View: 34862|Reply: 99
|
Pangkalan Data Robotech
[Copy link]
|
|
Topik ini didedikasikan untuk aset2 persenjataan robotik sebagaimana yg muncul dalam siri Robotech.
Thread ini khusus untuk Robotech shj, tidak meliputi dunia Gundam ataupun versi Macross yg lain (sepertimana Macross II, Macross Plus, Macross 0, Macross 7 & Macross Flashback 2012) ataupun Patlabor, mahupun Neon Genesis Evangelion. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
VF-1 VALKYRIE
VF-1 Valkyrie dibangunkan ntuk menangani ancaman makhluk asing gergasi berdasarkan penemuan kapal angkasa yg terhempas di Pulau Ataria Selatan di lautan Pasifik pd tahun 1999.
Merupakan generasi pertama pesawat kombat Veritech, VF-1 Valkyrie agak unik kerana sistem avioniknya yg lbh canggih serta keupayaannya utk bertukar rupa dari pesawat pejuang (fighter), hibrid semi-pesawat hover (guardian) & akhir sekali robot gergasi (battloid).
Menggunakan sumber kuasa Protoculture, iaitu sumber bahanapi asing yg merevolusikan Roboteknologi bagi tamadun ketenteraan manusia, VF-1 Valkyrie pada mulanya mengatasi aset tempur Zentraedi yg merupakan musuh manusia.
Namun begitu, keupayaan VF-1 Valkyrie ditingkatkan dgn versi Super & Strike VF-1, serta prototaip Armor GBP.
VF-1 Valkyrie dlm pelbagai versi dihasilkan sejak tahun 2009 untuk United Nations Defence Forces (UNDF) & ditamatkan perkhidmatan pada 2025 AD.
VF-1S - Khusus utk Komander Skuadron VF-1. Terhad.
VF-1J - Khusus utk Sub-Komander Skuadron VF-1. Terhad.
VF-1A - Versi piawai untk semua skuadron VF-1.
VF-1D- Versi latihan, 2 tempat duduk. Blh ditukar kpd unit kombat sekiranya keadaan mendesak.
VF-1R - Versi upgrade terkini menggantikan semua VF-1J & VF-1A secara berperingkat sejak 2014 sehinggalah dilucut perkhidmatan pd 2025.
Pakej Armor GBP - Tambahan Armor Reaktif & persenjataan misil bagi VF-1 Valkyrie dlm mode Battloid. Terlalu terhad.
Pakej VF-1 Super Valkyrie - Khusus utk semua VF-1 bagi meningkatkan persenjataan & daya juang VF-1 di angkasa lepas. Tidak blh digunakan utk misi di bawah paras atmosfera.
Pakej VF-1 Strike Valkyrie - Khusus utk VF-1S & sebhg VF-1J/1R shj (Komander atau Sub-Komander skuadron) yg digunakan utk kombat di angkasa lepas.
Pakej Booster -Sistem roket tambahan non-kombat membolehkan VF-1 biasa blh menjangkaui paras atmosfera bumi ke orbit.
[ Last edited by Robotech at 6-11-2006 11:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
VF-1 dlm versi pakej Super (FAST Pack)
VF-1A dlm mode Battloid dilengkapi pakej Super. |
|
|
|
|
|
|
|
VF-1S dlm mode Fighter dilengkapi pakej Strike
VF-1S dlm mode Battloid dilengkapi pakej Strike |
|
|
|
|
|
|
|
lama giler x tgk citer2 nie...best gak ada thread pasal robotech.... |
|
|
|
|
|
|
|
korang perasaan tak kapal VF-1 VALKYRIE ni menyerupai kapal F-14 tomcat? yang digunakan oleh US Navy..tengok cerita ni pun tau kiranya mereka ni macam NAVY juga (penggunaan term2 seperti admiral etc2)..cuma berlayar di angkasa je :bgrin:
kiranya robotech ni banyak pengaruh dan reference tentera laut us |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 sixfullbar's post
mmg VF-1 nih mmg sgt menyerupai F-14 tomcat.
time tuh bagi aku the best looking jet ler. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sixfullbar at 7-11-2006 09:18 AM
korang perasaan tak kapal VF-1 VALKYRIE ni menyerupai kapal F-14 tomcat? yang digunakan oleh US Navy..tengok cerita ni pun tau kiranya mereka ni macam NAVY juga (penggunaan term2 seperti admiral et ...
VF-1 Valkyrie dibangunkan berdasarkan prototaip YVF-14 'Tigercat' yg merupakan kerangka F-14 Tomcat yg diubahsuai.
YVF-Tigercat dlm mode Guardian
Skuadron prototaip YVF-14 dlm mode Fighter.
Org yg mencipta design VF-1 utk Macross, Shoji Kawamori mmg minat gila ngan F-14 Tomcat, & dia ni bekas pelajar jurusan teknikal ... so dia dpt ilham utk melukis VF-1 dari F-14 Tomcat.
Sememangnya, unit-unit militari di atas SDF-1 adalah berasal dari United Nations Space Navy (UN Spacy) & United Nations Navy (kapal laut pengangkut pesawat Prometheus & Daedalus serta skuadron2 udara milik Navy).
Disebabkan pengaruh Robotech yg cukup kuat di kalangan bebudak remaja di US pada 1980an, ramai yg minat Macross Saga membesar & jadi US Navy pilot. Yg minat Southern Cross especially unit armor hovertank, masuk US Army & jadi krew keta kebal, termasuk Abrams. Yg gila sains fiksyen, ada yg amik Doctorate dlm Fizik, Astronomi & Laser. |
|
|
|
|
|
|
|
wah.. hebat betul pengaruh macross ni yerk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerana demam Macross Frontier yg makin menggila dikalangan peminat francais Macross, serta pelancaran special edition DVD Robotech: The Shadow Chronicles, maka thread lama ini dihidupkan kembali.
Kita akan menelusuri setiap mecha yg muncul dalam siri SDF: Macross (Robotech: Macross Saga), SDC Southern Cross (Robotech: The Robotech Masters) & GC Mospeada (Robotech: New Generation).
Saya akan cuba update sekurang2nya seminggu sekali dlm thread ini.
Roger & out! |
|
|
|
|
|
|
|
SIRI DESTROID
Mecha jenis siri Destroid dibangunkan sebagai platform persenjataan robotik generasi pertama bagi melawan penjajah gergasi Zentradi, yg jauh ekonomikal dari siri pesawat juang VF-1 Valkyrie.
Siri Destroid seringkali digunakan oleh komponen UN Army sebagai pertahanan darat, malah, adakalanya digunakan sebagai platform pertahanan statik di angkasa lepas. Siri Destroid merangkumi persenjataan artileri jarak jauh, anti-pesawat & juga sebagai mecha juang utama. Dlm kata lain, siri Destroid adalah platform 'walking multi-role armor / tank unit'. Persenjataan Destroid yg mempunyai kuasa pemusnah amat digeruni Zentraedi, tapi faktor mobiliti adalah kelemahan siri ini.
Berikut adalah siri Destroid yg digunakan oleh United Nations Defence Forces pada 2009 - 2022:
MBR-04 Tomahawk - Unit serangan & pertahanan, sistem persenjataan berat
SDR-04 Phalanx - Unit pertahanan & serangan jarak jauh, sistem pelancar misil berganda
ADR-04 Defender - Unit pertahanan udara, sistem anti pesawat
MBR-07 Spartan - Unit kombat robotik utama, sistem persenjataan serangan @ pertahanan awam
HWR-00 Monster - Unit sokongan artileri, sistem artileri berat
Namun begitu, peranan dlm aplikasi pertahanan & kemusnahan siri robotik ini di tangan musuh menyebabkan penggunaan Destroid mula dikurangkan & akhirnya ditamatkan pada pertengahan 2020an. Siri Destroid yg mobilitinya agak perlahan mula digantikan oleh siri Battloid yg jauh lebih lincah & tangkas berbanding 'walking armor / tank' mecha ini.
[ Last edited by Robotech at 21-1-2008 09:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
MBR-04 Tomahawk
Di Bumi, mahupun di angkasalepas, unit Tomahawk adalah unit gabungan sokongan artileri berat & kombat utama, dengan persenjataan jarak dekat & jauh. Tak asing lg, persenjataan pelbagainya mengatasi kebanyakan siri Destroid lain dengan dua unit meriam kluster, mesingan anti-armor, dua meriam laser serta persenjataan misil dalaman, Tomahawk adalah unit Destroid yg paling ideal.
Ia merupakan unit armor yg pelbagai guna yg menepati ciri 'multirole surface & ground combat unit'. Malang sekali, walaupun dilengkapi pelbagai sistem persenjataan, kelemahan utamanya adalah kelajuan mobilitinya yg rendah disamping tiada keupayaan mecha 'hand to hand combat' sebagaimana ciri utama VF-1 Valkyrie dlm mod Battloid. |
|
|
|
|
|
|
|
SDR-04 Phalanx
Merupakan unit persenjataan jarak jauh, Phalanx adalah sistem pelancar misil berganda yang ampuh. Kelebihannya adalah kuasa pemusnah 44 misil jarak jauh & sederhana, serta keupayaan serangan jarak jauh yg mengatasi siri Destroid lain.
Namun, ketiadaan sistem persenjataan bantuan lain serta mobiliti kelajuan yg rendah merupakan kelemahan Phalanx yang ketara. Tetapi, unit ini amat efektif jika digunakan dalam formasi 'combined arms' bersama unit Destroid lain, yg membentuk kolektif pertahanan yg sukar ditewaskan. |
|
|
|
|
|
|
|
ADR-04 Defender
Unit Defender adalah lebih ringan & lebih laju dari siri Destroid lain, tetapi hanya bergantung kepada 1 sistem persenjataan, 2 x 2 'multi & rapid-action' meriam laser. Namun, persenjataan laser memberi keupayaan serangan jarak jauh yg pelbagai & jarak serangan yg tidak terhad.
Walaupun dengan keupayaan serangan laser tanpa had, unit Defender hanya sesuai dlm konteks pertahanan 'combined arms', memberi perlindungan udara utk unit Destroid lain, atau pertahanan pangkalan. Walaupun ia masih laju berbanding Destroid lain, tetapi ketiadaan persenjataan tambahan adalah kelemahan utamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
MBR-07 Spartan
Tidak sepert unit Destroid lain yg merupakan unit bantuan artileri berat, Spartan adalah unit kombat utama yg sering diletakkan di barisan utama formasi serangan ofensif. Spartan adalah unit Destroid paling versatil, mempunyai mobiliti yg setaraf mod Battloid VF-1 Valkyrie, persenjataan laser dalaman serta keupayaan 'hand to hand combat'. Satu2nya unit Destroid dgn keupayaan ini, armor pada tangan besi unit ini mampu menembusi perisai armor mecha musuh, terutamanya Battlepod milik Zentreadi. Selain itu, Spartan juga blh menggunakan raifal GU-11 yg digunakan VF-1 Valkyrie, ttp dlm konteks unit infantri berat.
Spartan sering digunakan dalam serangan darat ofensif serta juaga blh digunakan sebgai unit ketenteraman awam. Spartan adalah model Destroid yg paling lama digunakan sehingga dilucutkan tauliah pada 2025AD & merupakan inspirasi unit Battloid generasi kedua. |
|
|
|
|
|
|
|
HWR-00 Monster
Siri Monster adalah unit mecha terbesar yang pernah digunakan oleh UNDF. Dianggap sebagai kubu pemusnah bergerak, rekabentuknya membolehkan ia memusnahkan sebahagian besar musuh di daratan, malahan juga udara!
Kuasa pemusnahnya adalah amat besar sekali, jauh mengatasi unit2 robotik lain yg dibangunkan manusia. Mampu menggunakan misil pemusnah besar2an (Weapons of Mass Destruction) seperti menjadi pelancar misil nuklear & hidrogen, keupayaannya amat digeruni musuh. Sering digunakan sebagai unit artileri utama, siri Destroid lain seperti Phalanx & Defender memberikan jaringan pertahanan yg cukup kuat bagi mel;indungi mecha pemusnah ini. Malahan, ketebalan armornya juga memebri perlindungan buat krew operator yg mengoperasikan mecha ini. |
|
|
|
|
|
|
|
KAPAL ANGKASA PEMUSNAH OBERTH
Antara kapal angkasa terawal digunakan oleh manusia, Oberth mula ditauliahkan perkhidmatan pd awal 2004 & menjadi ketumbukan utama armada angkasa Bumi yg terawal. Namun begitu, hanya 20 unit shj yg dibina kerana kos yg agak mahal. Ia direka untuk meronda & mengawal ruang angkasa Bumi hingga menjangkau ke Mars, & merupakan pengangkutan utama bg mengangkut bekalan penting & persinnel dari Bumi ke pangkalan Robotech Research Group, Mars Base Sara di planet Mars (Marikh).
Armada Oberth seringkali mengiringi & mengawal kapal angkasa pengangkut pesawat ARMD di ruang angkasa Bumi. Namun nasib tidak menyebelahi kapal angkasa ini kerana lebih separuh daripadanya musnah dlm konflik menentang armada Zentraedi yg jauh lbh canggih.
Persenjataan Oberth lebih memadai bagi kapal angkasa jenis ini dgn 4 meriam partikel, beberapa laser pertahanan & 36 misil anti-kapal angkasa. Kapal pemusnah Oberth terus berkhidmat pada kapasiti yg lebih terhad sehinggalah dilucutkan tauliah pada 2018 & digantikan oleh kapal angkasa generasi kedua seperti Tristar, Battle & Banshee. |
|
|
|
|
|
|
|
PLATFORM ANGKASA ARMD (SIRI ARMOR)
Kapal angkasa siri Armor iaitu ARMD juga dikenali sebagai 'Kapal Angkasa Pengangkut Pesawat" mulanya direka sbg platform angkasa orbital bagi pesawat pejuang angkasa & pesawat juang VF-1 Valkyrie. Kapal ini menjadi komponen utama dlm armada Bumi generasi pertama. Dibangunkan tidak lama selepas pelancara kapal angkasa Oberth, hanya 5 shj yg dibina & memulakan perkhidmatannya bersama UN Spacy (United Nations Space Navy).
Keunikan ARMD adalah 2 buah kapal angkasa ini boleh bercantum dgn SDF-1 & sekaligus membentuk sistem pertahanan angkasa yg unik. Namun begitu, akibat pertembungan konflik bersenjata dgn armada Zentraedi, hampir kesemua kapal ARMD musnah, terutama 2 daripadanya yg dimusnahkan ketika cuba bercantum dgn SDF-1.
Persenjataannya merangkumi 5 unit meriam laser utama, 2 pelancar misil anti-kapal berat, 6 pelancar misil anti-kapal sederhana & 24 unit laser anti-pesawat. Selain itu, ia mengangkut lebih 270 QF-3000E Ghost UAV (atau pesawat dron tanapa kawalan manusia) & 98 buah pesawat juang VF-1 Valkyrie.
Kebergantungannya kepada armada Oberth tak banyak membantu kepada misi & operasi ARMD dlm menghadapi armada musuh yg jauh lbj canggih. Armada UN Spacy yg konvensional ini byk menerima padah disebabkan ketiadaan pengalaman pertempuran & takrik peperangan angkasa lepas. |
|
|
|
|
|
|
| |
|