View: 20786|Reply: 5
|
Masak pakai microwave oven vs masak cara konvensional
[Copy link]
|
|
Hello korang...!!!
Sekarang ni memasak guna microwave adalah salah satu cara masakan yang makin popular sebab makan masa yang sangat cepat. For instance, masak pizza pakai microwave cuma perlukan masa tak sampai 5 minit pun, padahal oven besar kat Pizza Hut tu sendiri perlukan masa 14 minit untuk masak pizza.
Basically, microwave oven memasak makanan menggunakan teknik pemanasan dielektrik, iaitu molekul-molekul berkutub akan berputar apabila didedahkan dengan gelombang elektromagnet berfrekuensi tinggi (frekuensi gelombang mikro, sekitar 2.45 GHz) yang dihasilkan oleh magnetron. Molekul berkutub ni contoh yang paling lazim ialah air. So basically keberkesanan memasak pakai microwave ni bergantung pada kehadiran air dalam makanan laa. Piring berputar dgn bilah pengacau memastikan makanan masak dengan sekata.
Tapi microwave oven takleh pakai untuk masak telur. Lagi satu, kalau nak panggang pun tak seswai sebab takder efek bakar jelaga macam panggang pakai dapur arang. Tapi ada gak pihak yang persoalkan penggunaan microwave oven ni pasal ada kesan buruk yang mungkin berlaku, especially risiko radiasi la.
Per2 pun, apa kata kalau korang kongsi pengalaman korang pakai microwave oven ni... bleh? |
|
|
|
|
|
|
|
microwave tak dak...oven ni je yg kita gunakan
m/oven tak membakar bebetul bnyk memanaskan je... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak bakar kek...bakar ayam......pizza......sedap pakai conventional oven...
kalu nak reheat.....kukus.....boleh pakai microwave oven..... |
|
|
|
|
|
|
|
Emm betul gak, sebabnya camnie:-- Bakar kek - Selalunya kebanyakan adunan kek kan pakai telur, so microwave tak seswai untuk masak telur. Sebabnya? Masa pertama kali eksperimen masak telur pakai microwave, telur tu meletup kat muka tukang eksperimen tu laa.
- Panggang ayam - Microwave selalunya tak dapat nak hasilkan kesan jelaga arang sebagaimana panggang biasa pakai arang. Makanan panggang cam ayam panggang, ayam madu, sate etc. ni dapat rasa sedap dier melalui jelaga arang tu la.
- Pizza - Sebenarnya pizza memang boleh pakai microwave, in fact banyak orang yang selalu masak pizza sendiri pakai microwave sebab malas nak menunggu, tapi kalau nak effect kesan perang yang lebih kaw2 pada pizza tu, memang tak dapat laa, kena pakai oven biasa jer laa...
- Reheat - Salah satu kegunaan paling biasa orang buat pakai microwave sebab sekejap jer berbanding reheat pakai oven atau dapur gas. Jimat sket karan atau gas, kan...
- Kukus - Masakan kukus adalah antara yang paling seswai pakai microwave, sebab kukus kan pakai air... so macam yang aku terangkan sebelum ni, air adalah bahan molekul berkutub yang paling lazim, so lagi banyak air, lagi berkesan laa pakai microwave.
|
|
|
|
|
|
|
|
2 dalam 1...
nak reheat guna microwave..
nak bakar guna convection...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pakai sharp nya microwave..
alhamdulillah banyak jasa dia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|