|
Terkenang Bah Merah
Oleh Mona Ahmad
Hujan tanpa henti selama 10 mengakibatkan banjir besar di Kelantan
GELOMBANG banjir besar yang melanda Johor ketika ini memang tidak terduga kerana bencana itu sering dikaitkan dengan negeri Pantai Timur terutama ketika musim tengkujuh.
![](http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/21bah.jpg)
Namun, penderitaan dan kesukaran dialami orang Johor membuatkan penduduk Kelantan terkenang kembali pahit getir menghadapi banjir besar yang pernah melanda negeri itu beberapa kali sebelum ini.
Hujan tanpa henti selama 10 hari pada 1926, mengakibatkan banjir besar atau lebih dikenali sebagai Bah Merah di kalangan penduduk Kelantan kerana turut meragut nyawa, memusnahkan tanaman dan rumah penduduk.
Kira-kira 40 tahun kemudian di penghujung 1967, satu lagi banjir besar atau Bah Merah melanda negeri Cik Siti Wan Kembang ini dan meragut 38 nyawa dan kira-kira 537,000 atau 84 peratus penduduknya turut terjejas.
![](http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/21bah2.jpg)
PEGAWAI British (dari kiri)
Mr Ferrier, Dr Tailor, Mr Kemp
dan Mr Worham berdepan banjir
besar di Kota Bharu
pada 1927.
Mengikut penduduk setempat nama Bah Merah diberikan berikutan banjir yang luar biasa ini airnya berwarna kemerah-merahan kerana lumpur daripada bahagian hulu negeri ini.
Seorang warga emas, Yahya Hassan, 90, yang masih tidak dapat melupakan kejadian banjir besar pada 1926 menceritakan warna banjir bertukar daripada warna teh susu kepada merah kerana dipercayai ada bukit di bahagian hulu sungai runtuh dan mengakibatkan banjir lumpur.
Beliau yang berasal dari Kampung Sireh, di sini, berkata, disebabkan hujan tanpa henti itu, kebanyakan tanaman penduduk kampung termasuk sireh turut musnah.
"Bayangkan di Bulatan Kijang (Jalan Hamzah), air naik hingga paras lutut. Tempat itu dikira agak tinggi daripada tebing sungai. Masa itu, kawasan Masjid Jamek Muhammadi juga air terlalu deras sehingga melepasi kepala manusia.
"Kelantan ini, kalau dikira hampir setiap tahun air naik tetapi tidaklah begitu teruk seperti pada 1927 dan 1967. Pada masa itu, pakcik masih ingat memotong empat tin minyak tanah dan disambungkan dengan paku untuk dijadikan perahu.
"Masa itu masih kanak-kanak, memang seronok menaiki perahu daripada tin itu mengelilingi kampung. Tidak takut pun dihanyutkan air deras," katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Kubur Kuda, di sini, semalam.
Bah Merah pada kedua-dua tahun itu turut merosakkan masjid tertua di Asia Tenggara, Masjid Kampung Laut yang mengakibatkan serambi serta beberapa bahagian masjid termasuk tiang dihanyutkan ke sungai.
Ketika banjir besar itu, imam tua Masjid Pasir Pekan ketika itu, Allahyarham Wan Ahmad Wan Abdullah dikatakan terlihat mimbar masjid hampir dihanyutkan arus.
Beliau dan beberapa orang lain berjaya menyelamatkannya dan mimbar itu
dibawa pulang ke Masjid Pasir Pekan, Tumpat dan digunakan hingga sekarang.
Pesara Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ibrahim Affandi Ahmad, 77, tidak dapat melupakan kejadian Bah Merah pada 1967 kerana kehilangan dua rakan sekerja.
"Apabila air naik di Bukit Panau, Tanah Merah, kereta api tidak boleh beroperasi. Lima rakan sekerja, semuanya pemandu kereta api menaiki bot dari Kuala Krai untuk ke rumah masing-masing di kuarters Tumpat.
"Setiba di Jambatan Sultan Yahya Petra, bot itu terbalik akibat terlanggar tiang jambatan dan semua penumpangnya hanyut.
"Dua dari lima rakan pakcik, Hassan Laut dan Muhamad Yatim meninggal dunia dan mayat mereka dijumpai keesokan harinya, masing-masing di Kampung Laut, Tumpat dan Kedai Buluh, Pantai Cahaya Bulan. Tiga lagi pandai berenang dan selamat," katanya yang ketika itu tinggal di kuaters kakitangan KTMB Tumpat.
Bagi ratusan penghuni rumah rakit pula di sepanjang Sungai Kelantan, pengalaman menghadapi Bah Merah pada 1967 paling mencemaskan kerana berdepan dengan arus deras, ribut dan angin kencang.
Surirumah, Mek Som Ali, 68, berkata dia masih ingat arwah ibunya, Wan Mah, hampir setiap masa mengingatkannya supaya tidak keluar dari rumah kerana khuatir dihanyutkan air deras.
"Makcik masih ingat, arwah ibu sering pesan, jangan keluar rumah nanti jatuh dan mati. Memanglah, ketika itu, arus sungai terlalu deras sehingga berombak-ombak seperti di tengah laut.
"Orang dulu lain, kita sudah siap sedia setiap kali musim tengkujuh, bekalan makanan seperti beras sudah disimpan awal-awal. Jadi, tiada masalah.
"Bagi penghuni rumah rakit ini tiada masalah kerana rumah kami akan turut naik mengikut pergerakan air kerana diikat dengan buluh di bahagian bawah dan diikat dengan empat tali besar di pokok yang ada di tebing sungai," katanya, di sini.
Mek Som berkata, jiran yang tinggal di tebing sungai, ada yang terpaksa menumpang di rumah saudara mara kerana ketika itu tiada pusat pemindahan banjir seperti sekarang.
Pada 2004, banjir besar turut melanda Kelantan dengan menyaksikan seluruh bandar Kota Bharu dan beberapa jajahan termasuk Gua Musang dan Kuala Krai dinaiki air setinggi lebih dua meter.
Banjir itu turut meragut 12 nyawa dan 11,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan yang disediakan kerajaan.
Rentetan kejadian bah besar yang kerap melanda itu menyebabkan bencana banjir musim tengkujuh sering dikaitkan dengan Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Banjir besar berulang
Oleh Mona Ahmad dan Nasron Sira Rahim
MUNGKINKAH terdapat pola keberulangan dalam kejadian banjir besar yang teruk melanda negara ini khususnya di Johor kebelakangan ini?
Itulah antara persoalan apabila meneliti sejarah bencana alam itu di negara ini dan terbaru apabila ia melanda Johor Bahru dan beberapa kawasan seluruh negara sehingga menyebabkan kerugian berjuta-juta.
Jika melihat kepada catatan sejarah, seolah-olah ada pola pusingan banjir pada setiap 40 tahun tetapi kajian lanjut perlu dilakukan untuk membuktikan sama ada kejadian banjir besar di Johor kali ini berkaitan dengan banjir pada 1926 dan 1967.
Bezanya, banjir 1926 dikatakan berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan yang dikenali masyarakat setempat sebagai 態ah Merah |
|
|
|
|
|
|
|
ff:
btul ke bah kat johor ni sebab ada masjid yg umur around 100 yrs kena roboh sbb nak buat tempat pelancongan?
jgn tembak aku dulu...aku tanya je. aku dgr pakcik aku citer...![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 mala0n's post
pastu ada orang citer gak
sumpahan sotan mahmud gay tuh berulang kembali |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat my late grandma cite.. air banjir masa 1926 tu naik setinggi pokok kelapa.. maklum lah masa tukan x de org nak mengukur so pokok kelapa jelah jadi ukuran betapa tinggi nyee air |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke... menarik cerita nie...![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sebuah artikel lama (Dec 2006)
Banjir besar 2007?
Oleh: HATA WAHARI (WARTAWAN UTUSAN)
PERANCANGAN bandar yang tidak bijak boleh mengakibatkan berlakunya banjir kilat di bandar-bandar besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Ari tu bah.. ni dgr kaba nak kemarau.. plk. mcm mcm |
|
|
|
|
|
|
|
Habibah Rahmat 'bayi banjir'
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0608/Kosmo/Rencana_Utama/ru_03.1.jpg)
Rumah Fatimah Leman dibawa arus deras bah besar 1971
ZAITUN memangku Habibah yang dilahirkan semasa bah besar.
"ANAK saya dinamakan Habibah Rahmat sebagai memori ingatan peristiwa banjir yang berlaku pada Januari 1971 ini yang tidak akan dilupakan selama-lamanya. Betul-betul bayi ini 'bayi banjir'."
Kata ibu muda, Zaitun Ambak, 58, mengimbau kembali detik anaknya yang seberat 1.6 kilogram itu dinamakan Habibah sempena dengan perkataan 'bah'. Ketika kejadian, umur Zaitun baru 21 tahun.
Mengimbas semula saat cemas melahirkan anaknya, Zaitun memberitahu, ketika itu hampir seluruh negara dilanda banjir besar. Tarikh 4 Januari 1971 tepat pukul 12 tengah malam menjadi saksi peristiwa yang menimpanya.
"Rumah saya terletak di Petaling Bahagia yang merupakan salah satu kawasan yang teruk dilanda banjir di Selangor.
"Waktu itu, paras air naik secara mendadak dan semua orang hanya sibuk menyelamatkan diri. Saya seorang diri meredah arus banjir untuk menyelamatkan diri," katanya.
Beliau kemudian dihantar ke Hospital Tentera di Kinrara, Puchong yang menjadi penempatan sementara mangsa banjir waktu itu.
MANGSA banjir memanjat bumbung bagi menyelamatkan diri setelah rumah mereka habis tenggelam.
Jelas ibu kepada tiga orang anak ini, suaminya, Rahmat Kiantan yang berasal dari Kuala Selangor pula bertungkus lumus menyelamatkan dua orang anaknya daripada menjadi mangsa amukan tragedi itu.
"Keadaan semakin genting, mujur ada bot tentera menyelamatkan saya. Namun perut saya semakin sakit untuk melahirkan anak yang dijadualkan akan dilahirkan hujung Januari.
"Syukur kerana saya selamat melahirkan Habibah di rumah tumpangan yang parasnya lebih tinggi," katanya.
Ujarnya, beliau berterima kasih kepada anggota penyelamat kerana menyelamatkannya kerana jika tidak beliau mungkin tidak dapat menikmati hidup lagi.
"Saya akan menetap di rumah ibu saudara sebelum suami membina rumah baru," katanya.
Fatimah Leman, 45, pula memberitahu, air matanya telah kering mengenangkan rumahnya yang tersadai di sebatang paip besar di pinggir Sungai Gombak dekat Jalan Kuching.
"Saya kehilangan 100 helai kain batik, segala perabot dan keperluan rumah, tiga buah mesin jahit yang baru dibeli serta wang sebanyak RM700.
"Saya pergi berniaga sejak pukul 5 pagi di Jalan Chow Kit. Namun apabila pulang semuanya musnah. Saya tidak menyangka akan menjadi perkara sebegini," katanya.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0608/Kosmo/Rencana_Utama/ru_03.3.jpg)
Banjir BESAR DI KUALA LUMPUR PADA TAHUN 1971. KELIHATAN BANGUNAN SUltan ABDUL SAMAD DITENGGELAMI AIR.
Beliau merupakan antara ribuan mangsa banjir Kampung Maxwell yang kini merupakan lebuh raya bersebelahan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sementara itu, terdapat seorang lelaki yang sedang mengumpulkan kain berlumpur yang masih boleh digunakan.
SUASANA di Pasar Besar Kota Bharu (sekarang Pasar Siti Khadijah) apabila ramai suri rumah keluar menaiki perahu ketika banjir.
"Jangan tangkap gambar saya. Ini bukan barang saya namun dalam keadaan banjir sebegini ramai yang akan melakukannya kerana terdesak," ujar lelaki itu.
Bagi Che Saadiah Abdul Hamid, peristiwa banjir itu bukan sahaja menjadi trauma bagi mereka tetapi menyebabkan punca rezeki terputus sementara.
"Saya bersyukur diselamatkan oleh pihak polis dan tentera daripada menjadi korban banjir. Kampung Datuk Keramat sering banjir namun tidak pernah seteruk begini," ujarnya.
Che Saadiah dan suaminya Jamal Aladdin merupakan antara 20 keluarga buta yang menetap di Kampung Datuk Keramat.
"Saya tahu air akan naik tetapi tidak sampai membahayakan beliau dan keluarga. Apabila keadaan semakin kritikal saya menyelamatkan diri dan suami saya menyelamatkan dua orang anak lain.
"Rumah saya hanyut dibawa arus banjir. Ke mana hala tuju kami selepas ini kerana rotan yang digunakan suaminya untuk membuat bakul sebagai punca rezeki telah ditelan air," katanya sambil menitis air mata.
Perdana Menteri Tun Abdul Razak mengisytiharkan Darurat Banjir Kebangsaan pada 5 Januari 1971 setelah hampir seluruh negara dilanda bencana alam itu.
Pengisytiharan ini dilakukan akibat seluruh negara ditenggelami air. Jumlah kematian akibat banjir sehingga tarikh pengisytiharan berjumlah 20 orang dan mereka yang dipindahkan berjumlah 95,000 orang.
Tragedi itu menyebabkan kerosakan harta benda, rumah, bangunan dan jambatan. Di Kuala Lumpur, kedai makanan diserbu orang ramai untuk membeli barang-barang makanan sebagai persiapan menghadapi bahaya lebih buruk.
Kuala Lumpur juga terputus hubungan dengan dunia luar dan pasaran saham terpaksa ditutup.
Beberapa tempat dilanda banjir termasuk Kampung Haji Abdullah Hukum, Kampung Baru, Semenyih, Kampung Arang Batu dan Penempatan Orang Asli Changkat Bintang di Hulu Selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
banjir besar di kelantan tahun 1926 moyang aku ckp org panggil bah air merah... |
|
|
|
|
|
|
|
jadi laut dah........... ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|