CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1879|Reply: 21

Persona Dayang di pentas terserlah

[Copy link]
Post time 10-5-2007 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Persona Dayang di pentas terserlahOleh Farihad Shalla Mahmud

Showcase lebih dua jam di Planet Hollywood rai Minggu Setiausaha lancar


DIA adalah antara artis yang terakhir menghiburkan penonton menerusi persembahan sempena Minggu Setiausaha. Jika artis lain lebih gemar memilih hotel namun untuk penyanyi bersuara gemersik, cukuplah sekadar di pusat hiburan Planet Hollywood yang selama ini begitu sinonim dengan dirinya.

Petang itu, Dayang bergaya ringkas dengan rambut warna merah yang menjadi imej terbarunya. Cukup santai kerana itulah yang diharapkan Dayang untuk persembahannya pada petang itu.

Mungkin keserasian Dayang dengan pentas itu membuatkan showcase lebih dua jam itu berjalan dengan lancar. Dayang memulakan persembahan menerusi lagu lama yang pernah dirakamkan semula, Kasih dan Penawar Rindu sebelum beralih kepada lagu hitsnya, Kembalilah Sayang dan Pintaku yang Terakhir.

Dayang seterusnya mengalunkan lagu malar segar Indonesia, Benci Tapi Rindu bersama lagu hits Ruth Sahayana, Kaulah Segalanya. Semua lagu itu dibawakan dengan caranya yang tersendiri bersama susunan muzik berentak R&B yang menjadi identitinya sebelum ini.

Diakui, vokal adalah aset utama penyanyi ini kerana lontaran suaranya saja boleh membuatkan sesiapa yang mendengar meremang bulu roma. Tidak keterlaluan andai dikatakan, biarpun Dayang menyanyikan lagu penyanyi lain, namun sebaik saja lagu itu dialunkan, Dayang berjaya menjadikan lagu itu seperti kepunyaannya sendiri.

Bukan itu saja, penyanyi berkulit hitam manis ini juga sememangnya layak bergelar penghibur versatil kerana dia mempunyai persona tersendiri di atas pentas. Sifatnya yang mudah mesra dan paling penting jarang kedengaran mempunyai gosip panas membuatkan Dayang terus disayangi peminat dan tidak hairanlah andai setiap kali dia mengadakan persembahan khususnya di rumah keduanya ini, ruang tingkat bawah Planet Hollywood penuh sesak.

Sambil menghibur, Dayang tidak lupa mengundang peminatnya menyanyi dan menari bersama. Komunikasi Dayang petang itu cukup lancar dan tidak hairan andai peminatnya cukup sporting melayan permintaannya untuk naik ke pentas sambil menyanyi bersamanya.

Sebagai balasan, tiga daripada mereka ini yang disifatkan bertuah ini berpeluang menikmati makan malam bersama Dayang di Planet Hollywood.

Manakala, 10 peminat lagi mendapat undangan eksklusif menghadiri pelancaran album terbarunya, Dayang - 20.07 yang akan diadakan pada 21 Julai ini di Planet Hollywood.

Sebagai penyanyi yang meminati vokal Alicia Keys, Dayang tidak lupa menyelitkan sama lagu A Woman's Worth yang dibawakan dengan cukup baik sekali. Petang itu, penonton yang hadir juga berpeluang mendengar dua lagu terbaru Dayang berjudul Ingin Ku Miliki serta Hilang.

Dayang juga turut mempersembahkan lagu We Belong Together nyanyian Mariah Carey diikuti dengan lagu yang berjaya mengangkat namanya dalam bidang seni iaitu Seandainya Masih Ada Cinta yang disampaikan secara unplugged.

Tidak lengkap persembahan Dayang tanpa lagu nyanyian Beyonce dan seperti dijangka, Dayang melunaskan janjinya sebelum ini untuk menyampaikan lagu kegemarannya, Listen yang dipetik dari album runut bunyi, Dreamgirls.

Dayang menutupi persembahannya itu dengan lagu Dayang Sayang Kamu sambil memperkenalkan barisan pemuzik yang mengiringi nyanyiannya iaitu Aji selaku pemain gitar, Kelly (bass), Sotong (dram), Amir (percussion) dan Jenny Chin (keyboard serta pengarah muzik).

Sebagai antara mereka yang sudah berkali-kali menyaksikan persembahan Dayang, diakui persembahan penyanyi ini jarang sekali mengecewakan. Malah, vokal memang senjata utama bagi Dayang dan mujurlah kerana vokalnya juga hati pihak media yang terluka atas sikap penganjur yang mengabaikan kehadiran mereka ketika membuat liputan majlis ini sembuh dan terubat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2007 12:14 PM | Show all posts
This is what I love about Dayang!!!
Reply

Use magic Report

CikRuih This user has been deleted
Post time 10-5-2007 12:48 PM | Show all posts
tak suka dia ni.....dressing tak semengah...tayang ketiak je pesen dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 03:02 PM | Show all posts

Reply #3 CikRuih's post

x suka dah la,sapa suruh hang tgk ketiak dia.Begok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2007 03:04 PM | Show all posts
dia nih rasanya lom penah orang komplen
lupa lirik ke apa kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 03:51 PM | Show all posts

Reply #5 Syd's post

a'ah.. tp sbnrnya dia penah gak lupa lirik once or twice.. tapi dia pandai cover..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2007 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by CikRuih at 10-5-2007 12:48 PM
tak suka dia ni.....dressing tak semengah...tayang ketiak je pesen dia



tak suka, x apa. x pakse.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 07:13 PM | Show all posts
aku suka baca part ni :


Dayang seterusnya mengalunkan lagu malar segar Indonesia, Benci Tapi Rindu bersama lagu hits Ruth Sahayana, Kaulah Segalanya. Semua lagu itu dibawakan dengan caranya yang tersendiri bersama susunan muzik berentak R&B yang menjadi identitinya sebelum ini.:clap:

Diakui, vokal adalah aset utama penyanyi ini kerana lontaran suaranya saja boleh membuatkan sesiapa yang mendengar meremang bulu roma. Tidak keterlaluan andai dikatakan, biarpun Dayang menyanyikan lagu penyanyi lain, namun sebaik saja lagu itu dialunkan, Dayang berjaya menjadikan lagu itu seperti kepunyaannya sendiri. :clap:  

Bukan itu saja, penyanyi berkulit hitam manis ini juga sememangnya layak bergelar penghibur versatil kerana dia mempunyai persona tersendiri di atas pentas. Sifatnya yang mudah mesra dan paling penting jarang kedengaran mempunyai gosip panas membuatkan Dayang terus disayangi peminat dan tidak hairanlah andai setiap kali dia mengadakan persembahan khususnya di rumah keduanya ini, ruang tingkat bawah Planet Hollywood penuh sesak.

Sambil menghibur, Dayang tidak lupa mengundang peminatnya menyanyi dan menari bersama. Komunikasi Dayang petang itu cukup lancar dan tidak hairan andai peminatnya cukup sporting melayan permintaannya untuk naik ke pentas sambil menyanyi bersamanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2007 09:40 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 10-5-2007 03:04 PM
dia nih rasanya lom penah orang komplen
lupa lirik ke apa kan?



yangggggggggggggg

sbb tu I syg kat dia...ek silap...dia syg kat I
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 11:21 PM | Show all posts
Originally posted by Munc at 10-5-2007 09:40 PM



yangggggggggggggg

sbb tu I syg kat dia...ek silap...dia syg kat I





bukan main lagi statement.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 11:52 PM | Show all posts
Originally posted by syafali at 10-5-2007 03:02 PM
x suka dah la,sapa suruh hang tgk ketiak dia.Begok.


relak lar faly apasat ko plak emo nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 11:53 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 10-5-2007 11:21 PM





bukan main lagi statement.


tak boleh ka? tengok gambar ko ngan dyg kan main lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by shirah at 10-5-2007 11:52 PM


relak lar faly apasat ko plak emo nih


x emo,emosi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 10:56 PM | Show all posts
Originally posted by shirah at 10-5-2007 11:53 PM


tak boleh ka? tengok gambar ko ngan dyg kan main lagi


apa susah..ko nk cam gmbr BH ko ambik aje la..suh dayang buka semua apa yg patut..boleh kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 12:07 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 11-5-2007 10:56 PM


apa susah..ko nk cam gmbr BH ko ambik aje la..suh dayang buka semua apa yg patut..boleh kan


bukak apa pulak ko nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 12:27 PM | Show all posts
haaa,tu la shirah.ko jgn wat main dgn puteri jelmaan ni.skali dia menjelma,buruk padahnya...ekekeke.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


azleyenty This user has been deleted
Post time 12-5-2007 07:40 PM | Show all posts
Originally posted by mr-judd at 10-5-2007 03:51 PM
a'ah.. tp sbnrnya dia penah gak lupa lirik once or twice.. tapi dia pandai cover..


oooooo pandai cover yeek  








darsita adalah babi betina pemakan kredit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by shirah at 12-5-2007 12:07 AM


bukak apa pulak ko nih


buka la apa pun
ko yg sibuk ckp psl buka2 kan
ha suh la dyg buka depan mata ko
sure puas hati kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 12:12 PM | Show all posts
tu dia....jelmaan sungguh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 12:01 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 15-5-2007 10:48 PM


buka la apa pun
ko yg sibuk ckp psl buka2 kan
ha suh la dyg buka depan mata ko
sure puas hati kan


kalau kau nak sokong dyg tak perlu lar kau nak putar belit kenyataan org lain.
ataupun mmg kau suka dyg bukak semua...

[ Last edited by  shirah at 18-5-2007 12:07 AM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.070898 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list