CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 23513|Reply: 46

HUkum bergunting rambut: tukang gunting org bukan Islam?

[Copy link]
Post time 28-12-2006 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Sya nak tanya pd sesiapa yg tahu,,,
bolehkah org Islam bergunting rambut di kedai  yg tukang guntungnya bukan org Islam... Mostly cina & India bukan Islam....?

Plz help, kerana sya pernah diberitahu rambut org Islam yg dipotong oleh org kafir hukumnya haram, sya kurang pasti samada betul atau tidak.

terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2006 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by Naru at 12/27/06 09:27 PM
Plz help, kerana sya pernah diberitahu rambut org Islam yg dipotong oleh org kafir hukumnya haram, sya kurang pasti samada betul atau tidak.


i'm not an expert in agama, but I have never heard of that. And I don't see any reason why it should be true. I mean, why can't we get service from non-Muslims right? If that's haram I guess we can't have non-Muslim doctors, mechanics etc. So, as far as I know, it is not haram.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 01:53 PM | Show all posts
kalau perempuan, rambut adalah aurat utk dilihat oleh non-muslim walaupun perempuan.
jadi, hukumnya haram pasal mendedahkan aurat kepada non-muslim.

yg tukang tanya ni lelaki ke perempuan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 01:53 PM | Show all posts
kalau org perempuan, memanglah x boleh. Sebab, nampak aurat
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 02:25 PM | Show all posts
Originally posted by orang_awam at 28-12-2006 01:53 PM
kalau perempuan, rambut adalah aurat utk dilihat oleh non-muslim walaupun perempuan.
jadi, hukumnya haram pasal mendedahkan aurat kepada non-muslim.

yg tukang tanya ni lelaki ke perempuan?


iye ke? biar betul. Boleh bagi bukti?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 03:06 PM | Show all posts
Firman Allah swt,
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
( An Nur: 31 )
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-12-2006 05:52 PM | Show all posts
pertanyaan saya umum utk lelaki & perempuan Islam... terma kasih
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 10:24 PM | Show all posts
Macam macam le kaum mukmin....Kalau begitu yang dahulu selama berpuluh2 tahun kena gunting dengan bukan Islam kenalah tukar kepala supaya dapat kepala  baru dengan rambut baru dan lebih2 lagi basuh dengan najis supaya di halalkan. Macam mana dengan penyakit2 Muslim yang telah pun dirawat oleh doktor2 atau pakar bukan Islam dan nyawa mereka diselamatkan? Huh! Senang aja bunuh diri supaya dapat hidup baru kemudian jumpa tabib Muslim. Hah!...Hah!....Hah!....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2006 10:29 PM | Show all posts
Originally posted by barney50 at 28-12-2006 10:24 PM
Macam macam le kaum mukmin....Kalau begitu yang dahulu selama berpuluh2 tahun kena gunting dengan bukan Islam kenalah tukar kepala supaya dapat kepala  baru dengan rambut baru dan lebih2 lagi basuh ...


ni jenis yg x paham hukum Islam...
dah laa x paham..buat2 paham pulak...pastu jadikan modal utk menyindir...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2006 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by barney50 at 28-12-2006 10:24 PM
Macam macam le kaum mukmin....Kalau begitu yang dahulu selama berpuluh2 tahun kena gunting dengan bukan Islam kenalah tukar kepala supaya dapat kepala  baru dengan rambut baru dan lebih2 lagi basuh ...


plz, sya serius hendak bertanya & mau tau (bukan suka2)... jgn main2 & persendakan...

perihal doktor bukan org Islam yg merawat pesakit - itu setahu sya tidak menjadi masalah & dibolehkan kerana ia melibatkan kesihatan & nyawa.  begitu juga dgn org2 kafir yg membuat peralatan  - itu rasanya dibolehkan; pembinaan masjid umpamanya.

& plz, fahami permasalahan sya: sya bertanya pasal rambut yg dipotong oleh org bukan Islam kerana rata2 kedai gunting ramai yg dimonopoli oleh tukang gunting bukan org Islam.

Berdasarkan hujah di atas yg cukup dgn bukti, sya setuju perempuan Islam tidak boleh (haram) mendapatkan perkhidmatan di saloon berkenaan (bukan org Islam).

So, pertanyaan sya seterusnya:  adakah tidak menjadi kesalahan bergunting/memotong rambut di saloon (tukang gunting) bukan org Islam bagi lelaki Muslim?

terma kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by barney50 at 28-12-2006 10:24 PM
Macam macam le kaum mukmin....Kalau begitu yang dahulu selama berpuluh2 tahun kena gunting dengan bukan Islam kenalah tukar kepala supaya dapat kepala  baru dengan rambut baru dan lebih2 lagi basuh ...

its not najis la shallow minded barney. its haram to reveal ur hair aka aurat (for ladies only). no such thing as tukar kepala. think on ur feet.. but dont think using ur feet kay.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by barney50 at 28-12-2006 10:24 PM
Macam macam le kaum mukmin....Kalau begitu yang dahulu selama berpuluh2 tahun kena gunting dengan bukan Islam kenalah tukar kepala supaya dapat kepala  baru dengan rambut baru dan lebih2 lagi basuh ...



dun jump into conclusion if u DUN KNOW ISLAM...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 12:38 PM | Show all posts
Lelaki bukan Islam memotong rambut lelaki Islam

Setakat ini saya tak menjumpai sebarang pendapat mengharamkannya.. sebaik-baiknya rambut yg telah digunting atau kuku yg dipotong ditanam, tapi ia tak lah seperti jenazah orang islam, yg perlu diurus, dimandi, dikapan dan disembahyangkan oleh orang islam sahaja

Aurat Sesama Wanita

terdapat perbezaan pendapat tentang maksud perkataan "Nisa'ihinna" dalam surah an-Nur ayat 31.

1. Muslimah sahaja
2. Semua wanita tak kira muslimah atau kafir
3. Wanita yg dekat dengannya, sama ada muslimah atau kafir, seperti mak, adik, kakak, sedara mara yg dekat, etc

terjemahan al-Quran bahasa Melayu biasanya menterjemahkan "Nisa'ihinna" sebagai "perempuan2 Islam", yg sebenarnya kurang tepat, kerana "Nisa'ihinna" bermaksud "perempuan2 mereka", manakala "perempuan2 Islam" sepatutnya diletakkan dalam kurungan atau footnote. manakala terjemahan bahasa Inggeris biasanya hanya menyebut "their women" sesuai dgn makna asal "Nisa'ihinna".
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 02:34 PM | Show all posts
Originally posted by barney50 at 28-12-2006 10:24 PM
Macam macam le kaum mukmin....Kalau begitu yang dahulu selama berpuluh2 tahun kena gunting dengan bukan Islam kenalah tukar kepala supaya dapat kepala  baru dengan rambut baru dan lebih2 lagi basuh ...


Yang dah lepas tu nak buat macam mana, dah tahu eloklah kita elakkan.  Lagi pun dah ramai tukang gunting islam sekarang.

Tentang aurat ketika perubatan ada caranya juga.  Macam kalau kita jumpa doktor lelaki bagi perempuan diharuskan.  Doktor berkenaan boleh tengok ditempat yang sakit sahaja.  Bolehlah rujuk kepada orang yang lebih tahu tentang hal ini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 02:39 PM | Show all posts
Originally posted by Naru at 28-12-2006 10:48 PM


plz, sya serius hendak bertanya & mau tau (bukan suka2)... jgn main2 & persendakan...

perihal doktor bukan org Islam yg merawat pesakit - itu setahu sya tidak menjadi masalah &  ...


"......So, pertanyaan sya seterusnya:  adakah tidak menjadi kesalahan bergunting/memotong rambut di saloon (tukang gunting) bukan org Islam bagi lelaki Muslim"..

Aurat lelaki dari pusat ke lutut.  Kalau berasaskan itu, rasanya tak ada masalahlah lelaki muslim bergunting dengan lelaki tak muslim (jangan dengan pengunting rambut perempuan non muslim, dah haram pulak bersentuhan).  Tapi untuk memuaskan hati baik naru tanya orang-orang yang tahu.

[ Last edited by  haniman at 29-12-2006 02:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 02:46 PM | Show all posts
Originally posted by barney50 at 28-12-2006 10:24 PM
Macam macam le kaum mukmin....Kalau begitu yang dahulu selama berpuluh2 tahun kena gunting dengan bukan Islam kenalah tukar kepala supaya dapat kepala  baru dengan rambut baru dan lebih2 lagi basuh ...


Barney.  Islam ni bukan ugama yang rigid.  Sesuatu hukum yang dibuat ada jalan penyelesaian dan jalan keluarnya.  Sebab itu orang muslim sentiasa mencari dari masa ke masa jika ada sesuatu yang diragukan.  Sesuatu yang dilakukan oleh seseorang muslim yang dia tidak tahu itu satu kesalahan, Allah akan maafkan dia.  Tapi bila dia dah tahu yang perbuatannya tu salah disisi agama islam, dia kena tinggalkan, jika dia buat juga setelah dia tahu hukumnya barulah dia berdosa.

Jadi mana yang tidak ada kena mengenai dengan barney dan kalau rasa tidak memberi apa-apa faedah kepada barney tak usahlah menyampok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2006 05:58 PM | Show all posts
Seharusnya carilah tukang gunting rambut yg sejantina dgn kita. Kaum Muslim lelaki lbh ramai yg menggunting rambut mereka di kedai2 gunting mamak, yg mana tukang gunting rambut adalah lelaki berketurunan India. Saya tak nampak sebarang masalah di sini.

Samalah seperti kaum wanita yg mengunjungi salon kecantikan yg rata2nya tukang gunting rambut adalah wanita.

Tapi masalahnya, adal lelaki Muslim mengunjungi salon UNISEX utk mendapatkan khidmat menggunting rambut dari amoi2 yg kita sedia maklum berpakaian seksi bagi nak rak ... sambil rambut digunting serta misai & janggut dicukaur, maka dptlah mencuci mata melihat kemontokan aurat amoi yg terdedah, disamping merasa keenakan sentuhan jari-jemari amoi2 ini mencuci kepala & rambut serta sedikit urutan di tengkuk & belakang bahu setelah menggunting rambut selesai.

Di kedai gunting mamak servis urut tengkuk & bahu mmg ada setelah gunting rambut, tapi yelah, mamak yg urut bukannya amoi.

Turun ke salon bagi kaum lelaki Muslim byk didorong faktor nafsu ....

Wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2006 07:12 PM | Show all posts

Orang_awam, carpet, Parada, Palong, Haniman, Robotech

terima kasih atas penjelasan kalian, very helpfull....
tu lah rasanya tak salah sya bertanya; & insyallah dgn pertanyaan/kemuskyilan sya ini secara tdk langsung memberi sedikit pengetahuan kp saudara2 seIslam kita yg lain (yg membaca thread/post ini)... May Allah bless u all...

bagi yg merasakan pertanyaan ini remeh temeh, sy minta maaf.... itu terpulanglah kp persepsi atau pendapat memasing, nawaitu sya ikhlas nak bertanya...

1x g sya ucapkan terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 10:25 PM | Show all posts
ade orang yg tak paham pasal islam tapi nak buat buat paham plak kat dalam nih....... camna citer nih ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 10:27 PM | Show all posts
orang pompuan muslim auratnya ngan pompuan kafir sama cam batasnya ngan lelaki yg sah kawin ngan dia ........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.215182 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list