View: 4378|Reply: 23
|
[Merged]Kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. & tauladan Baginda (+ acura)
[Copy link]
|
|
Hari Keputeraan Nabi Muhamad SAW
Selamat Menyambut Hari KeputeraanNabi Muhamad SAW pada 31/3/2007 bersamaan 12 R'abiul Awal 1428M
Engkau laksana purnama dimalam gelap gelita
Cahayamu penuhi alam buana
Semua makhluk bergembira dan riang
Makhluk mendapat rahmat dengan kehadiranmu
Ya Muhammad engkau rasul pilihan
Membawa rahmat dari Tuhan untuk semua insan
Agar manusia hidup didalam kebahagiaan
Berkasih sayang bersatu padu dan aman
Engkau pemimpin luar biasa
Tiada pemimpin menandingimu
Engkau berkata engkau mengota
Semua orang menghormatimu
Keberanianmu bak besi waja
Gentar dengan musuh tiada
Kepimpinananmu yang bijaksana mengubah dunia
Akhlakmu laksana bulan
Dimalam hari budimu terserlah sekali
Melihat muka rasa bahagia
Ketiadaan mu rasa rindu
Keberadaanmu rasa senang dan tenang
Lupa makan minum perut rasa kenyang
Diwaktu malam engkau laksana bulan
Diwaktu siang laksana matahari yang terang
Ya Muhammad RahmatalAlamin
Rahmatmu merata semua makhluk merasa
Berjasanya engkau wahai Rasulullah
Kau membawa risalah Al-Quran sebagai panduan
Sunnah menjadi suri tauladan untuk ikutan
Engkau berjuang mengenalkan Tuhan
Syariat pula mendisiplinkan hidup manusia
nASYID mAWADDAH
[ Last edited by ibnur at 1-4-2007 01:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat, sejahtrakanlah Ya Allah
Cahaya dari segala cahaya
Rahsia dari segala rahsia
Ubat seluruh penyakit
Anak kunci segala kejayaan
Dialah, dialah penghulu pemimpin kami
Muhammad yang terpilih
Muhammad yang terpilih)
Juga keluarga, keluarganya yang suci dan mulia
mulia)
Dan juga sahabat pilihan
Dengan segala rohmatnya dan keutamaannya
Tuhan terimalah (Muhammad)
Dengan segala rohmatnya dan keutamaannya
Tuhan terimalah
Dengan segala rohmatnya dan keutamaannya(Ya.. habiballoh)
Tuhan terimalah
Dengan segala rohmatnya dan keutamaannya
Tuhan terimalah(Ya.. Rosulalloh) |
|
|
|
|
|
|
|
Bila sebut kecintaan kepada Rasulullah saya teringat satu kuliah hukum keluargaan lepas maghrib. Buku rujukan ialah Hukum Faqah Shafie.
Salah satu hadith (lupa pulak dari kitab hadith mana, tapi bukan bukhari, muslim, ahmad, abu dawood atau tarmizi).
Dinyatakan dalam hadith tu... kewajipan lelaki ialah mendidik anak cinta kepada Rasulullah s.a.w., keluarga Rasulullah dan Al-Quran.
Memula bila dengar tu teringat Forum dan board mazhab ... bila ustaz tu sambung kuliah... lalu disebut cinta kepada keluarga rasulullah adalah cinta kepada ibubapa, datuk, isteri-isteri, anak-anak, cucu-cucu dan semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat kisah Bilal yang pergi berhijrah selepas kewafatan RSAW kerana tidak mampu lagi melihat kesan2 peninggalan RSAW di kota Mekah dan juga dengan niat untuk menyebarkan islam ke luar MEkah. Bilal juga sudah tidak mampu lagi melaungkan AZAN kerana setiap kali beliau melaungkan AZAN, beliau akan teringat kepada RSAW...tidak tertahan rasa hatinya mengenangkan kenangan itu, kenangan yg tetap segar bersama org yg sangat dicintai dan kini dirinduinya kerana sudah tidak bersama lagi dengannya...
Tetapi, pada satu masa, beliau bermimpi, RSAW menyatakan kepadanya, datanglah wahai Bilal melawat aku. Maka datanglah Bilal dengan hati yg penuh kerinduan ke kota Mekah. Sesampainya di sana, sahabat2 mengetahui kedatangannya dan meminta Bilal melaungkan AZAN. Dengan sedih hati, Bilal menolak permintaan itu kerana dia tidak mampu dek kerana rindu dan cintanya pada RSAW yg bersangatan. Suaranya tidak mampu dilaungkan kerana amat sebak Tetapi apabila cucu2 baginda RSAW yg mulia iaitu Hassan dan Hussein yang meminta beliau tdk mampu utk menolak kerana tahu betapa RSAW sangat mencintai kedua-dua cucunya ini, menolak permintaan mereka seperti mengkhianati kecintaan RSAW kepada mereka.
Maka, terdengarlah suara Bilal yg merdu itu melaungkan AZAN di kota Mekah pada hari itu. Terpinga2lah penduduk Mekah, dan betapa sedihnya semua kerana laungan AZAN Bilal itu mengembalikan semula kenangan mereka bersama RSAW...semua mereka menangis dan hiba, dikatakan tidak ada saat yg lebih mengharukan dan menghibakan masyarakat Mekah waktu itu selain daripada masa kewafatan baginda RSAW, di saat Bilal melaungkan AZAN, seluruh kota Mekah sunyi sepi dalam kehibaan...
------------------------------------------
Sebenarnya rasa CINTA kepada RSAW ini adalah satu rahmat dan nikmat kepada umat Islam....
ia bukan boleh dipaksa-paksa, ia akan hadir sendiri tetapi hatilah yang merasa...
rasa rindu, rasa hiba, dan rasa-rasa yang dapat dirasa oleh orang yg pernah merasai rasa2 cinta,
itulah rasa yg akan bermain dalam hati dan perasaan...
wlaupun tidak nampak di depan mata, walaupun mungkin tidak pernah bersua,
tetapi rasa rindu itu tetap ada...
jika di dunia ini tidak berpeluang bertemu, di akhirat nanti harapan tetap menyala untuk berjumpa...
rindunya mereka padamu ya RSAW......
selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Sholawat yang diucapkan dengan penuh kerinduan kepada sebaik-baik ciptaan Tuhan dan kekasihNya.
Sholawat yang diharap menarik keredhaan Ilahi dan syafaat Nabi s.a.w.
Sholawat yang kelebihannya buat diri kita tak dapat disukat-sukat fadilatnya.
Antaranya sebagaimana dinyatakan bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang bersholawat ke atasku pada setiap hari 100 kali,
nescaya ditunaikan Allah baginya 100 hajat,
70 daripada hajat akhiratnya dan 30 hajat dunianya."
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupun susah, marilah kita jadi macam nabi Muhammad....
InsyaAllah... |
|
|
|
|
|
|
|
RASA KEHAMBAAN RASULULLAH SAW
Seriusnya Rasulullah Dengan Tuhan......
Rasulullah SAW, manusia agung yang sangat serius dengan Tuhannya. Pernah Sayidina Umar bin Khattab r.a. ketika berziarah ke rumah baginda, merasa terharu menyaksikan seorang kekasih Allah sedang berbaring di atas tikar yang merupakan susunan pelepah-pelepah kurma.
Nampak bekas jalur tikar di tubuhnya. Di dalam rumah baginda yang penuh barakah itu, tidak ternampak peralatan lambang kemewahan, hanya ada almari yang berisi segantang gandum kasar. Kemudian Sayidina Umar r.a. menangis di hadapan Nabi SAW.
Rasulullah bertanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Umar?"
"Aku melihat para Kaisar dan Kisra serta raja--raja lain tidur di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur beralaskan tikar seperti ini," jawab Sayidina Umar.
"Wahai Umar, tidakkah engkau sependapat denganku. Kita lebih suka memilih kebahagiaan Akhirat sedang mereka memilih dunia."
Itulah jawapan seorang hamba pilihan Tuhan. Luluhlah hati Sayidina Umar mendengar jawapan daripada Rasulullah SAW itu. Begitulah gambaran peribadi seorang yang sangat mencintai dan takut dengan Tuhan. Bukan hanya dalam keadaan susah beliau boleh mengekalkan kehambaannya tapi dalam keadaan mewah dan kedudukan yang tinggi sekalipun Rasulullah tetap merasakan kehambaannya.
Lantaran itulah baginda memilih kemiskinan daripada kemewahan.Inilah lambang keseriusan hatinya dengan Tuhan. Begitu serius untuk memperhambakan diri kepada Tuhan. Serius dalam mencari cinta dan redha Tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
KETIKA SAKARATUL MAUT:
Seterusnya Rasulullah saw bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"
Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."
Baginda saw bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"
Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."
Baginda saw bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"
Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."
Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."
Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"
Rasulullah saw menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"
Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." |
|
|
|
|
|
|
|
Ish....nabi...nabi....
kerdilnya aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah SWT
Maksudnya :
Sesungguhnya pada diri RSAW itu ada contoh teladan yang baik bagi kamu,
iaitu bagi orang yang mahukan Allah dan hari Akhirat
serta banyak berzikir kepada Allah
(Al Ahzab : 21) |
|
|
|
|
|
|
|
Jika boleh ku ucapkan dengan perkataan... akan ku lakukan...
JIka boleh ku tunjukan dengan perbuatan... akan ku lakukan...
Namun... aku hanya seorang umat dihujung zaman...
Hanya mampu meraba dalam kesamaran...
Mengharap cahaya petunjuk jalan... |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta dan kasih kepada Junjungan Nabi s.a.w. adalah kewajipan bagi setiap umatnya. Tidak ada keimanan bagi orang jika tidak punya rasa cinta kepada Junjungan s.a.w., juga tidak sempurna keimanan seseorang jika cinta dan kasihnya kepada Junjungan Nabi s.a.w. tidak melebihi kasihnya kepada yang lain. Junjungan Nabi s.a.w. adalah manusia yang paling utama untuk dicintai, dikasihi, dituruti dan dijadikan contoh demi meraih keredhaan Allah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Imam al-Bukhari dalam shohihnya meriwayatkan bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-
لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حتى أكونَ أَحَبَّ إليهِ مِنْ والِدِهِ وَوَلَدهِ والنَّاس أَجْمَعين
Tidak (sempurna) iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku yang paling dicintainya melebihi ayahnya, anaknya dan manusia lain sekaliannya.
Juga disebut dalam sebahagian riwayat bahawa Junjungan s.a.w. bersabda:
والذي نفسي بيده لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إِليه
من نفسه وماله وولده والناس أجمعين
Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, tidak (sempurna) iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku yang paling dikasihinya melebihi kasihnya kepada dirinya sendiri, harta bendanya, anaknya dan manusia sekaliannya.
Imam ath-Thobarani dan Imam al-Baihaqi pula telah meriwayatkan bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:
لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حتى أكونَ أَحَبَّ إليهِ من نفسه
و اهلي احب اليه من اهله و عترتي احب اليه من عترته
و ذريتي احب اليه من ذريتهTidak (sempurna) iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku yang paling dikasihinya melebihi dirinya sendiri; Keluargaku dikasihinya melebihi keluarganya; Keturunanku dikasihinya melebihi keturunannya; Dan zuriatku dikasihinya melebihi zuriatnya. Inilah juga yang diisyaratkan Allah dalam firmanNya yang mulia:-
النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ
Nabi lebih utama bagi orang-orang yang beriman daripada mereka sendiri. Pernah berlaku satu dialog antara Junjungan Nabi s.a.w. dengan sahabatnya Sayyidina 'Umar r.a. seperti berikut:
أن عمر رضي الله عنه قال: يارسول الله، والله لأنت أحب إِلي من كل شيء إلا من نفسي
فقال صلى الله عليه وسلم |
|
|
|
|
|
|
|
S E L A M A T M E N Y A M B U T M A U L I D U R R A S U L K E P A D A S E M U A . . . . .
MARILAH MEMPELAJARI DAN MENCONTOHI AKHLAK NABI KITA |
|
|
|
|
|
|
|
um...
nk sambut ke ha?;)
rasanyer mende ni takde asas:ting:
lgpon sambut menyambut ni cam org kristian;)
dia punya tarikh pn dah ada kemoskelan.. camne nk sambut lak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by 316 at 31-3-2007 01:22 PM
um...
nk sambut ke ha?;)
rasanyer mende ni takde asas:ting:
lgpon sambut menyambut ni cam org kristian;)
dia punya tarikh pn dah ada kemoskelan.. camne nk sambut lak
taknak sambut pun takpe...
yg pentingnya, silalah contohi budi pekerti Rasulullah....
itu yg penting... |
|
|
|
|
|
|
|
Muhammad s.a.w.: Insan teladan terunggul yang dipuja sepanjang zaman
Muhammad s.a.w.: Insan teladan terunggul yang dipuja sepanjang zaman
Muddin Beting
Fri | Mar 30, 07 | 07:20:41 PM
Meskipun zahir bentuk bashari,
Batinnya bangsa terlalu safi,
Kerana peri haknya ruhani
Pernah berkata lisannya murni:
Sebagai nabi aku terkandung
Dalam rahasia di Balai Agung,
Padahal Adam masih terapung
Antara air dan tanah lempung.
Meskipun rupaku anak Adam,
Darjatku asal terlebih kiram.
Tatkala Adam belum teringat,
Tatkala Kalam belum bersurat
Dan Papan tulis belum tercatat,
Sudah terpandang oleh kunhi Zat
Seri wajahku di dalam mirat.
Sinaran sani cahaya kamalat,
Pancaran murni asma dan sifat,
Rumusan seni segala makhlukat
Yang zahir pada cermin hakikat
Dalam diriku semua terlibat.
(Puji-pujian Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad salla |
|
|
|
|
|
|
|
Malah Allah Yang Maha Tinggi memberi pengiktirafan paling tinggi apabila memuji Baginda dengan pujian: 揇an sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) memiliki akhlak yang agung |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaliknya, dalam masyarakat Islam, semua orang, baik remaja朾elia, dewasa mahupun tua, mencontohi orang yang sama. Oleh itu tidak berlaku jurang antara generasi atau apa yang kini dikenali sebagai krisis identiti.
Banyak tokoh dan pemuka masyarakat Barat yang kelihatan seolah-olah layak menjadi role model dipertikaikan oleh ahli masyarakat mereka sendiri kerana tidak memiliki integriti, moral yang kacau-bilau, dan moral serta penampilan kehidupan awam yang amat kontradik dengan perwatakan sebenar.
Paul Johnson dalam `Intellectuals |
|
|
|
|
|
|
| |
|