CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4635|Reply: 10

Warkah rindu buat Abah

 Close [Copy link]
Post time 31-10-2006 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Abah,

Dah hampir 8 bulan abah pergi tinggalkan IM. Raya ni Im rasa rindu sangat. Pagi tadi waktu im ke sekolah, im teringatkan Abah. Tu yang im tulis surat ni. Walaupun im tak tahu ke mana harus im kirimkan surat ini, im tetap tulis jugak, sekurang-kurangnya im dapat luahkan isi hati im pada abah.

Abah, untuk cari seorang lelaki seperti Abah, sukar sekali untuk im temui. Abah lah idola im. Im membesar atas didikan  dan kasih sayang abah. Im lihat bagaimana abah curahkan kasih sayang abah pada mak dan anak2 yang lain. Memang sukar untuk cari ganti Abah. Im nak cari lelaki seperti abah, tapi im tak jumpa lagi. Yang im jumpa sumernyer hampeh, Bah....

Im ingat lagi, waktu abah mula2 pencen, im dgr abah cakap kat mak, 'awak nak makan apa? biar kawan yang masak'. Romantik sungguh im tgk. Abah suka benar tolong mak kat dapur, walaupun mak tu sering berleter, tapi abah selalu tersenyum dengar leteran mak. Bila mak tak sihat, abah selalu kata 'Mari kawan bawak awak jumpa doktor, makan ubat tu biar betul. Kalau kawan sakit tak apa, tapi kalau awak sakit, kawan yang susah'.

Im jugak ingat waktu im kecik, im selalu ikut abah pegi kebun. Masa tu kebun kita penuh dengan lalalang dan semak samun. Im tolong abah tebas sikit2 jer. Abah pulak waktu tu meracun lalang dan semak. Habis jer meracun, hujan pun turun. Im tengok abah sedih sangat. Im nampak abah menangis waktu tu....im rasa kesian sangat. Waktu tu im cakap, kalau esok im dah kejer nanti, im mesti tolong abah. Alhamdulillah, walaupun pendapatan im tak besau mana, abah sempat juga merasa hasil usaha im. IM bangga dapat buat abah bahagia.

IM masih ingat lagi abah rajin solat, abah rajin berpuasa, abah rajin lakukan aktiviti di masjid. Abah jarang tinggal poser senin dan kamis. Abah jarang tinggalkan poser2 sunat. Kalau ada hari yang disunantkan berpuasa, abah akan call im dan ingatkan im supaya im berposer esok hari. Tapi skrg abah dah takder, im selalu miss poser sunat.....Abah memang banyak ajar im untuk buat perkara yang baik, kan Bah?

Abah, waktu im kunjungi pusara abah, im bitahu abah, im mintak abah doakan kejayaan dan kebahagiaan im. IM amat terhutang budi dgn didikan dan layanan abah pada im dan anak2 lain. im masih ingat lagi waktu abah sokong im sewaktu im hampir jatuh. sewaktu im dilanda masalah, sewaktu im susah, sewaktu im di fitnah....abah kata, 'im, im anak abah. abah bela im dari kecik lagi, daripada im sebesar tapak tangan abah hinggalah sekarang. abah tahu anak abah tak akan buat perkara yang tak baik. abah kenal siapa im. im tabah yer. jangan peduli dengan apa yang dia nak kata tentang im. yang penting abah nak beritahu, abah ada dan tetap sokong im'....Tapi Bahhhhh...... sekarang abah dah takder, daya sokong im hampir rapuh.....bantu im yer Bah....

Abah, hari ni im kecundang lagiiii.....walaupun Abah takder lagi di sisi IM, IM mohon agar dapat kiranya Abah doakan juga buat im...IM amat merinduimu, Abah...

Anakmu,
IM

[ Last edited by  intan_mahsuri at 1-11-2006 03:14 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2006 07:53 PM | Show all posts
sedih ingat kan arwah abah yg meninggal 15 ramadhan 4 tahun lepas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2006 01:57 PM | Show all posts

Di Pusaramu Abah...



Abah,
pagi itu im kunjungi pusaramu...
abah sambut im
dengan haruman bunga rampai...
im pasti abah senang
dengan kehadiran im..




Abah,
im sampaikan bacaan fatehah dan yassin
buat abah..
agar abah sentiasa tenang di sana...
suasana pagi tu amat hening sekali,
terasa bergitu syahdu..
seoalh abah ada dekat dgn im...



Abah,
setelah doa im panjatkan buat Abah,
im mohon untuk mengundur diri,
sekali lagi haruman bunga rampai itu kembali,
abah datang ke ketika itu?
tentu abah sedih melihat im melangkah pergi...
im terpaksa Bah,
im harus tinggalkan tempat itu,
tapi...
andaikata abah mahu juga im menemani abah,
im akan ikut abah nanti,
dan
im dah lama bersedia....


Anakmu yang tiada harapan,
IM

[ Last edited by  intan_mahsuri at 3-11-2006 01:32 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2006 02:04 PM | Show all posts
Abah,
Surat ni im tulis lagi kerana im tak punya sesiapa untuk diluahkan. Abah, akhirnya dia pergi jua Bah. Dia dah keputusan untuk pergi. Im tak daya untuk menghalangnya kali ini. Bersungguh benar dia nak pergi. Dia kata tak ada harapan lagi, dia kata dia dah bosan dgn hubungan ini. Tak sampai sebulan dia berjanji dengan im, katanya dan doanya mengharapkan agar 'hbgn terus berkekalan di persada takhta yang akan di bina bersama'...amat indah ayat itu Bah. Rasanya baru semalam janji itu dimeterai, tapi kini dia pergi jua Bah.

Abah, im tak ada sesiapa. Andaikata Abah mendengar keluh kesah im disana, doakan buat im yer Bah....

IM
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2006 08:46 AM | Show all posts
huaaaaaaaaaaa
myst cedih baca warkah im.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2006 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by Mystery at 12-11-2006 08:46 AM
huaaaaaaaaaaa
myst cedih baca warkah im.........


Sedih memanglah sedih, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
IM betul2 rindu kat Abah...
he is the only man in my life....
tak akan ada lelaki lain sebaik Abah IM...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-11-2006 04:12 PM | Show all posts
Abah,

Im bersyukur kerana apa yang im harapkan selama ini telahpun tertunai...
Abah, doakan kebahagiaan IM....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 08:12 PM | Show all posts
ok...its not bad...
sedih (
nanti baca cerpen ku Rahsia Sekeping Hati...
promote sikit...
tq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2006 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by azhar.cy at 28-11-2006 08:12 PM
ok...its not bad...
sedih (
nanti baca cerpen ku Rahsia Sekeping Hati...
promote sikit...
tq...


Rahsia Sekeping Hati kerrrrr...Rahsia Sekeping Roti????
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 12:40 PM | Show all posts
im...
aku pun dah takder ayah...
aku anak bongsu...
tiba saat kecundang dan perlukan semangat..aku terasa kekurangan sesuatu iaitu ayah..
tapi kau beruntung abah ko tinggalkan kau waktu ko dah membesar..
aku? sewaktu umur 12 thn yang tak tahu aper2...x perasaan kehilangan...
skang biler dah besar panjang...biler dilanda kesusahan aku terasa kehilangan arwah....
kalo aku ader seorang ayah skang, aku luahkan dan menangis sepuas2nya..sebab dia seorang penyayang...
aku rindukan dia...ya allah, tempatkan lah dia di tempat orang2 yang soleh..
dan kalo resah hati nih dapat dibaca oleh ayah...doakan la anakmu nih supaya lebih tabah dan kuat dalam mengharungi dugaan2 ini.....aku sgt rindukan ayah.....AL FATIHAH..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2006 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by lisa_oren at 30-11-2006 12:40 PM
im...
aku pun dah takder ayah...
aku anak bongsu...
tiba saat kecundang dan perlukan semangat..aku terasa kekurangan sesuatu iaitu ayah..
tapi kau beruntung abah ko tinggalkan kau waktu ko dah  ...


Lis,

IM pun tengah miss abah a lot.
Abah satu-satunya orang yang betul2 mengenali siapa anaknya.
Bila im dalam kesusahan, dia pendorong semangat im...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.210815 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list