View: 17371|Reply: 18
|
perempuan ketika haid perlu qadha solatnya... betul ker???
[Copy link]
|
|
aku dapat ni dari email. so aku nak minta pendapat korang tentang hal ni... benar ker? bukan nak mempertikaikannya.. tentulaa tak kisah kalau nak qada sebab benda tu bukan merugikan pun.. tapi aku nakkan bukti sahaja adakah perkara ni benar?
Kebanyakkan perempuan/wanita/muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali [email=terpaksa@mesti]terpaksa@mesti[/email] dirujuk kepada lelaki/ustaz-ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)
Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!
[ Last edited by ibnur at 18-7-2007 11:17 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 aza's post
bagus aza bukak topik ni. sebab sy dapati ramai Muslimah yg saja melambat2kan mandi wajib walaupun haid sudah kering..sebab malas nak solat lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
kenyataan yg sangat baik....syabas aza |
|
|
|
|
|
|
|
betul...sbb tu xleh lewatkan mandi hadas besar kalo darah haid dh kering sbb pada waktu bila darah itu kering wajib solat... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 ctsifir's post
Benar. Perkara ini bukan sahaja disebut dalam Ihya ' Ulumuddin tetapi juga dalam kitab-kitab Feqah lain. Ramai muslimah yang tak tahu. Juga para suami.
[ Last edited by always_typo at 5-4-2007 03:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
time kasih...
ingatkan sepanjang haid tu kena Qadhak... |
|
|
|
|
|
|
ummi_nuur This user has been deleted
|
sedikit tambahan....
jika haidnya datang pd waktu zohor sebelum sempat menunaikan solat, maka setelah suci dr hadas tsebut, wajib diqada' solat zohor yg ttinggal itu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus info ni..sebab ramai yang tak mengetahui secara terperinci bab2 haid. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah perempuan perlu qada' solat yang ditinggalkan semasa datang haid?
dapat dari emel..taktau betul ke tak..buat orang confuse je la |
|
|
|
|
|
|
|
saya pernah terbaca..
sekiranya haid dtg jam 2 petang dan di waktu itu dia masih belum menunaikan solat zuhur..
maka adalah wajib untuk dia mengqado waktu zuhur tersebut..
namun waktu asar dan seterusnya sehinggalah haid kering tidak perlu diqada..
dan apabila haid telah kering pada waktu zuhur..
dan dia hanya mandi hadas pada waktu maghrib, adalah wajib untuk dia mengqado zuhur dan asar...
manakala subuh tidak perlu diqado kerana masih dalam keadaan berhaid..
wallahua'alam.. |
|
|
|
|
|
|
|
OK, ni situasi apa yang nak diperkatakan ni?
Kalau dalam keadaan haid, memang tak perlu qadha solat, dalilnya :
Mu'adha reported: A woman asked 'A'isha: Should one amongst us complete prayers abandoned during the period of menses? 'A'isha said: Are you a Haruriya? When any one of us during the time of the Messenger of Allah (may peace be upon him) was in her menses (and abandoned prayer) she was not required to complete them. (Sahih Muslim : 660)
It is reported from Mu'adha that she asked 'A'isha: Should a menstruating woman complete the prayer (abandoned during the menstrual period)? 'A'isha said: Are you a Hurariya? The wives of the Messenger of Allah (may peace be upon him) have had their monthly courses, (but) did he order them to make compensation (for the abandoned prayers)? Muhammad b. Ja'far said: (Compensation) denotes their completion.(Sahih Muslim :661)
Mu'adha said: I asked 'A'isha: What is the reason that a menstruating woman completes the fasts (that she abandons during her monthly course). but she does not complete the prayers? She (Hadrat 'A'isha) said: Are you a Haruriya? I said: I am not a Haruriya, but I simply want to inquire. She said: We passed through this (period of menstruation), and we were ordered to complete the fasts, but were not ordered to complete the prayers.(Sahih Muslim :662)
Otherwise, sekiranya keadaan telah suci, seperti dinyatakan oleh an324 dalam posting di atas.
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 azsukie's post
jgn cepat sangat nak confuse, konsepnya simple saja dan banyak dibincang dalam kitab-kitab fekah yang muktabar karangan ulamak2 fekah tersohor, dan bukannya karya Imam Al Ghazali sahaja. Cuma kita yang tak belajar secara terperinci.
Saya juga dah confirm perkara ni dengan beberapa orang ustaz dan ustazah yg saya kenali dan mereka memang setuju. Somehow this thing escaped our school ugama syllabus.
Kadar nak menentu kena qadha atau tidak adalah sekira-kira sempat solat satu rakaat dalam waktu itu. Perlu diingat, solat yang boleh dijamak ke dalam waktu itu pun kena qadha juga, contoh haid kering semasa solat Asar, jadi solat zohor (boleh dijamak dngn asar) kena qadha jugak.
Pada saya, ini tidaklah membebankan kerana solat yang perlu diqadha ni tak lah banyak, cuma di bahagian "transition" sahaja kena pastikan betul-betul anda melaksanakan hukum tersebut. Padahal waktu haidh yang berhari-hari itu, anda sudahpun dikecualikan dari mengerjakan solat - apakah bebannya nak qadha solat sekadar satu atau dua waktu extra?
Ada perbincangan tentang isu ini dahulu di sini
http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=272856&sercari=3
wallahua'lam
[ Last edited by always_typo at 27-3-2008 08:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya sikit...
kalau sorang pompuan tu haidnya dtg 6 bulan sekali..
dan sekali dtg period..lebih dari sebulan...
perlu ke dia smayang selepas 14 hari keluar haid....ataupun dia boleh tunggu sampai habis period... |
|
|
|
|
|
|
|
ooo..itu mcm kaaaa... Thnx 4 de info |
|
|
|
|
|
|
|
kena qadha' solat???? mazhab mana lak ni
naya la org pompuan kalu lagu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 zahirbatin's post
Alaaa...pe salahnye qada...mane tau leh tampal kt maner2 yg tetinggal..
Yg guyz pn leh la amalkan qada gaks... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 zahirbatin's post
solat di awal waktu adalah yang terbaik
tak perlu qadha dsb
yang penting sentiasa bersedia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 zam7798's post
ada ulamak yang tak bagi tempoh, ada pula yang rujuk kepada kebiasaan individu. 14 hari tu adalah tempoh paling lama kebiasaannya.
yang ni kena rujuk kepada ahli hukum dan ahli kesihatan.
[ Last edited by ibnur at 12-4-2008 10:06 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|