CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37827|Reply: 324

seandainya tuhan mengizinkan.. edited pg 6

 Close [Copy link]
Post time 8-3-2007 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Episod satu...  


      Aku hairan melihat Zita yang dari tadi tak henti-henti tersenyum sendiri. Ish, ini dah parah ni. Apa kena dengan minah sorang ni. Angau ke? Nak kata dah ada 'balak' belum lagi. Dah tu kenapa?
       "Woi, apasal kau ni Zita?" Sergah ku sambil melontar bantal busuknya.

Zita yang dari tadi melanguk dimeja study lekas-lekas mencapai pen buat-buat menulis sesuatu. Eleh, mulalah tu.
      "Dahlah, jangan nak berlakon. Tak menang anugerah punye."

Zita menoleh memandangku.
      "Anaz, kau perasan tak ada sorang fasy kita tu, hensem sangat". Oh, pasal tulah kau angau!

          "Entahlah, aku lupa nak check. Oh, cinta sudah berputik ya?" Aku meniru dialog Umie Aida dalam filem Jimi Asmara.
       "Tak adalah. Tapi kan....."
            "Hah! Tak betul aku cakap? Siape fasy tu? Lawyer? Majistreet? Doktor? Apa? Ahli musik? Pantang datuk nenekku memilih sorang ahli musik......." Kali ini ku cuba pula dialog Ibu Mertuaku.
      
        " Kau ni Anaz, payah betul nak cakap. Sikit-sikit keluar dialog klasik kau tu. Boring tau."
             "Alah. Janganlah marah. I pasang Era ye sayang?" Aku meniru pula dialog dari iklan radio Era.
       "Orang serius, dia memain lak"
            "Kau ni Zita, aku gurau sikit kau dah 'terbakar'. Kau cakap fasy yang mana satu ni?"
      "Fasy group Rinilah. Aku rasa dialah yang paling hensem antara fasy-fasy yang ada"
          "Sorrylah, group aku jauh sekali dari group korang. So, takla aku kenal siapa pun."
      揗alaslah aku nak cakap dengan kau"
      "Kau jangan cari pasal Zita. Kita ni baru masuk. Orientasi pun baru lepas. Aku tak nak terlibat dalam apa-apa masalah besar." Nasihat ku. Zita kulihat kembali mengelamun.


[ Last edited by  casper_comel at 15-4-2007 02:07 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2007 04:50 PM | Show all posts
to be continue.....


actually... cite ni dah lama ditulis..
masa casper form 3 dulu...

so, all of ur comment n idea utk cite ni dialu
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 04:59 PM | Show all posts
bnyk ek koleksi ko...xpe....nanti aku wat koleksi ko neh jd koleksi aku plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2007 12:04 PM | Show all posts
Aku mengenali Zita sewaktu mula-mula mendaftar ke kampus. Ketika itu Zita sendirian mendaftar ke kampus.
Dah tu kena marah pula dengan fasy pasal datang lambat.
Kesian dia waktu tu. Aku ingat dia budak kampung, padahal.....

       "Hai, saya Anaz. Eh, boleh saya tolong?" Pelawa ku apabila melihat baru dimarahi itu kelam-kabut mengangkat barang-barangnya.
       "Saya Aida Nor Zita. Zita. Hem... no thanks"
       "Family awak tak datang?" Dia menggeleng lalu berjalan terhoyong-hayang dengan barang-barangnya.
       "Biarlah saya tolong. Berapa nombor bilik awak?"
       "IS4 1-02" Jawabnya sambil tersenyum.
       "Eh, itu bilik saya. Nampaknya kita ni roommate. Jomlah kita ke bilik"

                *********************

       "Eh, Anaz. Tulah fasy yang aku cerita hari tu" Zita menunjuk-nunjuk ke arah dua orang siswa.
       "Yang mana? Rendah sikit ke, yang tinggi?" Zita menggaru kepalanya yang tidak gatal.
       "Yang tinggi tulah kalau tak silap aku. Hah, betullah yang baju biru tu" Zita melonjak riang.
       "Jom, ikut aku" Aku menarik tangannya berjalan ke arah dua orang siswa itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2007 12:06 PM | Show all posts
"Reez, aku cakap betul-betul ni. Tak tipu. Aku dah jatuh hati"
       "Ada-ada sajalah kau ni Zul. Semua freshie kau nak"
       "Tapi kali ni aku rasa betul-betul ni"

Reez menggeleng kepala. Azrul, Azrul. Budak-budak freshie tu pun kau nak kacau. Dia kata budak tu lawa tapi lain macam. Apa yang lain macam?

       "Budak mana sebenarnya ni Zul. Beriya benar. Selalunya kau tak sampai macam ni"
       "Kan aku dah kata, aku tak main-main."
       "O.k. o.k. Siapa budak tu?. Aku tengok tak ada yang lain macam pun. Budak-budak freshie tu semua sama je."
       "Dia lain Reez. Baru dua kali aku berjumpa dengan dia. Dia jarang dijumpai."
       "Dia spesis apa sampai jarang dijumpai. Ish, kau mimpilah tu. kalau freshie kampus ni, mesti selalu jumpa."
       "Betul Reez, dia ada kat kampus ni. Aku nampak time orientasi dulu. Tapi bila aku cari tak jumpa pula."
       "Kau terlalu banyak berimaginasi. Baik kau jangan buang masa kau dengan gadis impian kau tu"
       "Susah kalau bercakap dengan orang yang tak memahami masalah aku ni" Bentak Azrul.

Fareez hanya tersenyum. Lantak kaulah Zul. Aku dah nasihatkan kau tapi kau tak nak dengar. Pergilah cari dream girl kau tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 06:59 PM | Show all posts
best.. best...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2007 08:55 PM | Show all posts
GOOD INTRO..NEXT............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2007 11:45 PM | Show all posts
sambungannye....
hehe.. wat mase nih break japs...
nak exam laaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2007 02:14 AM | Show all posts

Reply #8 casper_comel's post

x kisah....wat perlahan2.....yg penting org baca kan.......jwb xam..........
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 10:38 AM | Show all posts
ye tu,bila nak smbung lagi,aku nak tahu sapa yg azlan suka tu,zita ke anaz?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2007 08:33 AM | Show all posts
Zita kulihat tercungap-cungap mengejar ku dari belakang.  Dia juga yang sibuk nak tengok fasy tu, tapi terhegeh-hegeh. Eh, mana jejaka idaman Zita ni. Hah. Tu pun dia.main sorok-sorok plak.
"Tunggulah aku Naz. Penat ni."Ujar Zita termengah-mengah.
"Siapa suruh lari, kan dah penat."
"Dah tu, kau tinggalkan aku kat belakang. Dahlah jalan macam robot." Rungut Zita.
Aku meneruskan langkahku ke arah siswa itu.

              **************************************

  Zul sudah pun bersandar di bawah pohon rendang. Reez hanya tersenyum melihat gelagat temannya itu. Mulalah melamun. Zul ni dah betul-betul angau kat budak tu. Siapalah budak tu. Padahal baru je dua kali jumpa, dah macam orang tak betul. Hairan betul aku dengan Zul ni. Istimewa sangatkah? cantik umpama bidadarikah dia?? Reez mula melepas keluhan berat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 08:42 AM | Show all posts

Reply #11 casper_comel's post

msti comel mcm aku kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 09:13 AM | Show all posts

Reply #12 thah's post

alamak, terbatuk tersesak aku seme pon ada........
meh sini nak tgk si thah nie comel tang mana.........

aaaaaaaaaaaa, dah napak dah....
cumil tang giginya...huahahhahha
thah, bole tahan perasan ko eekkkk
hihihiihih. jgn marah tau
aku gurau jea
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 09:19 AM | Show all posts

Reply #13 shah_jehan's post

haip...aku comel per....
cube ko tgk gmbr 2...comel 2...seksi gitu...hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2007 09:22 AM | Show all posts
"Eh, eh. Macam kenal je mamat sekor ni. Apa plak dia buat kat UKM ni?"
       "Anaz, sabarlah. Aku penat nie." Kata-kata Zita membuatkan kedua siswa itu menoleh.

       "Anaz?!!" Nama itu keluar dari mulut Fareez.
       "Reez?!!!" Balas ku. Eh, aku mimpi ke ni? Oh, tidak...tidak.   
       "Apa kau buat kat sini?"
       "Studylah, he...he...he jangan  mare".
Fareez menjeling. Azrul dan Zita berpandangan .

       "Oh lupa pula. Reez kenalkan ini Zita. Roommate aku".
Zita tersenyum lebar tersipu-sipu malu.
       "Dia admire kat kau  tau!". Bisikku. Reez memandangku hairan.
       "Hah, ini Azrul, Zul. Member aku kat sini". Zul mengukir senyum sambil menjeling ke arah Fareez.

       " Dia dah jatuh hati kat kau tau!擝isik Reez kepadaku pula. Aku terdiam lalu merenung Reez.
       " Ini Fareez, Abang Reez."
       " Ini Anaz......."Kata kami serentak. Serentak dengan itu berderai tawa kami....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 09:41 AM | Show all posts

Reply #15 casper_comel's post

ni msti kwn baik masa sek men dulu neh...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2007 10:39 AM | Show all posts
"Abang Reez, apa kata kalau kita bagi chance kat diorang tu berkenalan. Disebabkan dia orang sama-sama minat kat kita kan........".  aku berbisik kepada Fareez.
       "Zita kau orang berbuallah ye. Abang Reez nak bagi something kat aku. Nanti aku datang balik."
       "Zita boleh I tanya sesuatu?" Azrul mula bersuara.
       "Tanyalah. Apa dia?"
       " Awak tahu pasal dia orang?". Zita menjungkit bahu.

Dalam diam sempat juga Azrul memerhati Zita. Cun juga budak ni.

       "Anaz tak pernah cerita pun. Mungkin.....
       揃oyfriend lama dia?". Sambut Azrul. Zita mengangguk.
       "Kita ni senasiblah Zita. Apa kata kalau ....."
       "Kalau apa? Awak nak kenakan dia orang ke? Baik jangan. Awak jangan macam
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 10:56 AM | Show all posts
erk...pelik plak aku...konpius aku :hmm: :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 12:21 PM | Show all posts
well good intro....keep going dear.. and good luck !!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2007 01:53 PM | Show all posts

Reply #18 thah's post

ape peliknye???
aku tak include cite makhluk asing...
ape lagi zargon yg sewaktu dengannye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.080957 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list