View: 4694|Reply: 6
|
Cerpen Pendek-RaHSiA sEkePiNG hATi-Part 1
[Copy link]
|
|
SINOPSIS.....
Mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis yg membesar dgn seribu satu rasa hormat dan kasih sayang terhadap ibu tersayang.Namun,keadaan merubah segalanya.Kerana kemiskinan menghimpit rasa,segala kenangan itu berubah.Benar, Fasha benar2 berubah mengikut arus masa...Fasha kini bergelar seorang PELACUR!! Selamilah perasaan seorang wanita yg berstatus jijik dimata masyarakat,namun hati & perasaan dan naluri yg bertentangan....kerana keadaan...Fasha membenci ibunya,membenci kehidupannya...membenci segala2nya..............Masih adakah harapan untuk Fasha menikmati kebahagiaan hidup..Apakah yg sebenarnya berlaku.?..Masih adakah ruang untuk Fasha kembali seperti dulu.............Hayatilah bersama titipan novel pendek ini.........
:tq:
Malam yang sunyi terus menyelubungi kegelapan di kota cahaya itu.Embun pagi terus menyumbangkan kedinginan malam yang terasa hingga ke tulang keting.Namun,kemeriahan lampu jalanan yang berbalam-balam dari kejauhan tetap menggamit seribu satu rasa dan menghiasi ruang pandangan kota metropolitan ini??.
Di satu sudut ,kelihatan sesusuk tubuh melabuhkan diri di birai jendela.Huraian rambut panjangnya yang ditiup angin malam, sedikit kusut.Sekusut kotak fikiran Fasha pada imbasan kenangan lalu.Ya?enangan lalu yang meruntun jiwa wanitanya.Kenangan yang telah bersemadi jauh dilubuk hatinya.Namun entah mengapa , kenangan itu terus menghantuinya?.Tanpa disedari,titisan-titisan jernih jatuh berlinangan membasahi pipi gebunya?Sekali lagi Fasha tewas ?ewas pada ?enangan lalu ` itu??..
? Sha , nanti bila Sha dah cukup dewasa , Sha kena selalu bantu orang susah tau , jangan lupa asal usul kita ya nak ?, nasihat Mak Hanim pada satu-satunya anak kesayangannya.Mak Hanim ialah seorang ibu yang cukup dengan segala sifat keibuan.Dan Mak Hanim jugalah yang membesarkan Fasha dengan penuh kasih sayang.Janda beranak satu ini cukup tabah walaupun jodoh kali keduanya menemukan dia bersama Rahim,seoang lelaki pembengis.? Ala mak nie , mana boleh Fasha lupakan asal usul kita,lupakan emak? gurau Fasha sambil menggeletek manja pinggang Mak Hanim?.Gelak tawa manja dua beranak ini terus memecah kesunyian pagi itu?.?dah tu Fasha?mak dah tua ?ah tak larat nak manjakan Fasha lagi ? , usik ibu tua ini menduga hati anak gadis kesayangannya itu.Seperti diduga, wajah ayu Fasha sedikit kusam, namun dibibir mungilnya masih menguntum secebis senyuman.? Mak bergurau jerla?ah jom tolong emak angkat bakul nasi lemak nie?anti terlambat pulak nanti?.? Pujuk Mak Hanim membelai lembut pipi Fasha.Dan sekali lagi berderai gelak manja mereka.Dan mereka terus hanyut dalam dunia mereka sendiri sebelum memulakan tugasan harian seperti biasa seawal subuh yang berlabuh???
Disekolah petang itu, kelihatan Fasha sedang berbual bersama teman-teman persekolahannya di tepi pohon rendang yang terletak berdekatan dengan padang sekolah.Dari kejauhan , kelihatan sepasang mata sedang memerhatikan Fasha?engan penuh keasyikkan?asha Ashwina.Ah..betapa indahnya nama itu.Secantik si empnnya diri , dengus hati Zahrin.Sememangnya Fasha memang dipujai ramai kerana wajahnya yang ayu dan jelita persis sang ratu.Kulitnya yang putih gebu,matanya yang redup,dan senyumannya yang menggoda meruntun ramai hati jejaka di sekolah mahupun dikampungnya.Dan Zahrinlah antara jejaka yang meminati Fasha sejak Fasha berpindah ke situ setahun lalu.
Lamunan Zahrin terhenti apabila bahunya ditepuk.Tanpa disangka-sangka Fasha sudah tercegat dihadapan matanya.Sapaan manja Fasha menambahkan rasa gemuruh dihati Zahrin apabila gadis pujaannya itu kini betul-betul berada didepan matanya.'hai...menung panjang nampak..,'sapa Fasah.?h,takde apa-apalah Fasha .aku teringatkan emak aku kat rumah tu.Entahkan makan ,entahkan tidak ? balas Zahrin selamba , cuba menyembunyikan gelisah dihatinya.Fasha hanya tersenyum manja dan terus berlalu.Seketika Zahrin seakan-akan melayang entah kemana.Melayang bersama harapan yang jauh terpendam disudut hatinya.
Suasana di sekolah itu seperti biasa sentiasa sibuk dengan pelajar-pelajar yang mundar mandir dengan perwatakan masing-masing.Terutamanya waktu rehat.Namun, Fasha tidak seperti mereka yang lain,dimana dari awal lagi dengan hanya berbekalkan beberapa keping roti sebagai bekalan,dia sudah berada di perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran.Inilah satu-satunya masa yang paling berharga buat Fasha , kerana masa-masa lapang yang lain,dia pasti sibuk membantu ibu tersayang.....
Begitulah rutin harian Fasha.Tanggungjawab tidak pernah lekang dibebani bahunya.Fasha seorang gadis yang bersemangat tinggi untuk mengubah kehidupan ibunya.Ya,keluar dari kepompong kemiskinan yang lama membelenggu mereka sekeluarga.
Bersambung.......
OK tak citer ni...Komen PLSSSS.............:pray:
[ Last edited by azhar.cy at 28-11-2006 07:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
not bad...cuma asah sket je lg biar nampak smooth..
keep it up..... |
|
|
|
|
|
|
|
TQ for comment..
buah cempedak diluar pagar,
kalau salah tlg tunjukkan,
saya budak baru belajo,
kalau salh tlg tunjukkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
not bad too..
cuba gunakan ayat yg lebih pendek..jgn brjela2 sgt.
mesti lebih klass nanti hasil penulisan u. |
|
|
|
|
|
|
Mr.Forensics This user has been deleted
|
Hai,sebab kamu nak hasil karya kamu ni direbiu aku berbesar hati nak beri komen,tapi cuma kritikan umum je la :love:
Kamu ada intro yang cukup biasa bagi sebuah cerpen eceran.Malam yang sunyi,pagi yang dingin,Petang yang panas membahang,Hujan turun rintik-rintik dan sebagainya..bergantung kepada cara kamu kembangkan plot cerpen selepas ini,permulaan ini tidak boleh dinilai sebagai tidak menarik atau permulaan yang bosan.Cuma intro sebegini sudah agak out-to-date,jika kamu ingin suatu kelainan--cuba mulakan cerita dengan gaya yang lain:fikirkan sendiri.
Penggunaan suku kata vokalizer tambahan seperti 'ala','jer','sapa' dan 'sape' boleh cuba elakkan kalau boleh,kamu bukan menulis skrip drama atau filem,kamu sedang menulis cerpen.Bahasa pasar formal dibenarkan ketika menggunakan tanda perbualan; " .....," ; katakan begini:
"Kau tak mau pergi?" --Ok
"Kau tak nak pergi?" --Masih OK,cuba elakkan menggunakan 'nak'
"Kau tak ndak pergi?"--Masih OK
"Kau tak nak pegi?" --Tidak OK,elakkan bahasa pasar moden dalam perbualan dan perenggan.
Lagi contoh lain:
"Ala,sikit je,takkan tak boleh kot?" -- Mungkin diterima dalam karya slapstik,tapi bukan dalam karya untuk penerbitan DBP.
"Lah,sikit sahaja,boleh?" --'Lah' sudah diterima sebagai satu perkataan tunggal,diterima.
Lain-lain semuanya nampak seronok dibaca.Pecahkan perenggan dialog kepada beberapa perenggan kecil,lagi elok jika ditulis baris demi baris supaya mudah dibaca.Kurangkan tempo flashback jika perlu;terlampau lama imbas kembali akan buat sesetengah pembaca bosan.
(Saya lupakan saja akan tanda soal (??) yang agak banyak bertaburan sepanjang cerpen ini,mungkin laman ini gagal mengekod karakter dengan baik)
Teruskan menulis! :love:
[ Last edited by Mr.Forensics at 29-11-2006 03:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
TQ MOD for your comment...
seronok dpt komen..
nati ku cuba perbaiki lagi...
tq alll |
|
|
|
|
|
|
jajadanial02 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|