|
Assalamualaikum w.b.t
Siapakah Abu Hurairah yang sebenarnya? Adakah semua hadith yang diriwayatkannya sahih? Wsalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by illiyeen at 15-1-2007 09:18 PM
Assalamualaikum w.b.t
Siapakah Abu Hurairah yang sebenarnya? Adakah semua hadith yang diriwayatkannya sahih? Wsalam
bagaikan sebuah soalan golongan anti hadis........................ |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum w.b.t
Saya ingin meminta maaf kalau soalan saya ada yang menyinggung mana-mana pihak. Saya post soalan saya dalam board ni sebab saya harapkan jawapan daripada sesiapa yang arif tentang latar belakang tokoh ini dan hadith-hadith yang ditulisnya tak kiralah mazhab mana-mana pun. Saya teringin sangat tahu tentang tokoh ini dan jika semua hadith yang ditulisnya sahih, sebab saya ada terjumpa hadith2 yang menyebabkan saya tercuriga (bukan sengaja).
Jadi itu sajalah, saya harap dapat mengenali lebih dalam tentang Abu Hurairah yang paling banyak meriwayatkan hadith sebab tak banyak yang saya tahu pasal tokoh ini, sebab kat sekolah dulu pun kalau kita belajar tentang sahabat2 Rasulullah, memang tak ada dengar tentang Abu Hurairah, Tak tahulah saya kalau dalam syllabus sekarang dah masukkan biografi Abu Hurairah. Yang saya tahu, saya banyak dengar nama dia dalam meriwayatkan hadith2, selalunya kat tv. Sekali lagi saya meminta maaf, dan harap kita dapat membuka fikiran dan berbincang secara berkhidmah.
Wsalam
[ Last edited by illiyeen at 17-1-2007 04:08 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Abu Hurairah rahmatullah memang seorang sahabat nabi yang hebat. Antara semua sahabat, beliaulah pemegang rekod paling banyak meriwayatkan hadis. Menurut Abu Muhammad bin Hazm Abu Hurairah meriwayatkan sebanyak 5,374 buah hadis berbanding Abu Bakar 142 buah hadis(yang dimasukkan dalam Bukhari 22), Umar 537 hadis (yg dianggap sahih 50), Usman 146 (Bukhari memasukkan 9 hadis,Muslim 5) dan Ali 586 hadis (yg dianggap sahih 50).
Dengan hadis2 dari Abu Hurairah saja rasanya sudah mencukupi untuk menjadi landasan kepada satu mazhab khusus.....mazhab Abu Hurairah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Antaranya hadis2 tentang ketuhanan kot..yang banyak diriwayatkan oleh Abu Hurairah.
Abu Hurairah mengutip perkataan Rasulullah saw , "Allah swt menciptakan Adam dalam bentuk yang menyerupainya, yang panjangnya enam puluh kubit (1 kubit = 4356 cm 1722 inci)"
- Panjang maksimum 1 kubit ialah 21 inci. Berdasarkan inilah ada yang mendakwa bahawa Adam dan Allah ta'ala masin-masing tingginya 15 kaki.........Astaghfirullah!
|
|
|
|
|
|
|
|
sori ... kitab hadith mana tu? kalau buleh beri rujukan detail skit ... al maklumlah tak semua kat sini belajar ilmu hadith (termasuk yg menaip nih) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 kyas's post
Manusia hebat...masuk Islam 2 tahun lebih dan bersahabat dengan Rasulullah dah dapat mengeluarkan hadis sebanyak tu. Patut ler dapat gelaran tu...:music: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 Gravedigger's post
banyaknyer kaki..sampai 15???:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
ada sesapa check 5374 hadis tu ada yg sama tak? kalau beria sgt nak bercerita, elok disenaraikan dgn lengkap kitabnya, sanadnya dan matannya... kekadang hadis yg sama buleh dtg dari mcm2 jalan periwayatan...
nak pi KL dari Klang... boleh ikut NKVE... boleh ikut KESAS... boleh ikut Federal ... masuk puchong ikut LDP pun buleh... hah skrg, cilok ikut highway Guthrie pun boleh...
[ Last edited by kyas at 18-1-2007 05:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 kyas's post
Saya tak dapat nak cari hadith tersebut dan rujukannya sekarang sebab ada kerja kahwin yang hendak diuruskan, dan kemudian saya akan buat persiapan pulang ke tanah air. Harap maaf, sementara itu, saya harap mereka yang lebih arif tentang latar belakang abu hurairah bolehlah start dulu.
Saya tak berapa arif, sebab tu saya bertanya. Saya cuma ingat tentang Malaikat maut ditumbuk nabi Musa a.s (astaghfirullah al azim) sehingga terkeluar biji matanya kerana nabi Musa a.s. tak nak dicabut nyawanya dulu.... (sambungan please, full version and reference) . Terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by illiyeen at 19-1-2007 02:05 PM
Saya tak dapat nak cari hadith tersebut dan rujukannya sekarang sebab ada kerja kahwin yang hendak diuruskan, dan kemudian saya akan buat persiapan pulang ke tanah air. Harap maaf, sementara itu, ...
Berkenaan hadith Nabi Musa a.s. menampar malaikat maut telah diterangkan dlm banyak website. Sebaiknya jangan buat kesimpulan berdasarkan perasaan sendiri-sendiri.
Berikut saya paste kan sedikit penerangan.... (rujukan dari al-firdaus. http://www.al-firdaus.com/HadisMusykil/tajuk41.htm )
Sabda Rasulullah sallallahu 慳laihi wasallam:
Malaikat Maut diutus kepada Musa 慳laihi salam, ketika ia tiba, Musa menamparnya (sehingga terkeluar matanya)[1]. Maka ia kembali kepada Rabbnya (Allah) 慉zza wa Jalla seraya berkata: 揈ngkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak menghendaki kematian.擺/font]
Maka Allah mengembalikan matanya seraya berfirman: 揔embalilah dan berkatalah kepada dia agar dia meletakkan tangannya di atas belakang seekor lembu jantan. Dari setiap helai rambut yang dapat dilitupi oleh tangannya, maka baginya (umur) satu tahun.擺/font]
(Setelah diterangkan kepada Musa, baginda bertanya): 揥ahai Rabb, setelah itu apa ?擺/font]
Allah berfirman: 揔emudian kematian.擺/font]
Musa berkata: 揓ika begitu (aku mahu kematian) sekarang.擺/font]
Maka dia meminta kepada Allah agar dibawa mendekati tanah suci, sehampir lemparan batu. Kemudian bersabda Rasulullah sallallahu 慳laihi wasallam: 揓ika aku di sana akan aku tunjukkan kuburnya berhampiran Bukit Pasir Merah.
Kemusykilan kedua:
Kenapakah Nabi Musa 慳laihi salam berlaku kasar terhadap malaikat tersebut ?
Penjelasan:
Nabi Musa 慳laihi salam pada asalnya tidak mengetahui bahawa yang mendatanginya itu adalah seorang malaikat. Yang diketahuinya adalah seorang lelaki yang datang untuk mengakibatkan kemudaratan ke atas dirinya. Cuba kita umpamakan jika seorang lelaki datang kepada kita seraya terus mengancam untuk menzalimi atau menganiaya kita, adakah kita akan menerima dia dengan penuh kemesraan ?
Apatah lagi ketika itu Nabi Musa hidup bersama masyarakat Bani Israil yang terkenal dengan sikap degil, ego, suka menzalimi dan tidak kurang juga yang suka membunuh Nabi-nabi mereka. Maka tidak asinglah jika Nabi Musa bertindak sedemikian, bukan kerana zalim tetapi untuk mengelak dari dizalimi.
Tidak mustahil jika Nabi Musa tidak mengetahui bahawa yang mendatanginya itu adalah seorang malaikat. Hal ini pernah berlaku kepada Nabi-nabi lain sepertimana yang diungkapkan oleh al-Qur抋n. Berikut adalah salah satu darinya, iaitu ketika Nabi Lut 慳laihi salam dilawati oleh beberapa orang lelaki, tidak disangkanya bahawa mereka adalah malaikat sehinggalah diberitahu:
Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: 揑ni adalah hari yang amat mencemaskan. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..Ingatkan ada hadis penguat bagi kuatkan cerita firdaus ni.
Apakah Malaikat Tuhan tidak memberi salam terlebih dahulu? mengapa mengumpamakan Malaikat dengan Bani israel yang kasar, tidak beradab? Dan tentunya Malaikat tidak begitu bodoh utk tidak memperkenalkan dirinya sebagai pembawa utusan dari Tuhan sebagaimana yang berlaku dalam peristiwa Nabi Lut. Sesungguhnya Musa memang mengetahui tujuan kedatangan Malaikat Maut yang kerananya (dalam riwayat Abu Hurairah) Malaikat Maut telah mengatakan kepada Allah: "Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak menghendaki kematian.擺/u]
Dan Allah pun memberikannya pilihan hidup lebih lama. Kalau N.Musa tidak mengetahui tujuan kedatangan Malaikat Maut pada kali pertama, tentulah Allah perintahkan Malaikat Maut utk kembali sekali lagi mencabut nyawanya; dan bukannya menawarkan kehidupan lebih lama yang menunjukkan bahawa Nabi musa telah menolak kematian pada kali pertama sehingga didatangkan alternatif kepadanya hasil penolakannya.
[ Last edited by billionaire at 19-1-2007 06:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 19-1-2007 04:41 PM
Berkenaan hadith Nabi Musa a.s. menampar malaikat maut telah diterangkan dlm banyak website. Sebaiknya jangan buat kesimpulan berdasarkan perasaan sendiri-sendiri.
Berikut saya paste ...
Heheh..ada rupanya tafsiran yang dibuat terhadap hadis Bapa Kucing ni. Ulama mana yer yang buat tafsiran mengikut akal otaknya itu?
Tentang hadis ni pula ada lagi tak tafsiran2 mengikut akal??
Bukhari dan Muslim dalam shahihnya meriwayatkan dari Abu Hurairah: Allah menciptakan Adam seperti bentuk (shurah) Allah dengan panjang badan enam puluh hasta (27 meter)."
Dan jalur Said bin Musayyib, lebar badan Adam tujuh hasta (dzira'), yakni 315 meter.
(Bukhari, Shahih, kitab "I'tizam,jilid 4 hlm 57; Muslim, Shahih,bab masuk syurga, jld 2 hlm 481. )
Melalui jalur yang lain, dengan lafaz yang lain, "Bila dua orang berkelahi, maka hindarilah memukul wajahnya kerana Allah membentuk Adam menurut bentuknya." Melalui jalur lain lagi ada yang berbunyi, "Bila memukul orang, hindarilah menampar wajahnya dan janganlah berkata-kata,"Mudah-mudahan Allah memburukkan wajahmu sebab sesungguhnya Allah membentuk Adam menurut bentuk Nya"
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 Gravedigger's post
Agaknya hadis ni dikeluarkan bila dia kena penampar besar khalifah yang seorang tu yer...ish ish kesian dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya teringat satu post dalam bod mazhab yang katanya.... "kalau dah syiah tu, tak leh buat apa la...."
cakap le apa nak cakap pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Maka berceritalah lagi Abu Hurairah .....
Bukhari dan Muslim menulis dalam sahihnya yang berasal dari Abu Hurairah: "Rasul bersabda; Banu israil, suatu ketika sedang mandi telanjang dan saling melihat aurat mereka. Dan nabi Musa AS sedang mandi sendirian. Dan mereka berkata: 'Demi Allah Musa tidak akan mandi bersama kami kerana kemaluannya besar; ia menderita burut'. Suatu ketika ia pergi mandi dan meletakkan bajunya di atas batu, maka batu itu pun larilah membawa bajunya . Dan setelah Musa menjamah bekas tempat batu itu, baru ia sadar dan melihat batu yang lari. Ia pun keluar dari tempat permandiannya dengan bertelanjang bulat mengejar batu itu sambil berteriak: 'Wahai batu, bajuku ! Wahai batu, baju ku !
Maka orang Israil itu pun melihat kearah kemaluan Musa dan berkata : Demi Allah, Musa tidak menderita penyakit'. Maka batu itu pun muncul kembali dari persembunyiannya, sehingga terlihat oleh Musa dan Musa lalu mengambil pakaiannya. Ia kemudian menampar batu itu sehingga meninggalkan bekas pada enam atau tujuh tempat"
(Muslim dalam sahihnya yang berasal dari abu Hurairah dengan banyak jalur, bab Fadail Musa, jilid 2 hlm 308, Bukhari dalam sahihnya jld 2 hlm 163)
Heheh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 18-1-2007 09:46 AM
ada sesapa check 5374 hadis tu ada yg sama tak? kalau beria sgt nak bercerita, elok disenaraikan dgn lengkap kitabnya, sanadnya dan matannya... kekadang hadis yg sama buleh dtg dari mcm2 jalan pe ...
Itu baru separuh saja hadis2 yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah sebab Abu Hurairah pernah berkata..
Ertinya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 Gravedigger's post
Hadis itu, apa yang peliknya....? |
|
|
|
|
|
|
| |
|