CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61689|Reply: 147

kacang pool

[Copy link]
Post time 2-5-2007 04:31 PM | Show all posts |Read mode
nak tumpang tanya, meleleh liur nak makan kacang pool dari johor tuh.. Best ler.. Ada thread kacang pool dah ke? Pada sapa2 yang sudi, tolong tempek resipi kat sini.Phirra mintak tolong pada member semua ok...   trima kasih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2007 10:01 AM | Show all posts

Reply #1 saphirra282's post

Saphirra...
ni resepi yg mak akak selalu buat. cubalah, mana tau sesuai ngan selera u.

Kacang Phool

Bahan-Bahan:  
4 tin kacang foul (atau rendam kacang parang semalaman dan rebus hingga empuk - then kisar separuh kasar separuh halus - terpulang)
1 tin kecil minyak sapi

Bahan2 kisar:
1 sdm ketumbar - di sangar
1/2 sdm jintan manis - di sangar
1/4 sdm jintan putih - di sangar
3 biji bawang besarr
2 biji bawang putih
garam & gula secukup rasa

Taburan diatas kacang phool:
Bawang besar & tomato (potong dadu)
Lada hijau (dihiris)
Limau kasturi (dibelah dua)
Telur goreng mata lembu (make sure goreng ngan minyak sapi)

Cara Cara :
Panaskan minyak sapi di campur ngan sedikit minyak makan dlm periuk
Tumis bahan2 yg di kisar hingga naik bau.
Masukkan kacang parang yg sudah di mesin dan rasa garamnya dan tunggu hingga mendidih
Hidangkan dgn bahan2 taburan dan sedikit minyak sapi di atasnya dan beberapa keping roti perancis


(sorry.. tadi lupa laks letak garam & gula.. adehhhhh)


Nota :
1. kalau nak masukkan daging kisar (letakkan sedikit rempah kari - dlm 1.5 sudu masa menumis bahan2 kisar)
2. Ada org suka mesin lada merah sedikit untuk rasa pedas2 sikit.

[ Last edited by  cranko21 at 3-5-2007 01:28 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 10:21 AM | Show all posts
kak kenko, tempek le gambarnya. tak leh nak imejin le.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 10:39 AM | Show all posts
K.Cranko,

Nak tanya, sdm tu maksudnya sudu besar ke? sudu kecik ke? Sy tak berapa clear dr resepi kt atas..

Sy pernah mkn kacang pool ni ni kt Larkin, JB. Kat tmpt lain tak tau plak ada ke tak....pernah dgr yg kt KL pon ada jual. Mmg sedap, blk umah ptg ni nak try ler resepi k.kengko nih..TQ!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 10:54 AM | Show all posts
rasanya sdm tu stand for sudu makan
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 3-5-2007 10:21 AM
kak kenko, tempek le gambarnya. tak leh nak imejin le.



amboi2.. manja tul la adik2 akak ni.. adehh. dulu dah tepek dah gambo.. tapi nampaknya dah kena ngappppp ngan hantu porem..

ok ni akak cilok dari yahoo...



cilok dari gambar DianaA :p



cilok dari http://www.flickr.com/photos/cheura
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2007 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by sudi04 at 3-5-2007 10:39 AM
K.Cranko,

Nak tanya, sdm tu maksudnya sudu besar ke? sudu kecik ke? Sy tak berapa clear dr resepi kt atas..

Sy pernah mkn kacang pool ni ni kt Larkin, JB. Kat tmpt lain tak tau plak ada ke  ...



betul kata Shida tu sudi
sdm = sudumakan
sdt = suduteh


psstt. gambo ke-2 yg akak cilok tu katanya gambo dari kedai yg dekat ngan balai bomba larkin la tu yanggg
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 11:07 AM | Show all posts
Baru weekend lepas husband alang tanya tau tak kacang pool? hehe tetiba hari ni buka forum dh jumpa resepi ni... thank you k. cranko...

nk tya la, kacang pool ni org jual dlm tin mcm baked bean ke? ataupun boleh tak pakai kacang butter bean yg dlm tin tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2007 11:08 AM | Show all posts
Ni pula resepi DianaA.. dia ada campuran kacang kuda.

Kacang Phool Keluarga Diana

Bahan-bahan ( 15 orang )
6 -7 tin kacang phool/ medames foul/ fava beans, 4 tin blender kasar + 3 tin diramas supaya ia sedikit berbiji-biji
1 tin kacang kuda/ garbanzo beans
5 sudu makan minyak sayuran
3 sudu makan rempah kari daging babas
1 sudu makan serbuk lada putih
200 gram daging cincang, digoreng tanpa minyak

#Bahan untuk kisar#
1 sudu makan jintan halus
1/2 sudu makan jintan kasar
2 biji bawang besar
1 inci halia
4 biji bawang putih
1 cawan lada kering kisar
#Bahan Hiasan#
6 biji telur, digoreng buat mata lembu setengah masak
2 biji bawang besar, didadu
4 batang lada hijau, dipotong serong
20 sen limau kasturi
1 tin minyak sapi, dicairkan

Cara-cara Panaskan minyak sayuran, tumis lada kering kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga ia naik bau. Masukkan rempah kari daging, serbuk lada putih, daging cincang, kacang phool yang telah diblender kasar dan juga diramas dan kacang kuda. Masukkan garam dan ajinamoto (jika suka). Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti cair tak sedap. Bila sudah mendidih, sudah sedia untuk dihidangkan.

Cara Menghidang Sendukkan kacang phool kedalam pinggan. Ambil satu sudu makan minyak sapi yang telah dicairkan tuangkan atas kacang phool. Ini untuk membangkitkan dan juga menyedapkan kacang phool. Taburkan sedikit bawang yang telah didadu, hirisan cili hijau dan sebutir telur goreng. Limau kasturi letakkan ditepi. Sesuai dihidangkan dengan roti perancis.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by alangGIRL at 3-5-2007 11:07 AM
Baru weekend lepas husband alang tanya tau tak kacang pool? hehe tetiba hari ni buka forum dh jumpa resepi ni... thank you k. cranko...

nk tya la, kacang pool ni org jual dlm tin mcm baked be ...



alang,
haah... dlm tin cam baked bin,  it is known as kacang foul atau medames foul
dulu ada akak snap gambo tin tu.. entah mana akak dah campak gambo tu arrr...(nanti akak cari eh)
tapi kandungan dlm tin tu.. tak muai makan, sikit sgt.. sebaiknya beli kacang parang tu dan mesin sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 11:17 AM | Show all posts
pernah makan nie kat satu kedai di Sri Hartamas..
dulukan kita penah ada thread nie..
sejak tu dah kenal dish nie..kalau tak mmg jakun jerr..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 11:22 AM | Show all posts
dah pernah makan sekali kat jb (kedai dia kat belakang mbjb..kalo tak silap)...kena sekali terus jatuh chenta...sedapnyaaaa...konyang sampai tengahari...
pastu try lak kat area tmn tun...ada kurennngggg ler...tak pekat & tak shedap
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 11:30 AM | Show all posts
Reply  #11 Kacip_Fatimah's post

tulah.. dulu ada thread.. dah kena ngap dah ngan admin kut.. I cari kat archieve pun resepi2 dulu takde...
ni peberet food my mum cip.....
a few months ada forummer (marla) dtg s'pore I ajak dia gi makan kat Geylang.. terus dia pun jatuh chenta ngan dish ni..siap I belikan kacang parang tu untuk dia bawak balik ke Miri..


Reply  #12 s3Nor!t@'s post
sebaiknya cuba masak sendiri yang.. u leh control the pekat, garam dan etc..
mak akak tak suka letak rempah kari.. dia suka simple jer... letak ketumbar, jintan dan jintan putih tu jer.. dia kata lebih power coz bila dah letak rempah dah tak cam ori laks rasa dia.. tu kata dia arrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 11:41 AM | Show all posts
waaaa.... cayang kak kenko. macam best jek resepi ni. roti tu besarnya. kacang phol ni nama kacang tu ke atau memang nama masakan kak kenko? sebab shida tahu memang ada kacang nama kacang phol.

kacang parang tu yang ni kan?

maknanya, kalau kita tak pakai kacang dalam tin, boleh gantikan kacang parang tu 100% ye.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 11:47 AM | Show all posts
tq for the reply..sdm=sudu mkn yer..

patut la mcm pernah tgk gambar yg k.kengko paste tu....itu la kacang pool dkt area balai bomba larkin yg sy mkn dulu tu, sedap sgt. Saya tapau 2 bungkus bwk blk umah parents, diorang+adik2 pun suka.
pas nih, blh buat sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 12:11 PM | Show all posts
Reply  #12 s3Nor!t@'s post
sebaiknya cuba masak sendiri yang.. u leh control the pekat, garam dan etc..
mak akak tak suka letak rempah kari.. dia suka simple jer... letak ketumbar, jintan dan jintan putih tu jer.. dia kata lebih power coz bila dah letak rempah dah tak cam ori laks rasa dia.. tu kata dia arrrrrrr


InsyaAllah nanti ita try buat...thanks for the recipe :love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2007 12:48 PM | Show all posts

kacang pool

:love: cranko. wah.. tak sangka phirra dpt resipi ni.. phiira msh ingat 1st time mkn tempoh hari kat Serdang, masa tuh ada exhibition besar besaran kat sana. Phirra ngan suami mkan siap dgn bwa plng lgi. Nxt day, phirra pegi lgi sbb nk mkn dok kcang pool ni ler....

Phiira tak sbar lgi nak 'test cuba try' resipi cranko beri pd ujung minggu ni tau. Sorry cranko, late reply sbb ada prblem dgn net phirra kat ofis tdi... :tq: cranko
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2007 12:57 PM | Show all posts

Reply #13 cranko21's post

alamak.. Phirra ada prblem ckit.. kcang phool ni ada ke jual kat kdai tambi?Susah ler nk cari benda ni kat tmpat phirra.. tpi tk pe, phirra sngup cari pusing keliling sbb nak msak kcang phool jugak. Cranko, teman hang kat miri tuh, snang ke dia cari kacang phool kat sana?..  tq cranko.........
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 01:19 PM | Show all posts

Reply #14 shidaaziz's post

yes Shidah.
subsitute ngan kacang parang.
kacang parang ni dia adik beradik medames foul ni...
kacang foul yg sebenar warna dia kemerahan sket... tapi no hal kalau pakai kacang parang.. sepusat sepusing gak dua jenis nie..
kalau beli yg dlm tin tu mmg nama dia medames foul beans

beli kacang parang yg mentah tau..jgn pakai yg cam shidah tepek gambo tu.. tu dah siap untuk di ngappppp.. hehehehehe
kat sini sekilo harga dia dlm S$4.00 tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 01:21 PM | Show all posts

Reply #15 sudi04's post

cuba buat yanggg..... adjust mana patut to the resepi to suit your selera k.
kalau Asmah Laili (sorang tukang masak kat sini) dia guna sedikit rempah beryani untuk menumis instead of serbuk kari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.061475 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list