View: 2462|Reply: 3
|
KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD
[Copy link]
|
|
Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.akatanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba RasulullahS.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun keranamenghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk kedalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlahberdiri, wahai Ummul Mukminin. "Maka Rasulullah S.A.W duduk sambilmeletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Makaaku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih.Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akanmeninggalkan dunia ini sebelum aku seperti satu umat yang ditinggalkan olehnyanabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitispada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya serayabertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai UmmulMukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya,"Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkanwahai Rasulullah!"
RasulullahS.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidakada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di manaanak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata,"Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhaianak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi:"Itu juga termasuk yang hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebatdaripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebatdaripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah keatasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan parakekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengansegala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakahlagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah danRasul-Nya sahaja yang lebih tahu."
Makabersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebatkeadaan mayat ialah ketika orang yang akan memandikan masuk ke rumahnya untukmemandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan iamelepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, samamelepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu rohnya datang dan ia melihatjasadnya dalam keadaan telanjang dan dengan suara yang seluruh makhlukmendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh,"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlahpakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitansakaratul maut. "Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat,"Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram airdalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhkuterbakar dari sebab lepasnya roh,"Dan jika mereka memandikan, maka berkataroh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosoktubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."
Apabilatelah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat keduatelapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yangmemandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku supaya akudapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalahpenglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan darimereka dan aku tidaka kan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah,maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telahmeninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya padahari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yangkucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."
Apabilamayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah,wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suaraahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hariperpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."
[ Last edited by waterboy at 18-1-2007 11:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 waterboy's post
kalo dah ada thread mcm diatas merge ok...waterboy takut tak perasan |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih atas info ini..keinsafan membaca membuatkan aku teringat pada arwah bapaku..Al-fatihah:lebai: |
|
|
|
|
|
|
|
sedih membaca kisah nie, terbit rasa keinsafan dari hari aku ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|