CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2846|Reply: 11

Perkahwinan Lambang Kasih Sayang

[Copy link]
Post time 2-10-2006 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Perkahwinan Lambang Kasih Sayang

Perkahwinan adalah lambang kasih sayang
Kalau bukan cinta-mencintai
tidak akan jadi suami isteri
Rupanya asas rumah tangga adalah berpunca
dari kasih sayang
Atau dua orang laki-laki dan perempuan
akhirnya jadi suami isteri hasil cinta-mencintai
Setelah berkahwin dikurniakan cahaya mata
Makin lama berkahwin semakin ramai anak-anak
penghibur hati
Cahaya mata ertinya hiburan bagi ibu bapa
atau suami isteri
Hiburan ertinya kebahagiaan
dan penyejuk hati dua ibu bapa
Kelahiran anak-anak pun adalah lambang
kasih sayang sesama manusia
Anak-anak yang lahir
dari suami isteri secara semula jadi,
kasih sayang dengan ibu bapanya
Betapalah ibu bapanya lebih-lebih lagi
kepada anak-anaknya
Datang generasi baru hasil perkongsian hidup
juga lambang kasih sayang
Kasih sayang cinta-mencintai
di antara adik-beradik semula jadi
Lahirlah perpaduan di kalangan keluarga
hasil kasih sayang
Diikat pula satu sama lain oleh ibu bapa mereka
kepunyaan bersama
Tapi apabila mereka dewasa
perlu berumah tangga
Masing-masing membangunkan pula
rumah tangga yang tersendiri
Oleh kerana mereka masing-masing
ingin mempertahankan keluarga mereka
Dengan adik-beradik mereka mulalah renggang
sesama sendiri
Kalau dari asal adik-beradik mulanya kasih sayang
akhirnya renggang
Renggang oleh kerana kepentingan diri atau keluarga
Betapalah dengan orang yang tidak ada
hubungan keluarga
Lebih-lebih mudah lagilah hilang kasih sayang
sesama mereka
Apabila hilang kasih sayang di kalangan manusia
bahaya pun datang
Mudah hasad dengki, mudah prejudis,
mudah berdendam, mudah berkelahi
Akhirnya bahaya bertambah kronik dan menjadi-jadi
Berpukul-pukulan, berbunuh-bunuhan,
berperangan, kemusnahan pun terjadi
Di sini dapat difahami perpaduan
atas dasar fitrah semula jadi tidak mencukupi
Mudah renggang, mudah hilang
apabila ada kepentingan peribadi
Kerana kepentingan peribadilah manusia bergaduh,
berperang sesama sendiri
Kepentingan peribadilah yang menjadikan manusia
terseksa sesama mereka
Kasih sayang adalah amat penting
kerana ia keperluan bersama
Dari kasih sayang lahirlah perpaduan
sesama manusia
Dari perpaduan ada rasa bersama,
boleh bekerjasama hidup harmoni pun menjelma
Di sinilah kebahagiaan manusia sejagat,
keamanan dan keharmonian
Kerana kasih sayang keperluan bersama
dari sanalah datangnya bahagia
Sepatutnya setiap bangsa dan agama
perjuangkan kasih sayang di mana-mana
Rahsia kasih sayang yang teguh
dan perpaduan yang unggul perlu dicari
Perjuangkanlah Tuhan, hingga Tuhan dicintai,
dari cinta Tuhan terjadi cinta sesama manusia
Keamanan sejagat pun berlaku
hidup harmoni pun menjadi realiti


Hasil Nukilan
Ustaz Ashaari bin Muhammad
Menjelang Malam
21

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2006 06:56 AM | Show all posts
Rukun-rukun nikah dan syarat-syarat sah nikah

Rukun Nikah
Calon suami (lelaki)
Calon isteri (perempuan)
Wali
Saksi
Ijab dan Kabul (akad)
Syarat-syarat calon suami (lelaki)
Bukan muhrim dengan bakal isteri
Dengan pilihan sendiri (tidak sah jika dipaksa)
Lelaki yang tertentu
Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dinikahi
Bukan dalam ihram haji
Tidak beristeri empat
Syarat-syarat calon isteri (perempuan)
Bukan muhrim dengan bakal suami
Hendaklah bakal isteri itu tertentu
Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis)
Tidak di dalam ihram haji
Benar-benar perempuan (tidak khunsa)
Bukan isteri orang dan tidak dalam idah
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Tidak sah nikah melainkan dengan wali dan dua orang saksi yang adil.

Syarat-syarat wali
Islam
Baligh
Berakal
Merdeka
Lelaki
Adil
Tidak cacat akal
Tidak dalam ihram
Tidak dari orang-orang yang muflis

Susunan wali Bapa
Datuk lelaki dari pihak bapa perempuan
Adik-beradik lelaki seibu dan sebapa
Anak saudara lelaki dari adik-beradik seibu sebapa hingga ke bawah
Adik-beradik lelaki sebapa
Anak saudara lelaki dari adik-beradik lelaki sebapa hingga ke bawah
Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas
Bapa saudara dari sebelah bapa
Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah
Anak lelaki dari bapa saudara yang dari pihak bapa (sepupu)
Raja (pemerintah)
Syarat-syarat saksi
Islam
Baligh
Berakal
Lelaki
Merdeka
Adil
Boleh melihat (tidak buta)
Boleh mendengar (tidak pekak)
Mempunyai daya ingatan
Memahami bahasa yang digunakan ketika akad
Bukan tertentu yang menjadi wali.
(Misalnya, bapa saudara lelaki yang tunggal. Katalah hanya ada seorang bapa saudara yang sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia dikira orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.)

Syarat-syarat Ijab dan Kabul
1. Syarat ijab:
Hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama erti dengan terang tepat.
Tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan waktu yang terbatas dan tertentu (misalnya nikah kontrak).
Tidak dengan taklik.
Lafaz daripada wali atau wakilnya.
Contoh lafaz ijab: "Aku nikahkan dikau dengan ..... binti .... (pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak ...... (RM) tunai."
2. Syarat kabul:

Tidak diselangi dengan perkataan lain di antara ijab dan kabul (lafaz akad).
Lafaz kabul (terima) tidak tertaklik.
Tidak mengandungi perkataan yang terbatas waktunya.
Hendaklah disebut nama isteri.
Lafaz kabul hendaklah sesuai dengan lafaz ijab.
Hendaklah terang dan nyata, bukan sindiran.
Contoh lafaz kabul: "Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan dengan mas kahwin sebanyak sekian-sekian RM tunai."
Sumber : www.keluarga.net.my

[ Last edited by  Tok_imam at 3-10-2006 06:58 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 08:40 AM | Show all posts
MENGAPA BERKAHWIN?

Mengapa Ingin Isteri Atau Inginkan Suami?
Ramai di kalangan umat Islam di akhir zaman, di zaman moden dan sains teknologi canggih ini memberi jawapan kerana ingin berseronok-seronok dan memuaskan nafsu. Kalau tidak kahwin kita akan terasa sepi. Baiklah, kalau kerana itulah setiap lelaki dan perempuan itu berkahwin, ertinya kita akan atau telah menempuh jalan yang salah. Jalan yang menjatuhkan taraf kita sebagai manusia, jalan yang mana di awal niat berkahwin lagi kita telah membuka pintu kehancuran rumahtangga sama ada kita sedar atau tidak. Kenapa dan mengapa?

Pertama:
Kita telah setarafkan diri kita sebagai haiwan kerana haiwan berkelamin tidak ada tujuan lain selain kerana melepaskan nafsunya semata-mata, tidak ada tujuan-tujuan selain seks itu.

Kedua:
Kalau berkahwin dengan tujuan nafsu semata-mata, ini amat merbahaya kerana sekiranya kemahuan kita sudah tidak ada lagi dengan isteri kita atau suami kita disebabkan kita sakit, atau isteri kita sakit, atau setelah isteri sudah tua, atau setelah kecantikannya sudah pudar, di waktu itu tarikannya sudah tidak ada lagi untuk perhubungan kelamin, mungkin kita ceraikan dia atau isteri minta cerai atau kalaupun tidak bercerai kerana memandangkan anak-anak sudah ada, tidak mahu berpisah dengan anak-anak, di waktu itu kemesraan sudah tidak ada lagi.
Perhubungan suami isteri sudah tentu renggang. Masing-masing mudah buat kerenah, mudah tersinggung, mudah benci, mudah marah-marah, maka berlakulah krisis rumahtangga tidak berkesudahan. Kemudian ia akan memberi kesan kepada psikologi anak-anak. Oleh itu berkahwin dengan tujuan hiburan seks semata-mata tidak akan dapat membangunkan keluarga yang bahagia lebih-lebih lagi masyarakat yang bahagia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 08:41 AM | Show all posts
PEREMPUAN ATAU LELAKI MACAM MANA PILIHAN KITA ?

Dalam memilih jodoh sama ada lelaki atau perempuan, berlakulah pemilihan itu dari berbagai-bagai sudut dan aspek:

1. Ada orang memilih kerana kecantikan, itu kalau lelaki. Kalau perempuan kerana kesegakan dan tampannya seorang lelaki. Kalau itulah yang menjadi target, ia amat merbahaya. Kalau tidak berlaku jangka pendek mungkin akan berlaku jangka panjang. Kerana kalau seorang perempuan itu sudah tidak cantik lagi dan suami  sudah tidak kacak, mungkin disebabkan selalu sakit, atau kerana kerja teruk atau berat, sudah menghilangkan kecantikan atau kekacakannya, atau setelah berumur sudah tentu hilang kecantikan, di waktu itu tarikan sudah tidak ada lagi untuk hubungan kelamin sebab berahi berkelamin sudah lemah, lebih-lebih lagi pula di luar di tempat kerja pergaulan kita bebas pula, rangsangan kepada perempuan atau lelaki lebih daripada isteri atau suami kita, di waktu itu mudah sahaja bergaduh atau bercerai atau kalau tidak bercerai pun oleh kerana anak sudah banyak kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak, perhubungan sudah tidak indah lagi, kerenggangan berlaku. Marah-marah pun mudah berlaku. Singgung menyinggung pun terjadi. Mudah sahaja benci membenci. Kalau begitu di manalah indahnya berkeluarga di waktu itu dan ini juga sangat memberi tekanan psikologi kepada anak-anak. Anak-anak akan menjagi mangsa, mungkin mereka akan menjadi liar, renggang dengan ibu bapa, benci duduk di rumah, suka mencari hiburan di luar rumah, maka mudahlah terjebak dan terlibat dengan dadah, rokok, arak, bohsia, bohjan, melepak, mungkin terlibat degan zina dan berbagai-bagai jenayah kerana berpunca berpunca daripada rumahtangga yang tidak bahagia dan tidak harmoni.

2. Ada orang memilih jodoh sama ada lelaki atau perempuan kerana kekayaannya. Kaya kerana gaji besar, atau keturunan orang kaya, tidak kiralah cara mana, ini juga amat merbahaya.

Pertama:
Kerana mana tahu dengan takdir Allah Taala, si isteri itu dibuang kerja, atau kekayaan yang ada itu habis. Begitu juga suami jatuh miskin dengan berbagai-bagai sebab boleh berlaku, di waktu itu sudah tentu akan berlaku kerenggangan di atara suami isteri. Mulalah tidak senang antara satu sama lain, benci-membenci pun boleh berlaku, masam-masam muka pun terjadi, pergaduhan dan krisis rumah tangga pun terjadi, pintu terbuka untuk bercerai pun berlaku atau kalau tidak bercerai pun kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak atau kerana hendak menjaga status diri. Tapi apalah ertinya lagi rumahtangga yang sentiasa bergolak dan bergelora macam air laut yang sentiasa bergelombang. Yang akan lemas adalah anak-anak yang tidak berdosa, anak-anak juga akan terjadi seperti yang kita ceritakan di atas.

Kedua:
Biasanya seorang lelaki berkahwin dengan perempuan kerana kekayaannya, begitu juga sebaliknya perempuan menerima seorang lelaki sebagai suami; kalau perempuan selalunya dia tidak begitu hormat dengan suaminya, kerana dia merasakan bahawa suaminya dialah yang menanggung. Atau kalau dia tidak menangungpun, dia merasakan boleh berdikari tanpa pemberian suami. Ada suami atau tiada suamikah, dia boleh hidup sendiri kerana ada memiliki kekayaan. Dengan sebab itu lama-kelamaan taat dan setianya kepada suami itu akan berkurangan. Bahkan kalau suami itu bersandar hidup dengan isteri, isteri biasanya memperhambakan suaminya sesuka hati. Di arah ke sana, arah ke sini, suruh itu, suruh ini, dia akan kontrol suami sesuka hati (queen control). Akhirnya wibawa suami tercabar, kuasa suami sudah tiada lagi, bahkan takut kepada bini atau pak mentua atau mak mentua. Biasa orang kaya, selalunya isteri itu dibacking oleh ibu dan ayahnya. Ada kalanya isteri berani menengking dan mengherdik suaminya. Apakah hidup begini suami boleh tahan selama-lamanya. Apakah suami sanggup dayus sepanjang masa? apakah hidup begini suami merasa bahagia? Kalau pun tidak bercerai, saya rasa hidup berkeluarga begini sudah tentu tidak ada makna apa-apa, tidak ada kemerdekaan, sedangkan rasa kemerdekaan itu satu nikmat dan menjadi cita-cita hidup setiap orang.

3. Ada orang berkahwin kerana keturunan seperti keturunan orang-orang yang bangsawan, umpamanya keturunan raja, keturunan Datuk-Datuk atau keturunan orang-orang besar. Kalaulah perkahwinan itu atas dasar itu sahaja yang tidak ada bersangkutan dengan agamanya, ini amat merbahaya lebih-lebih lagi kalau keturunan bangsawan itu adalah isteri. Di waktu-waktu berselisih faham dia akan menyebut-nyebut keturunannya dan dia akan menghina keturunan suami. Atau biasa orang berketurunan bangsawan itu kalau tidak ada agama, dia sombong dengan suami, atau keluarganya memandang rendah terhadap suami hingga suami akan terasa terhina atau inferiority complex. Di sini boleh mencacatkan kebahagiaan dan keharmonian suami di dalam rumahtangga.

4. Berkahwin kerana agamanya. Seorang berkahwin sama ada lelaki atau perempuan kerana agamanya, itulah yang tepat. Itulah yang dituntut oleh syariat.

Ia adalah dipuji oleh Allah dan Rasul kerana berkahwin di atas dasar agama itu, sama ada dia cantik atau tidak, kaya atau miskin, bangsawan atau orang biasa, masing-masing tetap merendah diri, berakhlak mulia, suami kasih dengan isteri, isteri menghormati suamisuami memberi tanggungjawab terhadap isteri, isteri juga memberi tanggungjawab kepada suami. Akan berlaku tolak ansur, isteri mengutamakan suami, suami bertimbang rasa dengan isteri, ada kerjasama,masing-masing berlumba-lumba hendak khidmat-berkhidmati satu sama lain, maaf-bermaafan, isteri memandang hormat dengan suaminya, suami sentiasa belas kasihan dengan isteri, kedua-dua keluarga dihormati, Allah Taala sentiasa dibesarkan melalui ibadah yang berbagai jenisnya. Perjalanan hidup Rasul diajdikan tradisi kehidupan mereka. Allah, Rasul, Syurga, Neraka, dosa, pahala, menjadi bualan. Walaupun berusaha mencari kekayaan dunia namun ia dipandang kecil, bukan menjadi matlamat, bukan menjadi perbualan. Akhirnya dunia selamat, Akhirat selamat. Wujudlah kebahagiaan dan keharmonian di dalam rumahtangga.

Oleh sebab itulah daripada empat pilihan itu, iaitu kecantikan, harta, keturunan dan agama, pilihlah kerana agamanya. Ia sangat menyelamatkan dunia dan Akhirat kita. Tapi kalau boleh dapat keempat-empat sekali maka bertambah cantik dan indahnya kehidupan berumahtangga itu. Ia bertambah ceria dan berseri tapi payah hendak dicari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 08:50 AM | Show all posts

tQ for the info ya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 08:52 AM | Show all posts
'RUMAHKU SYURGAKU'


Apak maksud tentang 'Rumahku Syurgaku'. Ianya sering disebut dan dicanangkan. Namun bukan sahaja belum menemui hasilnya atau hakikat rumahku syurgaku itu, ciri-ciri dan pemahamannya pun belum ditemui lagi. Seolah-olah satu aspek yang penting dalam kehidupan manusia iaitu rumahku syurgaku itu hanya tinggal menjadi slogan kosong semata-mata.

Penjelasan yang diberikan: Untuk pengetahuan mereka  serius tentang rumahtangga syurga, bahawa dalam banyak ha1 manusia sanggup menggadai nyawa untuk mencapainya. Contohnya sudah ramai yang mati terjatuh ketika mendaki Gunung Everest dan gunung-gunung yang lain. Dalam waktu yang sama, masih ramai yang menunggu giliran untuk mendaki. Mereka yang sudah berjaya ke puncak Everest tidak membawa pulang apa-apa untuk dikongsi oleh orang lain.

Banyak lagi pemburuan manusia yang berakhir dengan penderitaan. Sebab itu penjara, pusat serenti dan pusat sakit jiwa sesak dengan penghuni. Cukup sekadar contoh, ertinya manusia gigih, bersungguh-sungguh, cekal dan tabah dalam memburu cita-cita yang tidak dipastikan sama ada positif atau negatif. Ertinya dalam konteks membina rumahtangga syurga perlukan kegigihan, bersungguh-sungguh, cekal dan tabah dalam mencapainya. Kalau dalam aspek lain yang tidak dipastikan hasilnya positif atau negatif, itu pun manusia sanggup sampai tergadai nyawa, maka dalam membina rumahtangga syurga perlukan komitmen sepenuhnya juga. Bukan sambil lewa atau acuh tak acuh. Segala resipi mesti diikuti sepenuhnya. Kerana antara satu dengan yang lain saling lengkap melengkapi. Gabungan seluruh resepi itulah akan terjamin hasil yang memuaskan. Perlu juga difahami bahawa sesuatu yang bernilai tinggi lebih sukar diperolehi. Syurga tentulah amat bernilai biarpun sekadar syurga dalam kehidupan berumahtangga. Sudah menjadi pengalaman manusia, untuk memperolehi sesuatu yang bernilai, umpamanya gaji RM10,000 sebulan, atau untuk menjadi profesor atau doktor,memerlukan kerja keras dan berhempas pulas. Begitulah juga untuk menjadikan rumahtangga syurga.

Suasana rumahtangga syurga itu penuh dengan kebahagiaan,rasa tenang dan tenteram, aman damai dan harmoni.Penuh keceriaan dan kegembiraan. Di dalam rumahtangga syurga mestilah ada hal-ha1 seperti berikut:

1. Rumahtangga itu dibina atas nama Tuhan, cita-cita dan matlamat Tuhan, atas tujuan agama Islam, mengamalkan syariat Tuhan. Atau dengan lain perkataan, ada iman dan taqwa yang mana kalau susah pun mendapat keuntungan dan dalam keadaan senang pun mendapat keuntungan.

2. Subur kasih sayang iaitu lemah lembut, lunak, bertolong bantu, pemaaf, rasa bersama, bekerjasama, berkongsi susah dan senang, sepakat dan muafakat, seia sekata, berlapang dada, bertoleransi, tidak menyinggung dan tidak pula tersinggung, tidak mengguris hati dan tidak pula terguris hati.

3. Akhlak mulia sangat ketara dan menonjol di kalangan anggota keluarga.

4. Suami sentiasa tenang bersama isteri yang setia.

5. Isteri pula merasa bahagia bersama suami yang sangat bertanggungjawab.

6. Anak-anak merasa tenang dan jiwa terisi melihat ibu bapa yang bertanggungjawab dan berkasih sayang.

7. Antara sesama anggota keluarga, ketiadaan salah seorang antara mereka dirasai kehilangan dan kekosongan, rindu merindui, bertemu tidak jemu, berpisah diserang gelisah.Kehadiran bersama terasa selesai masalah. 8. Ibu ayah melihat anak-anak sejuk hati kerana berakhlak, mendengar kata dan hormat ibu bapa.

9. Dalam rumahtangga syurga tidak ada elemen negatif iaitu:
a. kata nista
b. perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati
c. berdebat, bertengkar, dan bertegang urat
d. sindir menyindir dan menghina
e. tuduh menuduh dan menfitnah
f. maki hamun dan adu domba
g. cerca mencerca dan menghasut
h. perkataan atau cakap kotor dan lucah
i. pukul memukul, bertumbuk, bersepak tendang, tendang menendang.

10. Anggota keluarga membesarkan Allah melalui:
a. sembahyang berjemaah
b. qiamullail
c. mengajar, belajar dan membaca Al-Quran
d. wirid zikir seperti takbir, tasbih, tahmid, tahlil, istighfar dan doa
e. kuliah-kuliah pengajian, motivasi dan fardhu ain
f. nasihat menasihati.

  Koleksi Artikel Cetusan Minda Ust. Ashaari bin Muhammad - Pengerusi Eksekutif Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2006 08:58 AM | Show all posts
AKIBAT SISTEM KEKELUARGAAN YANG SUDAH PUNAH

Di hari ini umat Islam lelaki dan perempuan,
Mengejar kesenangan dan kekayaan,
Dengan kata-kata lain mengejar dunia
Tak memikirkan Akhirat dan Tuhan,
Masing-masing hendak bekerja,
Samada dengan kerajaan atau swasta,
Ibu dan ayah, satu hari tidak ada di rumah,
Yang tinggal di rumah hanya anak mereka,
Kalau emak bapak miskin tak menggaji orang,
Tinggallah anak-anak di rumah kehilangan kasih sayang dan belaian,
Kalau berlarutan sampai besar anak itu tak dapat kasih sayang,
Anak-anak itu dengan ibu bapanya renggang,
Bahkan kasih sayang hilang,
Kalau ibubapa mampu menggaji orang,
Timbul dua masalah,
Kalau orang gaji itu tidak bertanggungjawab,
Anak-anak itu dengan orang gaji tak dapat kasih sayang,
Dengan ibu bapa tak dapat kasih sayang,
Anak-anak itu apabila besar jadi pemarah dan peradang,
Anak-anak yang begitu nak lepaskan perasaan,
Berbagai-bagai gejala yang dibuatnya untuk hiburan,
Akibatnya menyusahkan orang ramai,
Kalau orang gaji itu memberi kasih sayang,
Kasih sayang anak-anak itu sudah ditumpahkan pada orang gaji,
Akibatnya ibubapanya mereka benci,
Apakah ibubapa untung, kalau anaknya membenci?
Kasih sayang anaknya sudah diberi pada orang gaji,
Itu yang berlaku pada hari ini,
Terutama kepada masyarakat Melayu dan Islam,
Akibat anak-anak tinggal di rumah,
Ibubapa mencari rezeki,
Anak-anak tinggal dengan orang gaji,
Macam-macam perkara negatif terjadi,
Itu pun yang diberitakan oleh surat khabar sedikit sekali,
Banyak gejala-gejala yang berlaku yang tersembunyi,
Itupun sudah menakutkan kita semua,
Itulah akibat sistem kekeluargaan sudah punah,
Ibubapa kerana mengejar dunia,
Anak-anak terbiar di rumah,
Padahal anak itu jangka panjang aset bangsa dan negara,
Kalau suasana ini dibiarkan berlanjutan dan berpanjangan,
Masa depan bangsa kita punah,
Aset negara sudah tidak boleh diguna,
Kalaulah tidak lahir pemimpin yang menunjuk jalan kepada Tuhan,
Kita mengharapkan bangsa cemerlang, gemilang dan terbilang akan kecundang.



Hasil Nukilan
Ustaz Ashaari bin Muhammad
21.05.2006 - 3
Selepas Zohor (3.15 petang)
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 09:21 AM | Show all posts
Ustaz ashaari sekarang kat mana? Dah bebas ker? Dah lama tak dengar berita dia. Aku bukan penyokong dia, tapi dulu2 selalu gak baca majalah Al-Arqam masa kecik2 dulu. Komik2, lagu kanak2. Aku suka sajak Diambang maut. Insaf.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2006 05:00 PM | Show all posts
tapi skang byk yg kawin sbb nafsu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 05:51 PM | Show all posts
kahwin sbb dah terkantoi pun banyak jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 12:54 PM | Show all posts
Baguslah tu, kalau nafsu dah bergelodak, baik kawin jer! Kalau dah berkemampuan,nafsu tak tertahan lagi, tu dah kira jatuh hukum wajib tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 12:56 PM | Show all posts
Kahwin lepas kantoi..... takperlah, at least dia bertanggungjawab sikit. Takder lah lepas tangan. Kahwin 4 mcm mana pulak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.077612 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list