CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2374|Reply: 1

Hafaz surah al-Baqarah syarat jadi pemimpin

[Copy link]
Post time 20-10-2006 01:25 PM | Show all posts |Read mode
Suatu hari ketika Nabi berniat mengutus suatu perutusan, baginda memilih pemimpin daripada kalangan mereka dengan kriteria hafalan Surah al-Baqarah. Abu Hurairah menceritakan: "Rasulullah mengutus perutusan yang terdiri daripada ramai orang kemudian baginda meminta setiap individu membaca apa saja yang mereka miliki daripada hafalan al-Quran untuk dilantik menjadi pemimpin mereka. Apabila sampai kepada yang termuda ditanyakan kepadanya: "Apakah yang engkau hafal daripada al-Quran?" Dia menjawab: "Saya hafal surah ini dan itu serta surah al-Baqarah".

Nabi pun terpegun dan bertanya lagi: "Betulkah engkau hafal surah al-Baqarah?" Dia menjawab: "Ya". Nabi kemudian berkata: "Pergilah dan engkau saya lantik menjadi pemimpin mereka" - HR Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah.

Apa yang menarik daripada senarai ini adalah semua presiden Amerika yang dikaji adalah orang yang kuat memegang agamanya dengan pengertian tersendiri.

Ulama memberi jolokan 'Surah Seribu Hukum' kepada surah al-Baqarah kerana banyaknya hukum-hakam berkenaan seluruh aspek kehidupan yang dibincangkan di dalamnya (as-Shawi 'ala al-Jalalain, jld. I).

Nabi pernah bersabda: "Baca dan fahamilah surah al-Baqarah, sesungguhnya menerapkannya adalah suatu keberkatan manakala mengabaikannya adalah kerugian. Dan tukang sihir tidak akan mengalahkannya" - (HR Ahmad dan Muslim). Hadis ini juga diperkuat dengan sebuah hadis yang berbunyi: "Janganlah kamu jadikan rumah kamu bagaikan kuburan. Sesungguhnya rumah yang di dalamnya selalu dibacakan surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan" - (HR Ahmad, Muslim, Tirmizi & Nasa'i).

Bukankah pemimpin sebagai salah satu kiasan rumah manakala syaitan adalah pemimpin tukang sihir. Jadi, sangat kuat kedudukan pemimpin yang dibekali surah al-Baqarah sehingga syaitan tidak sanggup menembusinya.

Surah al-Baqarah termasuk surah yang pertama diturunkan selepas Nabi berhijrah ke Yathrib (nama lama bagi kota Madinah). Ia terdiri daripada 286 ayat dan surah yang terpanjang serta di dalamnya ada ayat yang terpanjang iaitu ayat 282 dan juga ada penghulu ayat al-Quran iaitu ayat al-Kursi, ayat 255. Di dalamnya pula ada sebuah ayat yang menyebutkan 'Nama Allah Teragung' iaitu ayat 163 sebagai kunci termakbulnya doa.

Yang menarik kita perhatikan adalah awal surah ini tidak ditujukan kepada sesiapa akan tetapi ia memberikan kepada kita tiga golongan manusia yakni mukmin (1-5), kafir (6-7) dan munafik (8-20). Barulah pada ayat 21 ada panggilan yang ditujukan kepada seluruh manusia yakni ya ayyuhannas. Ini menunjukkan kepada kita bahawa al-Quran adalah untuk semua manusia bukan saja khas untuk orang beriman (baca: Islam) kerana panggilan ya ayyuhallazina amanu (wahai orang yang beriman) baru disebut pada ayat 104 dalam konteks penjelasan sejarah tamadun Bani Israel, Yahudi.

Dengan pendekatan ini diharapkan orang bukan Islam apabila membaca al-Quran dari awal akan berasa bahawa ia benar diturunkan Allah, Pencipta mereka dan pendekatan inilah yang sepatutnya diambil oleh setiap muslim dalam mempromosi Islam. Bagi umat Islam, pendekatan ini akan menambah keimanan mereka manakala bagi pemimpin ini mengisyaratkan bahawa mereka harus memiliki visi yang luas dan mendasar bukan hanya sangkaan, dugaan dan khayalan.

Pemimpin semestinya dibekalkan surah al-Baqarah kerana ia mengandungi semua ilmu dan aspek kehidupan. Ia mengandungi pengertian Islam, iman, al-Quran, ilmu pengetahuan dan kesenian, pekerjaan, dakwah, jihad, manusia dan hubungan sosial, akhlak, ekonomi dan kewangan, mahkamah dan perundangan, politik, perdagangan, sejarah dan agama.

Akhirnya, walaupun pemimpin itu memiliki semua ilmu dan kriteria kandungan surah al-Baqarah di atas akan tetapi dia tetap tawaduk, tawakal, sabar dan teguh hati. Ini kerana akhir surah al-Baqarah mengajarkannnya untuk berdoa: "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan berilah rahmat kepada kami, Engkaulah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

maklumat dari Berita Harian keluaran 1 Mei 1998

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2006 08:25 PM | Show all posts
Originally posted by eiyoei at 20-10-2006 01:25 PM
Suatu hari ketika Nabi berniat mengutus suatu perutusan, baginda memilih pemimpin daripada kalangan mereka dengan kriteria hafalan Surah al-Baqarah. Abu Hurairah menceritakan: "Rasulullah meng ...


Salam untuk semua.........

Tuan eiyou, pada pertimbangan saya, saya juga bersetuju mengenai hal ini secara makro, namun secara mikro, kita juga adalah khalifah,  maka itulah saya mengajak diri saya sendiri dan forumers semua dan seterusnya semua Muslim untuk mula membaca, memahami dan seterusnya mengamali seluruh isi Al-Quraan, jangan harapkan pada orang lain untuk memahami isi Al-Quraan, ya! untuk mengenali huruf dan bacaan memang memerlukan guru, namun untuk memahami isi kandungan Al-Quraan bukannya susah, ini kerana ia adalah janji ALLAH, janji yang benar-benar dapat kita rasai bila kita berusaha memahami dan mengamalinya.  Masa sudah semakin suntuk untuk kita memikirkan kitab-kitab lain ciptaan manusia sedangkan kitab milik Maha Pencipta ini sentiasa kita abaikan menurut konteks yang HAQ.  krana itulah saya menamakan Al-Quraan sebagai:


KITAB YANG ESA DARI YANG MAHA ESA


UNTUK SEMUA MANUSIA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196805 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.054970 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list