status dan mementingkan diri sendiri? padahal Allah s.w.t tidak mengira semua itu?

thought about that, buat wak sedih...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2006 12:46 AM | Show all posts
bawak tikar plastik yg buleh lipat dgn ada tangkai tu senang...
sekali hampar, 10 org buleh duduk
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 11:09 PM | Show all posts
memang mcm tu lah mentaliti kebanyakkan orang melayu sekarang..terutama yg rasa diaorang tu bagus sangat..
Reply

Use magic Report

sherry221 This user has been deleted
Post time 1-10-2006 07:20 AM | Show all posts
itulah sikap sebahagian orang melayu, kalau mat saleh layang senyum sampai ke telinga.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 07:40 AM | Show all posts
Originally posted by wak_teknikal at 29-9-2006 02:41 PM
Assalamualaikum w.b.t,

wak just nak share,

bermulanya azan berkumandang, berbondong-bondong manusia pergi ke tabung haji untuk menunaikan solat jumaat, penghulu segala hari. Apabila ruangan d ...



alahai... Wak pun berjaya buat saya sedih... bagi yang perempuan pulak, dah ada sejadah, siap lapik lagi dengan sejadah kecik.  Pernah terlintas difikiran... kenapa perlu mereka buat begitu?  Sedang saya pernah diberitahu ujudnya sejadah ini mulanya adalah hanya untuk memberitahu sempadan seseorang itu sedang bersolat.  Jika tak ada sejadah... sanggupkah orang Islam menundukkan mukanya mencium tanah?  Sedangkan pergerakkan sujud itu adalah latihan kepada manusia supaya merendah diri kepada Allah.... Jika yang asas ni tak mampu nak faham, usah pelik le jika ramai orang Islam bersifat lebih pentingkan diri dan sombong...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 08:38 AM | Show all posts
Kisah wak ni bukan stakat berlaku di masjid tabung haji... mana2 pun dah ada kes mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-10-2006 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by eiyoei at 2-10-2006 08:38 AM
Kisah wak ni bukan stakat berlaku di masjid tabung haji... mana2 pun dah ada kes mcm ni


Tulah, memang banyak kes macam ni, tapi perlu ke kes sebegini berlaku? suka ka kita bila berlaku macam nih?
wak memang malu masa mamat mamat tu buat buat tak nampak, kurang hajar sungguh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2006 09:17 AM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 1-10-2006 07:40 AM



alahai... Wak pun berjaya buat saya sedih... bagi yang perempuan pulak, dah ada sejadah, siap lapik lagi dengan sejadah kecik.  Pernah terlintas difikiran... kenapa perlu mereka buat begitu?  ...


ct_og
kadang tu terpk gak, sejadah ni lambang status ke? nak tnjk aku ni lebih dari engkau ke?

betul, kita merendahkan diri apabila menghadap Allah s.w.t sebagai hamba,
apa kes yang sampai tertidor sebab empuk sangat sejadah tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2006 09:23 AM | Show all posts
batricia, sherry221,

yeap memang tepat mentaliti ngan attitude problem. Tapi keras sangat ke benak tu smapai sekurang-kurangnya simpati pon takde? tu tak yang masuk nak solat, pakai segala macam rantai gelang emas bagai. apokobondonye eh melayu jaman sekarang ni? penuh riak
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by wak_teknikal at 2-10-2006 08:10 AM


Tulah, memang banyak kes macam ni, tapi perlu ke kes sebegini berlaku? suka ka kita bila berlaku macam nih?
wak memang malu masa mamat mamat tu buat buat tak nampak, kurang hajar sungguh.

Sabar ..wak..bersangka   baik  aje  ler  .....
yang  penting  kewajipan   kita   kepada   Tuhan  tu   ditunaikan  ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2006 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 2-10-2006 09:32 AM

Sabar ..wak..bersangka   baik  aje  ler  .....
yang  penting  kewajipan   kita   kepada   Tuhan  tu   ditunaikan  ....


mgx, dah abis bersangka baik,
mungkin mamat mamat tu segan kot, atau taknak kongsi sebab sejadah depa kepam ka, atau depa memang khusyu' betul dengar khutbah sampai tak nampak orang sebelah siap boleh sembang gelak bagai. iye khusyu'...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 12:00 PM | Show all posts
Originally posted by wak_teknikal at 2-10-2006 11:50 AM


mgx, dah abis bersangka baik,
mungkin mamat mamat tu segan kot, atau taknak kongsi sebab sejadah depa kepam ka, atau depa memang khusyu' betul dengar khutbah sampai tak nampak orang sebelah si ...


Ermm. Apa fungsi masjid? Tak cukup ker dengan sejadah yang sedia ada? Atau tak cukup wang untuk membeli sejadah yang baru? Atau jika dibeli pun takut makmum yang mencuri?

Inilah dilema masjid-masjid dinegara ini. Umat Islamnya bersopan santun. Tetapi pentadbiran masjid semua nak pulun.

Sagu hati pada penceramah, pada tok siak, pada bilal dan perbelanjaan mengurus. Tetapi bab sejadah tak pikiq ker nak beli? Kutipan derma setiap jumaat laju. Takkan tak cukup lagik wang derma tu?

Sejauh mana keperihatinan pentadbiran masjid untuk memberi keselesaan pada makmum?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 12:39 PM | Show all posts
Maaf, saya tumpang bertanya dalam topik ini.

Kawan lelaki saya ada menceritakan perihal dia terpaksa sujud atas selipar/kasut yg dialas tikar sewaktu sembahyang jumaat. Selipar/kasut tu tak boleh dialihkan sebab tikar tu besar dan sebahagian dah ada orang yg duduk.

Dan dia cite yg masa dia sujud tu, dahi dia goyang2/tak tetap sebab kedudukan tikar tu yg tak rata (bawah tu ada selipar/kasut).

Macam mana solat dia tadi? Sah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 01:03 PM | Show all posts
sah solatnya. Sbb bumi ni suci utk bersolat dimana2 shj (tpt yg munasabah la)
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 03:03 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Perkara di atas berlaku di mana mana TIDAK KIRA oghang berada, miskin, tuer ataupun muda.

Teman pernah sekali di marahi olih seorg tuer di mesjid di pagi subuh.
Ia adalah kerana teman cuber merapatkan saf.

Masih tergiang giang di telinga teman akan AYAT oghang tuer tersebut.

"Kita nak bersembahyang MESTI laa di dalam keadaan selesa!!"

Ini berlaku kerana bbrp sebab:
1. kurang ILMU AGAMA
2. penting diri sendiri.
3. warisan/ajaran dari turun temurun.

Utk PENGETAHUAN semuer, di dalam kehidupan ini....kita ada 2 JENIS HUBUNGAN.
1. Hubungan kita dgn Allah
2. Hubungan kita dgn Manusia

Solat Fardhu
- menyembah Allah
- berjemaah.(satu hati, satu tujuan,tiada darjat or pangkat melainkan IMAN)

Puasa
- mengikut perintah Allah (hubungan dgn Allah)
- memberi makan utk org berpuasa (hubungan dgn manusia)

Zakat
- mengikut perintah Allah
- menjadikan seseorg itu rendah diri, kasih mengasihani sesama insan etc (hubungan dgn manusia)

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2006 03:20 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 2-10-2006 03:03 PM
Assalamualaikum semuer,

Perkara di atas berlaku di mana mana TIDAK KIRA oghang berada, miskin, tuer ataupun muda.

Teman pernah sekali di marahi olih seorg tuer di mesjid di pagi subuh.
Ia ad ...


pulak doh, tumpang simpati kat hang,
haku rase orang tua tu kene bisul kat montot, oleh itu dia perlukan ruang yang lebih besar dan SELESA bagi mengurangkan sakit akibat bisulnya itu. ( sedikit senyuman simpol) prfftttt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2006 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by wak_teknikal at 2-10-2006 03:20 PM


pulak doh, tumpang simpati kat hang,
haku rase orang tua tu kene bisul kat montot, oleh itu dia perlukan ruang yang lebih besar dan SELESA bagi mengurangkan sakit akibat bisulnya itu. ( sediki ...


Tambahan skit.....Wak

Sora oghang tuer tu.......bley di dengari sampai kat saf pompuan ....nun di belakang!!!


Kui kui kui

p/s tumpang kesian jer kat oghang tuer tu(Pak Aji)
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 04:28 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 2-10-2006 03:55 PM

Sora oghang tuer tu.......bley di dengari sampai kat saf pompuan ....nun di belakang!!!


hui.. malunyaa... kalau aku yang kena mcm tu... last la gi surau kat situ...

tapi benda2 mcm ni ada hikmah bila jadi kat kita
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 07:49 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 2-10-2006 03:03 PM
Assalamualaikum semuer,

Perkara di atas berlaku di mana mana TIDAK KIRA oghang berada, miskin, tuer ataupun muda.

Teman pernah sekali di marahi olih seorg tuer di mesjid di pagi subuh.
Ia ad ...



Hal ni lagi sedih... kesah saf terputus... saya pun pernah alami nasib macam niceghosht... tapi makcik tu tak le cakap apa-apa... dia cuma beranjak sedikit untuk mendapat ruang yang lebih luas...  tapi saya tak berapa selesa bersolat bila ada rongga...terasa syaitan tu nok kat tepi bahu aje...  Kes saf putus ni ni berlaku juga ketika saya berjemaah dengan saudara baru... ok saya faham mereka tak tahu cara nak merapatkan semula saf.  Namun yang menyedihkan saya ketika saya bersolat jemaah dengan saudara lama.  Saf putus tanpa disambung semula.  Sedih... kerana hal itu berlaku atas 2 sebab, pertama tiadanya ilmu pada  para jemaah dan sebab kedua kerana adanya sifat pentingkan diri sesetengah jemaah untuk bersolat ditempat yang selesa umpamanya yang ada kipas angin hingga tidak mahu bergerak merapatkan saf.  Bagi saya merapatkan saf ni penting kerana ia membawa kebaikan kepada kita melalui sains dan psikologi... kerana itu kita dituntut untuk melakukannya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 08:33 AM | Show all posts
Originally posted by eiyoei at 2-10-2006 04:28 PM


hui.. malunyaa... kalau aku yang kena mcm tu... last la gi surau kat situ...

tapi benda2 mcm ni ada hikmah bila jadi kat kita



No hal.....eyoei,

Itu lah di namakan DUGAAN di dalam menjalani Usaha Dakwah.
Ia bley mendekatkan kita kpd Allah swt.

Kita lakukan lah dgn KASIH SAYANG.
Hanya :pray: mengiringi selepas itu.

p/s yg dengar sora Pak Aji tu marahi teman ialah isteri teman.:

Last Sunday morning, teman gi mesjid baru dgn wifey.
Selepas mendengar Kuliah Subuh, kami pun pergi menziarahi seorg kenalan lama yg baru kematian suami.(84 tahun)

Teman tak sempat nak pergi menghantar jenazah arwah suami nya kerana TIDAK TAHU akan hal kematian nya sebelum poser.
Dan makchik tersebut selalu saja dok sebut sebut nama teman.

Makchik n arwah  nie rajin ke mesjid, sehingga deme anggup menyewa rumah wakah mesjid agar selalu dapat berjemaah.
Biler mesjid tersebut di robohkan utk membina yg baru, deme pun membeli rumah di belakang mesjid tersebut.

Makchik tu menceritakan satu peristiwa yg berlaku kat mesjid tersebut.
Ada di kalangan wanita Islam yg TIDUR di mesjid tetapi ENGGAN bersolat.
Biler di kejutkan......dier kater yg dier 'UZUR'.

Astaqfirullah hal azim.....mengucap panjang Makchik tu.

Heran Makchik tu.........kalau UZUR, mcm mana bley ZzzzZZzzzZZz kat dalam mesjid.!!!!

Ustazah mana yg mengajar deme???? :hmm:
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.067331 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list