|
SEPI SEORANG PERINDU
Sayangku, sebagaimana kau hadir dalam hidup ku secara misteri , begitu juga dikau menghilangkan diri.
Sehingga kini, genaplah lima tahun berlalu.
Hatiku begitu sayu dan hiba setiap kali mengingati mu. Kehilangan mu sehingga saat ini masih lagi di rasai.
Sepanjang tempoh ku mengenali mu, telah banyak ranjau liku peristiwa tragis yang berlaku ke atas diri mu.
Ujian demi ujian dilalui, bagai bukan seperti insan lain.
Kau kehilangan ramai orang kesayangan dalam tempuh dekat silih berganti.
Kau kehilangan sahabat karib, yang amat tragis pemergiannya.
Kau kehilangan bonda kesayangan yang menjadi penyuluh hidup mu selama ini.
Kemudian kau kehilangan pula sikecil molek anak perempuan mu dengan begitu tragis sekali.
Tahun berikutnya pula, kau kehilangan satu-satunya waris mu yang ada, anak lelaki mu dalam peristiwa tragis juga.
Kesemua insiden tragis ini telah membawa dikau pergi dari ku selama-lamanya.
Dan kini, aku juga seperti mu, telah kehilangan orang yang disayangi
banyak ranjau yang dilalui hanya seorang diri
senantiasa dalam kerinduan, menanti yang tak akan kembali. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
BeruangKutub This user has been deleted
|
saya budak baru. nak tanyer, nak tulis sajak kt sini cam tajuk kt atas boleh ke? nak sambung/ jawab sajak tu boley ke? atau kt sini org yg bukak thread je yg boley post kt thread masing2. time kasih. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|