|
Paus 24 meter cedera terdampar di Pulau Gaya
15-12-2006
KOTA KINABALU: Seekor paus sepanjang 24 meter yang cedera terdampar di perairan cetek di Lok Ukong, Pulau Gaya dekat sini hari ini.
Kesan kecederaan kelihatan pada ekor dan beberapa bahagian badannya yang mungkin menyebabkan mamalia itu agak keliru sambil menahan kesakitan ketika terdampar di pantai.
Kejadian itu menarik perhatian penduduk tempatan dan juga agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta pengusaha pelancongan pagi ini.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Karim Bujang berkata orang kampung, anggota polis marin, pekerja Taman-taman Sabah, kastam dan sebuah syarikat pengusaha sukan air bertungkus-lumus sejak awal pagi untuk menyelamatkan paus itu.
Usaha membawanya kembali ke air dalam hanya dilaporkan berhasil sekitar jam lapan malam ini apabila air laut mula pasang.
Karim berkata kehadiran paus itu dikesan semalam oleh renjer dari Taman Marin Tunku Abdul Rahman di Lok Ukong.
Bagaimanapun, nasib mamalia itu seterusnya sukar diramalkan.
"Tidak dapat dipastikan sama ada ia dapat berenang kembali ke tempat asalnya melihat pada kecederaannya," kata Karim. BERNAMA
[ Last edited by dexa at 26-1-2009 08:33 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Paus terdampar di Pulau Gaya
Oleh: SHARILFUDDIN SAARI
PENDUDUK Kampung Lok Urai bertungkus-lumus menyelamatkan
ikan paus jenis Bryde yang terdampar di Pulau Gaya, Sabah semalam.
KOTA KINABALU 15 Dis. |
|
|
|
|
|
|
|
power aaaa...nasib baik dpt diselamatkn...
org yg selamatkn tu mesti dpt pengalaman yg tak dpt dilupakan...bkn senang nk pegang ikan paus...:tq:
ikan paus nie salah satu Protected animal under Sabah nye Goverment...
tgk dlm list kat link bawah nie...
http://www.iczm.sabah.gov.my/Rep ... 4%20-%20Ecology.htm
[ Last edited by don_chinozie at 16-12-2006 10:50 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Wowww....: Dasyatnye laa..sian ikan paus tu..
Caya lahh ngan penyelamat2 tu sume:tq:
Tabikkk:hatdown: seb baik sempat diselamatkan yeq! |
|
|
|
|
|
|
|
Usaha selamatkan ikan paus dipuji
Oleh SHARILFUDDIN SAAR
KOTA KINABALU 16 Dis. |
|
|
|
|
|
|
|
Paus diselamatkan akhirnya mati
Oleh Sharilfuddin Saari
SEKUMPULAN penduduk melihat bangkai paus yang mati
semalam selepas ditemui terdampar berhampiran Kampung
Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah, tiga hari lalu.
KOTA KINABALU 17 Dis. |
|
|
|
|
|
|
agelgold This user has been deleted
|
mati dah ikan ni. tapi, memang la. kalau ikan paus tersadai kat pantai tu, maknanya dia memang nak mati. sonar system punya lah bagus, tak kan dia free-2 je nak sesat sampai tempat cetek. sedih lak rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
GPS si paus dah rosak kot....atau pun mase die dah sampai...sian die:cry: |
|
|
|
|
|
|
|
Alahaii mati dahh...siannya...mmg dah sampai ajalnye kott.. |
|
|
|
|
|
|
|
shiannn ngan paus ni .. so, mcm mana depa settle kan paus ni ? campak blk dlm lautan ke ? ade dengar jiran ckp , kalau mamalia kena tanam .. entah la :stp::stp: |
|
|
|
|
|
|
|
diorang nak preserve tulang dia letak dalam museum |
|
|
|
|
|
|
|
bes0rnyer...... |
|
|
|
|
|
|
|
memang dah nyawa dia nak diambil.. selamat mcm mana pun kalau tuhan kata mati, matilah.. sedih juga tgk ikan paus ni mati.. dah la hampir pupus... gigi paus pulau gaya nie ada di simpan oleh tuk guru aku di gurun kedah... dia dapat dari org sana. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi pasal paus!!
Yu paus dua tan masuk pukat nelayan
PENDUDUK melihat bangkai yu paus yang masuk pukat nelayan di Georgetown, semalam.
|
GEORGETOWN: Seekor ikan yu paus spesies 'Rhincodon Typus' seberat dua tan dan sepanjang tujuh meter, ditemui tersangkut di jaring nelayan di perairan Pulau Kendi, semalam.
Ikan yu itu yang masih hidup ketika tersangkut di jaring kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Kendi, pada jam 3 pagi, bagaimanapun mati ketika ditarik dengan bot ke Teluk Bahang.
Berita haiwan itu berjaya didaratkan di Teluk Bahang tersebar menarik perhatian ratusan penduduk tempatan.
Ikan berwarna hitam yang berbintik putih mengalami kecederaan di muncung dan badan dipercayai terkena kipas bot.
Ikan yu spesies itu selalunya ditemui di kawasan laut yang bersuhu panas di seluruh dunia. Yu paus dewasa boleh mencapai panjang antara 12 meter hingga 20 meter.
Spesies itu adalah antara ikan terpanjang di dunia dengan mempunyai kepala yang lebar.
Sementara itu, seorang nelayan, Keh Chai Yang, 52, berkata dia bersama tiga rakannya pada mulanya tidak mengetahui apa yang ter-sangkut di jaringnya, terkejut apabila mendapati seekor ikan yang besar dan tidak pernah ditemui sepanjang 30 tahun menjadi nelayan.
Selepas menarik ikan itu dengan bot selama dua jam ke Teluk Bahang, haiwan itu kemudian ditarik ke darat dengan bantuan penduduk tempatan.
"Ketika ditemui ikan itu masih hidup tetapi mati apabila tiba ke pantai," katanya yang menyerahkan ikan berkenaan kepada Jabatan Perikanan Negeri. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak paus terdampar di pantai Batu Burok
ORANG ramai cuba menyelamatkan anak ikan paus yang
ditemui terdampar di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu semalam.
TERDAMPAR. Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu gempar malam tadi dengan penemuan seekor anak ikan paus yang terdampar di pantai itu.
Seorang gadis, Nurul Amelia Khairudin, 15, yang menemui anak ikan paus itu pada pukul 8.30 malam pada mula menyangkanya mayat manusia.
Sebaik sahaja penemuan itu diketahui umum, pantai menjadi riuh-rendah dengan orang ramai yang cuba menolak anak ikan paus itu ke laut dalam tempoh dua jam tetapi usaha itu gagal kerana ombak kuat.
Anak ikan itu akhirnya mati pada pukul 10.30 malam. Seorang kakitangan Jabatan Perikanan memberitahu, ikan itu cedera di bahagian sirip dipercayai tersangkut pada jaring milik nelayan.
**************************************************************************
kesian pulak anak whale ni... tersangkut jaring langsung
bawa maut -- |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan paus terdampar spesies Kogia Previceps
21/01/2009 2:04pm
KUALA TERENGGANU 21 Jan — Ikan paus biru yang ditemui terdampar di pantai Batu Buruk malam tadi adalah dari spesies Kogia Previceps yang semakin jarang ditemui di perairan negara, kata Pengarah Perikanan Terengganu Munir Mohd Nawi.
Beliau berkata berdasarkan pemerhatian visual, paus betina sepanjang 3.14 meter dan dianggarkan seberat 150 kilogram itu mengalami kecederaan fizikal yang agak serius dengan kesan calar di bahagian bawah badan serta tepi sirip pektoralnya.
“Semasa terdampar di pantai itu kira-kira pukul 9.30 malam tadi, ikan paus yang boleh mencapai saiz matang sehingga 3.3 meter panjang itu masih hidup, namun ia mati kira-kira sejam kemudian,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Munir berkata bangkai ikan paus itu akan diawet dan disimpan di galeri perikanan di Dungun untuk kajian kepada pelajar selain sebagai pameran.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam tadi orang ramai yang mengunjungi Pantai Batu Buruk gempar apabila menemui seekor ikan paus terdampar di pantai berkenaan.
Mereka cuba menyelamatkan ikan itu dengan mengheretnya ke air, bagaimanapun pukulan ombak kuat menyebabkan ikan itu terdampar semula ke pantai dan mati kira-kira sejam kemudian. — Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|