|
R Azmi dilahirkan di Kuala Kangsar pada tahun 1923 dengan nama Raja Azmi Raja Ambiah, Beliau dikatakan disisihkan oleh kerabat istana Perak kerana memilih untuk membabitkan diri dalam bidang seni.Lebih kerakyatan, dan berdarah seni. R digunakan utk mendekati golongan rakyat pd zaman dulu yg begitu mengagungkan R dan takut ketulahan.
Selepas disisihkan, beliau membawa diri ke Singapura dan diterima bekerja di MFP Studio, Jalan Ampas sebagai penyanyi latar dan pelakon pembantu.
Pada zaman kegemilangan filem Melayu pada tahun 50-an, beliau dianggap pesaing hebat dengan P Ramlee.Pernah dr Klang ke Melaka utk buat persembahan dgn berbasikal
Mulai awal tahun 1960-an, namanya mula tenggelam. R Azmi terpaksa menyara kehidupannya menyanyi di funfair, itupun sambutannya tidaklah seberapa. Jika kalian mendengar lagunya iaitu Nasib Penyanyi, ia menggambarkan kehidupan sebenar beliau. Filem Jimi Asmara lakonan Allahyarham Hani Mohsin juga melengkapkan gambaran itu.
R Azmi meninggal dunia pada tahun 1974 akibat penyakit asma pada usia 51 tahun di rumah seorang guru besar di Klang, Selangor.
Hidupnya di saat akhir amatlah melarat kerana tiada anak isteri atau saudara mara di sisinya. Tambahan pula, pembabitannya di bidang seni tidak memungkinkan beliau mengumpul harta di hari tua, hinggakan beliau terpaksa menumpang teduh di rumah orang hanya untuk menemui ajal.
Selain lagu Memikat Hati, lagu popular lain daripada R Azmi ialah Si Cantik Manis, Hati Rindu, Terimalah Salamku, Putih Kuning, Kalau Ke Singapura, Ingin Ku Berjumpa, Helo Helo Sayang, Senyuman Yang Manis, Di Bawah Bulan Purnama (duet dengan Rokiah Wanda), Renungan Di Senjakala, Hatiku Kecewa, Mata Keranjang, Nasib Penyanyi, Bercerai Kasih, Kerana Mata, Hore Hore Samba, Pak Hitam, Rindu Kalbu dan Kalau Sudah Tergoda.
Profil R Azmi
Nama Sebenar: Raja Azmi Raja Ambiah
Lahir: 1923
Asal: Kuala Kangsar, Perak
Tahun Meninggal Dunia: 1974
Kerjaya: Penyanyi/Pencipta Lagu
Antara Lagu Popularnya: Memikat Hati, Dari Kerana Mata, Si Cantik Manis, Hore Hore Samba dan Di Bawah Bulan Purnama.
Lagu MEMIKAT HATI
Pakai baju kancinglah suasa
Pakai mari Baba-lah Melaka
Biar saya rosaklah binasa
Kerana dia tidak mengapa
Dari mana mahulah ke mana
Sayang Che' Mamat menjual padi
Dari mana mahulah ke mana
Sayang Che' Mamat menjual padi
Cantiklah pun tidak sebagailah mana
Sudah tersemat di dalam hati
Pakai baju kancinglah suasa
Pakai mari Baba-lah Melaka
Biar saya rosaklah binasa
Kerana dia tidak mengapa
Pucuk pauh di atas batu
Anak sembilang di tapak tangan
Pucuk pauh di atas batu
Anak sembilang di tapak tangan
Sungguhlah pun jauh di negeri satu
Hilang di mata di hati jangan
Pakai baju kancinglah suasa
Pakai mari Baba-lah Melaka
Biar saya rosaklah binasa
Kerana dia tidak mengapa
Lagu/Nyanyian: R Azmi
credit kepada encik Ghaz,KL
Dipetik dari www.hamlau.com
sumber ---- http://profile.myspace.com/index ... ;friendID=118055403 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
R Azmi tiada waris kah ? sebagai mana P ramli dan lain-lain artis veteren |
|
|
|
|
|
|
ikankiut This user has been deleted
|
first time baca kisah ini. arwah tidak berkahwin ke dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
arwah takde isteri.. takde anak.. takde harta..
yg dia ade.. hanya lagu, dimana lagu nyer aku suke dengor...
saper ade mp3 lagu-lagu dia yerk..?
aku hanya ade beberapa lagu ajer..
dulu ade kaset lagu r azmi.. yg dinyayikan oleh anuar b
tapi kaset itu sudah disonglap oleh kawan aku... cet... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 muor76's post
muor tk sangka ko layan gaks..r azmi nih.
aku minat die nih gaks.
lagu die menarik ler. |
|
|
|
|
|
|
|
huihh....old skool giler nih...layaannn... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by carrim7 at 31-12-2006 10:53 AM
muor tk sangka ko layan gaks..r azmi nih.
aku minat die nih gaks.
lagu die menarik ler.
aku memang suker yg old skool..
memang lagu dia seronot gak dengor.. |
|
|
|
|
|
|
|
kekdg layan gak lagu klasik...nak2 lagu2 kat klasik FM...:music: |
|
|
|
|
|
|
|
radio irama melayu asli rimaaaaaaaaaaaaa fm ehehheheheheheh dulu ler sebelum tukaq nama |
|
|
|
|
|
|
|
ff: ff:
mati2 sya ingat R AZMI ni pelawak.
confused.... baru ingat "KANCING SUASA" tu...
Hmmm...pelawak tu R JAAFAR.... |
|
|
|
|
|
|
Tom_Jones This user has been deleted
|
Ada tak yang nak jual LP R. Azmi? Aku nak beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Tom_Jones at 10-1-2007 04:33 PM
Ada tak yang nak jual LP R. Azmi? Aku nak beli.
kalo keset lagu dia. aku ade jumpe ler.. dinyanyikan balik oleh anuar b |
|
|
|
|
|
|
|
posting nyonya_mansur @ Kg IG
R azmi ni memang legend kan. Idola sudirman hj arshad. Mak aku selalu citer pasal dia. memang dia hidup dalam kedaifan demi minat dia pada seni. Mak aku pernah citer dia ni dah last last tu nyanyi kat funfair je dan bila hujan turun dia tidur bawah atap zinc tanpa dindingpun. Satu lagi mak aku penah citer dia ni suka sangat sambal belacan atau apa2 dan sanggup pergi menumbuk sambal sendiri untuk makan dengan nasi
Masa dulu golongan kerabat (kerabat yang kuat) ni memang lah tak digalakkan bercampur dengan rakyat biasa, apalagi nak masuk dunia seni. Mereka banyak bercampur dan anak2 mereka bermain dengan golongan yang sama saja. Berkahwin dengan rakyat biasa juga amat amat tak digalakkan. Sebab tu masa tu banyak yang kawen dengan sepupu dan saudara mara sendiri saja. Cuma baru sekarang keadaan berubah dan banyak yang kawen dengan orang biasa.
tapi selepas tu memang ada kerabat perak yang terbabit dalam seni secara mainstream spt raja kobat. dia cipta lagu dan buat lirik. sotan deris lak main suker2.
ada sorang kerabat yang rumah dia di belakang istana chandan tu lak mengajar muzik di MCKK. |
|
|
|
|
|
|
| |
|