CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2107|Reply: 8

Puasa guna inhaler

[Copy link]
Post time 23-11-2006 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Saya nak tahu, kalau ada sesapa yg tahu mengenai hukum-hakam puasa walaupun ramadan dah habis. My hubby ada penyakit asthma, so dia terpaksa mengguna inhaler ni time berpuasa. Ada org kata batal sebab gas dah masuk dlm rongga. Tapi kalau tiap2 hari kena guna benda tu nak buat cam na. What do u thinkblue

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2006 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by ikaira at 23-11-2006 01:41 PM
Saya nak tahu, kalau ada sesapa yg tahu mengenai hukum-hakam puasa walaupun ramadan dah habis. My hubby ada penyakit asthma, so dia terpaksa mengguna inhaler ni time berpuasa. Ada org kata batal se ...


Islam adalah agama yang fleksible dan dia tidak memberatkan umatnya selagi dia tidak bercanggah dengan hukum2 islam .  Kita disuruh beribadat mengikut kemampuan kita.  Allah tidak suruh kita beribadat sehingga menyiksa diri.

Oleh itu saya rasa kalaulah dirasakan berpuasa itu memudharatkan kesihatan suami kiara, tidak perlulah beliau berpuasa.  Kerana kalau mengganggu kesihatan puasa tu sendiri dah  jadi tidak wajib kepadanya.  Cumanya kenalah beliau membayar fidyah.  Walau bagaimanapun bertanyalah dahulu dengan orang yang betul2 berkelayakan untuk menentukan sama ada suami kiara dituntut berpuasa atau tidak.

Saya turunkan sedikit kategori  orang-orang yang boleh tinggalkan puasa (bagi orang sakit) sekiranya dapat membantu:

1.  orang sakit ada harapan semboh - dibenar berbuka puasa tapi kena qadha

2.  orang tua yang tidak berdaya berpuasa - dibenar tinggal puasa tetapi wajib bayar fidya tak payah qadha

3.  orang sakit tak ada harapan sembuh - dibenar tinggal puasa tetapi wajib membayar fidyah tidak payah qadha

4.  Orang yang sepanjang masa kerja berat - Dibenar tinggal puasa tetapi wajib membayar fidyah

Suami kiara  mungkin jatuh pada kategori no. 3

Atau kalau suami kiara rasa nak cuba, manalah tau ada hari yang boleh, bagi dia cuba sekadar mana yang tidak mampu.  Mana tahu kalau ada ketika dia tidak memerlukan inhaler.  Saya juga ada bertemu dengan beberapa orang yang menggunakan inhaler ni dan mereka tidak puasa.  Sebab mereka terpaksa mengambilnya agak kerap dalam satu hari.

Wallahuwa'lam.  Kiara tanya pada mereka yang betul2 mengetahui untuk memuaskan hati.   Ini cuma pendapat saya sahaja berdasarkan apa yang saya pelajari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 23-11-2006 03:49 PM


Islam adalah agama yang fleksible dan dia tidak memberatkan umatnya selagi dia tidak bercanggah dengan hukum2 islam .  Kita disuruh beribadat mengikut kemampuan kita.  Allah tidak suruh kita be ...

:setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 23-11-2006 03:49 PM


Islam adalah agama yang fleksible dan dia tidak memberatkan umatnya selagi dia tidak bercanggah dengan hukum2 islam .  Kita disuruh beribadat mengikut kemampuan kita.  Allah tidak suruh kita be ...



terima kasih dgn pandangan & penjelasan haniman.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 05:44 PM | Show all posts
Camne plak dengan merasa menggunakan lidah tapi x minum

Benda ni jadi masa puase aritu la, kwn aku ni meniaga jual air kat pasar ramadhan. Jadi camne nak rasa air tu? So member aku ni just ambik sesudu air yang dah siap tu, pastu just rasa2 kat lidah. Pastu dia kumur2 nak bagi lidah tu tawar balik la... so camne tu.. boleh ke?

Aku rasa makruh.. tapi ntah lah... sbb dia bukan minum cuma merasa je
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 05:49 PM | Show all posts
Originally posted by eiyoei at 23-11-2006 05:44 PM
Camne plak dengan merasa menggunakan lidah tapi x minum

Benda ni jadi masa puase aritu la, kwn aku ni meniaga jual air kat pasar ramadhan. Jadi camne nak rasa air tu? So member aku ni just ambik ...


Merasa makanan/minuman dengan lidah semasa puasa hukumnya makhruh.  Tinggal dapat pahala, dibuat tak dapat dosa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-11-2006 02:34 PM | Show all posts
1 lagi persoalan, saya ada dengar ceramah di office. ustaz tersebut mengatakan suami jgn menggalakkan isterinya berpuasa sbb haram baginya krn mendera janin di dlm perut. dera bermaksud bayi itu trpaksa menahan lapar dan diibaratkan kita ni x makan apa yg kita rasa mcm tulah bayi didlm perut. Apa yg saya baca ada la satu mcm bekalan didlm perut utk disalurkan pd bayi tersebut & x semestinya kita makan terus dimakan oleh bayi itu. dan sesetengah ulama pula mengatakan boleh kalau larat berpuasa. Macam mana kah itu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 03:16 PM | Show all posts
Originally posted by ikaira at 24-11-2006 02:34 PM
1 lagi persoalan, saya ada dengar ceramah di office. ustaz tersebut mengatakan suami jgn menggalakkan isterinya berpuasa sbb haram baginya krn mendera janin di dlm perut. dera bermaksud bayi itu tr ...


Ish....first time aku dgr,:hmm: kalau dari segi sainsnyer memang tak masuk akal lah,
anak mendapat zat dari ibunyer melalui tali pusat, so anytime le......takde effect kalau si ibu nih berpuasa disiang hari, yg penting si ibu haruslah mengambil makanan dan gizi yg seimbang sewaktu berbuka dan sahur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2006 05:28 PM | Show all posts
Ibu-ibu mengandung boleh berpuasa asalkan dia kuat dan tidak memudharatkan janin dalam kandungan.  Tidaklah dijatuhkan hingga haram  berpuasa.  Kalau haram dah jatuh berdosalah pulak ibu2 yang mengandung berpuasa.  Kalau dia kuat berpuasalah.  Ramai pun orang perempuan yang berpuasa, untung lagi langsung dapat penuh 30 hari.

Allah tidak pernah memaksa hambanya membuat sesuatu yang memudharatkan diri.  Sebab itulah ada jalan keluarnya.  

Memang dibolehkan ibu2 yang  mengandung jika tidak larat berpuasa, boleh meninggalkan puasa tetapi di kenakan qadha  puasa dan membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkannya tu sebelum bulan ramadhan yang akan datang.

Dibenarkan meninggalkan puasa  tetapi kena qadha dan membayar fidyah ialah:


1.   Ibu yang mengandung takut bahaya diri mereka

2.   Ibu yang mengandung takut bahaya diri dan anak dalam kandungan

3.   Ibu yang menyusukan anak takut kekeringan susu.

Tapi jika ibu2 yang mengandung tu sedang berpuasa, tiba2 rasa tak larat sangat,  dia boleh berbuka .  Dia hanya perlu  menqadhakan puasa tu tak payah bayar fidyah.

[ Last edited by  haniman at 24-11-2006 05:35 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.110459 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list