CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1828|Reply: 2

Nasihat Rasullullah

[Copy link]
Post time 27-11-2006 10:38 AM | Show all posts |Read mode

Daripada Zaid bin Thabit ra, Baginda Rasulullah SAW telah bersabda: Allah akan memberi rahmat kepada sesiapa yang mendengar perkataanku hinggalah ia menyampaikannya kepada orang lain. Ada tiga perkara yang tidak akan mengkhianati hati seorang muslim: beramal dengan ikhlas kerana Allah, nasihat kepada imam dan ketua-ketua orang Islam, dan melazimi jemaah mereka itu; sesungguhnya doa mereka itu luas dan meliputi.

Sesiapa yang menjadikan dunia itu niatnya, maka Allah jadikan fakir dihadapannya, dan ditabur-taburkan hajatnya dan hartanya; ia tidak akan mendapatinya kecuali apa yang telah dituliskan. Dan sesiapa yang menjadikan akhirat itu niatnya, maka Allah jadikan kaya di dalam hatinya, dan mencukupkan hajatnya, dan dunia datang tunduk kepadanya ? Riwayat Ibnu Majah
Huraian Hadis

Allah akan memberi rahmatNya kepada sesiapa yang mendengar dan menyampaikan sabda Rasulullah SAW; dan jika ia mengamalkannya dan menjadi seorang muslim yang baik, maka hatinya akan bersih dan tidak dikotori oleh penyakit-penyakit hati yang merosakkan.

'Ikhlas beramal kerana Allah', bererti segala amalan yang diamalkan hendaklah bertujuan untuk beribadah kerana Allah semata-mata, dan menuntut keredaanNya; bukannya hendak menunjuk-nunjuk dan riak, kerana semuanya itu akan menjadi sia-sia.

'Nasihat kepada imam orang Islam', bererti memberi nasihat dan pandangan kepada ketua atau pemerintah yang memikul tugas menjaga kepentingan maslahat masyarakat Islam; disedarkan mereka tatkala terlalai ketika menjalankan tugas, dan sama-sama berusaha dan berkerjasama menimbulkan kemesraan di antara ahli masyarakat.

'Melazimi jemaah orang-orang Islam', iaitu tidak mengasingkan diri dengan ahli masyarakat; dan jemaah Islam yang dikehendaki itu adalah jemaah kumpulan orang-orang Islam yang baik, dan bukannya jemaah kumpulan untuk melakukan perkara-perkara mungkar, maksiat, dan kejahatan, yang seharusnya dijauhi.

Kumpulan baik-baik yang dimaksudkan adalah kumpulan yang sentiasa berkerjasama dan tolong-menolong menjaga kebajikan dan kepentingan maslahat masyarakat Islam setempat, di samping jemaah untuk melakukan amal ibadah, seperti solat tarawih berjemaah, majlis tahlil kerana pelajaran, dan sebagainya.

'Sesiapa yang menjadikan dunia ini niatnya' bermaksud tujuan hidupnya adalah semata-mata mencari dunia, sehingga terlupa akan kewajipan akhiratnya. Jika seseorang itu sibuk dengan mencari kesenangan dunia semata-mata, Allah akan menjadikan perasaan hatinya sentiasa keluh-kesah; takut seolah-olah fakir mengancamnya pada bila-bila masa sahaja.

Allah akan jadikan segala hajat dan kehendaknya bertaburan; tidak dapat dikumpulkan, sehingga berkeadaan seperti terkejar ke sana ke mari dalam suasana yang tidak menentu; seolah-olah tidak cukup masa dan tenaga. Namun demikin, ia tetap tidak akan dapat mengisi segala hajatnya itu, selain dari apa yang telah ditetapkan Allah SWT.

'Sesiapa yang menjadikan akhirat ini niatnya', iaitu menjadikan ahirat itu tujuan bagi kehidupannya, maka Allah akan jadikan perasaan hatinya kaya, tenang, bahagia, dan tiada keluh-kesah. Ia sentiasa merasa cukup, dan tidak pernah terasa bertaburan hajat-hajatnya; dunia yang tidak dikejar-kejar itu akan datang, tunduk menurut apa yang telah diusahakan tanpa dipengaruhi sifat tamak dan tidak pernah puas.

Keadaannya tidak dikuasai oleh harta dan kemegahan, sehingga menyebabkannya lalai dan lupa untuk kehidupan akhiratnya; bahkan dunia dijadikan sebagai alat untuk melaksanakan tujuan-tujuan akhirat, dan bukannya menyekat dan menyusahkan. Dengan yang demikian, kehidupannya pasti berada di dalam kebahagiaan, tenang, tenteram, dan tiada keluh-kesah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2006 10:44 AM | Show all posts

uuurk....Alhamdulillah...

kadang2, baca nasihat pun bleh kenyang.....hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 08:27 AM | Show all posts
Allah akan memberi rahmatNya kepada sesiapa yang mendengar dan menyampaikan sabda Rasulullah SAW; dan jika ia mengamalkannya dan menjadi seorang muslim yang baik, maka hatinya akan bersih dan tidak dikotori oleh penyakit-penyakit hati yang merosakkan.


aku doakan anda mendapat rahmatNya... dan dibersihkan hati dari sifat mazmumah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.088841 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list